Hey, Mr. Bad Guy!


Bab 1
Dua puluh satu tahun yang lalu…
Suasana begitu sepi sekali. Dan dia masih berdiri di tengah ruang tamu rumah banglo mewah itu. Kesepian itu langsung tidak dapat meredakan hatinya yang panas dan dipenuhi amarah. Dia sangat kecewa dan….terluka. Encik Idham Shah melepaskan keluhan berat. Dia meraup wajahnya.
 “Kenapa you tergamak buat I macam ni Angie?”
Wanita berkulit putih dan berambut perang yang duduk di hadapannya itu sudah berubah. Wanita itu yang dahulu begitu setia mencintai dan menyayangi dirinya kini boleh berubah hati dalam sekelip mata. Perasaan cinta yang dahulu begitu didambakan itu telah dicampakkan entah ke mana. Tetapi wanita itu masih mendiamkan diri seribu bahasa.
“I tanya ni..you dah tak faham bahasa melayu ke?!”suara encik Idham sudah meninggi. Hilang sudah kesabaran di hati.
“Okay,I akan berterus terang tapi I harap lepas ni you faham apa yang ingin I katakan ni..”
Angelica menarik nafas perlahan. “I dah tak cintakan you Idham..”
“You..”                                    
“Memang betul I ada hubungan dengan Henry. Masa kita tinggal di US dulu. I…I baru sedar yang sebenarnya I lebih mencintai Henry dari you Idham..”
Kata-kata itu membuatkan encik Idham terduduk di atas sofa empuk. Hatinya hancur dan remuk redam mendengar pengakuan itu. Sungguh dia tidak menyangka.‘Tuhan,mengapa ini terjadi..?’
“Tapi I ni your husband Angie. You dah lupa ke kita berkahwin atas dasar apa?because we love each other. I masih ingat janji you nak sehidup semati dengan I masa kita bercinta dulu. Kenapa Angie?why did you do this to me..”
“You dah lupa another thing Idham. Hati manusia boleh berubah. Begitu juga dengan hati I.”
Encik Idham terdiam. Sedangkan pasir di pantai boleh berubah,inikan pula hati manusia. Tetapi tidak adil dirasakan. Mengapa dia boleh begitu setia dengan Angelica tetapi wanita itu tidak?fikirannya makin kusut.
“Tapi I masih cintakan you Angie..”dia bersuara lirih.
“Idham please..you kena faham I. and situasi kita sekarang dah tak sama macam dulu. Hidup kita berbeza..i mean,you..pendirian you berbeza dengan pendirian i.”
“What do you mean Angie?”
“Maksud I dulu memang I boleh terima untuk hidup dengan you. I sanggup ikut you balik Malaysia and then tinggalkan parents I di US. I convert Islam pun sebab I nak kahwin dengan you. Tapi sekarang I dah tak rasa life langsung. Hidup I rasa macam dikongkong you know..”
“Jadi selama ni you fikir I ni dah kongkong you lah?”
Angelica mendiamkan diri. Benar-benar membuatkan hati lelaki itu kecewa. Kecewa yang teramat sangat. “Sampai nya hati you buat I macam ni Angie..”
“I’m sorry Idham.”
Encik Idham tersenyum sinis. “You fikir itu mampu membuatkan hati I ni terubat ke?do you know how much I love you Angie.”
“I don’t think I can live with you like this Idham.”
“Habis tu you nak I buat macam mana lagi nak bahagiakan you?you nak I bagi segunung emas ke ataupun bina mahligai yang indah supaya you tak tinggalkan I hm..?”
“Parents you tak suka I..”
“Huh! Itu semua dah lama berlalu Angie. Mereka dah boleh terima you walaupun mungkin ambil masa yang lama. Kita hidup bersama pun bukannya sekejap. Bukan sebulan,dua..tapi dah lima tahun you tau tak?”
“I tau tu. Memang perasaan sayang I terhadap you masih ada cuma tak setanding dengan cinta I terhadap Henry. I nak merasa hidup bebas macam dulu. Tak terkongkong. I can do whatever I want. Dan dia mampu bagi I semua tu. I bahagia bersama dia.”
“Angie please…jangan tinggalkan I. I sayangkan you.”encik Idham separuh merayu walaupun dia yakin harapan nya untuk kembali bersama dan hidup bahagia dengan isterinya itu akan musnah sama sekali akibat kedegilan Angelica sendiri.
“Kalau you sayangkan I tolong fahami perasaan I. I harap sangat you faham.”
Encik Idham melepaskan keluhan. Dia tahu benar maksud wanita itu yang begitu beria inginkan perpisahan antara mereka terjadi. Dia yakin yang dia telah gagal menyelamatkan bahtera rumahtangga yang telah dibina bersama wanita keturunan Inggeris yang dicintainya itu. Selama lima tahun mereka hidup bersama. Sangkanya panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengah hari.
“Bagaimana dengan anak-anak kita nanti Angie?takkanlah sikit pun you tak fikir pasal mereka?”
**********
“Mummy…”
Kedengaran satu suara halus memanggilnya perlahan. Mereka berdua berpaling memandang si anak kecil itu. Angelica mengeluh seraya mendapatkan anak lelakinya yang berusia lima tahun itu. Dipeluk erat sambil mengusap rambutnya perlahan.
“I dah ambil keputusan Idham. I akan bawa Zarith bersama I sekali nanti.”
Encik Idham segera menggeleng kepala. “No,you can’t take him away from his father Angie!”
“You still can have Zarul..please Idham!”
“No,I takkan setuju!!”
Tengkingan encik Idham yang begitu kuat itu begitu memeranjatkan seisi rumah sehingga mengakibatkan Zarith menangis akibat takut. Namun segera dipujuk oleh Angelica.
“You dah takutkan dia Idham..”
“You memang sengaja nak jauhkan I dari anak-anak I kan?kenapa you tak ambil je dua-dua sekali?”perli encik Idham sinis.
“I tak nak jadi selfish Idham. Biarkan I bawa Zarith bersama I ke US and then you can have Zarul. Walau apa pun terjadi I tetap akan datang ke sini semula untuk berjumpa Zarul dan you pun sama dapat jumpa Zarith sekali. It’s no big deal right?”selamba Angelica berkata.
Encik Idham masih membatukan diri. Langsung tidak mempamerkan sebarang reaksi. Dia merenung lama Zarith. Tidak sanggup dirinya berdepan dengan perpisahan yang bakal terjadi tidak lama lagi. Sungguh,dia tidak kuat menghadapi semua itu.
**********
“Kalau itu yang you inginkan,I dah tak berdaya lagi untuk menghalang. I harap you akan dapat apa yang you cari selama ni.”
Sayu dia menuturkan kata. Tidak tergamak rasanya melepaskan isteri yang dicintai selama ini. Selama lima tahun bersama membina impian dan bahagia. Akhirnya hancur berkecai akibat perbuatan curang Angelica. Wanita itu sudah tidak mencintainya lagi. Dan dia harus terima hakikat itu.
“I janji akan bawa Zarith sekali berjumpa you bila I ada masa nanti.”
“Cukuplah Angie..i dah muak dengan janji you tu. Dulu you janji nak bersama I sampai akhirnya. Tapi tengoklah apa dah jadi sekarang. I dah malas nak percaya kata you lagi.”
Angelica terdiam. “Terpulang pada you nak percaya ke tidak..”
Tiba-tiba tangannya dipegang lembut. “Mummy,mummy nak bawa Zarith pergi mana?”
“Err..mummy nak ajak Zarith jalan-jalan sayang. Kita jumpa atuk dengan nenek nak?diorang rindu teringin sangat nak jumpa Zarith.”
“You tak kesian ke tengok anak-anak kita ni Angie?kalau you memang nak tinggalkan I takpelah tapi I tak sanggup nak pisahkan mereka. Lebih-lebih lagi Zarul tu sangat perlukan you. Dia masih kecil Angie. Tak bersalah..”encik Idham bersuara pilu. Bergenang air matanya. Menahan rasa sebak di dada.
Angelica sudah bangkit dari tempat duduknya. Dia mencapai beg tangan lalu memegang erat tangan Zarith. Kedengaran suara tangisan dari dalam bilik tidur. Pantas encik Idham menuju ke bilik. Dia keluar sambil mendukung dan memujuk Zarul yang menangis tiba-tiba.
“Angie,tolonglah jangan buat I macam ni..”
“I dah tak kuat kalau terus lama-lama di sini. I pergi dulu.”
Encik Idham memaut lengan kanan isterinya. Tapi ditepis pantas. Angelica sedaya upaya menahan air mata yang ingin mengalir. “Lepaskan I…”
“Tak nak!Zarith tak nak ikut mummy…mummy jahat!!”bentak Zarith tiba-tiba.
“No honey,mummy pergi jalan-jalan kejap je. Nanti kita jumpa papa balik okay?”
“Zarith tak nak ikut mummy,Zarith nak jalan-jalan dengan papa..dengan Zarul!”
Encik Idham mengusap rambut Zarith penuh kasih sayang. Dia mengucup dahi anaknya. “Zarith kena ikut mummy okay?dengar cakap mummy. Jangan nakal-nakal tau. Papa mesti jumpa Zarith nanti..”
“Zarith nak ikut papa…”
Perlahan air mata lelaki itu menitis jua. Tidak sanggup rasanya menghadapi dugaan ini. Dia telah gagal!
Angelica menarik tangan Zarith dari pelukan suaminya. Anak kecil itu meronta-ronta minta dilepaskan pegangannya. Namun,apalah daya kudratnya yang tidak seberapa itu. Dia segera dibawa masuk ke dalam kereta milik Angelica.
“Idham,I harap you dapat jaga Zarul baik-baik. I janji tetap akan balik ke sini semula demi anak-anak kita. I keep my promise.”
Dia melangkah ke arah Zarul yang didukung encik Idham. Dikucup kedua pipi anaknya itu lembut. Perlahan dia berkata sebelum melangkah pergi. “Maafkan I..I’m not a good mother to them.”
‘Semoga you menemui kebahagiaan yang you cari selama ini. I will always love you Angie…’encik Idham berbicara di dalam hati. Tidak mampu lagi untuk diluahkan. Dia sanggup merendahkan ego nya sebagai suami semata-mata merayu Angelica supaya tidak meninggalkan mereka. Tetapi,wanita itu begitu keras hati.
Hanya air mata sahaja sebagai saksi betapa hati lelaki itu sungguh terluka. Pedihnya tidak terkata ditinggalkan isteri di hadapan mata. Perlahan-lahan kereta BMW berwarna hitam itu meluncur keluar dari pekarangan banglo. Bayangan isteri tercinta lesap dalam sekelip mata. Gelak tawa dan tangisan Zarith kini sudah hilang dan tinggal menjadi kenangan. Yang tinggal kini,hanyalah salah satu zuriat mereka,Zarul dan juga sekeping hati yang terluka….