Love or Hate Me,Idiot?!

1

DIA merungut-rungut sendirian sambil meneruskan pemanduan. Kelajuan Myvinya diperlahankan memandangkan keadaan jalan yang berlopak sana-sini. Laluan tanah berlumpur merah itu begitu teruk sekali. Berlubang-lubang. Kiri dan kanan pula dipenuhi dengan pokok-pokok ladang kelapa sawit aje. Sesekali Myvinya mengelak sewaktu bertembung dengan lori yang mengangkut buah kelapa sawit.

“Menyesal aku tak bawak pajero papa tadi. Kalau aku taulah jalannya kemain teruk camni, takde maknanya aku nak bawak Myvi,” rungutnya.

Pelik juga dibuatnya. Kenapalah rumah Auntie Sherry ni terperosok jauh ke dalam. Jauh dari kampung pulak tu. Special sangat ke sampai nak buat rumah pun jauh dari orang? Bukan ke hidup berjiran ni penting. Sudahlah terpaksa melalui ladang kelapa sawit dengan keluasannya berekar-ekar ini. Takkanlah sepanjang jalan ni hanya ladang kelapa sawit aje?

“Huh, tak menarik langsung pemandangan!”

Dia melepaskan keluhan. Kalau bukan sebab mama, jangan haraplah dia berbesar hati nak jadi tutor anak kawan mamanya itu. Hendak jadi tutor tu dia tak kisah sangat. Tapi yang dia kisah adalah laluan ke rumah Auntie Sherry ni betul-betul menyusahkan dirinya.

Kira-kira beberapa kilometer perjalanan kelihatan pula padang yang seluas sawah padi. Pemandangannya begitu menarik sekali. Jalan yang tadinya berlopak-lopak dan berlumpur sudah tiada lagi. Sebaliknya jalan yang ada di situ kelihatan elok berbanding tadi. Dia kagum. Dengan kawasan padang yang ditumbuhi pokok semulajadi dan lalang yang melambai-lambai ditiup angin, berlatar belakangkan pula bukit benar-benar menenangkan. Di tengah-tengah padang yang begitu luas itu terdapat satu-satunya banglo mewah di situ. Gaya English-style. Dia tergamam seketika. Rasanya tidak pernah lagi dia menemui mana-mana senibina rumah seperti itu di kampungnya.

Cantik!

Seolah-olah ia satu kawasan privasi yang didiami secara persendirian. Hanya kediaman mewah itu satu-satunya ada di situ. Tiada lagi rumah berdekatan yang lain. Dia tidak pasti adakah ladang kelapa sawit tadi milik keluarga itu.

Ada sebuah pondok kecil. Seorang pengawal keselamatan memandangnya semacam.

‘Apa ke hal pakcik ni? Ingat aku ni perompak yang nak pecah masuk rumah ni ke?’

“Assalamualaikum… saya Ainur Batrisya. Tutor kepada anak Datin Sherry.”

Dia memperkenalkan diri setelah menurunkan separuh dari tingkap keretanya. Pengawal itu menjawab salam dengan acuh tak acuh aje. Kurang mesra. Mata lelaki dalam lingkungan awal 40-an itu melilau ke arah Ainur Batrisya dan Myvinya. Gadis itu agak tidak selesa. Dirinya seolah-olah seperti seorang pesalah pula. Seolah dia dianggap cuba menceroboh masuk ke dalam kediaman itu.

“Baru hari ni masuk kerja ke?” tanya pakcik itu serius.

“Ya pakcik.”

Pengawal itu mengurut janggut sejemputnya tanpa secalit senyuman.

“Hm, tutor baru ke?”

“Tak percaya pakcik boleh tanya datin sendiri,” jawabnya geram. Banyak pulak soalnya. Kalau dah hari ni masuk kerja maknanya tutor barulah pakcik oi…!

‘Baru jadi pak guard dah berlagak macam bos!’

Tetapi bila difikirkan balik mungkin sudah menjadi tugas lelaki itu menjaga dan mengawasi kediaman keluarga mewah itu, jadi wajarlah lelaki itu bersikap begitu kerana ia satu tanggungjawab yang berat harus dipikul. Dia kembali beristighfar dalam hati. Tidak mahu berprasangka buruk.

Pengawal itu sedang bercakap dengan seseorang menggunakan alat suara. Sesekali dia mengangguk-angguk. Setelah itu barulah dia dibenarkan masuk. Dia mengucapkan terima kasih. Senyumannya tidak berbalas.

‘Hee… sombongnya!’

Lepas ni tak kuasa lagi dia nak bermanis muka dengan orang tua berlagak macam tu.        

Pintu pagar automatik itu terbuka dengan luas. Hampir terjojol keluar matanya sewaktu melihat pemandangan di dalam kediaman itu. Sangat eksklusif dan luxury. Jalan hendak ke pintu masuk utama rumah itu pun dah cukup jauh. Dengan hiasan bunga ros merah dan putih di kiri dan kanan. Gaya taman juga berkonsepkan Inggeris. Ada beberapa buah kanopi putih yang dipasang dengan pintu gerbang yang dihias cantik. Daun-daun bunga menjalar di pintu gerbang itu dan kanopi yang dipasang seperti ada kenduri perkahwinan yang berkonsepkan dalam taman. Susunan meja dan kerusi juga dihiasi kain putih dan reben pink. So sweet! Mengingatkan dirinya pada ‘English Garden’ dalam filem ‘Alice in Wonderland’ sebelum Alice terjatuh ke dalam lubang ajaib.

‘Agaknya anak Auntie Sherry nak kawin kot…’fikirnya.

Matanya sempat menangkap tulisan ‘Rose Villa’ di papan tanda pada pintu pagar masuk utama tadi.
“Nak letak kat mana pulak kereta ni?” dia tercari-cari tempat parkir yang sesuai.

Kawasan garaj sudah dipenuhi dengan beberapa buah kereta mewah. Ada sebuah Mercedez-Benz dan limousine. Selebihnya pula Toyota, Honda Civic, Porche serta superbike. Wah!

Akhirnya dia memarkir Myvinya di belakang Porche berwarna merah. Ainur Batrisya menghela nafas lega. Dalam kepayahan sampai juga di rumah ini. Dia mencapai beg bimbitnya dan terus mematikan enjin kereta. Dia disambut oleh seorang pembantu rumah Indonesia di muka pintu utama.

“Mbak Ainur ya?”

Dia mengangguk sambil membalas senyuman wanita itu.

“Sebentar ya Mbak. Datin lagi bersiap di kamar. Nanti sebentar dia turun. Mbak silakan duduk ya.” Pelawa wanita itu dengan loghat Indonesia yang pekat.

“Terima kasih.”

“Erm… Mbak ini tutor Daniel lagi ke berapa ya?” soal wanita itu ramah.

Dia mengerutkan dahi dengan pertanyaan tidak semena itu. Agak pelik bunyinya. Daniel ada berapa orang tutor sebelum ni? Pak guard tadi pun ada tanya pasal tutor baru.

“Entah, saya pun tak tahulah. Datin cuma upah saya ajar Daniel beberapa subjek aje. Yang lain saya tak ambik tau pulak,” jawabnya jujur.

Pembantu itu mengangguk lantas menuju ke ruang dapur. Dia memandang ke sekeliling ruang tamu itu. Begitu luas dengan dekorasi moden kontemporari. Simple dan tidak terlalu sarat dengan perabot. Namun dia sudah dapat mengagak harga perabotnya tetap mencecah paling kurang pun ratusan ringgit. Ada sebuah piano yang letaknya di satu sudut ruang tamu.

Sudah hampir setengah jam dia menunggu. Datin Sherry tidak muncul-muncul juga. Dia kebosanan. Lama duduk dia berdiri pula. Sekejap-sekejap dia membetulkan duduknya semula. Pandangannya tertancap pada tingkap kaca yang agak tinggi letaknya di sudut kiri ruang tamu tersebut. Di luar pula ada kolam renang dan juga pancuran air yang turun dari tingkat atas balkoni.

“Mana auntie ni?”

Dia melihat jam tangannya. Agak-agak lama lagi dia terus bangkit dari duduknya. Kakinya melangkah ke tingkap kaca itu. Dia begitu leka dengan pemandangan di situ.

Mulutnya melopong. Rupanya ada sungai di belakang kediaman tersebut. Sangkanya tadi hanya semata-mata padang aje. Subhanallah… indahnya ciptaanMU Tuhan. Dipanjatkan puji-pujian kepada Ilahi.

“Isabelle…”

Dia disapa satu suara garau. Begitu dekat sekali. Hampir di telinga. Jantungnya berdegup kencang. Serentak itu Ainur Batrisya berpaling ke belakang. Darah menyerbu naik ke mukanya.

Seorang lelaki tidak berbaju dengan hanya short pant sahaja berdiri di belakangnya. Tidak terurus dengan rambut hitam yang kusut masai. Sangat dekat dan hampir-hampir menyentuhnya!

Ainur Batrisya tergamam. Dia menjarakkan dirinya dari lelaki langsung tidak dikenali itu. Rasa segan menguasai diri. Dalam hati dia menyumpah seranah lelaki biadap itu. Tak hormat langsung pada tetamu. Lelaki itu tersenyum seperti mengejeknya. Kemudian berjalan perlahan mendekatinya.

“Isabelle sweetie, come here baby.”

Erk!

Rasa hendak diterajang aje lelaki mat salih ini. Dia tidak pasti bangsa apa lelaki yang berada di depannya ini. Nak kata mat salih sangat pun tak jugak. Nak kata muka Melayu pun tak nampak macam pure Melayu. Ala-ala Chinese pun ada. Tetapi betul-betul membuat tekaknya loya mendengar kata-kata lelaki itu. Meremang seluruh badannya.

“Awak siapa?”

“Your fiancée.”jawab lelaki itu selamba.

Faham cakap Melayu rupanya!

“Sorry, I’m not your fiancée.”

Gila! Lelaki ni buta ke? Sejak bila pulak aku ni tunang dia. Jumpa pun tak pernah. Kenal pun tidak. Alih-alih mengaku tunang. Sewel agaknya!

“Yes, you are darling. You are my fiancée. My Isabelle…”

Lelaki itu cuba memegang pipinya. Dia mengelak. Berani sungguh!

Terdengar bunyi sendawa pula. Bau kuat menusuk hidungnya tiba-tiba. Bau arak yang sangat busuk itu membuatnya pening dan hampir termuntah. Dia menutup mulut. Masya ALLAH, mabuk rupanya.
Berkali-kali dia beristighfar dalam hati. Lelaki itu semakin mendekati. Dia makin menjauhkan diri. Dia bersedia menjerit bila-bila masa sahaja jika lelaki itu berani mengapa-apakan dirinya. Lelaki seperti ini nampak lain macam. Renungannya juga semacam.

“Isabelle, please don’t run away,” bisik lelaki itu antara dengar dan tidak.

Sesekali lelaki itu tertawa. Kemudian bercakap dalam nada yang sukar difahami. Gaya lelaki itu sungguh menakutkan!

“Saya bukan Isabelle!” dia cuba mengawal suaranya.

“Yes, you are. I know it’s you my love ones.”

Suaranya seperti cuba menggoda. Senyuman lelaki itu tidak putus-putus. Ainur Batrisya mengetap bibir. Dia sudah terperangkap antara dua dinding. Tidak tahu hendak lari ke mana lagi. Tidak putus-putus dia berdoa minta diselamatkan. Kelibat orang lain tiada di situ. Pembantu rumah Indonesia tadi pun tidak tahu ke mana perginya. Mereka berdua aje ke yang ada di situ?

Adrenalinnya meningkat. Peluh merecik di seluruh badan. Tidak pernah seumur hidupnya begitu dekat dengan seorang lelaki. Tubuh sasa lelaki itu menghimpitnya. Dia menolaknya kasar. Tanpa diduga tindakan refleksnya mencapai pasu bunga kristal yang berada di atas meja sebelahnya. Dengan pantas, dia melemparkan air yang berada di dalam pasu kristal ke wajah lelaki itu.

“Shit!”

Lelaki itu meraup wajah putih kemerahannya yang sudah basah. Separuh dari badannya juga basah. Dia bengang. Ainur Batrisya direnungnya tajam bagai singa lapar. Seperti hendak diterkam bila-bila masa sahaja.

“Who the hell are you?!” jerkahnya.

‘Aik, tadi bukan main lagi panggil aku Isabelle.’

“Siapa saya awak peduli apa? Main terjah orang pun suka hati je!”

Ainur Batrisya menahan amarah. Benci menatap wajah lelaki itu.

“Oh, jadi kau lah tutor baru Daniel ya?”

Lelaki itu tersenyum lain macam. Dia mendekatkan mukanya ke wajah gadis itu manakala tangan kanannya diletak pada dinding. Ainur Batrisya tergamam sekali lagi. Tidak menjangka tindakan berani lelaki itu.

“Great. I guess you will like to play with my game as well.”

Sengihannya makin lebar. Killer grin!

Game? Dia tidak pasti apa maksudnya. Tapi dia tahu lelaki itu berniat tidak baik terhadapnya.

“I don’t care who you are. Whether you’re Isabelle or other bitches I’ve known as long as you are pretty. That’s enough for me,” bisik lelaki itu penuh menggoda.

Ainur Batrisya mengucap panjang. Ingin ditampar aje muka lelaki kurang ajar itu. Muka handsome pun tak guna kalau perangai macam setan!

Lelaki itu cuba memegang tangannya. Dia berusaha menepis sedaya mungkin walaupun kudratnya tidak seberapa.

“Darren!”

0 ulasan:

Post a Comment

0 ulasan:

Post a Comment