Monday, August 26, 2013

Tips on How to Survive in Your Study

Assalamualaikum WBT & selamat sejahtera,

Tetiba teringat kenangan masa diploma dulu2. Masa tu aku tengah last presentation studio dalam bidang Senibina Landskap di UiTM Perak. Memang penuh warna-warni kenangan waktu itu… (jadi teringat semula time belajar ni sebab aku dah nak mula kerja awal bulan depan,ngehngeh,ngeehh….) Nervous u all tau nak mula2 melangkah ke alam pekerjaan ini,huhuhu!

Sebelum sambung degree, aku pernah melewati zaman diploma dulu di mana aku mulai kenal erti keperitan dan kesenangan time belajar. Masa degree ni pun ada susah dan senangnya jugak sama macam diploma itu, biasalah kan kalau dah nama belajar. Tetapi bak kata pepatah, alang2 menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Jadi adik2 sekalian yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA/IPTS tak kiralah dalam apa jua bidang sekalipun hatta di dalam atau luar negara, peganglah kata2 azimat ini, DON’T GIVE UP!

Ada setengah orang yang tak sempat menamatkan pengajian mereka atas sebab2 tertentu. Kawan2 aku pun ada yang macam tu. Mungkin setengahnya yang rezeki datang awal sebab dapat offer kerja tetap dan sebagainya. Sebenarnya tak kisahlah kita nak tentukan macam mana pun jalan hidup kita ini. Pokok pangkalnya, kita tahu apa yang kita nak dalam hidup dan teruskan perjuangan matlamat kita.

Memanglah tak salah kalau kita ingin mencuba sesuatu yang baru. Ada juga yang takde masalah nak sambil belajar sambil bekerja. As well as you know how to manage your time=)

Bila sebut pasal masa, yeah definitely it is important to know how to manage time as a student. Aku memang akui dalam kos aku ni kena betul2 pandai bajet masa. Especially masa lecturers dah mula bagi assingment/project, masa tu dah kelam-kabut pegi library or surf internet nak cari bahan. Tambahan pula as a designer student, kena selalu berfikir nak design apa, macam mana untuk site proposal? So, masa aku banyak dihabiskan dengan ke arah yang begitu selain solat, makan dan mandi. In fact, pernah juga tak sempat nak makan sebab nak kejar deadline,huahuahua....(nasib baik la sempat lagi nak mandi)T_T 

Tak kiralah kos apa2 pun sama ada architecture, medic, engineering, law etc. as long as kita faham tugas kita sebagai student dan tanggungjawab kita. Bila dah berada jauh dari keluarga bagi yang muslim banyakkanlah berdoa dan jangan tinggalkan solat sebab keredhaan Tuhan itu penting=)

Tak tau nak gambarkan acane perasaan rakan sekelas masa ni (bored?excited??err...)

Adakah kerana 'presentation' aku begitu memboring kan dan panjang lebar mengalahkan pensyarah aku nak bagi lecture?!

Akhirnya aku juga buntu di situ dan hilang idea...dunno what to say nextT_T 

Bermain di belakang kelas dengan kawan bagi menghilangkan 'stress'...uhuhuhu

And yeah...that's my final year moment and i think the funniest part=) however, i just made it,Alhamdulillah...

Well, it depends on what we are thinking! If you work hard and smart then u will get what u want in your life, Insya ALLAH. 


Tetapi janganlah sebab dah dapat apa yang kita mahukan, then kita dah tak perlu belajar lagi. Sebenarnya kita perlu sentiasa belajar dan belajar. Kenapa perlu ada had ketetapan usia dalam belajar? Sedangkan bila dah jadik ‘senior citizen’ pun kita akan masih belajar. Guys, sampai bila2 pun kita akan tetap belajar okay!

Good Luck=)

0 ulasan:

Post a Comment