Saturday, August 17, 2013

The Hidden Story Behind: George Town UNESCO World Heritage Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini merupakan sambungan kepada entry aku ke Geroge Town yang terdahulu. Untuk pengetahuan, George Town dan bandaraya bersejarah, Melaka telah dirasmikan sebagai antara Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO (The World Heritage Committee) pada tahun 2008 iaitu George Town secara umumnya pada 7 July. Kedua2 nya dijadikan tapak warisan kerana kaya dengan sumber2 bersejarah Eropah yang menjadi hasil tinggalan di bumi mereka serta kepelbagaian etnik. Aku rasa berbangga kerana Malaysia termasuk di dalam salah satu sejarah warisan dunia di bawah UNESCO ini=)

Memang betul pun kalau dilihat dari segi kepelbagaian kaum yang ada di sini. Anyway, orang2 Penang memang baik2 belaka=)

Penerangan oleh lecturers. “Korang jangan sampai sesat jalan udah la ye…” 

Bermulanya pengembaraan kitorang menjejaki warisan sejarah di bumi George Town ini. We're heading to Penang State Museum. Di sebelah kiri kitorang ni Penang High Court. 

Actually kitorang ni dikehendaki oleh lecturers untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian kitorang untuk dijadikan satu program nanti. Program yang dimaksudkan ialah ‘Heritage Trail’ di mana kitorang yang telah dibahagi2kan kepada lima kumpulan akan mencari seberapa banyak significant menarik yang ada di sepanjang Heritage Trail ini. 

Makanya, kami akan propose dan design program baru dengan idea2 yang lebih fresh untuk memenuhi kehendak pelanggan/pengguna. Sepanjang trip ini banyak suka duka dan ranjau berduri yang terpaksa aku tempuhi,huhuhu…. Tapi semuanya telah menjadi pengalaman berharga dalam kamus hidupku.

Masa ni aku buat ala2 macam dalam Running Man…ala, yang TV Show popular di Korea tu. Best woo….mana taknya, lecturers bagi masa dalam 2 jam lebih kurang camtu untuk kitorang menghabiskan satu trail (peta lokasi seperti di bawah yang dikelilingi warna jingga), nak amik gambar lagi bagai, collect data sume...lastly, kitorang memang terpaksa ala2 Running Man,huahuahua!

                               

Sumber: pinjam ngan Mr.Google

Makanan pun best2…aku dan kengkawan yang tengah kebuluran memang makan tak hengat dunia!

Masa tengah enak menjamu selera ni, sorang kawan aku cerita ada sorang pakcik ni tegur dia. Tanya kitorang ni dari mana. Kawan aku ni jawablah soklan pakcik tu. Pakcik tu cakap dia ingatkan kitorang ni ada kena-mengena dengan mana2 himpunan ke…maklumlah masa tu kan isu2 politik tengah hangat diperkatakan…. Hadoiyai pakcik, asal nampak group pakai baju kaler sama je kena pikir camtu ke??o_o  we’re UiTM students taw pakcik. Pape pun u memang kelakar la pakcik=)

Nama jalan pun very the unique?!o_O

Menurut sejarah, Love Lane atau pun Lorong Cinta ini mendapat nama nya kerana dikatakan seorang Maharaja dari Negara Cina yang datang ke Penang dan beliau turut memiliki gundik2 yang tinggal di lorong ini suatu ketika dahulu. Hermmm…. Patut la nama dia camtu ek.

Salah sorang member aku, Pijie yang secara tak semena-mena menjadi tukang photographer kepada anak2 muda Chinese di lorong ini. Bile lagi ko nak tunjuk skill ye dok?


Ini lah dia menara jam atau lebih dikenali sebagai Queen Victoria Clock Tower yang menjadi ikon kepada bandaraya Penang. Menara jam ni terletak berdekatan dengan Kubu Kota Cornwallis. Sorang pakcik gitau aku yang zaman dulu2 jam berhampiran dengan loteng tersebut pernah berbunyi. Tapi sejak tahun bila entah, jam itu sudah tak berbunyi lagi sebab bateri dah habis. Aku pun tanya soklan cepumas berbentuk begini,

“Kenapa tak tukar dengan bateri Energizer je pokcik?”

Pakcik itu memandangku semacam… seram sejuk lak aku dibuatnye. Yelah, dah ko pegi tanya soklan tak berapa cerdik kat pakcik tu pasai pa?! Huahuahua

Yang sebenornye cenggini citonye…menara ini dahulu telah dibina semasa zaman pemerintahan Ratu Victoria lagi. Masa tu kan jajahan Francis Light yang datang ke George Town dan menjadikan bandaraya ini pusat pemerintahan beliau. Menara jam ini kelihatan agak condong sikit sebab pernah terkena tempias bom masa Perang Dunia ke-2 dahulu. Bila jam dah tak berbunyi lagi, diorang tak boleh nak buat apalah. Sebab nak cari bateri yang sama sebijik macam zaman British dulu dah susah nak jumpa. Sebab tulah sampai sekarang menara jam tersebut dibiarkan sepi tak berbunyi lagi. Macam tulah lebih kurang citonye.


Aku dan Yanie telah menginterview sorang uncle di Penang Peranakan Mansion ni. Salute giler uncle ni sebab fasih tahap tak boleh blah bahasa Malay dan English beliau. Banyak yang diceritakan beliau kat kitorang. Peranakan Mansion ni merupakan rumah terawal golongan Baba dan Nyonya menetap di Penang. Ada macam2 khazanah di dalamnya. Kesemuanya merupakan tinggalan berharga Baba dan Nyonya. 

This is why I call, the hidden story behind George Town. Setiap nama2 jalan dan lorong ada ceritanya yang tersendiri. Nak tahu lebih lanjut datang la sendiri ke sana ye=)


Aku sempat singgah di Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kaum India Malaysia. Di sini aku sekali lagi menginterview Mr. Krishnan Rethinasamy yang merupakan penyelaras persatuan bersama rakan beliau, seorang YB terkemuka. Beliau ni lulusan USM dalam jurusan Bachelor in Social Science. Aku telah mengambil maklumat sedikit-sebanyak  berkaitan dengan Little India Street.

Jalan ini merupakan tempat awalnya penempatan kaum India di Penang untuk berdagang hasil rempah-ratus. Dulu2 kan dekat Fort Cornwallis memang terkenal dengan tempat pelabuhan pedagang2 dari serata dunia. Francis Light telah membawa masuk kaum India selain Cina untuk memajukan lagi ekonomi negeri Pulau Pinang.

Lukisan jalanan yang aku admire habis hasil tangan Ernest Zacherevic. Masterpiece=)

A grand clan Chinese Temple. Salah satu temple yang ada di Penang.

The Goddess Mercy of Temple

A couple from France yang aku jumpa masa di Goddess Mercy of Temple. Walaupun muka aku nampak exhausted masa ni tapi diorang tetap ‘sporting’ melayan kerenah kitorang yang macam2,huhuhuh

Garland Flower yang lawa dan berwarna-warni macam Hari Deepavali yang penuh warna-warni=)

Moga bertemu lagi…thanks for reading!

0 ulasan:

Post a Comment