Tuesday, August 27, 2013

Love or Hate Me, Idiot?!


35

“CANCEL all the appointments immediately now!” suara Darren kedengaran tegang.

Pintu bilik pejabatnya diketuk. Dia mengarah masuk manakala Janice, setiausahanya terus berlalu keluar tanpa menunggu lama di situ. Wajahnya pucat lesi walaupun dicalit mekap setebal dua inci. Mana tidaknya, Darren tiba-tiba berubah laku seperti singa kelaparan. Kesemua staff di Nexis Corporation akan ditengkingnya jika berlaku walau sedikit pun kesilapan. Masing-masing saling berpandangan sambil angkat bahu. Tak faham dengan perangai bos baru yang tidak menentu itu.

Manakala Jason sudah melangkah masuk ke dalam ruang pejabat rakan baiknya itu. Dia menggeleng perlahan. Melihat pada reaksi muka Janice yang ketakutan itu pun dia dah dapat mengagak bahawa mood rakannya itu tidak baik.

“Darren, apa kena dengan kau ni? Baru beberapa hari pegang jawatan bos dah mengamuk tak tentu pasal.” Jason menegurnya.

Pelik benar dibuatnya. Takde angin, apatah lagi ribut taufan, kalau boleh semua hendak dimarahinya.

“Aku marah sebab diorang semua buat salah. Kau tau tak? Buat kerja pun lembab, terkial-kial macam tak cukup makan aje. Macam manalah daddy aku boleh bersabar selama berpuluh tahun ni,” keluh Darren sambil mencampakkan fail di atas meja. Marah benar nampaknya!

“Ni ha… cuba kau tengok dan check balik dokumen dan tender yang ada dalam fail ni. Ayat yang paling simple pun boleh salah. Macam manalah aku tak bengang! Benda yang mudah pun takkanlah nak aku jugak yang kena ajar? Ini pun nasib baik aku check satu-satu. Kalau aku main hentam sign aje, macam mana? Hai, kalau dah hari-hari macam ni mahu botak kepala aku ni fikirkan masalah syarikat yang tak berkesudahan.”
Darren mula meluahkan ketidakpuasan hatinya.

Jason tersenyum kecil.

“Sebenarnya kau masih tertekan sebab diarah masuk ofis lebih awal dari apa yang kau jangkakan, betul tak?”

Darren mengeluh. Dia berpeluk tubuh sambil bersandar pada kerusi empuknya. Lama dia berfikir. Kedua matanya dipejamkan. Sebenarnya mungkin benar apa yang dikatakan oleh temannya. Tetapi selain itu, ada sesuatu yang lebih penting bermain di fikirannya sejak dia bertemu dengan Gary dua hari yang lepas. Dia ingin mengatakan sesuatu tetapi entah kenapa lidahnya kelu.

Jason tergelak kecil. Dia menggeleng kepala berulang kali. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar slacknya.

“Aku dah lama kenal kau Darren. Sebelum kau menceburi hiburan lagi. Kau sendiri pernah cakap yang sampai bila-bila pun kau takkan ikut jejak langkah Dato’ Murad dalam urusan bisnes. Tapi tengoklah sekarang. Kau dengan rela hati undurkan diri dari karier seni dan akhirnya kau berada di kerusi tu menggantikan daddy kau. Dan sekarang ni janganlah pulak kau nak bagitau aku yang kau rasa menyesal dengan keputusan kau tu.”

 “Aku masih perlukan masa untuk biasakan diri dengan semua ni Jason.” Akui Darren.

Dia merenung wajah temannya itu dengan serius.

“Kau kena serius dalam merencana masa depan kau sendiri. Aku tak nak  kau menyesal di kemudian hari.” Balas Jason. Dia berdiri lalu menepuk perlahan bahu teman akrabnya itu.

Darren terdiam lama. Jason memulas tombol pintu. Langkahnya terhenti di situ.

“Fikirlah dengan sebaiknya. Guna akal fikiran dengan waras. Bukan ikut nafsu semata-mata. Kalau kau ada masalah, beritahu aku. Aku tak nak orang lain yang takde kena-mengena dipersalahkan.” Sempat lagi lelaki itu berpesan.

Darren tergamam. Pintu ditutup dengan rapat sebaik Jason melangkah keluar dari biliknya. Bagaikan terngiang-ngiang kata-kata Jason. Lama dia berteleku di atas meja. Nampaknya masalahnya ini semakin hari semakin berat. Jiwanya betul-betul tertekan.

Sekiranya benar apa yang dikatakan Gary sebelum ini, dia tidak kisah seandainya perlu mengorbankan kebahagiaan sendiri demi insan tersayang. Cuma satu sahaja yang difikirkan. Adakah dia sendiri yang sanggup bertindak di luar jangkaannya hingga terpaksa melukakan perasaan insan-insan yang disayanginya?

*****

“DAH makan?”

Ainur Batrisya tersenyum manis. Suara itu sungguh dikenalinya. Semakin lama semakin sayang pula. Terubat segala kerinduannya sebelum ini.

“Baru je sudah. Awak?”

“Belum lagi sayang. Tengah ada kerja lagi kat ofis ni,” jawab Darren sambil melihat jam di pergelangan tangannya.

Ainur Batrisya mengetap bibirnya. Bergetar hatinya tatkala dipanggil sebegitu. Dia cepat-cepat menyedarkan diri agar tidak terlalu dibuai perasaan. Sedar yang mereka masih lagi dalam tempoh bertunang. Perhubungan itu masih lagi belum dihalalkan selagi belum ada ikatan yang halal maka dia harus menjaga batas pergaulan.

“Kenapa tak makan lagi? Nanti kang jatuh sakit, siapa yang susah?”

Darren tersengih.

“Sayang jugak yang susah kan, betul tak?” duga lelaki itu.

Merona kemerahan wajah Ainur Batrisya dibuatnya. Dia menundukkan muka. Walaupun hakikatnya Darren tiada di sisinya ketika itu.

“Em, dah tahu kenapa tak nak makan jugak?”

Hanya itu sahaja yang mampu dijawabnya. Debaran di hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu….

“Ala, dalam kejap lagi saya makanlah. Don’t worry sweetie, yang penting saya nak awak sentiasa jaga diri baik-baik.”

Ainur Batrisya tidak tahu apa lagi yang perlu dikatakan. Dia ingin mengatakan rindu, tetapi situasi antara mereka tidak mewajarkan dia berkata begitu. Dia tidak ingin cinta yang suci tercemar dengan kata-kata yang bakal mengundang nafsu syahwat. Dia harus banyak bersabar tatkala berjauhan begini. Semenjak bertunang, mereka langsung tidak pernah berjumpa hinggalah sekarang. Menelefon pun jarang sekali. Tambahan pula Darren yang sentiasa sibuk menguruskan syarikat Nexis Corporation selepas Dato’ Murad bersara.
Lagipun dia berasa agak janggal semenjak Darren menjadi tunangnya dan mengubah bahasa diri tatkala berbicara dengannya. Sebelum ini dia tahu yang Darren sebenarnya seorang lelaki yang agak kasar dan boleh tahan baran juga orangnya. Perubahan lelaki itu yang semakin ketara menjadikan dirinya kekok pula.

“Ainur?”

Suara Darren kembali menyapa. Dia tersentak.

“Err… ya, apa dia awak cakap tadi?”

“Mengelamun ya? Ingatkan saya ke?” usik Darren.

“Ya, saya selalu mengingati awak, Darren. Tapi saya tetap kena jaga hati saya, supaya cinta saya terhadap awak kekal suci sampai bila-bila. Sedangkan hati dan kata-kata percakapan pun kita kena jaga apatah lagi kalau kita bertemu berduaan. Dari Ibnu Abbas r.a dari Nabi SAW beliau bersabda, janganlah sekali-kali seorang laki-laki berduaan saja dengan seorang wanita melainkan dengan didampingi seorang muhrim. Lalu, ada seorang lelaki berdiri dan berkata, isteri saya pergi haji sedangkan saya telah ditetapkan untuk ikut dalam peperangan ini dan peperangan itu. Rasul berkata, kembalilah dan pergilah haji bersama dengan isterimu. Itu lah apa yang Nabi SAW dah ajarkan pada kita.”

“Saya belajar sesuatu dari hadis itu. Thanks so much sayang... awak sentiasa menyedarkan saya erti cinta yang sebenarnya. Cinta yang sejati selama ini saya cari. Saya dah temuinya. Ainur, terima kasih sebab sudi menerima saya.” Balas lelaki itu dengan suara yang ceria.

Ainur Batrisya menarik nafas lega. Sememangnya dia risau juga kalau-kalau Darren berfikir yang dia tidak ambil serius dengan perhubungan mereka. Sayangnya itu sukar untuk diungkapkan yang bagaimana lagi. Hatinya tulus mencintai lelaki itu. Biarlah dia ungkapkan kata-kata cinta dan sayang setelah lelaki itu menjadi suaminya nanti. Bibirnya tersenyum manis.

“Awak jaga diri baik-baik ya. Saya doakan keselamatan awak.”

“Terima kasih sayang. Take care of yourself. Bye.”

“Assalamualaikum.”

Darren tergelak kecil.

“Okey, waalaikumusalam…”

Senyuman yang terukir di bibir terus mati begitu sahaja. Jika diikutkan rasa rindu memanglah dia mahu sahaja terus menemui gadis itu. Dia tahu Ainur Batrisya juga memiliki perasaan yang sama sepertinya. Beruntung sungguh dirinya kerana berjaya memiliki cinta gadis itu. Darren memejamkan matanya. Betapa terlalu banyak pengajaran berharga sepanjang dia mengenali gadis istimewa yang bernama Ainur Batrisya itu.

Tetapi biarlah suara itu menjadi kenangan yang mungkin terakhir baginya. Seandainya ini merupakan yang terakhir, dia harus redha. Dia tidak mahu kerana dirinya yang terlalu mahu menjaga reputasi diri, harta dan pangkat keluarganya hingga memusnahkan insan yang disayanginya.


Hatinya merintih sendirian.

4 ulasan:

baby mio said...

Best sambung please tq.

Amirah Hidayah said...
This comment has been removed by the author.
Amirah Hidayah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

LOHMI mmg stop kt sini je eh? :( sambung la please

-mira

Post a Comment