Wednesday, August 29, 2012

Love or Hate Me, IDIOT?!




19

HARI ini cukup membosankan. Jika diikutkan tinggal lagi dua minggu sahaja dia akan menyambung kembali pengajiannya yang tinggal satu semester itu lagi. Teringat pula pada detik kejadian semalam di mana Darren sekali lagi membawanya ke Royal Palm Estate and Sanctuary Club. Saat yang paling manis dirasakan. Dia dapat merasakan yang ada ketika bersama lelaki itu membuatnya terasa cukup bahagia dan kadang-kala menyakitkan! Lelaki itu nampak cuba melindunginya dari sesuatu. Tapi buat apa? Entah la… dia sendiri masih tidak pasti dengan apa yang dirasainya saat ini. Nak kata dia telah jatuh hati? Hm… mustahil!

Dia merenung kalendar di atas mejanya. Kemudian dihitung jumlah hari yang tinggal berapa kerat lagi itu. Tidak lama lagi dia tidak akan mengajar Daniel lagi. Mungkin dia akan merindui Daniel dan keluarga itu. Termasuklah… err… rasanya Darren termasuk tak dalam list?! 

Tak kot, isy… mudah-mudahan tidak akan ada perasaan rindu buat lelaki itu nanti. Digigit hujung bantalnya sambil tergolek-golek di atas katil. 

“Aku suka dia… tak, aku tak suka dia… aku suka dia ke… tak suka dia… suka dia… tak suka…”
Habis kesemua jari-jemarinya dihitung. 

“Yes! Aku memang tak suka dia. Bermakna keputusannya adalah muktamad. Aku memang tak suka dia.”

Macam orang sewel aje cakap sorang-sorang… ha ha!

Tapi selalu jugak dia memikirkan pasal lelaki itu. Terbayang-bayang senyuman manis lelaki itu. Juga kata-kata sinisnya… dia menekup dahi. Rasa macam nak demam. Apa kenalah dengan dirinya agaknya? Hatinya bagai meronta-ronta ingin bertemu dengan jejaka itu. Kenapa makin lama dia tengok Darren makin handsome pula? Hm… memang betul meroyan dia kali ini. Arghhh!!!

“Ni apehal pulak ni senyum sorang-sorang? Dah angau ke Isya ni?”

Kak Fara menjengukkan muka ke dalam biliknya. Hampir terlompat dia dibuatnya. Kus semangat… nasib baiklah takde heart attack. Kalau tidak dah selamat dah… Astaghfirullah. 

“Kak Fara ni, cubalah ketuk pintu tu dulu. Tak pun bagi salam ke…”

Kakaknya itu tersengih cuma. Kak Fara dan Abang Kamal sedang bercuti sekarang. Jadi mereka mengambil kesempatan untuk pulang ke rumah keluarganya semalam. 

“Abang Long ada telefon mama semalam. Masa tu Isya dah tidur.”

“Eh, yeke, Abang Long nak balik ke?”

“Hm… nampak gaya macam tak dapat je. Tapi dia ada bagitau mama yang dia nak menikah. Kalau boleh mungkin dalam tahun ni jugak.”

“Abang Long nak menikah?” dia agak terkejut dengan berita tidak diduga itu. 

Rasanya dulu Abang Long ada bagitau yang dia masih belum mahu memikirkan soal nikah kawin ni dulu buat masa sekarang. Mungkin abang sulungnya itu sudah sampai seru agaknya. Syukurlah, dia turut tumpang bahagia dengan berita itu.

“Ya, sekarang ni mama dan papa tengah bincang pasal persiapan yang nak buat untuk majlis tunang Abang Long nanti. Insya ALLAH, mungkin dalam hujung bulan nanti.”

“Eh, cepatnya…”

“Dah mama nak buat secepat yang mungkin. Tak mahu ditangguh-tangguh lagi. Pihak perempuan pun dah setuju.”

“Tapi kan masa tu Isya dah masuk belajar…”

“Ala, balik sekejap aje. Takkan tak boleh kot.”

Dia mengangguk setuju. 

“Seronoklah mama dapat sorang lagi menantu.”

Senyuman terukir di bibir kakaknya itu. Hatinya berasa gembira tetapi dalam masa yang sama rasa sedih turut menyelubungi dirinya. Apa tidaknya, masa bersama abangnya mungkin sudah tidak akan sama lagi seperti satu ketika dahulu. Apa yang penting, Abang Long kini sedang meniti hari-hari bahagia. Itulah yang paling diharapkan.

“Oh ye, tadi akak ada jumpa Mukhriz masa keluar dengan Abang Kamal. Dia kirim salam kat Isya.”

“Oh…”

Dijawab salam di dalam hati.

“Akak tak tahu kenapa Isya boleh tolak lamaran dia hari tu. Isya memang betul tak sukakan dia ke?”

“Err…” 

“Akak bukan apa Isya, akak rasa dia dah cukup baik untuk Isya. Nampak pada gayanya macam mengharap sangat. Kesian dia akak tengok…”

“Akak nak Isya terima dia sebab simpati ke? Macam tu?”

“Bukan itu maksud akak.” 

Kak Fara membelai rambut panjangnya yang ikal paras bahu. Sudah terlalu lama dia tidak berkongsi cerita dengan adik bongsu kesayangannya itu. Satu-satunya adik perempuan yang dia ada. Jika sebelum ini mereka sering bercerita terutama hal-hal orang perempuan. Dia cuma tidak faham mengapa adiknya menolak mentah-mentah lamaran Wan Mukhriz. Dirasakan lelaki itu cukup sempurna akhlaknya. Tiada cacat celanya. Muka pun boleh tahan kacak juga. Ada pendidikan tinggi. Entah apa lagilah yang dimahukan Ainur Batrisya agaknya.

“Akak rasa dia betul-betul mencintai Isya. Kalau tak kenapa sampai sekarang dia masih bertanyakan pasal Isya walaupun dia sendiri tahu yang lamarannya ditolak.”

Direnung tajam wajah Kak Fara dengan rasa tidak percaya.

“Isya masih belajar lagi kak.”

“Dan akak rasa bukan itu aje kan alasan Isya. Betul kan apa yang akak cakap ni?”

Dia termangu.

“Mama cakap Isya agak rapat dengan anak Auntie Sherry dan Uncle Murad sejak kebelakangan ni. Selalu keluar berdua. Apa nama lelaki tu? Darren?”

“Mana ada!” lekas dia membidas. 

“Eleh, nak mengelat lagi tu…” 

Lengannya disiku oleh Kak Fara. Dia menjuihkan mulut. Kepalanya dilentokkan ke bahu kakaknya itu.

“Tak manis Isya bila terlalu rapat dengan seorang lelaki. Walaupun akak tahu Isya jenis yang pandai jaga diri tapi bila dah selalu sangat bersama ni perasaan yang timbul tu boleh jadi lain tau…” ujar Kak Fara penuh makna.

“Isya tak tau nak buat macam mana lagi kak. Dia yang selalu datang pada Isya. Isya tak layan pun…”

“Tak layan pun tapi tipula kalau perasaan suka tu takde kan?”

Dia terdiam lama. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan.

“Akak kenal lelaki tu Isya. Darren tu memang tak dinafikan, lelaki yang ada gaya tersendiri. Popular pulak tu. Tapi akak nak yang terbaik untuk Isya. Bukan akak aje, mama, papa dan Abang Long… semua nak yang terbaik untuk Isya. Akak harap Isya fikirlah balik tentang Wan Mukhriz. Dia berharap sangat Isya dapat buat keputusan betul-betul. Bukan terburu-buru macam sebelum ni. Akak tak cakap Darren tu tak baik. Tapi Isya fikirlah… dia tu macam mana. Kehidupan dia jauh berbeza dengan kita. Keluarganya menitikberatkan gaya hidup yang moden. Boleh ke keluarga kita nak masuk dengan family dia? Isya pernah terfikir tak tentang keluarga kita selama ni?”

“Isya faham kak. Isya sebenarnya sedaya-upaya fikirkan keluarga kita lebih dari segalanya. Akak janganlah risau ye. Isya cuma anggap Darren tu sekadar kawan biasa aje. Tak pernah lebih dari tu. Pasal Abang Wan nantilah Isya fikirkan macam mana. Isya tak pernah bencikan dia kak. Isya suka jugak dengan sikap Abang Wan tu. Tapi biarlah Isya habiskan dulu pengajian Isya sekarang.”

“Akak tak paksa Isya terima Mukhriz tu. Macam yang akak cakap tadi lah, akak mahukan yang terbaik untuk Isya.”

‘Tak paksa tapi macam nak suruh aku terima aje Abang Wan tu…’

“Mintalah lagi petunjukNYA banyak-banyak. Terus-terang akak… tak setuju kalau Isya dengan Darren tu…”

Sekali lagi dia terkedu.

*****

TEPAT jam 3 petang dia sudah pun berada di kediaman mewah Vila Rose. Macam biasalah mengajar Daniel. Entah kenapa tiba-tiba dia merasakan cas-cas negatif mengalir ke dalam adrenalinenya. Apa tidaknya, kehadiran Darren di situ mengganggu konsentrasinya. Isy, datang ni nak mengacau la tu kerjanya. Semakin kerap pula lelaki itu berada dekat dengannya sejak akhir-akhir ini. 

“Awak kalau nak main-main boleh pegi jauh-jauh tak? Mengacau orang aje.” Marah Ainur Batrisya.

“Entahnya Along ni. Menyibuk aje. Daniel nak study pun susah. Nanti Daniel bagitau mummy.”

Darren menjelirkan lidahnya bagai hendak mengejek mereka berdua. Geram sungguh! 

“Aku boring lah… hari ni takde apa nak buat. Weh, kau ni tak habis-habis nak belajar. Tapi tak pandai-pandai jugak. Bodoh aje aku tengok.”

“Awak cakap saya ke Daniel?” 

“Kau lah ustazah! Adik aku lagi pandai dari kau tau.” Ejeknya.

“Apa?!!”

“Along, tak baik tau cakap Kak Ainur macam tu.”

“Kau tau tak maksud ‘bodoh’ aku apa Ainur?” soal lelaki itu tanpa mempedulikan teguran Daniel tadi.

“Hm… apa dia?” dia bertanya acuh tak acuh.

“Maksud aku, kau sebenarnya suka kat aku tapi tak mahu mengaku. Tak ke bodoh namanya tu. Harap belajar aje bukan main tinggi sampai degree, tapi hal macam ni pun tak reti nak handle sendiri,” jawab Darren sambil tersengih.

Menyirap darahnya menyerbu hingga ke muka. 

“Awak… awak cakap apa? Hei, takde maknanya saya nak layan perangai awak ni tau. Cakap main lepas aje. Macam mana saya boleh nak suka lelaki macam awak hm? Bagi free pun saya tak inginlah. Kalau diberi pilihan antara awak dengan apek pakai singlet Pagoda jual tauhu kat pasar tu saya rela pilih apek tu dari awak tau!” 

Ha ha..!! 

Serentak itu Daniel ketawa bagai nak pecah perut. Apatah lagi bila melihat perubahan wajah abangnya itu. Merah menahan marah gamaknya. Peduli lah! Sape suruh cakap macam tu. Baru tahu buku dengan ruas!

“Along, tengok la… Kak Ainur tergamak samakan Along dengan apek jual tauhu kat pasar. Lawak… lawak!” gelak Daniel sambil menepuk-nepuk kuat meja studinya.

“Hoi, yang kau nak ketawa bagai nak rak ni kenapa hah? Habis tu, muka kau tu Melayu sangat ke? Kau bukan anak mummy jugak ke hm?” marah Darren.

“Ala, tapi Daniel pun handsome jugak kan? Baik pulak tu… akak lagi suka Daniel tau.”

Sengaja dia ingin membakar hati lelaki itu. Dalam hatinya ketawa. Betapa dia dapat melihat api cemburu di mata lelaki itu yang menyala-nyala.

“Along, tak rasa tercabar ke? Kak Ainur cakap dia suka kat Daniel tapi tak sukakan Along.”

Daniel mengangkat kedua keningnya. 

“Aku peduli apa?!”

Mereka sama-sama tergelak melihat reaksi Darren yang sudah berdiri menghadap tingkap sambil berpeluk tubuh. Macam merajuk aje gayanya. Serius… memang tak sangka. Lelaki itu pandai merajuk juga rupanya. Ainur Batrisya tersenyum-senyum.

“Daniel, kita main teka-teki nak tak?”

“Em, akak ada teka-teki ke?”

Dia mengangguk sambil mengerling ke arah Darren. Saje nak tarik perhatian. Lelaki itu masih menghadap jendela.

“Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang bungkusnya di dalam isinya di luar?”

“Em… kuih apa ek?” 

Lama Daniel memikirkan. Dia menongkat dagu.

“Donut kot…”

“Salah!”

“Habis tu apa?”

“Kuih salah bikin, he he…”

“Uish, ada ke kuih macam tu kak?” Daniel sudah tergelak.

“Ada kot… hm, okey, lagi satu ye. Kenapa lelaki jarang kena penyakit anjing gila?”

“Sebab lelaki ni kan buaya… eleh, Daniel pernah dengar la teka-teki ni. Tapi Daniel tak macam tu tau…”

Dia tertawa kecil. Matanya melirik ke arah Darren. Ait… takde respons jugak? Takpe… takpe… otaknya ligat berfikir.

“Ha, ada satu lagi teka-teki. Dengar baik-baik ya. Apa dia ‘jauh di mata dekat di hati’?”

“Alah, kenapa teka-teki akak susah sangat?? Mana la Daniel tau…”

“Jawapannya senang aje Daniel. Orang yang dicintai macam…”

Darren berpusing sambil tersenyum. Matanya merenung dalam-dalam anak mata gadis itu yang nampak tergamam. Menapak perlahan-lahan ke arahnya.

“Kau. Walaupun antara kita agak ‘jauh’ tapi kau sentiasa dekat dan ada di hatiku.”

“Err, jawapannya salah…”

“Lah, salah pulak?” 

“Yelah, salah la. Jawapannya ialah usus. Usus kan jauh dan kita tak nampak sebab ada dalam badan. Tapi paling dekat dengan hati. Aparraa…!” jawab Ainur Batrisya selamba.

Darren menarik muka. Sekali lagi terkena. 

“Tapi…. Apa pun jawapan aku tetap sama.”

Lelaki itu melemparkan senyuman sebelum berlalu dari situ sambil bernyanyi kecil.

0 ulasan:

Post a Comment