Friday, August 24, 2012

Love or Hate Me, IDIOT?!



15

KEHADIRAN ahli keluarga dan rakan seperniagaan sudah memenuhi kediaman Vila Rose sejak tadi lagi. Darren memarkir Porschenya di garaj. Dia membukakan pintu buat Ainur Batrisya. Gadis itu nampak tergamam dengan perlakuannya yang tiba-tiba sahaja berubah romantis. Hairan juga. Tadi bukan main lagi marah. Sekejap benar moodnya berubah.

“Shall we?”

Darren mengangkat kedua keningnya. Dia mengangguk lalu mengekori langkah lelaki itu. Wah! Ramai betul orang yang datang. Betul-betul dia tidak menyangka sama sekali. Tiba-tiba rasa segan pulak. Ingatkan takdelah seramai ini. Cett… menyesal betul dia mengikut lelaki ni.

“Mereka semua ni siapa? Kawan-kawan auntie dengan uncle ke?”

“They are actually my relatives. Mostly sebelah mummy. Some of them are her friends. My friends pun ada sekali. Actually parti ni diadakan untuk celebrate birthday mummy.”

“Kenapa awak tak cakap awal-awal hari ni birthday auntie? Kalau tak boleh saya belikan hadiah.” Dia mengeluh kesal.

“It’s okay. As long as you were here. Kalau dia tau mesti dia lagi happy tengok awak ada kat sini.” Darren tersenyum manis.

“Oh…”

Dia terangguk-angguk. 

“Habis tu, kita nak duduk kat ma…”

Huh? 

Dia mencari-cari kelibat Darren. Dah lesap! Aik… sekejapan aje dah hilang. Mana dia ni? Takkan tergamak dia nak tinggalkan dirinya sorang-sorang di sini? Di majlis seumpama ini, nampak begitu grand sekali, dengan majoritinya berbangsa Cina, macam mana dia nak bawak diri kalau macam ni? Alahai… kalau ada yang kenal takpelah jugak. Darren ni pun satu. Mentang-mentang dah jumpa geng terus tinggalkan dia sendirian.
Ainur Batrisya keresahan. Dalam rumah, luar rumah, dekat swimming pool semuanya dia mencari kelibat Darren namun masih tidak kelihatan. Auntie Sherry dan Dato’ Murad pun tak nampak. And then, dia terdengar bunyi muzik dari arah belakang. Betul-betul berdekatan dengan swimming pool tadi. 

Lah… di sini rupanya dia. Apesal cari tadi tak nampak pun. 

Lelaki itu sudah menukar gaya penampilannya. Dia nampak segak dan elegan dengan menyarungkan tuxedo hitam. Entah bilalah agaknya mamat Cina celup ni pegi tukar baju. Eh… Auntie Sherry dengan Uncle Murad pun turut ada di situ. Mereka sedang berbual dengan rakan taulan sambil duduk di satu sudut meja.

Darren sedang memainkan sebuah lagu Inggeris dan lagu terbarunya dengan piano yang menghadap kolam renang sambil dikelilingi saudara-maranya. Ada kerusi dan meja makan disediakan di situ. Beberapa orang pelayan sedang menghidangkan hidangan buffet dan minuman koktail untuk para tetamu yang hadir. 

Ainur Batrisya terpegun seketika. Tiba-tiba dia teringatkan hiasan majlis kahwin dalam taman yang dilihatnya semasa mula-mula dia sampai di kediaman mewah itu. Gayanya menyerupai hiasan majlis sebegini. Ada hiasan bunga-bunga ros. Sangat menarik sekali. Adakah Darren meminati gaya berkonsepkan Inggeris? Jika ya, mereka sebenarnya berkongsi minat yang sama. Dan dia perasan khemah-khemah itu sudah tiada lagi. Mungkin Darren sudah mengarahkan khemah tersebut disimpan sahaja. Atau… dia sudah boleh menerima hakikat perpisahannya dengan Isabelle. Hm… mungkin kot.

Dia berdiri tidak jauh dari mereka. Ramai sangat. Segan nak datang dekat. Lagipun yang Melayunya dia sorang aje. Kat depan tadi adalah jugak dua, tiga kerat Melayu. Hm… tengok dari jauh ajelah.

“Hey Darren, come on la… lagu Jay Chou la pulak.”

Seorang lelaki Cina lebih kurang sebayanya menegur. Diiringi pula dengan sorakan tetamu lain. Turut meminta lagu yang sama. Siap boleh request lagu bagailah pulak… dah dia memang artis kan. Nak buat macam mana.

“Jay Chou! Jay Chou! Jay Chou!”

Jeritan dan sorakan bergema di segenap ruang itu. 

“Darren! Darren! Darren!”

Aik…?

Kemudian diselang-seli dengan gelak tawa mereka semua.

“Okay, the next song will be… ‘Fa Ru Xue’ by Jay Chou. This is to dedicate my all dearest cousins and my friends especially Kelvin, Max, Lim, Cynthia and Grace Tan. Diorang ni memang peminat tegar Jay Chou sejak dulu lagi. I dah kenal sangat dah. Kalau tak dengar lagu ni dalam sehari memang tak sah.”

Masing-masing tergelak besar. Diiringi pula tepukan gemuruh mereka. Memang happening habis!

‘lang ya yue
yi ren qiao cui
wo ju bei
yin jin le feng xue
shi shui da fan qian shi gui
re chen ai shi fei
yuan zi jue
ji fan lun hui
ni suo mei
ku hong yan huan bu hui
zong ran qing shi yi jing cheng hui
wo ai bu mie
fan hua ru san qian dong liu shui
wo zhi qu yi piao ai liao jie
zhi lian ni hua shen de die…

ni fa ru xue
qi mei le li bie
wo fen xiang gan dong le shui
yao ming yue
rang hui yi jiao jie
ai zai yue guang xia wan mei

ni fa ru xue
fen fei le yan lei
wo deng dai cang lao le shui
hong chen zui
wei xun de sui yue
wo yong wu hui
ke yong shi ai ni de bei
…’

“Darren, nak lagu Kpop pulak…”

Uish… macam-macam betul diorang ni.

Tapi Darren layan aje. Dimainkan pula lagu ‘Found You’ dari kumpulan DBSK. Seorang antara mereka buat-buat tarian ala Kpop pula. Ainur Batrisya tergelak kecil. Kelakar pula melihat gaya mereka yang macam-macam ragam.

‘Soljikhi cheoeumen mollatseo ooyeonhan mannamiyeotjiman
Ijaeggeot nan gippeumbodan apeumeul duh manhi baewutseo

Noonmoori manatdun najiman nuh-aegaen ootseumman joolggeoya
Ijaeseoya nae banjjokeul chajatnabwa
Ireokae gaseumi ddwigo-itjana

Chajatda naesarang naega chatdun saram
Ddeugupgae anajoogoshipuh
Gamanhi nooneul gamajoollae
Naega ibmatchweo joolsoo-itgae

Saranghae nul saranghae

Chajatda
Nae gyutae dool han saram…’

Berganti pula dengan lagu seterusnya… dia dah tersenyum-senyum. Apa tidaknya, lagu favourite dari Secret Garden ‘That Man’. Hai… macam tahu-tahu aje Darren ni.
 Han namjaga geudaereul saranghamnida
Geu namjaneun yeolshimhi saranghamnida
Maeil geurimjacheoreom geudaereul ttaradanimyeo
Geu namjaneun useumyeo ulgoisseoyo

Eolmana eolmana deo neoreul
Ireohke baraman bomyeo honja
I baramgateun sarang I geojigateun sarang
Gyesokhaeya niga nareul sarang hagenni oh…’

“The next song is for my beloved woman. I don’t think that any woman is so much precious than her. Her beauty and kindness… no one can be compared to her. She always been there standing next to me when I’m alone. She took care everything of me. She gives me a lot of  inspiration. This song is for you mum. Happy birthday and I love you so much…”

Datin Sherry tersenyum bahagia. Dia mengesat air mata sambil memeluk erat lengan suaminya yang berada di sisinya.

‘You taught me everything
 Everything you've given me
 I'll always keep it inside
 You're the driving force in my life, yeah
There isn't anything
Or anyone that I could be
And it just wouldn't feel right If I didn't have you by my side

You were there for me to love and care for me
When skies were gray
Whenever I was down
You were always there to comfort me
And no one else can be
What you have been to me you will always be
You will always be the girl In my life for all times

Mama, Mama you know I love you Mama,
Mama you're the queen of my heart
Your love is like tears from the stars
Mama I just want you to know lovin' you is like food to my soul
Yes it is, yes it is, oh, yes it is, yes it is, yes it is oh…’

“I would like to dedicate the next song to my girl… standing in front of us right now… watching me there with her beautiful eyes. She is really mean something to me. Something so special that she made all of me became crazy for her. I don’t even understand why I’ve been attracted by that woman.”

Alamak…!

“Yang mana Darren?” 

Ada yang tercari-cari. Ada yang memandangnya sambil berbisik-bisik. Ada juga yang tersenyum penuh makna. Ainur Batrisya menggigit hujung tudungnya. Malunya… ni yang rasa nak menangis ni.

“Tu… yang ustazah pakai jubah kaler hitam tu la.”

“Eh, yang tu ke?” tanya Kelvin dengan agak kuat.

“Aiya… you tak nampak ke Kelvin. Yang tu la…” 

Cynthia pula menegurnya. Masing-masing sudah memandang gadis itu dengan rasa tidak percaya pun ada… yang muka takde perasaan pun ada juga… yang tersenyum dan berbagai-bagai reaksi lagi!

Tak guna punya mamat Cina celup… karang ada jugak yang terjun kolam ni kang…

Masing-masing sudah bersorak dengan siulan nakal. Ainur Batrisya tergamam. Dia keresahan sebaik pandangannya bertembung dengan lelaki itu. Datin Sherry dan Dato’ Murad sudah tersenyum-senyum memandangnya.

Simfoni piano memainkan lagu tersebut dengan begitu indahnya. Diiringi pula dengan nyanyian merdu lelaki itu. Debaran di dadanya kian kencang apatah lagi tiap saat mata hazel lelaki itu tidak lepas menatap wajahnya sambil memainkan piano. Mengapa ini yang berlaku? Dia tidak pernah merasakan debaran seperti ini dengan mana-mana lelaki hatta Wan Mukhriz sekalipun. Kecuali bila bersama dengan Darren.

‘Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu

Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…’


“Darren, is that really your girl?” soal Grace Tan pula.

Tanpa diduga lelaki itu terus mengangguk dan tersenyum. Merah padam mukanya menahan malu. Cett… suka hati aje mengaku aku ni girlfriend dia. 

“Since when? Darren, you tak kasi tau I pun.” 

“Oww… she’s so cute… kecik aje orangnya.” Puji yang lain pula.

Lelaki itu sudah tergelak. Dia membuat isyarat muka menyampah kepada Darren. Lelaki itu senyum mengejek. Ainur Batrisya ingin segera beredar dari situ. Suasana yang membuatnya rasa tidak selesa. Tak tahan!

0 ulasan:

Post a Comment