Wednesday, August 29, 2012

Love or Hate Me, IDIOT?!



18

GARY meneliti dengan khusyuk setiap helaian dokumen yang diterimanya tadi. Pintu biliknya tiba-tiba dibuka dari luar. Darren sudah pun meluru masuk ke dalam tanpa diduga. Khairunnisa, setiausahanya turut berada di belakang lelaki itu tanpa sempat berbuat apa-apa.

“Sorry Mr. Gary. I dah cuba halang Mr. Darren tadi, tapi… err, dia terus aje masuk ke dalam bilik ni…” Khairunnisa agak serba-salah.

Dia merenung tajam wajah Darren yang kelihatan bengis itu. Hm… perang dunia ketiga bakal meletus sekejap lagi nampaknya. Dia tetap berlagak tenang.

“It’s okay Nisa. Leave it to me. You can go now.”

“Thanks Mr. Gary.”

Khairunnisa mengangguk lalu terus berlalu dari situ. Gary menyimpan kesemua dokumennya ke dalam fail. Dia tersenyum sinis dan berpeluk tubuh. 

“Aku rasa tujuan kau datang ni bukan nak bertanya khabar kan?”

“Aku takde masa nak tanya khabar jantan tak guna macam kau ni. Okay, straight to the point la. Aku tak tau apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku sampai sanggup kau musnahkan kerjaya seni aku Gary.”

“What do you mean by that?”

“Kau yang merancang semua ni kan? Kau ni memang busuk hati tau. Pura-pura tak tahu konon. Sape lagi yang sanggup tuduh aku plagiat lagu terbaru aku tu melainkan kau? Sekarang ni apa aku nak jawab kat media semua? Nak bagitau diorang yang aku tak bersalah dan takde kena mengena dengan kontroversi ni hm? Ni semua kerja kau kan Gary. Kau memang sengaja reka cerita karut ni semua kan?!” jerkah Darren.

Gary tertawa besar. 

“Macam mana kau boleh terfikir nak tuduh aku ni? Hei, aku takde masa la nak buat kerja-kerja bodoh tu semua. Sebelum kau buang masa aku, lebih baik kau keluar dari sini. Banyak lagi kerja berfaedah aku nak uruskan.”

“Kalau bukan kau sape lagi? Aku tau kau memang nak balas dendam sebab Isabelle dan datuk kan. Lagipun kau pun ada kena-mengena dalam industri ni. Kau bekas pengurus aku. Kau yang lebih tahu dalam hal macam ni bodoh!”

“Kau dah keterlaluan Darren… tak puas lagi ke kau tumbuk muka aku hari tu? Sekarang kau nak buat apa? Kau nak buat report polis hm? Ha ha… kau ingat semudah tu ke? Kau ada bukti ke atas tuduhan kau ni? Kau upah peguam sekalipun belum tentu kau akan menang Darren. Kau tetap akan kalah jugak. Who is stupid? Aku atau… kau sebenarnya. Darren… Darren. Come on, just relax okay. Dari kau mengamuk tak tentu hala macam ni baik kau pegi siasat dulu sape dalang yang sebenarnya.”

Tubuhnya menggeletar. Sedaya-upaya dia menahan amarah. Sedikit sahaja kesabarannya hilang, mati sepupunya itu dikerjakan cukup-cukup. 

“Aku faham kau dalam keadaan tertekan sekarang Darren. Aku kenal kau macam mana. Lelaki yang pentingkan diri dan karier dari segalanya bukan? Kau nak tahu tak apa puncanya Isabelle tinggalkan kau dulu…?”

Pertanyaan itu membuatnya agak tersentak. 

“Sebab sikap pentingkan diri kau tulah. Dia tak tahan dengan kau yang lebih utamakan kerja dari dirinya sendiri. Dia rasa diabaikan. Sebab tulah dia selalu datang cari aku. Nak pulak masa tu aku ni pengurus kau. Lagilah senang aku dengan dia bersama dan berseronok masa kau tengah busy dengan kerja kau tu.”

Gary ketawa sinis. 

“Kau… memang tak guna!!”

Dia sudah mengangkat tangan. 

“Hah, pukul! Pukullah aku Darren. Kenapa kau tak pukul aje aku ni? Atau… kau takut? Risau aku report polis dan tokok tambah cerita lagi pasal kau?”

Ha ha..!!

“Kau nak ke keluar pulak kontroversi lain tentang kau Darren? Tak cukup dengan kes plagiat, keluar pulak cerita baru kau dah pukul bekas pengurus kau sendiri. Daren… Darren… tak habis-habis dengan sikap panas baran kau tu. Bawak-bawaklah bersabar sikit. Sia-sia aje kau jadi orang Islam kalau hal macam ni pun kau tak mampu nak kawal diri.”

“Hei, kau jangan cuba nak mengajar aku ye. Ape kau tau pasal Islam? jantan keparat macam kau tak layak nak ajar aku apa-apa Gary.”

“Kau kena sedar Darren yang kau tu bukannya baik mana pun. Tapi aku memang hairan… macam mana kau boleh jatuh hati pada gadis tu. She’s nice Darren… really nice. Kalau la aku boleh dapat dia…”

“Apa yang kau nak buat ni Gary?”

“Well, aku tahu kau cemburu. Dan kalau boleh kau tak nak dia jatuh ke tangan sesiapa pun. Tapi aku nak bagi ingatan pada kau. Aku pun boleh buat apa saja sampai kau menyesal hidup di muka bumi ni. You know me well don’t you… aku boleh hancurkan gadis kesayangan kau tu sama macam kau hancurkan impian aku untuk memiliki Nexis Corporation…”

“Tak guna… sial kau Gary!!!”

Bukk..!!!

Dia menumbuk sekuat hati meja di hadapannya. Darah mengalir keluar dari buku limanya. Tubuhnya menggeletar. Lelaki di hadapannya kini terasa begitu kerdil sekali. Jika diikutkan hati, memang mati Gary dikerjakan. Mujurlah dia masih lagi berfikiran waras. Dia cuba bertahan dengan sedikit kesabaran yang ada di hatinya.

“Dengar sini Gary. Aku bagi amaran terakhir buat kau. Aku tak kisah kalau kau nak ambik Nexis Corporation tu sekalipun, go ahead! Sikit pun aku tak kebulurlah... Tanpa company tu pun aku mampu hidup sendiri. Karier seni aku lebih penting dari bisnes walaupun banyak kali daddy aku suruh ambik alih company tu. But only one thing. Sekali aje kau cuba apa-apakan Ainur, nahas lah kau. Aku sendiri yang akan hantar mayat kau biar jadi abu pada keluarga kau nanti. Biar sampai ke neraka! Masa tu kau nak menyesal pun dah tak guna lagi…”

Tanpa menunggu lama dia terus melangkah keluar dari situ dengan fikiran berkecamuk. Api kebenciannya kian meluap-luap. Pintu dihempas kuat.

Gary terus mendail nombor seseorang. 

“Isabelle…”

“Gary honey, how was it?” terdengar rengekan manja suara gadis itu di talian.

“It’s fine. Seperti yang dirancang. Betul kata you… Darren memang datang cari I pun. But guess what? Dia betul-betul percaya yang tu I punya kerja. Sikit pun dia tak sebut pasal you.”

“Really? Dia tak expect langsung ke I yang buat semua tu?”

Isabelle sudah tergelak-gelak.

“Nope dear… well, at least dia tak mampu buat apa-apa pun. Sebab dia takde bukti kukuh kalau nak heret kita ke mahkamah sekalipun. Kesian anak orang kaya tu. Ada duit banyak pun tapi hidup tetap tak tenang jugak.”

Tawa mereka bersatu.

“Good job honey…”

“Tapi I rasa ada satu lagi kelemahan dia sekarang ni…”

“What is it?” soal Isabelle dengan rasa tidak sabar.

“Ainur Batrisya. Dia memang betul gilakan perempuan tu. I rasa dia akan jadi bertambah gila kalau apa-apa terjadi pada perempuan tu agaknya…” 

“Okey, so apa plan you sekarang ni?”

Dia tersenyum penuh makna.

“Let me see… hm, I akan buat sesuatu. This time, I perlukan you Isabelle.”

“Sure. I akan lakukan segalanya. Asalkan I dapat memiliki Darren. You nak hancurkan perempuan tu terus pun takpe.”

“Just wait and see sweetie.”

Gary ketawa macam orang gila lagaknya. Di matanya kini terbayang-bayang syarikat gah itu dan keuntungan yang bakal dikautnya. Masa depan Darren bakal musnah tidak lama sahaja lagi. Ya… bakal musnah dan hancur berkecai!

*****

“AIK… mana pulak peginya fail aku ni?”

Ainur Batrisya melingas ke serata ruang biliknya. Langsung takde! Hai… pelik. Ke dia telah tertinggal nota itu di Vila Rose semalam. Puas dia cuba mengingatnya.

Sebenarnya fail itu memang sangat penting kerana di dalamnya terkandung pelbagai dokumen seperti sijil lahir dan sijil-sijil akademiknya di universiti. Kalau hilang habislah. Mintak-mintaklah tak hilang fail itu. Sudahlah dia tersalah bawak fail tersebut sewaktu mengajar Daniel. Kan tak pasal-pasal…

Pinn…! Pinn!!

Bunyi hon kereta yang bertalu-talu itu mengejutkannya. Betapa paling terkejut bila dia ternampak kehadiran Darren yang secara tiba-tiba ke rumahnya itu. Mak datuk kau…! Takde langsung sifat nak hormat tuan rumah ke dia ni. Mujurlah mama dan papa takde kat rumah sekarang. Kalau tak… mau dia suruh papa kejar lelaki tu dengan parang! Biar padan dengan mukanya. Terus dicapainya tudung warna merah jambu serta menyarungkan sweater ke tubuhnya. 

“Ada apa ni Darren?”

“Ainur, masuk. Ikut aku ke satu tempat. Ada hal penting yang aku nak cakap ni.”

“Tapi kenapa? Penting sangat ke?”

“Aku kata masuk tu masuk ajelah. Banyak songeh betul lah kau ni ustazah!” 

“Ha, yelah, yelah… kot ye pun janganlah nak jerit-jerit macam orang kena histeria. Saya belum pekak lagi okey.”

Sakit hati+sakit telinga dibuatnya… akhirnya dia menurut aje perintah lelaki itu seperti sebelumnya. Hm… dengan gayanya yang serabai itu, hanya berseluar track Adidas dan bersweater sahaja. Elok sangatlah tu… sebijik dah macam gaya yang dia pakai sewaktu berjoging pagi-pagi ketika di kampus, ha ha…!

Darren terus memecut laju Porschenya…

*****

SUASANA di Royal Palm Estate and Sanctuary Club itu sedikit lengang. Maklumlah hari ini merupakan waktu orang bekerja. Kalau hujung minggu memang kebanyakan orang terutamanya yang bekerja di sektor korporat suka menghabiskan masa yang ada dengan bermain golf di situ. 

“Apa ni? Macam ada nak buat function aje…”

Beberapa orang pekerja di situ kelihatan bertungkus-lumus menyiapkan kerusi dan meja di ruang dewan makan. Di satu sudut pula mereka sedang menyediakan hidangan buffet. Dan ada pula hiasan di muka pintu utama serta segenap ruang yang ada. 

“Esok family aku ada nak buat gathering. Aku nak kau datang esok.”

Dia mengerutkan dahinya sambil memandang dengan rasa tidak percaya.

“Ini ke hal penting yang awak nak cakap tu?”

“Ya, dan ada satu lagi perkara yang aku nak kau dengar baik-baik. Mulai saat ni, kau jangan layan lagi si Gary tu. Aku tak mahu apa-apa berlaku pada kau nanti.”

“Isy… awak ni, tak patut betul cakap dia macam tu. Ikut saya la nak berkawan dengan sape-sape pun yang saya suka. Yang awak peduli sangat pasal saya ni kenapa?”

Hairan betul dia. Takkanlah hanya disebabkan hal sekecil ini pun Darren sanggup membawanya ke sini? Dia semakin tidak mengerti dengan sikap lelaki itu. Makin lama makin aneh dirasakan terutama layanan lelaki itu terhadapnya. Kadang-kadang kasar, ada ketikanya pula agak gentleman. Dia tidak tahu apakah tujuan lelaki itu yang sebenarnya. Adakah apa yang diluahkan sebelum ini benar atau hanya sekadar ingin main-main sahaja?

“Aku… tak kisah kau nak berkawan dengan sape pun yang kau mahu. Tapi bukan dia okey. Aku risau… err, aku tak nak kau terlalu rapat dengan dia. Sebab… sebab aku…”

“Mr. Darren, where should I put this?”

Seorang dari staff menegurnya. Dia mengunjukkan sejambak bunga ros merah hati padanya. 

“Just give it to me. Anyway, thanks…”

Staff itu mengangguk sebelum berlalu dari situ. Kemudian dihulurkan jambangan bunga ros itu kepada Ainur Batrisya yang jelas tergamam. Aik? Siap berbunga-bungalah pulak!

“For what?”

“Untuk kau, Ainur…” jawabnya ringkas sambil tersengih.

Teragak-agak dia menyambutnya. 

“Kan saya dah cakap dulu, awak tak perlu belikan saya apa-apa. Saya tak mahu berhutang lagi dengan awak.”

“Ini bukan hutang. Anggap aje ni sebagai tanda terima kasih aku. Err, untuk segalanya…”

“Okey, terima kasih. Cantik bunga ros ni…” dia memuji.

Darren tersenyum. Senang hatinya melihat penerimaan gadis itu. Sekurangnya dia berasa lega sedikit. Segala masalahnya sebelum ini terus hilang tiap kali bersama gadis itu. Mungkin benar kata hatinya selama ini…. Dia tidak mampu menipu dirinya lagi bahawa sememangnya dia mencintai gadis ini sepenuh hati. Cuma sukar sekali untuk dia mengakuinya secara terang-terangan. Mungkin Ainur Batrisya hanya menganggap dia sekadar ingin main-main sahaja. 

“Oh ye, apa dia awak nak cakap tadi?”

“Yang mana?”

“Yang tadi tulah… masa sebelum pekerja awak bagi bunga ros ni…”

“Oh… pasal tu, lupakan ajelah. It’s nothing.”

Ainur Batrisya masih tidak berpuas hati. Dia ingin berkata lagi namun lelaki itu terlebih dulu memasuki ke dalam dewan makan itu. Sibuk memberi arahan kepada para pekerjanya itu dan ini berkaitan persiapan majlisnya nanti. Hm… dah macam Tuan Besar dah. Err… tapi dia memang bos mereka pun. 

‘Apela aku ni…’

Ait… ada sekeping kad lah. Terselit di celah-celah bunga ros itu. Baru dia perasan. Lantas dia membacanya.

‘I WON’T GIVE UP TO YOU UNTIL THE LAST PETAL OF THESE ROSES DIES…’

Hatinya tersentuh dengan kata-kata itu. Penuh romantis sekali. Diperhatikan jambangan bunga ros itu. Memang plastik. Kalau plastik confirmla bunga ni takkan mati-mati sampai bila-bila pun. Kalau bunga hidup tu lain ceritalah. Kena hari-hari siram kalau tak mau mati. Bermakna… dia betul-betul takkan putus asa lah. Hm… boleh tahan jugak romantiknya Darren ni. Dia sudah tersenyum-senyum sambil memeluk erat jambangan bunga itu.

Dia terpandangkan senyuman lelaki itu dari jauh. Entah berapa lama agaknya dia diperhatikan oleh Darren tanpa sedar. Arghh… malunya!!

0 ulasan:

Post a Comment