Tuesday, August 28, 2012

Love or Hate Me, IDIOT?!



17

“OKEY, posing ke kiri sikit… I nak you masukkan tangan kat dalam poket sweater you tu. Macam ni ha…”

Isy… apala yang tengah dok bising-bising kat luar tu. Mengganggu ketenteraman orang ajelah. Ainur Batrisya menjengukkan kepala ke luar tingkap. Hari ni agak ramai orang yang tak dikenalinya berkumpul di kediaman Vila Rose itu. Sewaktu dia mula-mula sampai ke rumah itu tadi tidak pula kelihatan mereka semua. 

Hm… lantaklah. Dia meneruskan pengajarannya. Daniel sedang berlatih membuat pengiraan Matematik. Dia sedaya-upaya cuba menumpukan perhatian.

“Ha… macam tu la. Okey, okey… tak perlu tambah mekap lagi. Hei, you tolong panggil producer kejap!” 

Laungan itu membuatnya tersentak. Isy… apehal yang bising sangat ni? Macam tak betul time aje. Agak-agak la kalau nak buat kecoh pun. Pegilah buat kerja kat tempat lain ke. Kat sini jugak yang dipilihnya.

“Daniel, akak nak pegi ambik angin kat luar jap okey.”

Yang sebenarnya bukan dia nak ambik angin sangat pun… saje cakap macam tu. Dia nak pegi tengok keadaan di luar. Apa yang sedang berlaku sebenarnya. Kalau ikutkan hati mahu aje dia menempik dari tingkat atas menyuruh mereka jangan terlalu bising. Tetapi dia mahu ushar dulu apa-apa pun…

Ainur Batrisya menuruni satu-persatu anak tangga. Dia mengintai pula ke pintu belakang. Tiada sesiapa pula di situ. Isy… gaya dah macam penyamun nak pecah masuk rumah orang aje. Peduli apa dia!

Dari belakang dia ternampak tubuh seseorang. Ada seorang gadis yang turut berdiri di situ. Tidak menyedari langsung yang lelaki itu cuba melakukan sesuatu… dia mengerutkan dahi. Rasa tak sedap hati. Apa kena ni? Tiba-tiba aje lelaki itu merangkul bahu gadis tersebut.

“You nak apa ni? Lepaskan I lah!”

“I peduli apa? You tak boleh lari lagi dari cengkaman I Natasya…”

Gadis itu meronta-ronta. Alamak… macam mana ni? Apa yang harus dilakukan? Gadis itu cuba melepaskan diri namun kudrat lelaki itu gagal meloloskan dirinya. Ainur Batrisya sudah panik. Hai… ini tak boleh jadi. Nak ambik kesempatan namanya. Walaupun dia langsung tak kenal siapa mereka, namun dia harus melakukan sesuatu untuk membantu gadis itu. 

Ya… harus!

Dia menapak perlahan-lahan ke arah lelaki itu dari arah belakang. Pandang kiri dan kanan. Line clear!
Apa lagi…

Dihayunkan kakinya setinggi yang boleh. Dia menendang sekuat hati celah kelangkang lelaki itu. Tepat mengena! Terduduk lelaki itu dibuatnya sambil mengaduh kesakitan. Ha ha… padan muka ko! Nasib baik hari ni tak pakai jubah. Pakai seluar dengan blouse aje. Jadi senangla sikit kerjanya. Menjadi jugak aksi ala-ala kungfunya itu.

“Aduh…! Sape punya kerja ni hah… dah takde tempat lain ke nak tendang?”

Lelaki itu merungut kesakitan sambil memegang celah kelangkangnya. Berkerut-kerut mukanya. Dia berpaling. Ainur Batrisya tergamam. 

Darren?!!

“Kau…”

“Awak rupanya?”

“Cut!!!”

Seorang lelaki bertubuh gempal sedang bercekak pinggang ke arah mereka. Dengan muka marah dia menuju ke arah Ainur Batrisya yang tercengang-cengang. 

“You sape hah? Tetiba aje kacau orang tengah buat shooting.”

Erk!

“Awak tengah berlakon ke Darren? Jadi… tadi tu…”

Dia tidak jadi menghabiskan ayatnya. Apatah lagi melihat Darren yang merah muka memandangnya. Juga banyak pasang mata yang bengang melihat kehadirannya di situ. Saat itu juga dia rasa macam nak terjun ke dalam kolam renang di depannya. Macam nak menjerit pun ada.

Makk…!!

*****

DARI tadi lagi dia senyap membisu seribu bahasa. Dia dijamu dengan bihun goreng oleh krew penggambaran drama lakonan terbaru Darren di kediaman mewahnya. Walaupun perbuatannya tadi sudah dimaafkan oleh Encik director itu tadi dia tetap diserang rasa bersalah. Lebih-lebih pada Darren. Masam aje mukanya. Langsung tidak memandang wajahnya sejak dari tadi. Nampak sangat marahnya…

Hai, nasib ko lah Ainur… sape suruh tak siasat dulu sebelum bertindak. Yang paling tak tahan boleh pula dia terajang di tempat yang betul-betul strategik. Memang dahsyat betul! Agaknya mau merana lelaki itu empat hari tiga malam, ha ha…!

“Yang kau senyum-senyum ni kenapa? Sukalah tu dapat kenakan aku…” Darren menegurnya setelah agak lama mendiamkan diri. Nak protes la tu… terus mati senyumannya. 

“Mana saya tahu awak tengah berlakon. Kalau tahu takdela saya nak tendang tadi. Dah, saya ingat lelaki mana yang cuba nak buat tak senonoh kat perempuan tu. Tak sangka pulak lelaki tu rupanya awak. Sorrylah!”

“Yelah, aku tahu kau tak sengaja. Tapi…” Darren melebarkan senyumannya.

“Tapi apa?”

“Kau kena bayar balik perbuatan kau tu.”

“Bayar balik? Em… okey, awak nak berapa? Lima puluh? Seratus?”

“Bukan duit la maksud aku. Hee… kau ni kenapa lurus sangat hah ustazah?!”

“Okey… awak nak saya buat macam mana?”

Darren tersenyum nakal.

“Keluar makan malam dengan aku. I mean… kita pegi date nak?”

“Mengarut!”

Serentak itu Ainur Batrisya menendang kuat kaki kanannya. Terjerit Darren dibuatnya. Beberapa orang krew yang turut berada di situ memandang hairan ke arah mereka berdua. Dia buat-buat selamba sambil tersenyum dan mengangkat ibu jari ke arah mereka. Memberi isyarat yang tiada apa-apa berlaku. Darren menjegilkan mata.

“Kau ni kenapa asyik nak pukul aku aje hah? Kau ingat badan aku ni diperbuat daripada besi ke… kalau aku ni macam iron man tu takpela jugak… aku ni dah la pelakon utama untuk drama ni. Kalau apa-apa hal jadi kat aku, kau yang akan dipersalahkan tau.”

Ainur Batrisya tergelak kecil. Jahat aje bunyinya…

“Padan muka awak. Tulah… sape suruh mintak yang bukan-bukan? Saya peduli apa awak tu pelakon ke… penyanyi terkenal ke… atau penyangak sekalipun tetap saya tak peduli.”

“Pe… pp… penyangak kau panggil aku?!!”

Suara Darren yang begitu kuat itu sekali lagi menarik perhatian semua yang berada di situ. Sekali lagi mereka berpandangan. Ainur Batrisya tersenyum manakala Darren pula berpura-pura angkat tangan tanda isyarat yang keadaan mereka masih lagi ‘BAIK DAN TERKAWAL…’

Ha ha…!

“Kau ni memang tak guna betul la Ainur. Kau sekarang dah pandai ye kenakan aku…” 

Geram dibuatnya apabila mendengar gelak tawa gadis itu. Tapi hatinya menjadi tenang dari sebarang masalah tika melihat wajah gadis itu yang ceria di sampingnya. Dia dapat merasakan perubahan dan penerimaan gadis itu terhadapnya walaupun tidak la seratus peratus, tetapi dia yakin lama-kelamaan Ainur Batrisya mampu menerima dirinya sepenuhnya. Jika bukan sekarang, mungkin satu hari nanti. Siapa yang tahu kan?

“Happy betul kau ye hari ni,” usik Darren.

Ainur Batrisya mematikan tawanya.

“Ikut suka sayalah. Salah ke?”

“Tak salah pun… tapi aku suka tengok senyuman kau. Buat hati aku ni tenang dan sejuk mata memandang. Kalau boleh hari-hari aku nak buat kau ketawa, tersenyum dan marah.”

“Em… kenapa?”

“Sebab kau makin cantik dan manis pada pandangan aku ni. Ainur… kau aje yang mampu buat hati aku ni tenang, tiap kali bersama dengan kau aku tak pernah merasakan setenang ni. Seolah aku perlukan kau tiap masa…”

Seketika pandangan mereka bertaut. Dia menundukkan muka. Lelaki itu begitu pandai berkata-kata. Adakah itu semua benar belaka atau… mulut manis seorang lelaki kasanova seperti Darren? Dia tidak tahu hendak percaya ke atau tidak. Tetapi… salah ke kalau dia hendak percaya sedikit. Salah ke jika dia perlu meletakkan sekelumit kepercayaan buat lelaki itu? 

Dia teringatkan kata-kata Darren semalam. Sangkanya lelaki itu marah kerana Gary memburuk-burukkan dirinya… rupanya, hanya disebabkan Gary yang cuba menyentuhnya. Walaupun dia sedar Gary tidak harus dipersalahkan kerana lelaki itu hanya berniat ingin membantunya sahaja tetapi dari cara Darren sendiri dia berasa seperti dilindungi oleh lelaki itu. Bagaimana jika lambat-laun dia boleh jatuh hati? Tidak mustahil jika ALLAH S.W.T ingin mencampakkan rasa cinta itu ke dalam hatinya kerana dia juga sama seperti manusia biasa yang lain. Yang lemah dan tidak berkuasa merubah apa-apa pun. Yang lebih berkuasa adalah Tuhan Yang Maha Esa. Kerana Dia berhak memberi rasa cinta itu kepada mana-mana insan pun yang terpilih. 

“Ainur…”

“Err, ya… saya dengar ni.”

“Kau takde apa ke nak cakap kat aku?”

“Tak… takde apa…”

“Aku faham. Kau malu kan sebenarnya.” Sengih Darren nakal.

“Taklah, saya malas nak layan awak sebenarnya.”

Mata lelaki itu tertancap pada jari manisnya. 

“Kenapa awak tengok tangan saya macam tu?” 

Lekas dia menarik tangannya dari meja. Tidak suka diperhatikan begitu.

“Kau masih belum pakai cincin yang aku bagi tu?”

“Tak.”

“Kau tak suka ke? Kalau tak nanti aku pegi belikan yang lain. Yang lagi mahal dan lawa…”

“Tak payah!”

“Tapi kenapa?” soal Darren tidak puas hati.

“Sebab saya memang tak nak pakai. Kalau saya pakai nanti orang lain fikir apa pulak. Keluarga saya cakap apa pulak nanti. Lainlah kalau cincin tu sebagai tanda saya ni dah bertunang atau dah berkahwin, barulah saya boleh pakai. Bermakna saya ni dah rasmi jadi milik seorang lelaki yang bakal menjadi suami saya. Tiada istilah couple or pasangan bercinta sebelum kawin bagi saya.”

“Oh, macam tu…”

“Kalau macam tu, aku masuk meminang kau lah. Baru boleh kau pakai cincin yang aku bagi kan?”

“Apa?!!” Ainur Batrisya hampir terjerit.

Beberapa orang krew memandang ke arah mereka. Masuk kali ketiga dah. Ada yang tersenyum-senyum. Ada yang tergeleng-geleng. Malu tak terkata. Ni semua mamat Cina celup muka tak malu lah ni punya pasal! 

Isy… memalukan betul.

“Ainur, aku tak main-main tau. Aku memang serius nakkan kau.”

“Awak… tak main-main?”

“Habis, kau ingat aku main-main ke selama ni? I’m damn serious you know. Kalau kau tak percaya, sekarang ni jugak aku pegi jumpa parents kau.”

“Jangan! Saya… belum bersedia lagi…. Lagipun, saya tak cakap pun yang saya dah terima awak. Saya tak pernah sukakan awak Darren.”

“Love can be developed right? Kau masih ingat lagi tak kata-kata aku masa pertama kali kita bertemu dulu?”

Dia menanti kata-kata seterusnya dari bibir lelaki itu. Saat ini jantungnya terasa hendak meletup sahaja.

“I will make you fall in love with me…” 

Dapat dilihat senyuman yang terukir di bibir lelaki itu. Ada lesung pipit di pipi kanannya. Ah, baru dia perasan… tapi, kenapa baru sekarang dia perasan? Bila dah perhati lama macam ni baru dia tahu yang lelaki itu memiliki lesung pipit. Yelah, sebelum ni kan bukan main benci. Habis… sekarang macam mana? Hm… nak kata benci tu mungkin dah kurang la sikit kot. Mungkin kerana dia semakin mengenali diri lelaki itu bagaimana. Tidaklah seteruk yang disangka. 

“I won’t ever let myself falling in love with you.”

“Try me!” Darren berkata sinis.

“Kenapa hati awak tu degil sangat? Kan awak sendiri pernah cakap dulu yang kita ni jauh berbeza. Tak sama. Cara hidup awak dan saya memang sangat berbeza. Awak dah lupa ke hm?”

“Aku tak lupa Ainur. Aku masih ingat lagi… Cuma aku nak kau tau yang walaupun antara kita tak sama tapi yang sama adalah hati kita. Sebab tu ditakdirkan kita berjumpa.”

Kata-kata itu membuatnya terdiam. Apa yang pasti dia amat tidak menyukai kebenaran di sebalik kata-kata lelaki itu.

“Darren…”

“Yes, Jason.”

“Darren, ada something yang aku nak bagitau ni. It’s really important. Boleh tak lepas ni kau ikut aku?”

“Tapi aku kan tengah ada shooting sekarang ni.”

“Please don’t worry. Aku dah bagitau pada Mr. Farid. Lagipun tengok pada keadaan sekarang ni… erm, nampaknya dia macam tak mahu shooting tu berjalan sekarang… di sini buat masa ni…” Jason melirik ke arahnya. 

Hai… dah faham dah. Ni tak lain tak bukan sebab dialah kan. Itulah Ainur… kalau kau tak menyibuk kat sini takdela diorang semua bermasalah. Walaupun Jason tidak terang-terang menyebut namanya pun dia dah boleh agak!

“Apa dia yang kau nak bagitau ni sebenarnya?”

Kemunculan Jason di situ membuatnya agak tertanya-tanya. Jason membisikkan sesuatu di telinga Darren. Terus wajah lelaki itu berubah.

“Aku rasa ni mesti kerja jantan keparat tu. Dia fikir dengan cara ni dia boleh musnahkan karier aku macam tu aje ke? Damn it!”

“Sabar dulu Darren. Kita tak tau perkara yang sebenarnya. Jangan cepat tuduh. Yang penting hal ni kita setelkan di tempat yang sepatutnya.”

Jason cuba menenangkannya. Darren cuba bereaksi setenang yang mungkin. Dia tidak mahu gadis di hadapannya itu melihatnya dalam keadaan yang haru-biru sekarang ini. Apatah lagi setelah mendengar berita terbaru yang disampaikan Jason itu. Berita yang bakal menghancurkan karier seninya dalam sekelip mata dan bila-bila masa sahaja!

Ah, mengapa hal ini pula yang berlaku? Jiwanya betul-betul kacau… mungkin akan ada jalan penyelesaiannya nanti. Cuma buat masa ini dia tidak mampu memikirkan apa-apa. Dia menjadi tertekan pula.

“Darren…”

“Kalau kau nak balik sekarang pun takpe. Aku ada hal nak bincang dengan Jason.”

Darren senyum pahit.

“Awak tak apa-apa?”

“Nope. I’m fine. You can go now…”


0 ulasan:

Post a Comment