Monday, August 27, 2012

Love or Hate Me, IDIOT?!



16

KOLAM ikan itu ditenungnya lama. Kebosanan yang teramat sangat. Nak tunggu Darren menghantarnya pulang ke rumah entah bila agaknya. Suasana parti yang makin gamat nampaknya menyukarkan dia untuk mengajak Darren pulang. Apatah lagi keadaan itu membuatnya agak tidak selesa. Apa tidaknya, tarian dan lagu rancak serta minuman keras memenuhi setiap ruang di kediaman mewah itu. Beginikah yang dimaksudkan Darren tadi?

Sebelum apa-apa hal berlaku lebih baik dia menjauhkan diri dari mereka. Keadaan itu tidak sesuai langsung dengan dirinya. Memualkan…!

Ainur Batrisya memang tidak pernah menyangka yang mereka benar-benar mengikut budaya barat. Disebabkan dilimpahi harta kemewahan, segalanya diketepikan. Walaupun ada yang beragama Islam pun sanggup ketepikan agama hingga tergamak meneguk air setan itu. Entah mengapa hatinya begitu sedih dan sayu sekali. Tubir matanya bergenang. Kasihan melihat saudara seagama dengannya menjadi begitu sedangkan dia pula tidak mampu berbuat apa-apa untuk mencegah keburukan di depan mata. Apa tujuannya belajar agama selama ini? Kemungkaran sudah terang-terang berlaku pun dia tidak mampu mencegahnya.

‘Selemah-lemah iman adalah mencegah kemungkaran dan maksiat di dalam hati…’

Dia tidak berupaya melakukan apa-apa… melainkan dengan berdoa di dalam hati sahaja. Supaya mereka dikurniakan hidayah dan petunjukNYA. Dia sedar yang Datin Sherry dan Dato’ Murad terlalu baik kepadanya selama ini. Mereka sememangnya harus dibantu. Sayanglah jika keadaan sebegitu dibiarkan berterusan. 

“You ni Ainur Batrisya kan?” 

Cepat-cepat dia menyeka air mata. Ainur Batrisya segera berpaling. Dia mengerutkan dahi. A Chinese guy? Tinggi dan tegap juga orangnya. Kemas dengan sut lengkap. Gaya macam orang korporat dan kaya. Ni mesti lebih kurang sama aje perangainya macam Darren. Suka auta!  Entah sejak bila pula lelaki ini ada di sini. Setahunya hanya dia seorang sahaja yang berada di tepi kolam ikan ini sejak dari tadi. 

Memang dia sengaja menjauhkan diri dari tetamu yang lain. Lebih-lebih lagi dengan Darren. Malas hendak menatap wajah lelaki itu. Buat sakit hati aje! dia sedar yang Darren memang suka main-mainkan perasaannya. Dah la suka perasan! Suka hati aje mengaku terang-terangan depan keluarga dan sanak saudaranya yang mereka punya hubungan istimewa. Isy… tak masuk akal langsung. Gila…

“Who are you? How did you know my name?” dia bertanya pelik.

Lelaki itu tersenyum. 

“Well, of course I do. Darren yang cerita pasal you. You girlfriend baru dia kan. Selamat berkenalan. Panggil I Gary. I sepupu Darren.”

“Hai, selamat berkenalan. Tapi maaf… sebenarnya I bukan girlfriend dia. Dia aje yang perasan lebih. Antara kami takde apa-apa hubungan pun. Cukuplah you kenal I  sebagai tutor Daniel aje.”

Gary tertawa. Dia mengambil dua gelas koktail dari seorang pelayan lelaki yang lalu di situ.

“May I sit here?”

“Of course…”

Lelaki itu melabuhkan punggung bersebelahan dengannya lalu menghulurkan gelas minuman tadi kepada Ainur Batrisya.

“Thanks.”

Hm… not bad. Sekurangnya mamat Chinese ni taklah macam Darren. Tahu jugak dia berbudi bahasa. Fikirnya.

“Actually, I tahu yang you ni bukan girlfriend dia pun. Tengok pada gaya pun dah tahu. Cuma I faham apa yang Darren rasa. Dia suka kat you sebenarnya… sebab tu dia buat macam tu.”

Hampir tersembur air yang diminumnya. Dia terbatuk-batuk. Gary nampak gelisah.

“You okey?”

“Ya… ya, I’m okay. Sorry!”

“Takpe, maaf kalau kata-kata I tadi buat you terkejut. Tapi… I memang serius. Sebab I kenal sangat sepupu I tu macam mana.”

“You cakap Darren suka kat I?”

Gary mengangguk pasti.

“You tak tahu Gary layanan dia macam mana pada I. Honestly, I memang tak suka dia. Sepanjang I kenal dia, dia memang banyak bagi masalah… opss… sorry, I tak patut cerita keburukan dia kat you.”

Dia menekup mulut. Boleh pulak dia begitu selamba mengumpat sepupunya di depan lelaki itu. Ha ha…

“It’s okay, I faham… I tak marah pun kalau you nak mengata dia sekalipun. Even I sebagai sepupu dia sendiri pun tak berapa suka dengan sikapnya.”

Dia terdengar keluhan Gary. 

“Kenapa you cakap macam tu?”

Lelaki itu terdiam sambil melirik ke wajah gadis itu yang tertanya-tanya. Dia yakin yang saat ini dia perlu melakukan sesuatu. Sesuatu yang makin membuatkan kebencian gadis itu semakin bertambah!

“You tau tak yang jika diikutkan syarikat milik keluarga Dato’ Murad sepatutnya jatuh ke tangan I. Tapi sekarang datuk nak serahkan syarikat tu pada Darren walaupun datuk sendiri sedar yang dia tak mahu bertanggungjawab terhadap syarikat tu. Tapi kerana terlalu sayang, datuk sanggup serahkan syarikat tu bulat-bulat pada Darren nanti.”

“Betul ke? Tapi… kenapa you tak terus-terang aje pada datuk you pasal hal ni?”

“I dah beritahu datuk tapi you faham ajelah. Dia mana nak dengar cakap cucunya yang lain melainkan Darren. Bagi datuk, Darren adalah segalanya. Darren tak pernah hargai walau sikitpun penat lelah usaha datuk membangunkan syarikat dan bisnes. Yang dia tahu menyusahkan keluarga kami aje. Dia tak pernah ambik serius dengan sesuatu perkara yang melibatkan keluarga. Sampai sanggup memalukan keluarganya sendiri…”

“Memalukan keluarga?”

“Ya, pasal majlis kawin dia dengan Isabelle… ikutkan mereka jadi nak berkahwin tapi putus semuanya gara-gara sikap Darren sendiri. Depan Isabelle bukan main baik. Tapi belakangnya… rupanya dia sendiri yang curang. Sanggup main dengan perempuan lain. I nampak dengan mata I sendiri dia bawak perempuan tu ke hotel.”

Isy… teruknya!

Tapi apesal dengan aku dia cerita lain. Dia cakap Isabelle yang curang terhadapnya. Dia tidak tahu hendak percaya ke atau tidak dengan cerita kurang enak itu.

“Biasalah kalau dah hidupnya artis memang tak boleh nak elak dengan semua tu. Sebab tulah datuk tak pernah bagi Darren terlibat dalam dunia hiburan. Dia suka berfoya-foya. Memang tak pernah serius dalam hidup…” keluh Gary perlahan.

“I tak sangka pulak yang dia sebenarnya curang pada Isabelle dulu. Sebab dia cerita kat I sebaliknya…”

“Takpelah, mungkin ni nasib I sebab dapat sepupu perangai macam tu. I harap dia berubah jugak satu hari nanti.”

Ainur Batrisya mengangguk. Dia juga sebenarnya berharap begitu. Baginya Darren tidaklah seteruk mana pun. Kalau bab agama tahulah jugak dari tak tahu apa-apa langsung. Mengingatkan sewaktu lelaki itu pernah berjemaah sekali dengan keluarganya dia dapat merasakan yang lelaki itu boleh diberi tunjuk ajar cuma dia terlalu mengikut perasaan kecewa sahaja akibat putus cinta dengan Isabelle. Cuma yang dia tidak boleh terima ialah sikap angkuh lelaki itu sendiri.

“You know, Isabelle sampai sekarang masih mencintai dia. Dia mungkin tak rasa apa-apa sebab dia selalu mainkan perasaan mana-mana wanita yang dia kenal. Termasuklah you Ainur. So better you hati-hati sikit dengan dia. He’s such a playboy. Apa yang dia kata kat you tu semuanya main-main.”

Ainur Batrisya terkesima. Ya, mungkin dia harus lebih berhati-hati dengan Darren selepas ini. Mungkin benar apa yang dikatakan Gary. Sepupunya sendiri pun mengakui hal yang sama. Jadi memang benarlah sangkaannya selama ini. Darren seorang yang kaki playboy!

“I memang tak pernah layan dia pun. Sebab I tak suka lelaki jenis macam tu. Thanks for the concern…”

Tangannya yang memegang gelas dilanggar seseorang. Ainur Batrisya terjerit kecil. Rupa-rupanya sebahagian jubah yang dipakainya habis basah akibat air yang tumpah.

“Eh, macam mana boleh tumpah ni?”

“Entahla… ada orang langgar tadi.”

Gary menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan sehelai sapu tangan. Dia ingin membantu gadis itu mengelap jubahnya yang basah. Tiba-tiba tangannya direntap dengan kasar.

“Don’t you dare to touch her.”

Mereka berdua tergamam dengan kehadiran Darren di situ.

“Darren, don’t misunderstood okay. I nak tolong dia aje…”

“Tolong kepala hotak kau!”

Darren bercekak pinggang dengan muka menyinga. Dia segera menarik lengan Ainur Batrisya yang terkejut dengan perlakuan kasarnya itu.

“Yang awak nak marah ni kenapa Darren? Gary bukannya buat apa-apa pun. Kami cuma berbual aje. Awak sape nak marah-marah orang ni?”

“Kau nak berbual dengan sape pun aku tak kisah Ainur. Yang penting bukan dengan lelaki ni. He is a jerk.”

“Apa yang awak cakap ni Darren? Awak fikir awak tu baik sangat ke?”

Wajah Darren terus berubah. Dia merenung tajam ke arah Gary yang tersenyum sinis sambil menggenggam erat penumbuknya.

“Apa yang kau dah hasut dia Gary?”

“Hei… apa tuduh-tuduh ni? Kau tau mana aku hasut dia? Kau ni kan Darren… perangai tak ubah-ubah macam budak kecil. Suka cari gaduh dengan aku. Aku malas nak layan orang macam kau ni. Buang masa.”

Gary ingin beredar dari situ. Namun lengannya ditarik dengan kasar. Bukk…! Penumbuk sulung hinggap ke mukanya. Dia tersungkur jatuh ke lantai. Ainur Batrisya terjerit kecil. 

“Awak ni dah gila Darren!”

Dia membantu Gary untuk bangun. Direnung tajam wajah lelaki itu. 

“Kau… betul-betul dah melampau Darren.” Gary mengesat darah yang mengalir di hujung bibir.

“Aku tak kisah kalau kau nak cerita keburukan aku kat perempuan ni sekalipun. Tapi yang aku tak boleh terima kau berani ambik kesempatan ke atas dia. She’s too naïve Gary. Ini amaran aku yang terakhir. Sekali lagi kau cuba sentuh dia tahulah kau macam mana. Aku kerjakan kau cukup-cukup!”

Gadis itu tergamam. Gary sudah tertunduk dengan rasa sebal di hatinya.

“Darren… awak…”

Dia tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dia masih terkejut dengan tindakan tidak diduga itu tadi. 
 Benar-benar tidak menyangka!

“Ainur, jom aku hantar kau balik sekarang.”

“Kau sebenarnya cemburu tengok aku rapat dengan dia kan?” Gary tertawa sinis.

Darren menghentikan langkahnya. Langsung tidak berpaling. Kebenciannya meluap-luap. 

“Sebelum apa-apa yang lagi teruk berlaku pada kau… sebelum aku hilang sabar… lebih baik kau berambus dari sini. Ini kawasan rumah aku.”

*****

“KENAPA awak buat Gary macam tu? Awak ni tak patut tau. Apa yang dia dah buat salah kat awak hm?”

Darren membisu agak lama. Wajahnya begitu serius. Tidak seceria semasa mereka mula-mula sampai ke parti itu tadi.

“Mulai saat ni, kau jangan tanya apa-apa pasal lelaki tak guna tu. Jantan keparat tu memang sengaja nak ambik kesempatan. Dan aku tak suka kau cuba-cuba nak rapat dengan dia.”

“Apa hak awak nak halang saya dari berkawan dengan sape pun yang saya suka? Lantaklah saya nak berkawan dengan sape-sape pun. Kita bukannya ada apa-apa pun.” Ainur Batrisya mencebik.

Dia berasa sungguh benci. Terasa dikongkong pula oleh lelaki itu.

“Sebab aku sukakan kau.”

Huh…?

“Apa yang awak mengarut ni Darren. Are you out of your mind?” 

Darren melepaskan keluhan. Dia meramas kuat stereng keretanya. 

“Ya… memang aku suka mengarut. Kau tak perlu percaya cakap aku tadi. I’m just joking…”

“Jangan cakap macam tu lagi lepas ni. Saya tak suka. Awak… memang suka main-main perasaan saya kan… benda macam ni makin buat saya tak sukakan awak. So please stop it. Saya harap kita takkan berjumpa lagi lepas saya habis bekerja dengan keluarga awak. Awak ada kehidupan awak sendiri. Begitu juga dengan saya. Betul kata awak, antara kita begitu jauh beza. Cara hidup kita tak sama… andai kata kita bersama sekalipun ianya takkan merubah apa-apa. Awak tetap dengan cara awak dan saya tetap dengan diri saya. Sebab saya tetap akan berpegang teguh pada apa yang saya percaya. Saya ada pegangan hidup Darren. Selama ini saya memang telah dididik dengan ajaran Islam yang kuat. Saya… tak boleh terima… gaya hidup awak yang terlalu sosial…”

Lelaki itu masih diam membisu. Dia melepas pandang ke hadapan. Jiwanya betul-betul kacau!

“Saya faham awak jadi macam ni pun sebab didikan keluarga awak yang berbeza. Saya hormat dengan mereka dan saya tak bermaksud nak pandang rendah pada awak atau sesiapa pun. Masing-masing punya hak untuk hidup. Nak amalkan cara tersendiri tapi saya tetap berharap yang satu hari nanti awak diberikan hidayah dan petunjuk ALLAH S.W.T. Saya harap awak faham Darren maksud saya ni.”

Ainur Batrisya mengesat air matanya. Hatinya menjadi pedih tiba-tiba. Entahlah… dia tidak tahu mengapa selama berada dekat di sisi lelaki ini terlalu banyak perkara yang dia belajar tentang soal kehidupan.

“Cukuplah awak mainkan perasaan saya. Saya bukan patung yang boleh dibuat main sesuka hati awak. Cukuplah awak kenal saya sebagai seorang wanita yang bermaruah. Saya bukan macam kebanyakan wanita yang awak kenal.”

“Kau… sukakan aku kan Ainur?”

Jantungnya berdegup kencang… tidak pula dia mengiyakan dan tidak pula menafikan!

“Kalau kau tak sukakan aku… kau takkan cakap macam ni. Aku tak bermaksud pun nak mainkan perasaan kau. Memang pada mulanya aku akui aku hanya nak main-main aje. Tapi lama-lama… aku dapat rasa perasaan aku terhadap kau makin berubah. Aku harap kau bagi peluang untuk aku berubah. Memang… bukan senang aku nak ubah gaya hidup aku yang dah sebati ni. Tapi kali ni aje. Bagi aku peluang. Aku perlukan kau Ainur untuk tolong aku…”

Pandangan mereka bertaut kembali. Gadis itu tertunduk. Fikirannya bercelaru. Darren mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Sebuah kotak kecil yang berbungkus elok dengan pembalut hadiah. Dihulurkan pada gadis itu.

“Apa ni?”

Darren mengukir senyuman lebar.

“Hadiah untuk kau. Thanks sebab dah temankan aku ke parti hari ni.”

“Tapi…”

“Ambiklah. Aku dah lama nak bagi hadiah ni tapi ada aje halangannya. Aku anggap hadiah tu sebagai tanda ingatan aku. Aku nak kau fikir masak-masak apa yang aku katakan tadi. Aku betul-betul maksudkannya.”
Ainur Batrisya menggigit bibir. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan lagi.

“Bukalah.” Pinta lelaki itu.

Lambat-lambat dia menurut jua. Dia membuka pembalut itu dengan rasa yang berbaur. Setelah itu dia membuka pula kotak baldu biru kecil itu. Terserlah sebentuk cincin yang bertahtakan berlian bentuk hati. Memukau dan berkilau sekali. Hatinya berasa tidak enak…

“Saya tak boleh terima. Hadiah ni terlalu mahal dan saya tak biasa pakai cincin mahal macam ni.”

“Lah, apa salahnya. Bukan beli pakai duit kau pun. Pakai duit aku.”

“Saya tahu… tapi saya tak sedap hati terima hadiah apa-apa dari awak.” Dia berterus-terang.

Darren mengeluh berat. Dia meraup mukanya yang agak kusut. Memang betul. Dia perlukan effort yang lebih untuk meyakinkan perempuan itu. Inilah pertama kali hadiah yang diberikan olehnya ditolak mentah-mentah!

“Aku tak salahkan kau ustazah. Terpulang sama ada kau nak percaya ke tak. Tapi aku harap kau boleh pakai cincin tu. Sebagai tandanya kau dah terima aku. Em… aku akan anggap macam tu kalau kau malu nak terus-terang tentang perasaan sebenar kau kat aku. Boleh tak kalau macam tu?”

“Aik… macam tu pulak?”

“Habis tu? Kau nak aku buat macam mana lagi ustazah? Aku dah hampir-hampir hilang cara lagi macam mana nak buat kau jatuh hati pada aku. Semuanya tak jalan jugak. Tapi… jauh di sudut hati aku dapat rasakan yang kau sayangkan aku kan sebenarnya ustazah.” Sengihan lelaki itu semakin lebar.

“Hee… tolonglah. Tak habis-habis nak perasan.”

“Kalau tak sayang, kau takkan mintak aku berubah kan?”

Cincin itu diramasnya kuat. Dia menutup kembali kotak baldu itu. Tidak menjawab persoalan itu. Bukan apa, dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dijawab lagi.

“Baiklah, saya akan simpan elok-elok hadiah ni sebab tak mahu kecewakan awak. Apa pun thanks ya. Lepas ni jangan belikan saya apa-apa lagi faham?”

Tawa tercetus di mulut lelaki itu. Geli hati sungguh dengan ustazah ni. Hm… nampak sangat tak biasa terima hadiah dari lelaki sebelum ni.

“Rasanya eloklah saya masuk dalam dulu. Tak manis kita berdua lama-lama macam ni. Nanti apa pulak orang kata…”

“Okey, but I'm still waiting your answer.”

Terpana dia melihat senyuman itu.

0 ulasan:

Post a Comment