Friday, August 24, 2012

Love or Hate Me, IDIOT?!



10

AINUR Batrisya sudah berada di dalam pekarangan kediaman mewah Vila Rose sewaktu telefon bimbit Samsungnya berbunyi. Dia menjawab panggilan itu dengan agak tergesa-gesa. Yang sebenarnya dia memang hendak cepat kerana telah terlewat sampai. Bimbang jika Daniel menunggu terlalu lama. Walaupun sepanjang dia menjadi tutor pada anak itu tiada sebarang masalah pun yang timbul. Daniel seorang yang mudah faham bila diajar dan mendengar kata. Sebab itulah dia lebih menyukai Daniel.
“Isya, ni akulah Sara… kau kat mana tu?”
“Aku kat rumah kawan mama aku ni. Ada kerja sikit.”
“Kerja? Kerja apa?”
“Aku jadi tutor pada anaknya si Daniel. Kau pulak, buat apa cuti sem ni?”
“Macam biasalah Isya. Duk melangut kat rumah. Bukannya ada apa-apa aku nak buat pun. Kau faham-faham jelah aku ni macam mana. Bukannya rajin sangat nak kerja macam kau tu. Tahunya menghabiskan beras mak bapak aje…” Sara sudah tergelak-gelak di hujung talian.
“Tulah, siapa suruh malas sangat? Nanti takde siapa nak jadi laki kau tau.”
“Amboi… sedapnya mengata aku. Nasib baik kutuk depan-depan.”
Dia turut tergelak sama.
“Eh, kau ada hal apa call aku ni Sara? Result exam dah keluar ke?”
“Mana ada keluar lagi. Lambat lagi la Isya. Ni aku nak tanya something ni. Tapi rasa macam curious sikit sebab aku rasa gambar kat internet ni macam ada iras-iras kau lah Isya. Cuma aku nakkan kepastian aje.”
“Maksud kau apa Sara?”
“Sebenarnya aku ada terbaca kat dalam satu blog hiburan ni pasal gosip artis. Ada la satu kisah hot dan terbaru tentang penyanyi dan model terkenal Darren Lee tu. Nak kata baru sangat tu takdelah jugak sebab tarikhnya kira-kira dua, tiga minggu lepas. Lepas tu ada gambar dia dengan sorang perempuan bertudung yang mengaku tunangnya… rupa sebijik macam kau lah Isya. Ke memang kau ni?”
Darah mula menyerbu ke wajahnya. Arghh… bala!
 “Eh, err… a… aku rasa… bu… bukan tu Sara. Orang lain agaknya. Kau salah tengok tak?”
“Tapi rupanya memang seiras kau lah Isya. Tak dinafikan. Aku macam tak percaya aje kau ada affair dengan Darren Lee tu. Lagipun kau memang kenal ke dia?”
“Isy, apa yang kau mengarutkan ni Sara. Tak mungkinlah…”
Ya, tak mungkin… mustahil dia ada hubungan dengan lelaki biadap itu.
“Apesal tak keluar dalam paper ek? Agaknya berita ni dah lama kot… aku aje yang tak perasan…”
“Sara, macam nilah. Kau tak perlulah percaya dengan cerita mengarut semua tu. Diorang takde kena-mengena pun dengan kita. Okey, aku ada hal ni. Nanti kita sambung borak balik okey.”
“Tapi Isya…”
Lekas dia mematikan talian. Jantungnya berdegup kencang. Bermakna khabar tentang pertunangan palsu antara mereka benar-benar telah tersebar. Salahnya juga kerana berani mengambil risiko seterusnya melibatkan diri dalam hidup lelaki itu. Mati… memang betul mati dia kali ini!

*****

DIA merentap earphone yang dipakai Darren dengan kasar. Dia benar-benar hilang sabar. Rasa dirinya bagai  orang hilang akal pula. Jiwanya tidak tenteram sejak Sara menceritakan perihal gambar mereka berdua yang tersebar di internet. Itu baru internet. Belum lagi kira yang masuk dalam akhbar dan majalah-majalah hiburan di negara ni. Satu Malaysia baca kisah mereka.
Arghh… yang paling dikesalkan kenapa baru sekarang dia tahu tentang perkara itu. Memang dia jarang baca akhbar sekarang ni. Disebabkan itulah banyak berita-berita terkini yang dia terlepas pandang. Tambah geram bila dia tengok lelaki itu boleh setenang ini. Seperti tiada apa yang berlaku. Dirasakan dunia seperti hendak kiamat!
“Hey, what’s wrong with you?”
Darren merenung tajam ke arahnya sambil memakai semula earphone. Dia begitu santai berbaring di kerusi sofa ruang tamu. Entah sejak bila pula Ainur Batrisya datang ke rumah itu dia sendiri pun tak perasan. Asyik sangat melayan lagu. Dia bernyanyi kecil mengikut rentak lagu tanpa mempedulikan gadis itu. Nak praktis suara… maklumlah dia kini sering sahaja menerima undangan bagi mengadakan persembahan nyanyian. Earphonenya direntap lagi. Kali ini dengan Mp3 nya sekali. Dicampakkan ke meja.
Mak aih… boleh tahan garang jugak minah ni!
Darren bingkas bangun.
“Apa kena dengan kau ni? Tetiba aje datang mengamuk kat aku. Ke sebab… kau rindukan aku? Yelah, lama tak jumpa kan.”
Sengaja dia ingin membakar hati gadis itu.
“Rindu? Apa kejadahnya saya nak rindu kat awak? Tak hingin saya. Awak sebenarnya dah memang tau kan berita pasal pertunangan palsu kita tu dah tersebar. Kenapa awak diamkan aje? Kenapa tak nafikan aje berita tu? awak sendiri tahu kan saya tak nak terlibat apa-apa dengan awak. Kenapa awak tak cuba terangkan pada mereka yang berita tu palsu?”
“Oh… pasal tu.”
Senyuman lebar terukir di bibir Darren. Ainur Batrisya terasa meluat pula.
“Kenapa pulak aku nak nafikan? Dah benda nak jadi. Biarkanlah.” Selamba lelaki itu berkata.
“Biarkan aje awak cakap? Saya separuh nyawa fikirkan hal ni tau. Apa saya nak jawab kat parents saya nanti?”
“Yang kau nak sibuk sangat ni apehal? Selama nak masuk empat minggu ni… ada ke mak dengan ayah kau bising? Diorang senyap aje kan. Takde cakap apa pun. Parents aku pun tak kecoh macam kau.”
Ainur Batrisya terdiam. Ada betul juga kata-katanya. Ke sebab mama dan papa memang tak tahu-menahu hal ni?
“Kau janganlah risau sangat. Lagipun muka kau tak jelas sangat dalam gambar tu. Aku dah tengok dah…”
“Awak… awak dah tengok ke Darren… gambar tu…?”
Lelaki itu mengangguk. Dia menghela nafas. Namun masih belum cukup lega tambahan lagi bila melihat pada gaya lelaki itu yang nampak macam tak berapa nak serius. Nampak senyuman nakal terukir di bibir lelaki itu.
Darren bingkas berdiri. Dia menapak satu-persatu mendekati gadis itu. Fikiran nakalnya ingin mengusik gadis itu. Tak jadi nak praktis lagu, he he… Ainur Batrisya kehairanan.
“Awak… em, awak nak buat apa ni Darren?”
Darren tidak menjawab. Sebaliknya dia kian mendekati.
“Kau memang datang tepat pada masanya Ainur.”
“Apa maksud awak ni?”
“Kau tau kan yang mummy dengan daddy aku takde kat rumah sekarang ni. Means… hanya kita berdua aje di rumah ni…”
Dia sudah tercengang.
“Auntie dan uncle ke mana? Daniel pulak?”
“Daniel keluar. Pegi rumah kawan dia. Baru aje kejap tadi,” sengih Darren.
“Awak tipu kan?”
“Tak percaya? Hm… terpulang.”
Pelik. Takkan hanya Darren sahaja berada di rumah saat ini. Mana peginya semua orang? Bibik pun takkan keluar jugak? Melilau matanya memandang ke segenap rumah agam itu. Sunyi dan sepi sahaja. Hatinya tidak keruan. Apatah lagi berdua-duaan dengan lelaki seperti Darren. Bukannya boleh percaya sangat. Renungan lelaki itu menambah rasa seram sejuk di hatinya. Isy… janganlah ada sesuatu yang tidak diingini berlaku. Minta-minta dijauhkanlah.
“Kau nak ke mana?”
Lengannya dipaut pantas. Ainur Batrisya segera menepis.
“Saya nak keluar. Biar saya tunggu di luar aje. Awak duduklah kat dalam ni.”
Sekurangnya di luar tu ada tukang kebun dan pengawal keselamatan. Tidaklah ketara sangat dia berdua dengan Darren…
“Why?”
“Awak tau tak yang haram hukumnya bila berdua-duaan dengan bukan mahram dalam keadaan mencurigakan. Tambah pulak dalam keadaan err… awak yang macam ni…”
Matanya sudah terarah ke bahagian bawah. Lelaki itu hanya memakai short pant sahaja. Mujurlah kali ini berbaju juga walaupun tanpa lengan. Malu dia menengoknya. Tak senonoh betul. Isy…
“Salah ke aku pakai macam ni? Bukannya aku nak buat apa pun kat kau. Kau tu pulak asyik berjubah aje 24 jam. Tak panas ke? Tak teringin langsung aku melainkan…”
Darren tidak menghabiskan ayatnya. Hingga meninggalkan tanda-tanya di benaknya. Dia tahu yang lelaki itu memang bermaksud sesuatu yang tidak elok. Cuma dia malas hendak melayannya. Makin dilayan makin menggatal!
“Ainur, you know I really meant it when I said that I will do everything to get you. Aku akan dapatkan kau walau dengan apa jua cara sekalipun. Aku tak main-main. Aku cuma nak kau ikut aje kehendak dan keinginan aku ni. Tak susah mana pun…” bisik Darren rapat ke telinganya.
“Awak ni gila!”
Dia menjarakkan dirinya dari lelaki itu. Debaran di hatinya kian kencang. Darren ketawa besar.
“Ya, memang aku betul gilakan kau. You made me really crazy right now. Aku pernah cakap kan dulu. Kau bukan sekadar perlu berlakon sebagai tunang aku, malah lebih dari itu. Apa yang media nak cakap pedulikan. Yang pasti kau dah tak boleh lari dari aku lagi Ainur. Kau yang sengaja libatkan diri kau dengan aku sejak dari mula lagi kan? Now you have to face the truth.”
Ainur Batrisya menggigit bibir. Terasa dirinya berada dalam ancaman dan cengkaman lelaki ego itu. Darren benar-benar sudah gila agaknya.
“Tapi awak cakap lakonan tu habis setakat tu aje…”
“Ada ke aku cakap macam tu? hm? Rasanya aku cakap kalau lakonan kau tu berjaya kan. Tapi… berjaya ke lakonan tu dulu? sorry to say that it was a totally failure.  Poor girl… walaupun aku tak nafikan kau memang nampak cantik dan cute dengan dress tu, beautiful my girl…” sengih Darren.
Dia menepis kasar tangan Darren yang menyentuh dagunya. Dia benar-benar tidak selesa dengan perlakuan lelaki itu yang melampaui batas pergaulan. Sesuka hati aje. Kalau rasa nak pegang boleh pegang sesukanya sahaja. Entah di mana agaknya dicampak nila-nilai sopan dalam diri.
“Apa motif awak sebenarnya ni Darren? Apa yang awak nak dari saya?”
“Aku cuma nakkan kau aje. Aku nak pastikan yang kau jadi milik aku. Macam perempuan lain yang pernah aku dampingi sebelum ni. Susah sangat ke permintaan aku ni hm?”
Dasar playboy!
“Saya takkan biarkan hal itu terjadi. Saya tak suka awak. Berapa kali nak saya cakap? Saya memang tak sukakan lelaki macam awak. Cari aje perempuan lain. Saya janji akan setelkan semua hutang saya dulu kat awak. Yang penting awak tak ganggu saya lagi lepas ni. Tolonglah, saya rayu sangat pada awak…”
“Hutang?”
Darren mengerutkan dahinya.
“Awak dah lupa ke yang bil awak kasi kat saya tu. Malam yang awak tinggalkan saya kat tepi jalan dulu tu.”
“Oh, pasal tu anggap aje dah setel. Aku tak perlukan duit kau. Aku nak kau bayar dengan cara lain.”
“Cara lain?!”
“Yup, aku nak kau ikut aje kehendak aku. Kau kena jadi girlfriend aku.” Sengihan lelaki itu makin lebar.
“Tak mahu!” bentaknya keras.
Terasa hatinya begitu sakit sekali. Terasa diri dipermainkan oleh lelaki berhidung belang itu.
“Fine, kalau macam tu… aku akan canangkan pasal kita ni kat media. Aku akan buat press conference secara besar-besaran. Biar satu Malaysia tahu. Kau jangan menyesal nanti Ainur. Lantaklah keluarga kita nak tau pun. Lagi bagus kalau mereka tahu. Senang sikit kerja aku.” Darren tersenyum sinis.
“Awak jangan cuba-cuba nak buat kerja bodoh tu. Awak fikir saya takut ke hm? Hei, sikit pun saya tak heranlah… mati hidup semula pun saya tak sanggup jadi girlfriend awak tau!”
“Jangan cabar aku.”
Darren terus mencapai i-phonenya dan mendail nombor pengurusnya. Matanya tidak lepas memandang Ainur Batrisya yang sudah kegelisahan itu.
“Helo, Tiara.”
Melongo dia memandang lelaki itu. Bagaikan tidak percaya sahaja!
“There is something important I want you to do. Please gather all the media right now. I want to do some press conference regarding with my relation. As soon as they…”
“Darren! Stop it! Fine… fine, I do it!”
Ainur Batrisya terduduk lemah di atas sofa. Fikirannya kacau-bilau. Tidak tenteram hatinya. Benar. Darren sanggup melakukan apa sahaja janji keinginannya dituruti. Dia berasa sangat benci. Hatinya teramat sakit dengan perlakuan lelaki itu. Dia menekup muka dengan tangan. Jiwanya benar-benar tertekan. Fikirannya buntu. Tidak tahu apakah yang wajar dilakukan bagi mengelakkan diri dari lelaki ini.
“Tiara, just what I said before… sorry, please cancel it immediately. There’s nothing more.”
Darren terus mematikan talian. Dia tersenyum puas hati. Sebenarnya dia memang sengaja melakukan begitu demi untuk menyakiti hati gadis itu.
“Okey, aku takkan buat lagi. Janji kau ikut cakap aku lepas ni. Cuma jangan sampai buat aku lakukan benda yang macam ni. Then, you’ll not regret it.”
“Awak ni memang teruk Darren. Awak mempergunakan pengaruh yang awak ada demi kepentingan sendiri. Semuanya untuk kepuasan awak semata-mata kan. Saya tak sangka yang awak ni lelaki teruk. Paling teruk pernah saya jumpa.”
“Yes, I have to admit that. Kau yang paksa aku guna cara kotor ni. Memang semua ni untuk kepuasan diri aku sendiri. Anggap aje hutang kau tu dah selesai. Yang penting lepas ni aku nak kau ikut aje cakap aku. Bukannya susah mana pun.”
Ainur Batrisya tidak mampu menahan lagi perasaannya. Dia mencapai tas tangannya dan terus berlari keluar dari situ. Tiada gunanya bertekak dengan lelaki itu. Hanya menambah rasa sakit hati sahaja.
Darren mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Dia meneliti lama sebentuk cincin berlian yang terukir bentuk hati di atasnya. Berkilau dan memukau. Begitu cantik sekali rekaannya. Dia amat berpuas hati dengan pilihan Jason kali ini. Satu pelaburan yang dirasakan amat berbaloi sekali. Dia ingin membuat perancangan seterusnya. Apa yang pasti lambat-laun gadis yang keras hati itu pasti akan berada dalam genggamannya. Dan akan tersungkur jua di kakinya. Dengan sendirinya akan datang merayu dan mendambakan dirinya. Ainur, kau tunggu ajelah apa yang aku akan lakukan nanti. Bibirnya mengukir senyuman…

11

“DANIEL, ingat tau pesan akak tadi.”
“Baik, kak…” Daniel mengangguk. Dia menyimpan semula alat tulisnya di dalam kotak pensil. Buku-bukunya juga disusun dengan kemas.
“Daniel faham kan apa yang akak ajar tadi pasal cara menunaikan solat Jama’ dan Qasar bagi musafir? Sebenarnya tak susah pun. Yang penting kena tahu niatnya. Dalam Islam dah diberikan kemudahan pada umatnya yang bermusafir untuk menunaikan ibadah solat. Mudah kan?”
“Betul tu kak. Sekarang Daniel dah faham.”
“Nah, ambil ni.” Dia menghulurkan sebuah buku agama kepada Daniel.
“Apa ni kak?”
“Buku Panduan Solat-solat Sunat. Ambil lah. Akak bagi sebagai hadiah. Simpan baik-baik tau buku ni.”
Daniel menyambutnya dengan girang. “Thanks kak.”
Dia membalas senyuman Daniel. Lega rasanya dah lepas satu tanggungjawab. Dia melihat jam di pergelangan tangannya.
“Akak dah nak balik?”
“A’ah. Rasanya takde apa lagi kot.”
“Isya, nanti sebelum balik minumlah dulu ya. Kak Yati ada sediakan minum petang sikit,” pelawa Datin Sherry yang baru muncul di situ.
“Okey, terima kasih. Err, auntie pun minumlah sekali.”
“Auntie baru aje lepas minum tadi Isya. Takpelah, Darren ada sekali kat meja makan tu. Isya pegilah minum dengan dia sekali. Boleh ajak Daniel sekali.”
Erk… macam mana ni? Dia kalau boleh ingin sedaya-upaya mengelak dari bertemu dengan lelaki itu. Mulutnya ingin berkata sesuatu. Tetapi Datin Sherry telah pun beredar meninggalkannya. Hm… hendak tak hendak pun kenalah hadap.
Darren sudah pun berada di meja makan. Dia menarik kerusi di sebelah Daniel. Lelaki itu berwajah selamba seperti tiada apa yang berlaku antara mereka tadi. Dia cepat-cepat menghabiskan karipap di tangannya. Dia ingin cepat pulang. Tidak ingin menghadap muka lelaki biadap itu.
“Ouch…!”
Lidahnya terasa melecur. Apa tidaknya, inti karipap tadi masih lagi panas berasap.
“Kenapa Isya?” tanya Datin Sherry yang muncul dari ruang tamu.
Agaknya dia dengar jeritannya yang agak kuat itu tadi.
“Err, tak… takde apa-apa auntie. Karipap ni panas sangat.”
“Dah tau panas yang pegi makan jugak tu pasal apa? bodoh!”
Darren tersenyum mengejek. Dijelingnya tajam lelaki itu.
“Darren, behave yourself!” marah Datin Sherry.
“Mummy, kenapa Along tak suka Kak Ainur ye?” tanya Daniel pula.
Dia sering tertanya-tanya. Layanan Darren sungguh berbeza sekali terhadap Ainur Batrisya berbanding perempuan lain. Dia seolah dapat membaca renungan alongnya itu yang semacam sahaja tiap kali memandang gadis itu. Tetapi selama ini sengaja dia buat-buat tak nampak.
“Darren, tak boleh ke cakap elok-elok dengan Isya? Mummy tak pernah ajar pun Darren berkelakuan biadab dengan orang lain. Kenapa susah sangat Darren nak dengar cakap mummy? Dah berapa kali mummy nak pesan…”
“Memang patut pun Daniel asyik bertukar tutor aje. Mana ada orang yang tahan bila dengan Along. Cakap main lepas aje... kalau tahan mesti orang tu jenis yang kebal macam Kak Ainur ni.”
Ainur Batrisya tergelak kecil. Cayalah Daniel!
“Hey, watch your mouth! Jangan masuk campur urusan orang dewasa boleh tak? kau budak lagi apa tahu?” Darren menjegilkan mata ke arah adiknya.
“Along tu yang mengada-ngada sangat. Eleh… sebenarnya Along memang ada hati kat Kak Ainur kan? Tapi malu nak mengaku…” Daniel separuh mengejeknya.
Wajah Darren bertukar kemerahan. Dia berasa tergugat apatah lagi adiknya sendiri sengaja mengenakan dirinya di hadapan Ainur Batrisya. Mummy sudah semestinya berpihak pada Daniel.
“Kau tau mana aku ada hati kat dia? Jangan nak memandai tuduh ye. Nanti dengan kau sekali aku sumbat dalam mangkuk sinki tu baru tau!”
Ainur Batrisya sudah tergelak. Sumbat dalam mangkuk sinki? Hai… dari manalah dia boleh dapat ayat tu.
“Darren, sudahlah tu. Yang nak gaduh dengan Daniel tu kenapa? Daniel tu kan budak lagi. Buat malu aje… kau pun sama aje perangai macam budak-budak!”
Tegur Datin Sherry. Pening melayan kerenah anak-anaknya yang pelbagai ragam itu. Yang seorang tu sudahlah degil dan keras kepala. Berlagak pula tu! mujurlah Daniel tidak macam tu… Darren merengus kasar. Tambah sakit hati bila melihat senyuman adiknya. Hendak perli lah tu!
“Hah, tu nak ke mana pulak tu? Darren… mummy belum habis cakap lagi ni.”
Dia terus berlalu dari situ dengan wajah bengang. Tidak mempedulikan jeritan Datin Sherry yang memanggilnya. Ainur Batrisya senyum meleret. Dipandangnya Daniel sambil mengunjukkan isyarat ibu jarinya.
He he… padan muka!

*****

TAYAR Myvinya ditenung dengan rasa berbaur. Macam mana boleh pancit pulak ni? Tak pernah pulak dia buat hal sebelum ni. Arghh… habislah kali ni. Nampaknya entah pukul berapa agaknya boleh balik kalau macam ni. Nak pegi tukar tayar spare pulak satu ke hal. Masalahnya nak harapkan diri sendiri dia pun tak tahu. Tidak pernah seumur hidupnya belajar cara-cara hendak menukar tayar kereta. Yang dia pandai cuma tahu memandu aje. Nak harapkan siapa ye? Darren? Tak mungkin kot!
“Kenapa Isya? Ada masalah ke?” tanya Datin Sherry.
“Auntie, tayar kereta Isya ni pancitlah. Tadi elok ada aje. Entah apalah kenanya…”
“La, yeke? Macam mana boleh jadi macam tu pulak?”
Datin Sherry sudah menunduk. Melihat keadaan tayar keretanya di bahagian depan itu. Terus wajahnya berubah. Sah, ini kalau tak bukan memang kerja budak itu!
“Darren!”
Dia bercekak pinggang memanggil nama anaknya itu. Ainur Batrisya terasa serba-salah. Kalau boleh dia tidak mahulah menyusahkan lelaki itu pula. Yang sebenarnya… dia tidak mahu terhutang budi apa-apa pun dengan lelaki itu. Dia tahu lelaki itu jenis yang macam mana. Jika sekali sudah terhutang budi, sah-sahlah dia tidak boleh nak terlepas lagi!
“Tak payahlah auntie suruh Darren. Bukan apa… em… Isya tak nak menyusahkan dia. Nanti Isya panggil pomen mintak tolong tengokkan. Tak pun si Husin anak Pak Ngah Seman. Bengkelnya tak jauh sangat pun dari sini.”
“Wait. Isya tengok ajelah auntie nak buat apa nanti. Bertuah punya budak!”
Dipandang wajah menyinga Datin Sherry dengan hairan. Apa kena pulak ni?
Tidak lama kemudian barulah Darren muncul. Dia sudah bersiap dengan T-shirt Polo dan berseluar jeans.
“Hah, ni nak ke mana pulak ni?”
“Darren nak keluar lah mummy. Ada hal kejap.”
“Wait a minute. Mummy nak tanya dulu ni.”
“Hm… apa dia mummy?”
“Darren ke yang pancitkan tayar kereta Isya ni?” soal Datin Sherry seraya mengunjukkan jari telunjuknya ke arah tayar kereta Myvi milik Ainur Batrisya.
Lelaki itu mengerling ke arah gadis itu sekilas.
“Mum, come on la… takkanlah disebabkan hal tadi mummy terus nak tuduh Darren. It’s ridiculous. Mummy tau mana Darren yang buat? Kan Darren kat dalam bilik tadi. Mana tahu Daniel punya kerja ke…”
“Ewah… tak nak mengaku pulak ye? Apa kejadahnya si Daniel pulak nak buat kerja tak berfaedah ni? Ini tak lain mesti kerja kau ni kan. Ingat mummy tak tau ke trick kau selama ni?”
Darren nampak tergamam.
“So what if it true? Dia yang buat salah dulu. Biarkan ajelah. Kereta tu kereta dia punya. Pandai-pandailah sendiri.” Gumam Darren.
Ainur Batrisya menjelingnya tajam. Mulut tu memang takde insurans agaknya.
“Mummy nak Darren tolong hantarkan Isya ni balik rumah dia. No excuse.”
“What?!”
“Mummy tak kira. Sekarang jugak hantar dia. Isya jangan risau pasal kereta ni. Tinggal aje dulu kat rumah auntie ya. Serahkan everything kat auntie. Nanti tahulah auntie uruskan macam mana.”
“Tapi auntie…” Ainur Batrisya nampak gelisah.
“Okay, I will mum!”
Lelaki itu tersenyum suka. Dia mengangkat tangan kanannya. Yes! 

12

“AWAK cakap ada hal tadi. Kenapa masih nak tolong saya jugak?” dia bersuara dengan rasa tak puas hati.
Darren meneruskan pemanduannya. “Saja. Aku nak tau rumah kau kat mana. Nanti bila-bila senanglah sikit aku nak datang jumpa kau.”
“Tak payah memandai nak datang. Saya tak sudi nak jumpa orang macam awak.” Bentaknya keras.
Darren menjungkit bahunya. Dia menguatkan volume radio sambil bernyanyi mengikut rentak lagu Backstreet Boys ‘If You Wanna Be a Good Girl’ tanpa mempedulikan kata-kata gadis itu tadi. Ainur Batrisya mengeluh perlahan. Aneh betul lelaki ini, langsung takde perasaan ke? Dia melepaskan pandangan ke luar namun matanya terbuntang luas tatkala melihat jalan yang dituju bukan arah ke rumahnya. Sebaliknya Porsche lelaki itu membelok ke satu selekoh yang menuju ke Royal Estate Palm and Sanctuary Club.
“Kita nak ke mana ni?”
“Ke kelab persendirian milik keluarga aku. Yang satu-satunya ada di sini.”
“Apa? Kelab milik keluarga awak?”
“Yup, there is something I want to show you… jangan risau la. Aku janji lepas ni aku hantar kau balik.”
Ainur Batrisya sedar yang dia sudah tidak mampu menolak lagi. Akhirnya dia diam tanpa sepatah kata. Hanya mengikut sahaja rentak lelaki itu walaupun dalam hatinya memberontak keras. Semakin lama dia semakin faham sikap Darren bagaimana. Lelaki itu tidak boleh dilawan. Makin dilawan makin menjadi-jadi perangai nakalnya!

*****

“CANTIKNYA tempat ni…” puji Ainur Batrisya.
Darren tersenyum sebaik terdengar kata-kata itu. Dia membawa gadis itu ke sebuah dining hall yang agak luas bersebelahan dengan sebuah padang golf.
“Berapa banyak lagi aset yang keluarga awak ada? Hotel tu… dan kelab ni lagi… isy, banyaknya…”
“My daddy own his company di sini dan juga beberapa cawangan bisnesnya di overseas. But major business yang family aku handle sekarang ialah sebagai pembekal minyak sawit. Selebihnya pula dalam bidang perhotelan. Sebenarnya daddy dan mummy mewarisi bisnes ni dari keluarga mummy sendiri yang berbangsa Cina. Iaitu nenek aku sendiri. Majoriti ahli keluarga kami terlibat dalam perniagaan. Bila dah makin berkembang daddy buat pelaburan dengan membina hotel dan salah satunya termasuklah kelab ni.”
“Kenapa awak tak ikut jejak langkah ayah awak sebagai businessman aje? Kenapa perlu jadi artis pula?”
Darren melepaskan keluhan perlahan.
“You know, aku sebenarnya kurang berminat dengan dunia perniagaan ni. Walaupun aku ada kelulusan dalam bidang tu…”
“Maksud awak… dulu awak pernah ambil kos business ke?”
“Actually, dulu aku memang pernah belajar dalam bidang perniagaan antarabangsa di U.S dan sebaik tamat pengajian aku ditawarkan menceburi industri hiburan tanah air. Itupun sebab parents aku yang paksa aku ambil bidang tu walaupun aku berkeras. Mulanya sebagai model iklan komersial. Lama-kelamaan aku meluaskan bakat yang aku ada dalam nyanyian pulak. Dalam masa yang sama banyak pulak offer lakonan yang aku dapat. Nak tolak rasa sayang pulak sebab benda ni something yang aku minat. Tapi mummy dengan daddy tak pernah faham… they didn’t actually understand what I really want at all…”
Inilah pertama kali dia melihat riak wajah Darren sebegitu. Begitu keruh dan muram sekali. Selama ini dia menyangka lelaki itu seorang yang sering berlagak, ego dan sombong. Rupanya di sudut lain pula lelaki itu hanyalah insan biasa sahaja yang sama sepertinya dan orang lain.
“Mungkin parents awak mahukan awak lakukan pekerjaan yang lebih menjamin masa depan awak. That’s why mereka suruh awak libatkan diri dalam bidang perniagaan. Semuanya demi kebaikan awak jugak Darren. Takde ibu bapa yang inginkan anak mereka gagal dalam hidup.”
“Kenapa semua orang beranggapan seni hiburan ni takde masa depan? Aku paling tak suka bila ada orang yang bersikap prejudis macam tu. At least, they should appreciate my talent. Bukan semua orang berbakat dalam bidang seni. Dan benda ni bukan sesuatu yang mudah bagi aku. It took more than just an effort. Aku ambil masa yang begitu lama untuk berada dalam tahap sekarang.” Bidas Darren.
“Tak… bukan itu maksud saya. Saya tak maksudkan yang bidang seni ni takde masa depan. Seni ni bagi saya sesuatu yang subjektif. Yang tak boleh diukur. Bukan kerja artis aje yang berkaitan dengan seni. Malah orang yang kerja sebagai arkitek pun dianggap berseni sebab mereka merekacipta sesuatu yang tidak pernah wujud pun sebelum ni. Sama jugak macam pelukis-pelukis potret dan lukisan. Juga dianggap orang seni…
…Saya tak pernah pandang rendah pada orang-orang sebegini kerana mereka memang benar-benar berbakat. Bukan mudah untuk mencorakkan sesuatu lukisan dengan hasil ilham sendiri. Dan saya sebenarnya kagum dengan bakat awak Darren. Awak patut bersyukur dikurniakan anugerah yang tak ternilai dariNYA. Dan awak dilahirkan dalam keluarga orang berada. Apalah salahnya awak ikut aje cakap parents awak? Dan… jangan salah anggap dengan niat mereka. Mereka sebenarnya sayangkan awak.”
Lelaki itu membisu. Seolah sedang berfikir sesuatu.
“Kenapa baru sekarang kau muncul dalam hidup aku Ainur?”
Gadis itu tergamam dengan soalan yang tiba-tiba itu.
“Apa maksud awak?”
“Kenapa baru sekarang aku kenal kau, kenapa bukan setahun atau dua tahun yang lalu? Kenapa baru sekarang kau muncul dalam hidup aku selepas Isabelle? Kenapa bukan kau aje yang hadir sebelum dia…”
“Wait… wait… apa yang awak cakap ni? Saya tak faham…”
Darren tersenyum lebar. Dia menyandarkan tubuhnya sambil berpeluk kedua tangan di tepi sebuah tingkap kaca yang menghadap kolam renang. Matanya tidak lepas dari memandang gadis itu.
“Kau tau kan sebab apa aku rancang segalanya dengan suruh kau berlakon jadi girlfriend aku masa kita di hotel dulu?”
“Err, ya… kot… awak nak em, kenakan bekas tunang awak tu kan.”
Lelaki itu mengangguk.
“Tapi kenapa? Awak tak patut buat macam tu. Walaupun ianya berkaitan dengan kisah silam awak, tak patut awak libatkan saya. Yang dah berlalu tu biarkan ajelah berlalu.” Dia melepaskan rasa tidak puas hatinya.
“Kau tak rasa apa yang aku rasa Ainur. Kau tak faham macam mana perasaan seseorang yang bagai separuh mati mencintai seorang gadis lalu dikecewakan…”
Ainur Batrisya bagaikan terpaku. Jadi inilah dia sebabnya…
“Awak… dikecewakan? Dengan siapa? Isabelle tu ke…?”
“She’s the first person I’m in love with. Dia yang putuskan pertunangan dengan aku tanpa alasan yang kukuh. Then she is right now with another man. How stupid I am!”
Lelaki itu ketawa pedih.
“Betapa bodohnya lelaki macam aku ni… sia-sia aje cinta aku pada dia selama ni. It was such a waste of time… me being with her…”
“Hal yang dah berlalu tu lupakan ajelah. Itu semua takdir dan qada’ qadar yang ALLAH dah tetapkan untuk awak. Tak guna awak nak menyesali sekarang sebab benda dah berlaku. Mungkin awak fikir saya anggap benda ni macam senang. Tapi sebagai orang yang dididik dengan pegangan hidup serta berpegang kuat pada ajaran Islam, kita digalakkan untuk redha dengan segala ketentuanNYA. Banyakkanlah beristighfar dan bersabar.”
“That’s why I’ve told you. I should have met you before her…”
“Apa… yang err… awak cakap ni Darren?”
Lelaki itu berjalan mendekatinya. Diteliti lama raut ayu gadis yang bertudung labuh dan sentiasa mengenakan jubah itu. Pandangan mereka bertaut. Saat itu Ainur Batrisya merasakan ada debaran di dadanya. Ada sesuatu yang dirasakan… entahlah, susah hendak diungkapkan dengan kata-kata. Inilah pertama kali dia membiarkan pandangan itu bertaut lama.
Dia dapat merasakan ada sesuatu yang aneh meresap ke dalam hatinya. Lantas pandangannya ditundukkan sambil beristighfar panjang. Membuang rasa bahagia yang mula bertamu di hati. Tidak ingin nafsu menguasai diri yang sememangnya sering diuji. Tidak mahu dirinya menjadi terlalu leka.
“When I said I really meant it for the first time I met you, aku betul-betul maksudkannya. Ainur, bagi aku peluang. Aku…”
Debarannya kian kencang. Apa maksud lelaki ini?
“Aku… sebenarnya…”
Darren meraba sesuatu dari dalam poket seluarnya. Dia hampir sahaja ingin mengeluarkan satu kotak kecil.
“Darren.”
Suara seseorang mengganggu perbualan mereka berdua. Lelaki itu nampak terkejut. Tidak menyangka sama sekali kehadiran seseorang yang tidak langsung diingininya ke situ.
“Isabelle, what are you doing here?”
Gadis itu kelihatan begitu anggun sekali. Macam biasalah. Seksi habis. Hm… hanya mengenakan baju-T sendat warna merah jambu dan skirt yang juga agak sendat paras peha. Menampakkan kulit putih gebunya. Mahu terjojol mata Ainur Batrisya melihatnya.
“This place used to be my favourite place. I mean… our favourite place. Salah ke?”
Isabelle berjalan mendekati lelaki itu. Dia mengusap perlahan dada bidang lelaki itu. Darren merengus kasar. Namun tidak pula gadis itu berasa apa-apa. Seolah tiada apa yang berlaku antara mereka sebelum ini.
“You nak apa lagi ni? Hm?”
“I need to talk with you Darren honey.”
“Stop calling me that.”
“Please Darren…”
“Listen Isabelle… there’s nothing between us now. it’s all over. We’ve done. You sendiri yang jadi penyebabnya so takde maknanya kita nak bincang apa-apa berkaitan hubungan ni. Untuk apa you datang ke sini? Buang masa aje. Get lost!”
Isabelle memaut lengan Darren. Dia melentokkan kepala di dada lelaki itu sambil matanya memberi amaran ke arah Ainur Batrisya yang bermaksud… ‘LEAVE US ALONE’!
“Darren, please give me a chance. Sekali ni aje. Okey?”
Tanpa segan-silu Isabelle mengucup pipi lelaki itu. Darren mula serba-salah. Apatah lagi bila digoda begitu. Imannya makin tergugat. Dipandang Ainur Batrisya yang mencebik meluat melihat adegan 18sx itu! tak senonoh langsung. Kalau dah namanya mat salih… kadang-kadang mat salih pun lagi senonoh dari itu.
“Saya nak berjalan-jalan kejap kat area padang golf ni. Nanti kita jumpa. Lepas tu tolong hantar saya balik. Saya kena cepat.”
Ainur Batrisya bagaikan memahami kemudian berlalu meninggalkan mereka. Dia terus berjalan tanpa berpaling walaupun Darren memanggilnya. Entah kenapa, rasa bahagia yang dirasainya walaupun sebentar cuma tadi bertukar menjadi pedih tiba-tiba. Makin lama dia semakin tidak mengerti dengan perasaannya kini… dengan apa yang dirasainya… semuanya begitu aneh sekali. Dia cuba menafikannya.

0 ulasan:

Post a Comment