Friday, August 24, 2012

Love or Hate Me, IDIOT?!



13

PORSCHE milik Darren Lee sudah memasuki pekarangan rumah Ainur Batrisya. Dia memarkir betul-betul di hadapan rumah. Ainur Batrisya segera membuka seat beltnya.
“Terima kasih.”
Tanpa memandang wajah lelaki itu, dia terus keluar.
“Ainur.” Panggil Darren.
“Terima kasih sebab dah tolong hantarkan saya. Rasanya dah takde apa-apa lagi. Awak baliklah. Dah lewat sangat ni. Nak dekat Maghrib dah pun.”
“Aku mintak maaf…”
Dia memandang Darren dengan rasa kurang percaya. Betul ke apa yang dia dengar? Rasa macam tak percaya pulak lelaki itu tiba-tiba meminta maaf. Selama ini bukan main berat mulut nak cakap. Rasa macam mahu sahaja dirakamnya ungkapan itu dan diulangnya banyak kali sampai dia puas hati.
“Aku tahu aku salah. Sebab… dah pancitkan tayar kereta buruk kau tu. Sorry.”
Kereta buruk?! Amboi… dalam pada mintak maaf tu masih nak mengutuk lagi rupanya. Siot punya mamat Cina celup!
“Apa, kereta saya tu buruk sangat ke bagi awak? Helo… seburuk mana pun kereta tu ada jenama tau. Bukan sebarangan kereta. Dah banyak bagi jasa kat saya tau.” Dia mencebikkan mulutnya.
“Jadi kau memang tak marah la aku dah pancitkan tayar kereta kau?”
“Memang la marah. Memang saya dah boleh agak sebenarnya. Siapa punya kerja lagi kalau bukan awak kan. Yang penting saya nak esok tayar Myvi saya tu awak tukar dengan yang baru. Kalau tak tahulah saya nak buat macam mana.” Marah Ainur Batrisya lagi.
“Okay sweetie… tapi kan, kau nampak comel sangat bila marah macam ni. Sebab tu aku rasa hari-hari nak buat kau marah pun takpe…” usiknya nakal.
“Hee… tolonglah. Geli telinga saya ni dengar tau tak?”
Darren tergelak kecil. Kemudian wajahnya berubah muram.
“Pasal hal tadi… aku dengan Isabelle, kami memang takde apa-apa hubungan istimewa pun. Aku harap kau faham…”
“Why are you telling me this?” Ainur Batrisya mengerutkan dahinya.
Sememangnya dia tidak punya apa-apa perasaan pun terhadap lelaki itu. Hairan juga dibuatnya. Kenapa Darren perlu mengambil kisah tentang hal tersebut. Dia sendiri pun malas hendak melayan Isabelle yang berkelakuan tidak sopan sebentar tadi. Naik rimas memandangnya.
“Habis tu yang masa aku panggil kau tadi kau buat tak tau aje. Aku tau kau merajuk kan.” Sengih Darren.
“Tak kuasa saya nak merajuk-merajuk ni. Bukan jenis sayalah. Saya bukannya macam Isabelle.”
“Well, that’s the part which I like you even more Ainur…” Darren berbisik perlahan.
Dia terkedu.
“Eh, Isya baru balik ke?”
Ainur Batrisya terlihat mamanya sudah menuruni tangga. Dia menuju ke arah mereka. Ah, sudah… dia rasa tidak selesa apabila Darren berada di rumah keluarganya. Risau mama akan berfikir yang bukan-bukan.
“Lah… Darren pun ada sekali?”
Puan Noraini memandang Darren. Dia kehairanan. Lelaki itu turut keluar dari keretanya.
“Apa khabar makcik?”
“Alhamdulillah… makcik sihat. Lama betul makcik tak nampak kamu Darren. Mummy sihat ke?”
“Dia baik-baik aje makcik.” Jawab Darren sambil tersenyum manis.
“Ma…”
“Mana Myvi Isya? Tadi datang dengan Darren ke?” belum sempat dia menghabiskan ayat, Puan Noraini sudah memintas terlebih dulu.
“Sebenarnya tayar kereta Ainur pancit tadi. Itu yang mummy mintak saya tolong hantarkan dia balik. Saya nak mintak maaf makcik kalau terlewat. Betul-betul dah susahkan hati makcik.”
Darren segera menjawab bagi pihak Ainur Batrisya. Gadis itu memandangnya tajam. Terasa geram sungguh. Menyibuk aje! Yang peliknya boleh pula lelaki ini tiba-tiba berubah menjadi sopan dan baik depan mama. Sebelum ni nak dengar dia gunakan bahasa yang elok pun bukan main susah. Hanya sindiran pedas yang sering dihadiahkan. Kali ini berlainan pula sikapnya.
“Eh, takpe, sepatutnya makcik yang kena mintak maaf sebab dah susahkan Darren. Isya ni pun satu hal. Bukannya nak check dulu kereta sebelum pegi mana-mana. Terima kasih lah ye Darren sebab dah tolong hantar anak makcik ni.”
“Sama-sama makcik. Kalau macam tu saya balik dululah ye.”
“Eh, kenapa nak balik pulak? Jemputlah masuk dalam dulu Darren. Dah nak Maghrib ni. Apalah salahnya balik lepas Maghrib ke. Makan malam sekali sama-sama dengan keluarga makcik. Dah lama sangat makcik tak jumpa kamu. Dah besar panjang dah rupanya anak si Sherry ni ye. Meh la masuk.”
“Mama!”
“Err, tapi makcik…”
“Ah, takde tapi-tapi. Masuk dalam dulu. pakcik kamu ni pun ada sekali.”
Mereka saling berpandangan. Ainur Batrisya sudah resah. Mama ni biar betul. Akhirnya lelaki itu menurut juga setelah dipaksa berkali-kali oleh Puan Noraini.
“Mama… kenapa mama ajak Darren tu?” soal Ainur Batrisya dengan suara yang perlahan. Dia masih tidak berpuas hati.
“Biarkan ajelah. Mama dan papa bukannya tak kenal dia. Dia tu anak kawan baik mama. Kalau tak silap, mama pernah jumpa dia sebelum dia nak bertolak belajar ke U.S dulu. Masa tu umur dia baru belasan tahun. Dah lama sangat mama tak jumpa Darren tu. Apalah salahnya…” beritahu Puan Noraini.
Dia ingin memberontak lagi tetapi tidak jadi sebaik melihat Darren bersalaman dengan papanya. Mereka nampak begitu mesra sekali sambil berbual panjang. Arghh… nampaknya dia tidak boleh nak mengelak lagi.
“Ha, yang dok tercegat kat situ lagi buat apa? Pegilah buat air untuk Darren ni Isya oii…” jerkah Puan Noraini dari belakangnya.
“Isy… mama ni buat Isya terkejut ajelah. Yelah, Isya nak pegi buatlah ni.”
Dia terus berlalu ke dapur lalu menyediakan minuman kopi o panas. Sepinggan puding jagung turut diletakkan ke dalam dulang. Kemudian dihidangkan di ruang tamu.
“Jemputlah minum Darren. Oh ye, nanti sebelum makan malam kita bersolat jemaah sama-sama dulu ya Darren.” Pelawa Encik Hisham.
“Err… kat masjid ke pakcik?”
“Taklah, kat rumah ni aje. Kebiasaannya pakcik memang selalu berjemaah satu keluarga. Alang-alang Darren ada di sini, boleh jugak kita jemaah sekali.”
Darren kelihatan sedikit resah.
“Kenapa Darren? Ada masalah ke?”
“Tak… takde apa pakcik. Saya takde masalah. Boleh aje. Lagipun… dah lama saya tak solat… err, berjemaah.”
“Ha, baguslah macam tu. Kamu biasa jadi imam Darren?”
Uhuk…!!
Darren terbatuk-batuk. Hampir sahaja dia tersembur air kopi o yang diminumnya. Ainur Batrisya sudah tidak tahan hendak tergelak. Dia tidak mampu menahan tawa lagi melihatkan reaksi lelaki itu. Pertama kali dia dapat melihat lelaki itu begitu cuak sekali berada di samping papanya. Tak dapat dibayangkan diri Darren jika dia menjadi imam yang mengimamkan para jemaah. Solat lima waktu pun belum tentu cukup, ada hati nak jadi imam!
“Isya.” Tegur Encik Hisyam tidak senang.
Dia menepuk-nepuk bahu Darren. Dalam masa yang sama Darren menjelingnya tajam. Sedar yang dia sedang diejek oleh gadis itu.
“Sebenarnya, saya tak pernah pun jadi imam pakcik.” Akui Darren dengan jujur. Sesekali dia mengerling ke arah Ainur Batrisya.
“Takpelah kalau macam tu. Pakcik pun tak mahu paksa kamu. Nampaknya dah masuk waktu dah ni. Jomlah kita solat sama-sama.”

*****

AINUR Batrisya sudah pun siap mengenakan telekung sembahyang. Sambil menunggu papanya mengambil wudhu’ di bilik mandi, sempat dia berbual seketika dengan mamanya. Ketika itulah Darren keluar dari bilik tamu dengan mengenakan baju Melayu hijau muda dan berkain pelikat. Siap dengan berkopiah sekali. Dia terpegun seketika. Inilah pertama kali dia melihat lelaki itu berbaju Melayu. Kelihatan jauh berbeza seperti sebelumnya. Malah, semakin bertambah segak.
“Ha, kan padan tu. Okey juga ye baju Melayu pakcik kamu ni. Memang kena sangatlah dengan Darren. Makin handsome pulak makcik tengok.”
Darren tersengih. Ainur Batrisya mencebikkan bibirnya. Nak perasanlah tu!
“Mama, kenapa papa nak kasi baju ni kat dia? Tu kan hadiah yang Abang Long kasi kat papa. Kalau Abang Long tau mesti dia kecik hati.”
“Takpelah, banyak lagi baju yang Abang Long dah beli kat papa tu. Banyak sangat sampai tak terpakai papa dibuatnya. Tu belum kira yang dari Indonesia lagi masa Abang Long kau study kat sana dulu. Darren ambil ajelah baju tu.”
“Terima kasih ya makcik.”
Ainur Batrisya menjelingnya. Terasa meluat pula. Depan keluarganya bukan main baik lagi lelaki itu. Penuh dengan kepura-puraan. Mulut lebih manis dari gula. Harap muka aje handsome tapi perangai… hm, hancur! Apa, dia fikir dengan pakai macam tu boleh membuatnya jatuh hati? Jangan haraplah!
“Dia kan anak orang kaya ma. Buat apa nak sedekah kat orang macam dia ni? Buang karan aje. Kalau Porsche pun dia mampu beli, takkanlah baju Melayu sepasang pun tak mampu. Hai… tak malu ke awak? Depan mama dan papa saya bukan main lagi awak ye. Ingat awak boleh berlagak baik kat rumah ni? Mama percaya sangatlah dengan dia ni.”
“Isy… Isya ni, apa pulak cakap macam tu? tak baik tau.” Marah Puan Noraini.
“Takpelah makcik. Saya faham Ainur memang tak sukakan saya sejak dari hari pertama dia jadi tutor adik saya lagi. Tapi saya tak ambik kisah pun…”
“Eh, betul ke ni Darren?”
Ainur Batrisya semakin bengang. Dia menjegilkan mata ke arah lelaki itu. Darren pula sudah tersengih-sengih. Ingatkan dia mahu mengenakan lelaki itu sepuas hatinya. Balik-balik dia juga yang terkena! Mama ni pun satu… yang pegi back up mamat Cina celup ni buat apa? Elok sangatlah tu. Auntie Sherry selalu back up dia sebelum ni. Di rumahnya giliran mama pula yang back up Darren. Macam dirancang pulak.
“Nasib baiklah Darren ni penyabar orangnya ya. Baik pulak tu. Pandai Darren hormatkan orang tua. Bertuahlah si Sherry dengan Murad ada anak macam ni.”
Melopong mulutnya mendengar pujian mama. Hisy… tak boleh jadi ni. Mama belum kenal lagi lelaki ini yang sebenarnya. Kalau dah kenal nanti tahulah mama langit itu tinggi atau rendah. Mahu pengsan mama gamaknya…
Seketika kemudian barulah papanya muncul dari arah dapur.
“Eh, Darren. Kena sangatlah tu dengan baju Melayu pakcik. Nasib baiklah muat. Pakcik pakai terlalu besar sangat saiznya. Entah macam manalah si Adam ni pilih.”
Sudah… papa pulak?! Apa kenalah dengan semua orang kat rumah ni. Tak habis-habis nak memuji lelaki biadab ni.
“Adam?” Darren tertanya-tanya.
“Adam tu Abang Long kepada Isya ni. Anak lelaki sulung pakcik. Dia sekarang kerja di Kuala Lumpur. Kadang-kadang aje selalu balik sini.”
Darren mengangguk sedikit. Hatinya tertanya-tanya. Adakah lelaki yang dijumpai bersama Ainur Batrisya di East Coast Mall itu adalah Adam, iaitu abang gadis itu sendiri? Jika benar, dia berasa lega. Nampaknya dia telah salah faham sebelum ini. Sangkanya lelaki yang bersama gadis itu adalah tunangnya. Tetapi bagaimana pula jika bukan. Ah… biarlah. Malas nak fikir.
Masing-masing sudah pun berada di saf. Darren membelakangi Encik Hisyam. Kain pelikat yang dipakainya terasa agak longgar pula. Sudah beberapa kali dia menariknya ke atas. Kelakuannya diperhatikan Ainur Batrisya dari belakang.
“Apa yang kau senyum-senyum ni lagi Isya?” tegur Puan Noraini.
“Ma… mama tengoklah kain Darren tu. Sikit lagi nak terlondeh…” dia berbisik.
Nampak sangat tak biasa pakai kain pelikat! Ha ha…
Terjegil mata Puan Noraini memandangnya. Dia juga hendak tergelak sebenarnya. Tetapi risau jika anak itu terasa hati. Ikutkan sejak dari awal lagi dia sudah perasan kain yang dipakai oleh Darren nampak lain macam sahaja. Macam senget pun ada. Pelik juga dia bagaimanalah lelaki itu mengenakan kain pelikat tersebut.
“Darren, kenapa dengan kain kau tu? longgar sangat ke?”
“Ha’ah la makcik. Tiba-tiba aje ni… err, makcik dengan pakcik sembahyang lah dulu ye. Saya nak masuk bilik kejap. Nak betulkan kain ni.”
Berkerut-kerut dahi lelaki itu sambil membetulkan kainnya. Sekejap-sekejap singkat. Kemudian labuh ke bawah melebihi paras buku lali. Nyaris hendak terlondeh. Cepat-cepat dia memegang hujung kain pelikatnya itu. Ainur Batrisya sudah tergelak besar. Geli hati sungguh.
“Eh, yeke… meh sini pakcik tolong betulkan kain kamu tu. Lah, kenapa tak cakap pakcik yang kamu tak reti pakai kain pelikat? Hai… Darren, Darren… nasib baiklah muka kamu ni bukan Melayu sejati. Jadi takdelah pakcik nak salahkan kamu seratus-peratus. Kalau budak lain tu memang dah lama kena cubit dengan pakcik dah. Dah besar panjang macam ni pun tak reti-reti lagi pakai kain pelikat sendiri. Dah layak jadi bapak budak dah.”
Ha ha…!!
Meletus tawa Ainur Batrisya. Dia tergeleng-geleng sambil menahan perutnya.
“Isya… elok sangatlah gelak macam tu. Kau tu dah la anak dara. Ketawa pulak dengan bertelekung macam ni. Isy… nampak benar tak sopannya,” marah Puan Noraini.
“Isya betul-betul tak tahan mama. Itulah bila dah terlebih-lebih mat salihnya. Sampai nak pakai kain pelikat pun tak reti!” ejeknya.
Darren sudah berubah air mukanya. Merah menahan malu. Dia mengekori langkah Encik Hisyam dari belakang sambil memegang hujung kain pelikatnya dengan rasa sebal. Gaya macam budak baru lepas bersunat sahaja.
Sempat lagi dia terdengar tawa gadis itu yang tidak putus-putus. Tak guna…!

14

ALUNAN muzik yang begitu rancak memenuhi seisi kelab malam eksklusif bertaraf VIP itu. Hampir semua pengunjung memenuhi pentas tarian sambil menari mengikut alunan muzik. Sejak dari tadi Isabelle menunggu seseorang. Dia meneguk beberapa kali minuman keras yang tersedia di atas meja. Jiwanya benar-benar kacau semenjak pertemuannya dengan Darren di Royal Palm Estate and Sanctuary Club milik keluarga lelaki tersebut petang tadi. Hatinya dipagut rasa kecewa yang teramat sangat. Sangkanya dia mampu mengubah hati lelaki itu agar menerimanya kembali. Rupanya Darren benar-benar telah melupakannya.
“Hi, darling… what are you doing here?”
Rangkulan yang erat di pinggangnya itu membuatnya rimas tiba-tiba. Dia menolaknya sambil merengus kasar.
“Come on Isabelle. I know you waiting him right? It’s useless!”
“Gary, leave me alone.”
Isabelle menjelingnya tajam. Tiba-tiba lelaki itu ketawa besar.
“Apalah yang you gilakan sangat dengan cousin I tu? he’s just a piece of crap compared to me Isabelle. Kalau you fikir dia kaya sangat maka you dah silap menilainya. I lagi kaya dari dia tau. Malah, I mampu memberi saingan yang hebat untuk dia.” Gary berkata angkuh.
“Memang. I akui you jauh lebih berharta dari dia. But Gary, I love him so much. And I just realized it now. But it’s too late… dia dah suka kat someone else…”
Lelaki itu ketawa lagi.
“Darren Lee Ashram Dato’ Murad… you masih tak kenal dia lagi ke Isabelle? He’s not that type of guy who will stick to only one woman. Lepas aje you putus hubungan dengan dia, dia bertukar teman wanita macam bertukar baju aje. Even sebelum dia kenal you pun dia dah main dengan berapa banyak perempuan masa di U.S dulu. Hei, I kenal sangat la my cousin tu macam mana. Cuma satu aje yang I tak faham… macam mana la datuk I boleh sayang gila kat dia sampai sanggup serahkan company Nexis Corporation kat bapak dia. You know, datuk I memang dari dulu bencikan bapa saudara I tu. Tapi demi Darren dia sanggup serahkan everything. I memang dah lama tak puas hati dengan dia!”
Gary menumbuk kuat meja dengan kebencian yang kian meluap-luap di hatinya. Betapa dia sudah sekian lama mendendami Darren. Bagi datuk mereka, Darren adalah yang paling utama di dalam keluarga mereka.
Dia tidak tahu apakah keistimewaan yang ada pada sepupunya yang berdarah kacukan Melayu tersebut. Dia bukanlah terlalu prejudis dengan darah keturunan dan agama. Keluarganya jenis yang berfikiran terbuka dalam segala segi. Tidak kira beragama Islam atau Kristian sekalipun. Sememangnya keluarga mereka bersifat open minded. Bebas hendak memilih siapa pun yang ingin dikahwini. Cuma dia tidak puas hati dan merasa cemburu terhadap lelaki itu yang mampu memiliki segalanya dengan jalan paling mudah. Iaitu dengan membeli hati datuk dan nenek mereka.
Itulah hakikat yang masih sukar untuk dia menerimanya…
“You cakaplah macam mana pun depan I Gary. Itu semua sikit pun tak merubah cinta I pada dia. Silap besarlah masa dia nampak kita bersama dulu. Kalau I tau lah dia nak datang apartment I, awal-awal lagi I dah suruh you cabut.”
“You menyesal sebab you bersama dengan I?”
“Gary, you already know that I didn’t love you.”
“Yes, I tahu Isabelle. I cuma nak sakitkan hati Darren aje. Tak lebih dari itu. Kalau boleh I nak dia merasa macam mana hidup susah. Betapa menderitanya bila satu-satu benda yang dia sayang dirampas oleh sepupu sendiri.” Gary tertawa sinis.
“I tak sangka you sanggup merosakkan sepupu you sendiri. Darah daging you.”
“Well, you tau kan I memang tak sukakan dia. Dia terlalu sombong dan ego. Dengan I pun dia selalu pandang rendah. Sebab tu I bencikan dia.”
Gary meneguk whiski yang dituangkan Isabelle ke dalam gelasnya. Mengingatkan Darren juga sudah cukup membuatnya sakit hati!
“But something that made me so curious about is that Malay girl…”
“Who?”
“You masih ingat lagi tak dengan perempuan bertudung yang Darren mengaku tunangnya masa di Hotel Grand Palace tak lama dulu?”
Gary berfikir sejenak. Memang dia pun turut berada di majlis itu. Seketika kemudian dia mengangguk.
“Ya, I ingat lagi. Perempuan tu… boleh tahan jugak. Quite nice. Jadi apa yang membuatkan you berfikir pasal dia?”
Isabelle mencebik. Quite nice? Hm… lelaki. Pantang betul dengan perempuan yang lawa sikit. Asyik nak memuji aje. Apalah yang ada pada perempuan kolot macam tu? sampaikan Darren sendiri mengaku tergila-gilakan perempuan tu.
“I geram betul masa Darren mengaku depan I yang dia memang nak dapatkan perempuan tu walau dengan apa jua cara sekalipun. I tau dia sengaja mengaku perempuan tu tunang dia sebab nak buat I sakit hati. Tapi I know the truth. Dari cara dia I dah boleh agak… that girl is a value to him. I tak akan biarkan perkara tu terjadi. I mesti dapatkan Darren balik ke pangkuan I semula. Kalau perlu main kasar, I akan berkasar. Well, kita tengok ajelah macam mana nanti…”
Gary terdiam lama.
“You ada perancangan ke Isabelle?”
“What do you mean?”
Lelaki itu tersenyum sinis. Dia mengangkat gelasnya agak tinggi dan dekat pada gadis itu.
“I rasa kita patut bekerjasama. Kita punyai matlamat yang sama. Kalau you nak dapatkan Darren dengan cara paling mudah, ikut aje cakap I ni. It’s as simple as ABC.”
“You nak buat macam mana?”
“I kalau boleh teringin sangat nak tengok masa depan sepupu I tu musnah dalam sekelip mata. I sanggup buat apa aje asalkan I dapat balik Nexis Corporation. That company is my profit. Untung besar la kalau I boleh dapat company tu. I takkan biarkan datuk I serahkan bulat-bulat company tu pada Darren. Kalau you boleh tolong I… I akan tolong you dapatkan Darren you tu balik. Pasal perempuan bertudung tu… you jangan risau. Serahkan pada I bulat-bulat. Tahulah I nak buat macam mana nanti.”
“Really?” tanya Isabelle seakan tidak percaya.
“Of course darling…”
“I tak kira, yang penting I dapat memiliki Darren semula. Itu yang lebih penting.”
Akhirnya Isabelle mendekatkan gelasnya. Mereka berkata ‘cheers’ serentak sambil ketawa besar.
“But one thing. Make sure you cuba dapatkan seberapa banyak maklumat pasal perempuan tu. Lagi banyak I tahu pasal dia, lagi senang kerja I nanti…” bisik Gary perlahan.
Isabelle mengangguk sambil tersenyum penuh makna.

*****

“ISYA dah fikir masak-masak ke pasal Wan Mukhriz tu?”
“Pasal apa ma?”
“Ya ALLAH budak ni… boleh pulak dia lupa. Pasal hal merisik tulah. Isya nak terima ke tak. Mama dengan papa tak paksa. Anak-anak mama dan papa semua dah besar panjang. Boleh fikir mana yang baik dan buruk. Kesian si Mukhriz tu tunggu lama sangat keputusan Isya.”
Ainur Batrisya mengeluh perlahan. Tangannya ligat membasuh pinggan mangkuk di sinki. Sementara Puan Noraini pula sedang sibuk menggoreng pisang di atas dapur.
“Entahla mama. Mama rasa kan, kalau kita tak mencintai seseorang kita boleh hidup bahagia tak bersama dengannya?”
“Maksud Isya, Isya memang langsung takde perasaan lah dengan Mukhriz tu?”
Dia mengangguk dengan penuh yakin.
“Isya dah buat solat Istikharah minta petunjuk dari Dia. Sebab Isya susah nak buat keputusan. Tak boleh nak fikir sama ada perlu ke tidak Isya terima lamaran tu. Tapi…”
Dahinya berkerut. Memang susah dia hendak percaya dalam mimpinya itu. Bukan sekali dia mimpikan hal yang sama. Sudah masuk tiga kali. Sampai satu tahap, dia hanya pasrah sahaja. Mungkin ada hikmah yang hendak ditunjukkan padanya.
“Tapi apa Isya?”
“Tapi bukan Abang Wan yang Isya nampak dalam mimpi tu. Ada satu mimpi tu. Pelik sangat mama. Sampai naik seram sejuk Isya dibuatnya. Isya dikejar dari belakang oleh seorang lelaki yang berpakaian serba putih sambil Isya menggenggam Al-Quran. Tapi muka lelaki tu tak jelas cuma… bentuk badan lelaki tu agak familiar bagi Isya. Tinggi dan tegap orangnya. Macam Isya dah lama kenal dia. Itu kali pertama Isya mimpi macam tu.”
“Kali kedua pulak macam mana?”
“Yang kali kedua tu pulak Isya terbangun dari tidur sebab dengar pintu bilik Isya diketuk. Bila Isya bukak pintu, lelaki yang sama juga muncul dan serahkan Al-Quran pada Isya. Lepas tu Isya terus ambil Al-Quran tu. Malam ketiga mimpi yang sama jugak Isya alami mama…”
“Hm… Isya pasti ke itu bukan Wan Mukhriz?”
Dia mengangguk. Apa yang pasti… lelaki itu seperti pernah dilihatnya. Walau samar-samar dan tidak jelas, dia yakin itu bukanlah Wan Mukhriz. Jika tidak, sudah lama dia menerima lamaran lelaki itu.
“Mama, Isya tak mahu Abang Wan terlalu bergantung harap pada Isya. Mama terus-teranglah kat dia ya. Isya tahu Isya dah hampakan harapan mama dan papa. Abang Long lebih-lebih lagi. Lagipun Isya perlukan masa. Kalau boleh biarlah Isya habiskan dulu semester akhir ni. Dah habis belajar nanti baru Isya fikirkan tentang masa depan Isya sendiri. Isya harap mama dan papa faham.”
“Takpelah Isya. Kalau dah itu keputusannya. Mama pun tak boleh nak halang. Lagipun Isya dah berusaha minta petunjuk ALLAH. Mungkin adalah hikmahnya yang Dia nak tunjukkan pada kita sebagai hambaNYA.”
“Betul tu mama.”
Ainur Batrisya mengangguk lega. Mujurlah mamanya begitu memahami dan tidak terlalu memaksa. Mungkin mama juga berfikir hal yang serupa sepertinya. Sesiapa pun tidak boleh menyangka apakah yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Dia pasrah juga akhirnya.

*****

AINUR Batrisya sudah bersiap hendak ke rumah Auntie Sherry. Dia memasukkan beberapa buah buku latihan dan rujukan. Tiba-tiba kedengaran bunyi hon kereta di halaman rumah. Dia mengintai melalui sliding door. Erk!
Darren? Buat apa pulak dia ke sini? Kan semalam dia dah hantar Myvinya ke rumah sebelum dia diambil oleh Jason. Alih-alih lelaki itu datang balik ke rumahnya. Memang muka tak malu betul!
“Awak buat apa datang sini?”
Dia memandang Darren yang sudah tercegat di sisi Porsche merahnya sambil berpeluk tubuh. Tidak lekang pula tu dengan rayban hitamnya.
“Hari ni kau tak payah ajar adik aku.”
Pulak dah?
“Tapi kenapa?”
“Aku nak bawak kau ke tempat lain. Asalkan bukan di rumah aku…”
“Kenapa?”
Darren merengus kasar. Banyak pulak soalnya perempuan ni.
“Hari ni parents aku ada buat parti di rumah. Aku tak nak kau ada di situ buat masa ni.”
“Kalau macam tu takpelah. Saya duduk kat rumah ajelah.” Kata Ainur Batrisya sebelum ingin berlalu semula memasuki ke dalam rumahnya.
“Tak boleh!”
Darren segera menarik lengannya. Hampir sahaja dia tersungkur ke belakang.
“Awak ni kenapa kasar sangat hah?” marah gadis itu.
“Kau tu degil sangat. Terpaksalah aku berkasar jugak. Kan aku dah pernah cakap dulu. Kalau kau tak mahu apa-apa jadi kat diri kau ikut aje cakap aku.”
Dia mengerutkan dahinya. Aku marah dia, dia pegi marah aku balik. Entah apa-apalah mamat ni!
“Saya tau. Tapi sekarang awak tak berhak nak paksa saya. Dah la, malas saya nak layan awak Encik Darren.”
“Kau kena ikut aku jugak.” Darren berkeras.
“Kalau awak nak saya ikut jugak, apa kata awak hantar saya ke rumah awak. Sekurangnya boleh jugak saya jumpa mummy awak. Yang penting saya tak nak berdua-duaan keluar dengan awak. Nanti entah ke mana-mana awak bawak saya. Apa salahnya saya pegi sekali ke jamuan rumah awak tu. Atau awak malu nak bawak saya sekali? takut kawan-kawan awak semua pandang rendah kat awak hm? Sebab awak rasa tak layak bergaul dengan orang biasa macam saya kan?”
Ada getaran pada suara gadis itu. Dia dihimpit rasa bersalah pula.
“Baiklah, aku akan bawak kau ke parti aku. Tapi aku nak kau duduk diam aje dan jangan banyak cakap. Ingat, cara kita tak sama. Aku dengan kau… memang jauh berbeza. Aku tak tahu kenapa aku boleh jadi gila disebabkan kau ni, ustazah.”
Darren berkata agak kasar sebelum dia terus memasuki ke dalam keretanya. Pintu dihempas kuat tanda protes. Ainur Batrisya menghela nafas. Cuba untuk bertenang. Dia faham sangat dengan sifat panas baran lelaki itu. Walaupun dia sendiri kurang memahami apa yang dimaksudkan lelaki itu.
“Ha, tunggu apa lagi ustazah?” laung Darren dari tingkap keretanya.
Ainur Batrisya menjegilkan matanya.
‘Boleh pulak dia panggil aku ni ustazah. Kau tu pulak mamat Cina celup muka tak malu!’
Dia mengeluh. Biarkanlah… lambat-laun nanti dia okey sendiri. Tak perlu dipujuk pun!

0 ulasan:

Post a Comment