Thursday, August 16, 2012

Love or Hate Me, IDIOT?!


5

DARREN Lee mengeratkan pautannya. Dia meronta-ronta walaupun sedar yang pegangan itu terlalu kemas. Sukar baginya melepaskan diri. Ainur Batrisya mengetap bibirnya geram. Ya ALLAH, kenapalah aku dipertemukan dengan lelaki ini? Kebenciannya meluap-luap. Dirasakan lelaki itu berniat sesuatu yang tidak elok padanya. Lelaki itu membawanya ke garaj lalu dibukakan pintu kereta Porche merahnya. Dia menolak gadis itu ke tempat duduk sebelah.
“Darren! Awak nak bawa saya ke mana ni hah?!”
Darren diam membisu sambil tersenyum sinis. Dia mengunci pintu dan menghidupkan enjin keretanya. Dengan pantas Porchenya meluru keluar dari pekarangan Rose Villa dalam sekelip mata.
“Hei, bagitau saya kita nak pegi mana. Kalau tak saya terjun dari kereta ni!”
“Shut up!”
Dia terdiam. Rasa hendak menangis pun ada.
“Could you please calm down? Aku bukannya nak kidnap kau ke apa. Just ikut aje aku okey,” balas lelaki itu selamba.
“Macam ni awak suruh saya bertenang? Kalau dengan perangai awak macam nilah, awak boleh didakwa tau. Bila-bila masa aje saya boleh buat report yang awak cuba buat sesuatu yang tak elok kat saya. Bila masanya saya setuju nak ikut awak?”
“Do I have to get your permission?”
“What?! Of course you have to. Awak fikir saya ni apa? Bini awak yang sesuka hati awak boleh tarik ke mana pun awak suka. I don’t even know you!” marah Ainur Batrisya.
Dia benar-benar hilang sabar. Lelaki jenis apa ni? Begitu berani memperlakukan dia sesuka hati. Boleh pulak tu tanya soalan bodoh begitu!
“Okey, okey. Don’t be so mad. I promise right after you see this I’ll send you straight away back home okay? Puas hati? Hm?”
“Fine.”
Ainur Batrisya melepas pandang keluar tingkap sambil memeluk tubuhnya. Tidak kuasa hendak melayan lelaki itu. Semakin lama dia mengenali Darren semakin dia tidak faham. Sedikit sebanyak dia agak gerun juga dengan gaya pemanduan Darren. Macam pelumba kereta F1 di Litar Sepang!
*****
PORCHE milik Darren membelok masuk ke pekarangan lobi Hotel Grand Palace dan disambut oleh dua orang penyambut tetamu yang berpakaian sut kemas. Ainur Batrisya tercengang-cengang dengan keadaan itu. Sungguh! Dia tidak faham dengan apa yang berlaku. Dia hanya mengikut sahaja telunjuk lelaki itu walaupun hatinya memberontak keras. Hendak lari pun ke mana?
“Jom keluar,” arah Darren.
Dia membeku di tempat duduknya.
“Ainur, please…”
“Saya tak mahu!”
“Ainur, please…”
“Berapa kali saya nak cakap yang saya tak mahu dan takkan ikut awak. Siapa awak nak paksa saya? Sekarang hantar saya balik. This is the last warning. Kalau tak awak akan menyesal. Awak fikir hanya keluarga awak aje yang berpengaruh? Hm? Sesuka hati aje awak boleh memperlakukan sesiapa yang awak mahu. Macam tu? Awak belum kenal lagi saya siapa dan siapa ayah saya. Bila-bila masa aje saya boleh buat awak masuk jail tau tak? Awak boleh didakwa dalam court nanti faham!”
Lelaki itu terdiam.
“Ainur, please listen to me.” Darren akhirnya bersuara.
“Hantar saya balik sekarang. Awak ni faham cakap Melayu ke tak hah? Nak saya cakap bahasa apa nak bagi awak faham? Cina? Inggeris? Well, I know who you are now. Lelaki yang suka memaksa orang lain ikut kehendaknya kan. Ni last day saya jadi tutor adik awak. I will never ever step into your house forever because I don’t want to see you ever again.”
“Ainur, dengar dulu apa yang aku nak cakap ni.”
“Kenapa mesti saya dengar cakap awak?” bentaknya.
“Because this is about my life…”
Ainur Batrisya tergelak kecil.
“Oh, berkaitan hidup awak ye. Does it made sense to me? Apa kaitannya dengan saya pulak? Maaf, saya takde masa nak layan kerenah awak ni. Saya pun bukannya kenal awak sangat. Awak cari ajelah perempuan lain ye.”
Dia menggeleng dan terus dibuka pintu kereta itu. Tanpa sempat dia memboloskan diri, lengannya ditarik oleh lelaki itu.
“Look, I know this has nothing to do with you. Tapi aku sebenarnya nak mintak kau tolong aku. Sekali ni aje boleh?”
“Tolong apa?”
Dahinya berkerut. Menunggu dengan sabar kata-kata dari lelaki itu.
“Kau nak marah aku memang kau berhak pun. Aku betul-betul perlukan pertolongan kau. Hanya kau aje yang aku rasa boleh tolong aku sebab sikap kau ni lain dari yang lain.”
Ainur Batrisya sudah hilang sabar. Dahinya berkerut. Lain dari yang lain?
“Okay straight to the point la Mr. Darren.”
“Be my girlfriend.”        
“What?!”
“I mean special girlfriend.”
“Huh?”
Darren tersengih. Seketika kemudian terdengar keluhan berat keluar dari mulutnya.
“I know this sounds ridiculous. Tapi untuk hari ni aje. Boleh tak?”
“Sebab?”
“Kau akan tau sebabnya nanti. But from now, kau kena pretend jadi girlfriend aku bila kita start melangkah masuk aje ke dalam hotel ni. Kau hanya perlu menyamar aje. Dan bila aku cakap pada diorang nanti yang kita bakal bertunang, kau kena tokok tambah cerita tu bagi menguatkan bukti. That’s all.”
Ainur Batrisya terdiam. Dahinya berkerut.
“Macam mana? Okey tak ni?”
“Tapi kenapa?”
Darren mengeluh.
“Kan aku dah cakap tadi kau akan tau jugak nanti. Today is my performance. Aku kena jadi artis jemputan untuk Hari Setiausaha kat hotel ni. Tugas kau pulak hanya perlu menyamar aje. In return, aku janji yang lepas pada ni aku takkan ganggu kau lagi. But make sure this plan is completely succeed. Faham?”
Ayat terakhirnya itu membuatnya lega. Tanpa berfikir panjang dia terus mengangguk. Walaupun dirasakannya ada yang tidak kena tapi rasanya tidak salah sekadar menolong. Tapi untuk apa dia membantu lelaki itu? Dia cuma ingin supaya lelaki itu berhenti mengganggunya. Itu sahaja. Selebihnya dia malas hendak fikir.
“Good. Tapi…” kata-kata Darren terhenti.
Matanya memerhatikan tubuh gadis itu atas dan bawah. Ainur Batrisya menjegilkan matanya. Lekas-lekas dia menghalang dengan kedua belah tangannya. Mahu aje diberikan penumbuk sulung buat lelaki itu.
“Hei, relax lah okey. Maksud aku, kalau boleh aku nak kau tukar gaya ustazah kau ni.”
“Kenapa nak kena tukar pulak?”
Dipandang jubah seluar yang dipakainya. Tiada apa yang salah pun. Memanglah hendak dibandingkan dengan Darren bagai langit dengan bumi. Terlalu jauh bezanya. Lelaki itu memang pandai bergaya. Walaupun sekadar mengenakan baju lengan panjang bewarna kelabu dengan jeans lusuh pun sudah cukup menyerlah. Orang pun boleh tak percaya kalau tengok dia bergandingan dengan lelaki itu. Tak padan langsung. Mengata lagi adalah!
“Aku rasa macam tak sesuai aje. Kau dengan aku. Macam ni…hmph!”
Lelaki itu menahan gelak. Kurang asam! Dijelingnya tajam.
“Kenapa? Salah ke saya pakai macam ni? Kalau ikutkan macam nilah lebih elok tau dari pakai baju tapi telanjang.”
“Pakai baju tapi telanjang. Macam mana tu?” Darren terpinga-pinga. Tidak memahami apa yang dimaksudkan.
“Maksudnya, ada orang yang bila berpakaian tapi tak mengikut apa yang dah ditetapkan oleh ALLAH SWT dan Islam itu sendiri. Ada yang pakai baju ketat, tak cukup kain walaupun bertudung. Nampak macam menutup aurat tapi sebenarnya tak.”
“Macam tu ke?”
“Sebab tulah dalam Islam dah menetapkan garis panduan untuk berpakaian. Dalam Islam sendiri pun tak melarang kita nak bergaya tapi kalau boleh biarlah menepati syariat Islam tu sendiri.”
Darren terdiam lama.
“Tapi aku tetap nak kau tukar gaya ni. Jangan risau, I didn’t mean to insult you or whatever. Aku akan pastikan yang baju kau kena pakai nanti sesuai dengan kau.”
Darren terus membuka pintu keluar. Dia menuju ke sebelah dan membukakan pintu buat gadis itu. Ainur Batrisya agak tergamam. Dengan teragak-agak dia keluar juga. Mereka disambut oleh penyambut tetamu hotel itu tadi. Dia dibawa ke lobi hotel. Darren berkata sesuatu kepada seorang lelaki berbangsa Cina yang setia menantinya sejak dari tadi. Lelaki itu mengangguk. Kemudian mereka menuju ke arah Ainur Batrisya.
“Kenalkan ini Jason. Pembantu peribadi aku. Dia yang akan uruskan segala hal berkaitan aku dengan sorang lagi pengurus aku, Tiara namanya. Sebentar lagi Tiara akan bagi kau baju yang sesuai dan bawa kau ke bilik persalinan. Kau ikut aje dia okey.”
“Tapi… tapi awak nak ke mana pulak?”
Langkah Darren terhenti. 
“Aku nak bersiap. Kau fikir aku nak pakai macam ni ke buat performance nanti? Stupid girl. Ingat pesan aku ni, jangan berani buat sesuatu yang boleh memalukan aku. This is my hotel. Semua orang kat sini kenal aku, anak kepada Dato’ Murad. Faham?”
Wah, kemain mengutuk aku…
“Awak cakap apa?!”
Darren tidak mempedulikannya dan tersenyum sinis. Dengan pantas dia berlalu dari situ bersama-sama Jason menaiki lif. Tidak lama kemudian seorang wanita muda juga berbangsa Cina berlari-lari anak ke arahnya. Berulang kali dia memohon maaf. Mungkin ini kot Tiara yang dimaksudkan oleh Darren tadi.
“Hi, sorry I’m late. I’m Tiara. Pengurus Darren. Can you come with me Miss Ainur?”
‘Wah, dia tahu nama aku?’ mungkin Darren sudah memberitahunya awal-awal lagi.
Mungkin lelaki itu memang telah lama membuat rancangan ini sejak dari awal lagi tanpa bertanyakan dirinya terlebih dahulu. Lepas tu akhirnya dia yang menjadi mangsa paksaan lelaki itu. Dia mengangguk lambat-lambat. Selepas itu dia mengikut ke mana sahaja yang dibawa oleh pengurus Darren tanpa banyak soal. Naik lif. Belok kiri. Belok kanan. Belok kanan lagi. Jalan terus. Belok kiri. Mak aih… jauhnya. Kenapalah hotel ni besar sangat? Dan paling best dia tidak pernah tahu pun yang selama ini hotel ini milik keluarga Darren.
‘Berapa banyak lagilah agaknya hotel dan ladang-ladang estate yang mereka ada ye. Kalau sikap Darren tak teruk macam tu dan dia betul-betul nak propose aku memang dah lama aku terima. Boleh tumpang hidup bersenang-lenang.’ gumamnya sendirian.
Tetapi mujur sangatlah dia hendak terima lelaki seperti itu sebagai pasangan hidup. Dia yakin yang dia takkan bahagia sekiranya dijodohkan dengan lelaki ego dan sombong seperti Darren. Kaya macam mana pun tak guna jugak kalau tiada pegangan dalam agama. Dia mahukan lelaki yang boleh membimbingnya dan mampu menjadi pemimpin yang baik dalam keluarga. Dan kalau boleh dia mahu selesaikan ‘lakonan’ itu secepat yang mungkin. Selepas itu dia tidak mahu ada apa-apa urusan lagi berkaitan dengan lelaki ego itu. Hanya itu sahaja yang dimahukan.
“Kita dah sampai Miss Ainur. Kat dalam bilik ni ada sepersalinan pakaian khas untuk Miss Ainur. Nanti I akan panggil pembantu datang sini dan mekapkan Miss ya.”
“Saya tak nak mekap apa-apa. Just tukar baju aje.”
“Tapi Mr. Darren…”
“Ah, pedulikan dengan dia. Kalau dia tanya apa-apa bagitau saya yang memang tak nak dan tak teringin nak mekap. Bukan jenis saya yang suka mekap-mekap ni.”
“Miss Ainur, I know you already have the beauty complexion but for me it’s rather for you to make over a little bit. Not obvious. Lagipun awal-awal lagi Mr. Darren dah pesan kat I.”
“Look Tiara. No matter what happen I will never do such thing. You jangan risau la. Nanti I bagitau dia okey.”
Tiara nampak resah. Tidak tahu hendak pujuk bagaimana lagi. Nampak benar yang dia betul-betul takut dengan Darren. Entah apalah agaknya yang si mat salih+Cina celup tu dah ugut dia agaknya. Ha ha!
“But Miss…”
“I promise okay. Don’t worry.” Kata Ainur Batrisya sambil memegang tangannya.
“Sikit aje pun tak nak?”
“No.”
Dia tetap bertegas. Tiara mengeluh. Akhirnya dia membuka pintu bilik itu.
“Silakan masuk. Dress tu ada kat atas katil. You boleh la pegi tukar sekarang. I tunggu kat sini. Anything you need help just call me.”
Ainur Batrisya mengangguk. Dia memasuki bilik suite itu dengan penuh kagum. Besar dan luas. Siap ada Jacuzzi lagi yang menghadap balkoni. Toilet pun cantik dan bersih. Dia tersenyum-senyum. Ni kalau Abang Long mesti suka ni. Abangnya seorang yang kaki traveler. Salah satu alasan kenapa Abang Long suka travel ialah dia suka menginap di hotel-hotel high class seperti ini. Bukannya apa, untuk kepuasan sendiri jugak.
‘Betul jugak kata Abang Long. Alang-alang aku dah kat sini boleh la aku ambik kesempatan.’
Dia mengambil remote dan membuka TV. Volumenya sengaja dikuatkan. Tapi kesian pulak Tiara tunggu lama. Ah, lantaklah. Kalau Darren boleh sesuka hati ambil kesempatan ke atas dirinya kenapa dia tidak boleh? Dia tidak mahu terlalu mengikut telunjuk lelaki ego itu. Sedangkan dia juga berhak ke atas dirinya.
Air pada tab Jacuzzi itu dipasang hingga penuh. Dia tersenyum nakal.
‘Mesti Darren mengamuk habis bila tengok bilik ni bersepah dan serabai disebabkan aku’.
Dia memasuki bilik mandi pula. Sabun mandi dan shampoo habis dicurahkan ke lantai. Dia tergelak sendiri. Mesti dia lagi mengamuk ni. Mesti!
Cadar dan selimut habis diselerakkan ke lantai. Bantal juga dicampaknya sesuka hati. Jahatnya. Dia tertawa sendiri.
Kemudian dicapainya dress hitam dan selendang dengan warna senada. Dress labuh lengan panjang berlabuci itu kelihatan menarik dan elegan sekali. Namun tetap sopan. Not bad! Pandai jugak Darren pilihkan baju yang sesuai untuknya. Bermakna lelaki itu benar-benar mengotakan janjinya. Tetapi itu tidak bermakna yang dia sudah terpikat dengan lelaki itu. Dia hanya perlu berlakon sahaja. Sebagai bakal peguam dia sememangnya memiliki keyakinan itu. Malah dia tidak akan sesekali membenarkan dirinya mengikut telunjuk lelaki itu lagi selepas ini. Senyuman sinis terukir di bibirnya.
Ainur Batrisya mencapai dress tersebut. Dia bergegas dan cepat-cepat bersiap. Tidak mahu Tiara menunggunya lebih lama lagi.

6

SETELAH siap mengenakan dress yang disediakan, dia dibawa ke sebuah ballroom yang amat luas. Dekorasinya juga menarik dengan sebuah pentas di tengah-tengahnya dan terletak sebuah piano. Manakala di sekelilingnya pula tersusun meja dan kerusi yang dihiasi dengan kain putih dan merah hati. Hampir kesemuanya sudah dipenuhi dengan para tetamu jemputan yang kebanyakannya terdiri daripada golongan setiausaha dan VIP dari pelbagai syarikat.
“Miss, you boleh la duduk dulu.” pelawa Tiara yang berdiri di sebelahnya.
“Nak duduk kat mana?”
“Mana-mana yang you suka.” Kata Tiara sebelum berlalu dari situ.
“Eh, you nak ke mana?”
Dia menarik tangan Tiara pantas. Terasa lain pula. Takkanlah dia dibiarkan kesorangan pula. Mana Darren? Sejak tadi lagi dia berada di situ kelibat Darren langsung tidak kelihatan. Tadi bukan main lagi buat rancangan. Nak suruh berlakon konon. Dia terfikir juga hendak lari sahaja dari situ tetapi dirinya setiap masa diperhatikan oleh Jason dan Tiara. Ke mana sahaja dia pegi dan apa sahaja yang dilakukan semua gerak gerinya diperhatikan membuatnya agak tidak selesa. Mungkin mereka sudah diarahkan oleh Darren.
“I ada hal yang nak diuruskan. Don’t worry. Please sit there.” Jawab Tiara.
Akhirnya dia memilih untuk duduk di satu sudut meja yang paling hujung dari pentas. Tiada sesiapa pun yang ada di situ melainkan dirinya. Dia hilang arah. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Hendak berbual pun tiada sesiapa yang dikenalinya.
Mereka mula dihiburkan dengan pertunjukan fashion show oleh beberapa orang model. Diselang-seli pula dengan tepukan gemuruh para tetamu. Setengah jam kemudian, pentas menjadi gelap.
“Ladies and gentlemen, right now we will be performed by our special and very talented singer. He is also the owner of Garden Palace Hotel that became our sponsorship for today’s event. Very special thanks to him for sharing us such a beautiful place for our event. Dengan ini mempersembahkan Darren Lee dengan lagu hits nya ‘Bila Cinta Hadir’.”
Tepukan gemuruh dengan sorakan  penonton menjadi gamat. Lebih lagi para wanita yang nampaknya begitu teruja sekali. Kecuali Ainur Batrisya. Dia langsung tidak menunjukkan minat. Pentas yang tadi gelap diterangi oleh cahaya yang ditujukan ke tengah pentas. Kelihatan Darren yang segak mengenakan sut lengkap. Piano dimainkan. Alunan melodi indah dan nyanyian lelaki itu kedengaran begitu merdu sekali.
Habis satu lagu, satu lagi lagu dimainkan. Lagu Melayu, Inggeris dan Cina semuanya dinyanyikan dengan penuh asyik dan tanpa kekok. Dia memang seorang artis yang versatile. Mungkin kelebihan Darren sendiri yang merupakan kacukan Melayu-Cina-Inggeris mampu menguasai kesemua bahasa tersebut dengan baik sekali. Fikir Ainur Batrisya sendirian.
Dalam diam dia sebenarnya kagum dengan bakat semulajadi yang dimiliki lelaki itu. Darren memang benar-benar berbakat besar dalam seni hiburan. Dirasakan lelaki itu mampu pergi jauh dalam bidang tersebut. Sayangnya, dia cuma tidak berkenan dengan sikap lelaki itu. Biasalah, manusia bukanlah sempurna. Ada kelebihan dan ada juga yang kurang. Tetapi lelaki itu pandai menyembunyikan kekurangannya. Orang lain sudah tentu tidak kenal siapa dia yang sebenarnya.
Tamatlah sudah persembahannya. Dia berdiri dan menunduk hormat. Semua penonton kelihatan berpuas hati. Ada juga yang menjerit nama Darren dan menginginkan dia menyanyikan sebuah lagu lagi.
“Sorry to say that I’ve been given a short time to give performance.”
Darren tersenyum. Ekor matanya mengerling ke arah Ainur Batrisya. Dia kelihatan tergamam. Pelik.
‘Dia nampak aku ke?’
“But right now, I would like to give my thanks for my fiancee, Miss Ainur Batrisya for her understanding and being very supportive in my career. Please give applause to her.”
Alamak!
Sorakan menjadi semakin gamat. Suasana hingar-bingar dengan suara orang ramai. Cahaya yang menyuluh ke arah pentas tadinya menuju ke arah meja Ainur Batrisya pula. Dia tergamam. Wajahnya yang kebingungan itu mulai pucat lesi. Keyakinannya selama ini terus hilang. Apatah lagi dia begitu terkejut dengan pengakuan Darren yang tidak diduga itu. Jadi, inilah ‘lakonan’ yang dimaksudkan oleh Darren tadi. Semua mata sudah terarah kepadanya.
Perlahan-lahan dia bangun. Cahaya lensa kamera oleh para wartawan hiburan ditujukan ke arahnya dan Darren.
Arghh… bala!
Kalau masuk muka depan dalam paper esok ni mahu mengamuk mama dengan papa. Mesti Abang Long soal macam-macam. Mesti Kak Fara terus call ni. Mesti ni….
“Congratulations Mr. Darren.”
Seorang wanita muda dengan dress tali halus berdiri tidak jauh dari situ. Rambut panjangnya ikal keperangan. Begitu sexy sekali. Bukankah ini model yang buat pertunjukan fesyen tadi. Wajah cantiknya juga agak familiar. Siapa ni? Hatinya tertanya-tanya.
“You’re welcome Isabelle.”
Darren tersenyum sinis. Wajah wanita itu terus berubah sugul. Darren terus menuruni pentas dan berjalan ke arah Ainur Batrisya. Dia memegang bahu gadis itu yang nampak agak tidak selesa.
“I harap you bahagia dengan pilihan you kali ni. She looks really different. I didn’t even know you have change your taste Darren.”
“Of course, I memang betul-betul bahagia sekarang. I bet you will regret it Isabelle. She’s more different than anybody else. I wish I should have met her before you, Isabelle.” Darren separuh berbisik.
Isabelle tersenyum penuh makna. Tanpa menunggu lama, dia terus berlalu dari situ. Hatinya terasa amat sakit sekali. Salahnya juga kerana bersetuju untuk menerima persembahan fashion show di hotel itu. Dia tidak menduga Darren sengaja mengenakannya. Sengaja membuatnya sakit hati. Tidak menyangka kata-kata Darren sebelum mereka berpisah benar. Dalam sehari sahaja dia mampu mencari pengganti dirinya. Dalam sekelip mata sahaja dia boleh memiliki lebih dari satu wanita.
Ainur Batrisya. Hairan juga dengan taste Darren kali ni. Sejak bila lelaki itu berminat dengan wanita bertudung? Dia tidak mahu berfikir apa-apa lagi. Semakin lama difikir makin sakit hatinya. Dirasakan luka lama berdarah kembali. 
Darren merenung tajam ke arah seorang lelaki yang berdiri tidak jauh dari situ. Lelaki itu mengukir senyuman sinis sebelum mengekori langkah Isabelle dari belakang.
“Gary…”
Hatinya menjadi sakit tiba-tiba apabila menyebut nama itu.

*****

“APA yang awak cakap tadi Darren? Bukan ke tadi awak cakap nak saya berlakon sebagai girlfriend aje kan. Macam mana awak boleh mengaku kat depan mereka semua yang saya ni tunang awak?”
Darren membisu. Matanya masih menumpu pada pemanduan.
“Kenapa awak senyap hm?”
“There’s nothing to say anymore. Just forget about everything okay.”
Jawapan acuh tak acuh itu makin membuat darahnya mendidih. Lelaki itu seperti hendak lepas tangan sahaja. Mungkin bagi Darren segalanya telah selesai. Dia puas hati kerana berjaya menyakitkan hati Isabelle. Berjaya dalam pertaruhan. Ah, betapa bodohnya dia kerana membiarkan diri sendiri dipergunakan oleh lelaki sombong itu demi kepentingan sendiri. Kenapa baru sekarang dia sedar semua itu? Dia terasa menyesal kerana bersetuju dengan rancangan gila itu.
“Awak boleh la cakap senang Darren. Tapi macam mana dengan saya? Wartawan media semua dah buat liputan cakap yang saya ni tunang awak. Kalau keluar dalam paper esok, dan parents kita dapat tau apa saya nak jawab? Parents awak mesti tak kisah sebab dah biasa dengan gosip-gosip awak tu. Tapi macam mana dengan mama dan papa saya? Apa saya nak jawab nanti hm?”
“Aku akan explain semuanya nanti. Kau janganlah risau.”
“Itupun kalau mereka percaya. Kalau tak macam mana? Awak nak cakap apa?” desak gadis itu.
Darren merengus kasar.
“Boleh tak kau senyap? Aku tengah serabut ni tau tak!” jerkah Darren.
“Oh, sekarang tahu pulak awak serabut ye. Saya ni yang sejak pertama kali jumpa awak lagi dah memang serabut tau. Huru-hara hidup saya ni disebabkan awak.” Ainur Batrisya meninggikan suaranya.
Darren mengerling tajam ke arahnya. Dia menukar gear dan menekan pedal minyak sekuat hati. Dia memotong dengan laju sebuah Honda City di hadapan. Hampir sahaja kereta itu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan. Ainur Batrisya tergamam. Jantungnya berdegup kencang.
“Awak ni kenapa hah? Kalau nak mati pun janganlah libatkan saya sekali.”
“You better keep your mouth shut or else…”
“Apa? Awak nak buat apa lagi kat saya hm? Awak fikir awak ada hak buat apa aje yang awak suka? Macam tu? jangan disebabkan awak anak orang kaya dan berpengaruh awak boleh buat sesuka hati aje. Jalan ni bukan tempat untuk berlumba.”
Tiba-tiba Darren menghentikan Porchenya secara mendadak di tepi lebuhraya Pantai Timur itu.
“Get out from my car.”
“What?”
Ainur Batrisya memandangnya dengan rasa tidak percaya. Lelaki itu tidak langsung memandang ke wajahnya. Keruh sekali air mukanya. Dia mula dihimpit rasa bersalah. Keterlaluan sangatkah kata-katanya tadi?
“I said, get out now!”
“Awak… nak tinggalkan saya kat sini ke?”
“Kau ni tak faham bahasa ke hah? Aku cakap keluar tu keluar ajelah. Semua perempuan sama aje. Tahu menyusahkan!”
Ainur Batrisya mengetap bibirnya. Keadaan di luar begitu gelap. Hari sudah menginjak ke malam. Sampainya hati Darren meninggalkan dia kesorangan di situ. Sungguh tidak bertimbang rasa. Dengan lemah dia membuka pintu kereta dan meloloskan diri keluar dari kenderaan mewah itu.
“Wait a minute.”
Darren mencampak keluar sehelai kertas. Dia terpinga-pinga.
“Itu bil untuk harga dress yang kau pakai tu. And the rest, bil air, shower foam, shampoo dan cadar katil yang kau dah rosakkan tadi. Take responsibility next time. Make sure kau bayar esok. So ambik ini sebagai pengajaran berharga buat kau. Bye!”
Senyuman sinis dihadiahkan buatnya sebelum Porche itu meluncur laju meninggalkan dirinya membelah kepekatan malam. Dia terasa sungguh terhina diperlakukan sebegitu. Marah, sedih dan kecewa. Apa gunanya pertolongan yang dihulurkan. Sedikit pun tidak dihargai oleh lelaki ego itu.
Citt… nak jadi pelakon hebat konon. Bercita-cita la tadi yang kononnya ‘lakonan’ itu tadi bakal menjadi sebuah masterpiece terulung tapi tengoklah apa dah jadi sekarang… hampeh!
Darren boleh lah terlepas, tadi dia macam mana?
“Memang aku ni anak orang kaya pun. Aku boleh call bapak aku la datang ambik.” Dia mendongkol marah.
Diraba telefon bimbit di dalam poket jubahnya. Tiada! Baru dia teringat yang dia meninggalkan semua barang-barangnya di rumah Auntie Sherry siang tadi. Darren sendiri yang memaksanya pergi ke hotel itu. Manalah sempat dia hendak mengambil barangnya apatah lagi telefon bimbit.
Dia pasrah jua akhirnya. Lima belas minit yang berlalu menjadi setengah jam. Menginjak kepada sepuluh minit lagi. Tidak ada sebarang tanda yang kenderaan lalu-lalang di situ. Keadaan semakin gelap. Meremang seluruh tubuhnya. Tanpa disangka sudah empat puluh minit dia terpacak di situ. Sudahlah baju yang dipakainya berwarna gelap. Kalau orang lain nampak mahu pengsan. Itupun mujurlah ada manik-manik yang berkilauan sedikit ni.
Arghh… semuanya gara-gara mamat mat salih+Cina celup tu!
Pinn…!!
Hampir sahaja dia terlompat sebaik ada sebuah Toyota Vios yang sudah berhenti di hadapannya. Dahinya berkerut kehairanan. Seketika kemudian dia menghela nafas lega sebaik kelihatan Jason yang melambai dari tingkap keretanya.
“Maaf terpaksa menyusahkan. But can you please send me back home?”
“Memang saya nak hantarkan Cik Ainur balik pun. Baru kejap tadi Darren call saya.”
“Dia call awak suruh ambik saya?” tanya gadis itu tidak percaya. Jason mengangguk.
‘Aik… baik hati pulak. Tahu juga dia risaukan aku ye…’ Fikirnya.
“Mari, saya tolong hantarkan ke rumah Cik Ainur terus. Dah lewat malam ni.”
Tanpa berlengah lagi, dia terus memasuki kenderaan milik Jason.
“Terima kasih ye Jason.”
“It’s okay. Cik Ainur…”
“Err, tak payah bercik dengan saya. Panggil Ainur aje.”
“Okey, Ainur, harap awak tak ambik hati ye dengan sikap Darren. Dia memang macam tu. lebih teruk lagi sejak dia putus tunang dengan Isabelle. Tapi saya perasan yang dia dah tak pakai cincin pertunangannya. Mungkin dia dah boleh terima hakikat agaknya.”
“Hakikat apa?”
“Hakikat tentang pertunangan dia yang dah putus tu. Saya dapat lihat yang sikap anehnya dah semakin berubah. Tak teruk macam sebelum ni.”
Ainur Batrisya terdiam lama. Dia semakin tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Jason itu. Terlalu banyak persoalan yang bermain di fikirannya saat ini. Biarlah, malas dia hendak memikirkannya. Dia terlalu letih dengan hal yang berlaku antara dirinya dengan Darren sepanjang hari ini. Kalau boleh dia mahu melupakan lelaki itu. Mahu mengusir bayangan lelaki itu. Dan esok serta hari-hari seterusnya dia akan pastikan yang dirinya tidak ada kaitan lagi dengan lelaki yang bernama Darren Lee Ashram itu.

0 ulasan:

Post a Comment