Wednesday, August 15, 2012

Love or Hate Me, IDIOT?!


3

SETELAH membantu Daniel menyiapkan homework, Ainur Batrisya terasa kering tekak pula. Milo yang disediakan bibik tadi pun dah habis. Kosong! Terlupa pula dia membawa bekal air dari rumah tadi. Padahal dah berkali-kali mama memberi pesan.
“Akak ni belajar apa masa kat U?” tanya Daniel tiba-tiba. Matanya masih tertumpu pada pengiraan.
“Err… pengajian syariah. Kenapa Daniel?”
“Nanti kalau Daniel nak tanya Pendidikan Islam akak boleh tolong kan? Daniel selalu aje dapat markah rendah untuk subjek tu.”
“Banyak ke yang Daniel tak faham?”
Daniel mengangguk perlahan.
“Kat rumah ni Daniel tak tau nak tanya siapa. Kadang-kadang Kak Yati tolong ajarkan cara-cara bersolat dengan puasa.”
“Kak Yati? Pembantu rumah tu ke?”
Dia angguk lagi. Ainur Batrisya mengeluh. Dipandang muka Daniel dengan simpati. Dia memahami keadaan keluarga itu. Mujurlah Daniel tidak seperti Darren. Ini yang susahnya bila hidup takde pegangan agama. Kini dia lebih faham. Masih belum terlambat untuk membantu anak itu. Dia berdoa semoga suatu hari nanti Darren diberikan hidayah dan petunjukNYA begitu juga ahli keluarganya yang lain.
“Boleh, apa salahnya. Akak akan tolong setakat yang mampu.”
“Thanks ye kak.”
Dia membalas senyuman Daniel.
“Daniel, akak pegi dapur kejap tau.”
“Okey kak.” Angguk Daniel sambil meneruskan membuat latihan Matematik.
Cawan kosong yang mengandungi Milo tadi dibawanya ke dapur. Dibasuh dan diisikan dengan air mineral pula. Lega!
Entah kenapa hatinya terasa sesuatu. Seperti ada seseorang yang tengah memerhatikannya. Jantungnya berdegup tidak sekata. Sah, memang lelaki biadap itu yang dilihat melalui ekor mata. Dia tidak ambik peduli. Malas hendak ambik pusing. Sebaliknya dia terus meneguk air mineral hingga habis.
Setelah membasuh cawan itu dia berpusing kembali. Lelaki itu masih tercegat di situ. Tidak berganjak walau seinci pun. Renungannya masih sama seperti tadi. Cuma yang beza penampilannya. Jika tadi serabai sekarang tidak pula. Ketampanannya makin terserlah dengan rambut yang disisir kemas dan style ala-ala Kpop, berkemeja lengan panjang yang dilipat hingga ke siku tetapi butang bajunya terbuka sedikit hingga mendedahkan sebahagian dada bidangnya dan berseluar jeans lusuh. Koyak pula di bahagian peha dan lutut. Dia terpandangkan rantai silver di leher Darren. Ada lambang ‘D’ di loketnya. Rasa jengkelnya semakin bertambah.
‘Isy… tak senonoh betul. Dengan rantai segala. Apa punya gayalah ni.’ Dalam diam dia mengutuk.
“Who are you again?”
“Excuse me?”
Senyap.
Malas nak layan. Ainur Batrisya ingin cepat berlalu dari situ. Erk! Macam mana nak lalu? Dia dah halang.
Dia ke kiri, Darren juga ke kiri.
Dia ke kanan, Darren juga turut ke kanan.
Arghhh…!!!
“Awak nak apa ni?!”
Geram dibuatnya tambahan lagi melihat senyuman sinis lelaki itu. Seperti sengaja mengusiknya.
“I’m asking you. Who are you?”
“Tutor Daniel.”
“Yes, I already knew it. I mean your name.”
“Ainur.”
“Ainur?”
Dia mengetap bibir. Keresahan yang amat. Bau perfume ‘Mont Blanc’ lelaki itu menusuk kuat ke dalam rongga hidungnya.
“Ainur Batrisya.”
“Cantik nama tu. Sama cantik dengan tuannya. Nak panggil apa? Ainur? Batrisya? Or… shall I call… sweetheart…” Darren tersenyum nakal.
Berdebar hatinya melihat senyuman itu. Dia cuba bertenang. Sedaya upayanya.
“Panggil Ainur je cukup. Boleh bagi laluan tak?”
“Nope.”
Darren menggeleng. Kali ini kedua tangannya menghadang dinding. Sengihannya makin lebar. Sengaja ingin mengusik. Gadis itu membuntangkan matanya.
“Tepilah!”
“Do you expect me to just let go of you so easily? This is not the real me. Tambah pulak bila dah ada perempuan cantik depan mata. It’s damn hard for me to just let you go. Actually I admit the first time I saw you I feel something strange. It’s weird because I just can’t forget the way how you look, how you smile to mummy and Daniel. Pelik bukan?” bisiknya.
“Are you stalking me?”
Darren tersenyum penuh makna.
“Maaf. Saya takde masa nak layan awak. Saya ada urusan saya sendiri dan tujuan saya datang ke sini bukan nak main-main. So please move aside.”
“Perempuan… biasalah mula-mula tu jual mahal. Tapi dah lama-lama dengan sendirinya akan datang kat aku. But you’re quite interesting. I guess that I’ve took lot effort on you. Never mind, the tougher it be the more interesting game you’ll play.”
“Saya tak minat nak main apa-apa dengan awak Encik Darren. Saya bukanlah perempuan murahan yang awak boleh buat main, ajak ke hulu ke hilir sesuka hati. Saya ada prinsip. Ada pegangan hidup. Sepanjang hidup belum pernah sekalipun saya jumpa orang yang macam awak ni. Dan saya takde masa nak ambik tau pasal awak. Pelik, kenapa awak berminat sangat nak ambik tahu hal saya? Do you have any respect towards others?” dia bersuara tegas.
Wajah Darren sudah berubah.
“Maksud kau aku ni takde peganganlah ye?”
“Saya tak tahu nak kata apa. Tapi tengok pada gaya hidup awak memang tak sesuai dengan budaya kita sebagai orang Melayu. Lebih lagi sebagai orang Islam. You should evaluate yourself. Not others.”
“You are so straight forward. Like what I thought.”
“Maksud awak?”
“Aku tak suka orang yang aku belum kenal suka hati tegur aku. Kau memang sengaja kan nak cari pasal dengan aku? Kau belum kenal lagi aku ni siapa Ainur.”
“Saya tak cakap semua yang buruk tu awak. Saya pun ada kelemahan sendiri. Manusia ni semuanya tak lari dari kesilapan. Tapi kita dikurniakan akal untuk berfikir. Yang mana baik kita ikutlah. Yang buruk kita tinggalkan. Bukan ke kita ada rujukan iaitu Quran dan sunnah Nabi. Berpeganglah padanya. Insya Allah, saya yakin Encik Darren mampu berubah.”
Lelaki itu membisu. Tiba-tiba, dia melangkah mendekati Ainur Batrisya.
“Apa hak kau nak suruh aku berubah?”
Selangkah. Dua langkah. Makin dekat… gadis itu mulai cuak!
“Am I really that bad? Hm?”
Dekat lagi. Dia geleng sambil menundukkan pandangan.
“Kau dah kenal aku sangat ke?”
Geleng lagi.
Langkah Darren terhenti.
“Hei ustazah, kau dengar sini baik-baik. Aku takkan putus asa. Aku akan dapatkan kau dengan apa jua cara sekalipun. Tak dapat cara halus, aku main kasar. Kalau kau tak nak apa-apa berlaku pada diri kau, better watch yourself carefully and shut your mouth! Or else… you will regret it for the rest of your life. Lagi senang, kau dengar aje cakap aku. Ikut rentak aku. Aku tak boleh terima bila ada perempuan lain yang tolak aku mentah-mentah. Most of them will absolutely like me. Tapi kau berani betul lawan kehendak aku.”
Ugutan ke ni?
“Awak fikir semua perempuan suka awak ke? Saya tak suka awak. Sampai bila-bila pun saya takkan suka orang macam awak!”
Darren tertawa besar.
“Then, I will make you like me.”
Gila!
“Marry me.”
Erk!!
“Apa yang awak mengarut ni?”
Tiba-tiba lelaki itu ketawa.
“Stupid! Just kidding ma...” Sengih Darren nakal.
Dia terkedu. Seketika kemudian Darren mencapai mug dan dihulurkan ke arahnya. Dia mengerutkan dahi.
“Hei ustazah, buatkan aku milo. And one more thing, alihkan kereta kau tu cepat. Menyemak aje kat belakang kereta aku. Aku nak keluar ni. Atau kau nak aku langgar aje kereta buruk kau tu?”
Barulah dia teringat yang dia memarkir Myvinya di belakang sebuah Porche bewarna merah. Rupanya Porche itu milik Darren. Citt… ada ke patut dia cakap Myvi aku tu kereta buruk. Mentang-mentanglah dia anak orang kaya. Berlagak nak mampus. Yang kaya bapak kau, bukannya kau!

“You know I really mean it.”

4

PAGI yang cerah. Tepat pukul 8 A.M dia sudah bersiap. Menyediakan sarapan buat keluarga dengan hidangan nasi goreng special buatan sendiri sambil ‘memekak’ di dapur, he he… sengaja dia mahu menceriakan suasana yang agak haru biru sejak semalam. Sejak hari pertama menjadi tutor di rumah agam milik Auntie Sherry. Kata-kata Darren semalam masih menjadi igauan buatnya. Hopefully lelaki itu sekadar bergurau aje. Dia pun tak mahu ambik pusing sangat. Orang macam tu baginya tak patut dilayan. Sekali tengok pun dah tau yang lelaki tu jenis kaki playboy. Lantaklah!
Dipasangnya radio. Suara deejay wanita popular di Suria FM berkumandang. Lantang dan ceria sekali. Sesekali dia tergelak mendengar telatah deejay tersebut yang melucukan.
“Okey, kalau korang nak tau sekarang ni ada berita terhangat mengenai gosip sorang artis popular ni dengan artis wanita yang baru aje memenangi Anugerah Bintang Paling Popular baru-baru ni. Siapa lagi artis tu kalau bukan Darren…”
Erk?!                        
“Darren yang bakal muncul dengan single hits terbarunya, ‘Bila Cinta Hadir’ menafikan gosip itu. Sewaktu diminta mengulas, pihak media mengalami kesukaran untuk menghubungi beliau kerana…”
Tutt!
Terus dimatikan radio. Menyampahnya! pagi-pagi lagi dah dengar nama dia. Hilang mood cerianya.
“Aik, kenapa masam aje muka ni?”
“Makan pa. Ada nasi goreng special, he he…” dia menceriakan wajahnya sebaik kelibat papanya muncul ke dapur. Encik Hisyam menarik kerusi di sebelah Ainur Batrisya.
“Wah, sedap ni. Ni yang buat papa rasa lapar,” sengih Encik Hisyam.
Dia tersenyum sambil menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan papanya itu.
“Mama ke mana pa? awal pagi lagi dah keluar. Tak bagitau Isya pun.”
“Dia ke rumah Mak Long. Ada hal sikit katanya. Alang-alang tu dia nak bayar duit kutu sekali. Hari ni Isya mengajar Daniel lagi ke?”
Dia mengangguk. Rasa berat hati dan malas pula. Tapi kesian pulak dengan Daniel. Padahal baru sehari dia menjadi tutor di rumah itu.
“Okey ke? Takde masalah?”
“Okey pa. Auntie Sherry tu baik orangnya. Isya suka.”
Dia menyembunyikan keresahannya. Tak mahu papa risau.
“Uncle Murad takde kat rumah ke?”
“Takde pulak. Auntie Sherry cakap uncle pegi outstation ke Sabah seminggu. Papa masuk ofis ke hari ni?”
Encik Hisyam mengangguk.
“Ada beberapa kes papa kena handle berkaitan dengan pecah amanah. Yang satu lagi ni kes terbaru mengenai tuntutan fasakh. Next week papa akan naik court.”
Ainur Batrisya sekadar mengangguk. Papa sering bercerita perihal kerjanya sebagai peguam syarie. Malah memiliki firma guaman sendiri iaitu Hs & Co. Dia juga bercita-cita seperti papa. Ingin menjadi seorang peguam syarie yang berguna kepada masyarakat. Bukan kerana pangkat dan nama, tetapi kerana dia ingin memberi sumbangan dari sedikit pengetahuan yang ada untuk orang ramai. Lagipun dia juga satu-satunya yang bakal mengambil alih firma itu setelah papa pencen tak lama lagi. Jika bukan dia siapa lagi?
Dia juga menyedari ia bukan sesuatu yang mudah baginya. Senior di USIM pernah bercerita yang seorang antara senior mereka sebaik sahaja tamat pengajian mengalami kesukaran dalam proses melengkapkan diri bagi diterima sebagai peguam syarie. Permohonannya gagal kerana tidak melengkapi syarat yang disediakan serta tiada latihan dalam kamar. Ada juga yang dikehendaki memiliki Diploma Lanjutan Amalan Syariah walaupun sudah lebih empat tahun belajar Syariah. Begitu juga dengan pelajar lepasan undang-undang sivil yang ada pengetahuan syariah juga dikehendaki memiliki diploma sama.
Kalau difikirkan memang agak sukar juga tapi dia tidak patah semangat. Dia tidak mahu cepat putus asa. Dia hanya perlu menghabiskan sedikit masa lagi pengajiannya. Tinggal satu semester lagi dia berada di tahun akhir pengajian. Lagipun bilangan peguam yang lahir ditauliahkan semakin ramai. Kes yang dibicarakan juga semakin banyak dengan kes yang lebih rumit dan mencabar membabitkan tuntutan fasakh dan harta sepencarian. Bermakna keperluan terhadap peguam syarie semakin meningkat.
Abang Long dan Kak Fara tidak mungkin dapat mengambil alih firma itu kerana mereka telah mempunyai kerjaya sendiri manakala Kak Fara pula sudah berkeluarga. Alhamdulillah, masing-masing telah berjaya di dalam hidup. Semuanya berkat didikan mama dan papa tercinta. Dia bahagia dengan keluarganya dan bersyukur kerana dibesarkan dalam suasana yang mementingkan agama. Asas-asas agama telah diterapkan dalam dirinya sejak masih kecil lagi. Dia dihantar ke pusat asuhan Islam sejak berusia lima tahun lagi. Bersekolah rendah dan menengah pun di sekolah agama. Dia merupakan lulusan dari matrikulasi sebaik tamat persekolahan menengah. Sehinggalah dia melanjutkan pengajian peringkat ijazah dan bakal menyambung master pula dalam pengajian syariah.
Dia teringatkan Daniel. Alangkah sayangnya jika dibesarkan dalam keluarga yang dilimpahi kemewahan tetapi tidak menerapkan nilai-nilai agama yang mampu menjadi tunjang kepada jati diri dan pegangan hidup. Jika tidak, pasti Darren tidak akan seperti itu. Dia tidak menyalahkan kedua ibu bapa lelaki itu. Mungkin itu satu ujian dan dugaanNYA untuk membuatnya lebih berfikir yang tidak semua manusia boleh hidup bahagia dan tenang dengan harta.
 “Oh ye, kalau boleh Sabtu ni Isya jangan ke mana-mana ye. Duduk rumah aje. Ada benda yang mama dan papa nak discuss. Abang Long dan Kak Fara mungkin balik.”
Encik Hisyam menghabiskan suapannya yang terakhir lalu mencapai briefcase dan kotnya. Ainur Batrisya tercengang.
“Hal apa pa?”
Macam serius aje bunyinya?
“Adalah. Isya akan tau jugak nanti.” Balas Encik Hisyam sambil tersenyum.
*****
DUA jam diperuntukkan masa untuk mengajar Daniel. Daniel boleh melakukan latihan yang diberikan dengan baik. Lebih mudah mengajar Daniel kerana dia cepat faham. Ainur Batrisya bernafas lega. Selebihnya dia mengajar Daniel cara-cara bersolat dengan betul dan mengambil wudhu’. Baginya lebih baik pada peringkat awal Daniel mengetahui asas agama dahulu.
Telinganya menangkap sesuatu dari ruang tamu. Bunyi seseorang memainkan piano. Hatinya tertanya-tanya. Bagai ditarik untuk melihatnya dengan lebih jelas. Melodi itu semakin lama semakin jelas di pendengaran sebaik dia menuruni satu-persatu anak tangga. Dia menjenguk. Ada satu lagi ruang yang sederhana luasnya di sebelah ruang tamu.
Bilik itu dikelilingi oleh tingkap berkaca yang agak tinggi dengan dinding bercat putih. Sliding door pula menghala ke arah sungai dengan landskap semulajadi yang ditumbuhi pokok-pokok dan lalang. Ada pokok-pokok buluh ditanam dengan sedikit batuan ala Japanese Garden dan small deck yang dibina di benteng sungai. Sangat menarik.
Kelihatan seseorang sedang asyik bermain piano. Leka dia memerhatikan gelagat lelaki itu. Gaya lelaki itu seperti seorang pemain piano professional lagaknya.
‘Say you’re sorry, that face of an angel,
Comes out just when you need it to
As I paced back and forth all this time
Cause I honestly believed in you

Holding on, the days drag on
Stupid girl, I should have known
I should have known….’

Melodi itu terhenti. Berganti dengan lagu lain pula. ‘Aik? Macam pernah dengar aje. Em… patutlah, lagu ‘That Man’ dari Secret Garden.’ Lagu ni merupakan lagu kegemarannya. Dia tersenyum sendirian.
Han namjaga geudaereul saranghamnida
Geu namjaneun yeolshimhi saranghamnida
Maeil geurimjacheoreom geudaereul ttaradanimyeo
Geu namjaneun useumyeo ulgoisseoyo

Eolmana eolmana deo neoreul
Ireohke baraman bomyeo honja
I baramgateun sarang I geojigateun sarang
Gyesokhaeya niga nareul sarang hagenni oh

Jogeumman gakkai wa jogeumman
Hanbal dagagamyeon du bal domangganeun
Neol saranghaneun nan jigeumdo yeope isseo
Geu namjan umnida….’
Lidahnya kelu. Kagum dengan kemerduan suara lelaki itu. Wah! siap boleh nyanyi lagu Korea lagi. Hatinya tersentuh. Dia seperti terlupa dengan hal yang berlaku antara mereka sebelum ini. Bertukar pada lagu lain pula.
‘I don't know, but I believe
That some things are meant to be
And that you'll make a better me
Everyday I love you
I never thought that dreams came true
But you showed me that they do
You know that I learn something new
Everyday I love you….’
Mainan piano itu terhenti tiba-tiba.
“Berapa lama lagi kau nak jadi stalker aku, Miss Ainur Batrisya?”
Alamak, dia nampak ke?
Dia segera menyorokkan dirinya di balik dinding. Dia menggigit bibir. Malu menguasai diri. Macam mana ni? Nak lari ke tak payah? Lari pun tak guna jugak sebab dia dah nampak aku kat sini. Hm… macam mana ek?
“You don’t need to answer that. Sebab aku tau kau kagum dengan aku kan.”
“Mak kau!”
Dia sedikit terjerit. Subhanallah! Terkejut dengan suara itu. Dekat sekali di telinganya. Darren tersengih menampakkan barisan gigi putih yang tersusun. Tangan kanannya pada dinding. Dan sebelah lagi di pinggang.
“Huh, jangan nak perasanlah. I’m just…” dia tercari-cari ayat yang sesuai.
Darren menanti kata-kata seterusnya yang keluar dari bibir munggil itu. Macam hendak mengejek.
“Curious!”
“Curious?”
“Yes, curious. Saya tertanya-tanya aje bunyi apa tadi. Kalau saya tau takde maknanya saya nak menyibuk dan buang masa tengok awak main piano.”
“You really want to know that much?”
Dia memandang Darren. Pelik.
“You mean?”
Senyuman Darren melebar. Terus menarik lengannya dengan selamba. Ainur Batrisya tergamam. Darah menyerbu ke mukanya.
“Hei, lepaslah. Apa pegang-pegang ni? Awak buat apa ni Darren?!” dia meronta-ronta.
“Let me show you the real me.”
Lelaki itu tersenyum sinis.

0 ulasan:

Post a Comment