Tuesday, August 14, 2012

Dia, Cinta Pertama


35

ROTI yang diberikan oleh pembantu Sophie sudah kehabisan. Sejak dua hari ini aku makan dengan tidak menentu. Agaknya berat badanku juga sudah semakin susut. Aku perlu segera kembali ke kediaman Kak Nini untuk mengemas apa yang patut. Sebentar tadi Kak Nini telah menghubungiku. Abang Ikhwan telah pun menguruskan tiket penerbanganku untuk pulang ke Malaysia. Aku dijangka bertolak lusa ini. Bermakna tinggal esok sahaja lagi aku berada di sini.
Aku segera mengemas pakaianku. Tidaklah banyak sangat memandangkan aku datang pun dengan sehelai sepinggang dan setelah dipaksa oleh Hazim untuk datang menginap di hotel mewah ini. Aku perlu cepat beredar dari sini. Kalau boleh aku tidak mahu Hazim atau sesiapa jua pun tahu yang aku ingin kembali semula ke Malaysia tidak lama lagi. Terutamanya Hazim. Biarlah pemergianku ini menjadi satu rahsia. Silap hari bulan dia pun tidak ingin tahu ke mana jua aku pergi.
Pintu bilik diketuk bertalu-talu. Aku kehairanan. Pelik kerana rasanya mereka semua telah keluar sebaik sahaja selepas breakfast tadi. Siapa pula ni?
Aku mengintai dari lubang pintu itu. Alamak... Hazim!
Dia... dia cakap nak keluar dengan Sophie tadi. Berdating. Buat apa lagi dia nak jumpa aku di sini? Aku teragak-agak untuk membuka pintu. Setelah menarik nafas sedalam-dalamnya akhirnya pintu kubuka. Membiarkan dia menapak masuk ke dalam tanpa berkata walau sepatah pun. Tiada yang salah pun kerana dia telah menjadi suamiku. Cuma aku tidak suka dengan situasi ini. Membuatkan aku rasa tidak selesa apabila berdua-duaan dengannya.
“Awak nak apa lagi ni Hazim?”
Aku memecahkan kesunyian antara kami. Dia berdiri membelakangiku. Menghadap ke luar jendela. Aku sedar, sejak pertengkaran itu terjadi hubungan kami semakin renggang. Sudah hampir dua hari kami tidak bertegur sapa.
“Kita perlu berbincang.”
Aku ketawa sinis. Buat-buat ketawa walaupun hati begitu pedih sekali. Inilah pertama kali dia menegurku. Rinduku sedikit terubat tatkala mendengar suara itu.
“Nak bincang pasal apa lagi Hazim? Semuanya dah berlaku. Saya rasa eloklah awak lepaskan aje saya dari hidup awak. Lupakan saya. Awak boleh teruskan hidup dengan tenang begitu juga saya. Habis cerita.”
Wajah Hazim bertukar kemerahan.
“Meem!” dia meninggikan suara.
Aku terkesima.
“Awak sedar tak apa yang awak cakap tadi hm? Awak tahu tak apa hukumnya seorang isteri meminta cerai dari suaminya. Awak pernah terfikir tak apa perasaan saya selama ni?”
Bertalu-talu soalan dilemparkan kepadaku. Aku terus bungkam tanpa kata.
“Selama ni awak hanya pentingkan diri tau tak. Awak hanya nak saya jaga hati awak aje. Tapi perasaan saya, maruah dan harga diri saya sebagai suami awak campak dan pijak-pijak macam sampah. Memang... saya sengaja buat tak layan awak aje tadi. Saya nak tengok sejauh mana awak boleh teruskan dengan sikap ego awak tu. Saya fikir bila saya ajak bincang awak akan berubah. Rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. Awak tetap Shameem yang terlalu ego dan sombong. Awak masih sama macam dulu.”
Hazim meluahkan perasaan yang terbuku selama ini.
“Habis tu macam mana pulak dengan Sophie? Awak nak saya bergelak ketawa bila tengok dia peluk dan cium awak sesuka hati. Macam tu? Awak fikir saya ni takde perasaan ke?”
“Bukan itu maksud saya...”
“Saya mengaku saya memang bersalah sangat kat awak Hazim. Sampai satu tahap saya rasa yang saya ni langsung tak layak untuk bersama awak selepas saya dapat tahu segalanya tentang awak. Saya... saya tak mampu membahagiakan awak... tolonglah, saya dah tak boleh hidup bersama awak lagi...”
Aku tidak mampu meneruskan kata lagi. Tersedu-sedan aku di muka pintu.
“Saya tak boleh nak paksa hati ni lagi Hazim. Makin lama saya kenal awak, saya tak mampu untuk terus membenci awak. Tapi kenapa awak duga hati saya sampai begini sekali? Awak cakap awak sayangkan saya. Tapi kenapa... kenapa awak buat saya macam ni Hazim?”
“Meem...”
Hazim mendekatiku.
“Saya tak sanggup lagi... tak sanggup diperlakukan begini. Mesti awak seronok kan dapat sakitkan hati saya. Awak suka kan buat saya macam ni...”
“Husy... sayang...”
Hazim mengelus rambutku dengan lembut. Terpanar aku dengan sentuhannya itu. Entah sejak bila dia sudah berada di depanku. Sangat rapat hingga hampir bersentuhan dengannya. Aku tidak boleh menjarakkan diri lagi kerana dihadang oleh pintu dan dinding.
“Kenapa tak terus-terang aje yang awak sayangkan saya?”
Aku tergamam.
“You do love me right? Tengok dari pandangan awak yang cemburu tadi pun saya dah boleh agak. Awak memang cintakan saya. Tapi terlalu ego nak mengakuinya.”
Aku melihat senyuman Hazim yang manis dan... nakal!
“Kalau... em, kalau... kalau dah suka tu nak buat macam mana.”
Senyuman Hazim makin lebar. Aku menundukkan muka. Malu dengan pengakuanku tadi. Arghh...
“I guess that it can’t be helped. Kenapa baru sekarang nak mengaku?”
Aku menggigit bibir.
“Dah awak asyik berkepit aje dengan Sophie 24 jam. Manalah saya tahan tengok. Berbulu mata ni tau tak?”
Hazim ketawa besar. Tanpa aku duga, dia terus menarikku ke dalam pelukannya erat. Aku tidak mampu menolak lagi. Terasa pelukan itu sungguh hangat. Hazim yang aku rindui telah kembali jua ke sisiku.
“Nak buat macam mana my dear wife. Di mata Sophie saya adalah Henry yang dia kenal sejak dulu. Tapi saya tetap berterima kasih pada Sophie sebab kerana dialah awak akhirnya mengaku jugak perasaan sebenar awak kat saya. Takdelah saya kempunan nanti.”
“But for me... you’re still Hazim. Not Henry okay. Cuma satu aje... saya tetap mencintai orang yang sama tak kiralah dia tu Hazim atau Henry sekalipun. Hanya awak aje yang saya sayang...” aku berbisik lembut.
“Thanks sayang... sebab sudi terima cinta saya.” Terasa pelukan itu semakin dieratkan. Aku tersenyum bahagia.
Kalau aku tahulah aku akan  sebahagia ini, sungguh, awal-awal lagi aku akan tetap mencuba memberi peluang untuk mengasihinya. Kerana dia adalah suamiku. Yang mungkin telah diciptakan untukku dan dipertemukan jodoh olehNYA.
“Tapi yang pasal Sophie tu... betul ke awak nak kawin dengan dia?” aku mendongak memandang Hazim. Suaraku bertukar sayu.
“Eh, siapa yang cakap macam tu?”
“Sophie sendiri yang bagitau saya. Dia cakap dua-dua family dah rancang pasal ni. Betul ke Hazim? Awak dengan dia... em...”
“Jadi awak percayalah cakap dia?”
“Tak. Saya tak cakap saya percaya. Cuma saya nak tahu aje kebenarannya.”
Terdengar keluhan Hazim.
“Kan saya pernah bagitau dulu, hubungan saya dengan Sophie memang rapat tapi sekadar hubungan antara saudara aje. Tak pernah lebih dari itu. Saya sayangkan dia sebagai seorang sepupu aje. Hanya awak aje satu-satunya isteri saya sekarang dan buat selamanya. Tak mungkinlah saya nak kawin dengan perempuan lain selain awak. Saya hanya cintakan awak aje dan memang sejak kita mula kenal dulu lagi saya dah berazam nak memiliki awak. Kalau awak nak tau, Sophie tu memang macam tu. Dengan mana-mana perempuan yang rapat dengan saya semua dia nak jeles. Awak pun termasuk sama. Tapi tak perlulah awak nak risau pasal dia okey. Yang penting kita dah bahagia sekarang.”
Aku menyeka air mata yang mengalir sambil mengangguk perlahan. Pelukannya aku balas. Hatiku sedikit lega dengan kata-kata Hazim itu. Cuma satu sahaja yang bermain di fikiranku sekarang. Iaitu mengenai Haikal. Aku sudah tahu yang Haikal itu bukanlah anak Hazim yang sebenarnya. Cuma aku tidak faham apakah sebenarnya yang terjadi antara Razif dan bekas isterinya dahulu sehingga memaksa mereka meninggalkan Haikal?
Hazim tidak pula bercerita. Ah, biarlah dulu hal itu. Mungkin satu masa nanti aku akan bertanya sendiri pada Hazim tentang hal tersebut.
“Meem... do you know that I am totally mad about you. Every time I’ve been thinking about you. Do you have any idea how crazy I am right now?”
Aku memandang Hazim lama. Debaran di dadaku kian kencang ketika aku melihat senyuman ‘mengancam’nya. Wajahnya kian mendekatiku. Semakin dekat dan satu kucupan singgah ke dahiku. Beralih pula di hidung dan di bibir. Lama sekali. Aku memejamkan mata.
“I miss you so much...” bisik Hazim romantis.
**********
DAH pukul berapa ni? Aku memandang jam tanganku yang berada di atas meja. Lagi sepuluh minit nak masuk waktu Zohor rupanya.. mataku beralih pandang ke arah Hazim yang berada di sisiku. Begitu lena sekali dirinya. Aku tersenyum bahagia. Terasa kasih sayang untuknya semakin bercambah.
Aku mengeratkan pelukan. Tubuh sasa itu aku dakap dengan erat. Seolah tidak ingin bepisah lagi. Biarlah... kebahagiaan ini kekal begini. Selamanya. Aku benar-benar mencintainya.
Wajahnya kuelus sepenuh kasih. Dia memang seorang lelaki yang tampan. Tidak mampu aku menafikannya. Juga berkeperibadian yang baik dan memiliki personaliti menarik. Apa yang penting, aku sedar yang aku mencintainya kerana dia adalah Hazim. Kerana dia adalah dirinya sendiri. Perlahan air mataku menuruni pipi. Hatiku menjadi sebak. Tetapi... aku tidak mampu membahagiakannya. Walau berkali-kali kata cinta dan sayang diungkapkan sebentar tadi, aku masih lagi keliru. Kata-kata Sophie bermain di fikiranku. Benarkah apa yang dimaksudkan Sophie?
Aku bangkit dari katil dan membersihkan diri. Seketika kemudian aku terus bersiap. Aku memandang Hazim yang masih lena. Wajahnya begitu tenang. Adakah aku berpeluang untuk melihat lagi wajah itu dalam masa beberapa tahun akan datang? Atau... mungkin aku sudah tidak berpeluang lagi merasai kenikmatan cinta dari lelaki ini? Air mataku makin lebat. Hatiku makin parah.
Mesej yang dikirim Sophie aku baca berulang kali. Entah dari mana dia dapat nomborku. Dan setiap kali itulah hatiku tersayat entah yang ke berapa kali. Mesej yang berbaur ugutan itu sudah cukup membuatku terluka dan remuk-redam. Aku cuma ada satu pilihan. Jika aku memilih Hazim aku telah memusnahkan masa depannya. Dan akhirnya keputusan aku hanya satu. Mengapa ini juga yang terjadi? Di saat aku perlukan Hazim di sisi sentiasa. Mengapa perpisahan juga yang diinginkan?  Namun demi kebaikan Hazim, aku terpaksa mengambil keputusan senekad ini. Aku harus merelakan perpisahan ini. Tetapi aku tidak pernah menyesal kerana telah menyerahkan mahkota paling berharga untuknya. Kerana aku terlalu mencintainya.
Aku mengucup pipi Hazim lama. Air mataku jatuh ke pipinya. Lalu aku membisikkan kata-kata terakhir...
“Maafkan saya. Ampunkan dosa saya sebab meninggalkan awak sekali lagi. Tapi ketahuilah sayang, saya terpaksa lakukan ini semata-mata kerana awak. Saya sungguh-sungguh mencintai awak Hazim. Selamat tinggal sayangku...”
Tanpa sebarang pamitan, aku meninggalkan dirinya begitu sahaja. Hanya sehelai nota yang aku tinggalkan. Mengatakan aku berada di satu tempat lain dan... memintanya jangan mencariku lagi. Kerana ini adalah perpisahan yang terakhir. Yang terakhir aku menatap wajahnya... merasai kasih sayangnya walau sebentar cuma...

0 ulasan:

Post a Comment