Thursday, August 30, 2012

Love or Hate Me, IDIOT?!



20

BARU sekejap dia keluar ambik angin di luar. Keadaan di ruang lobi kelab persendirian milik keluarga Dato’ Murad dah penuh sesak dengan para tetamu jemputan. Rata-ratanya kerabat VIP dan orang-orang kenamaan. Ah, sudah… nak masuk dalam lagi lah dia malas. Nak lari tak boleh sebab Auntie Sherry awal-awal lagi dah pesan minta dia datang juga ke majlis itu menemaninya. Mama pulak dah bagi green light so dia memang tidak boleh berbuat apa-apa lah. Dia tidak pasti adakah itu sekadar alasan wanita sebaya mamanya itu atau permintaan dari anak lelakinya, Darren sendiri.

“Sayang… kenapa duduk kat sini sorang-sorang?” tegur Auntie Sherry yang nampak anggun dengan dress labucinya yang berwarna hitam.

“Auntie, Isya rasa seganlah…”

“Aish… nak segan apanya? Auntie dengan uncle kan ada ni. Lagipun tu ha… Darren pun ada. Mana pulak Isya sorang-sorang.” pujuk wanita itu.

“Tapi Isya ni kan orang luar. Bukan sape-sape pun.”

“Isya, auntie tak pernah anggap Isya macam tu tau. Selama ni Isya dah macam anak auntie sendiri. Lagipun auntie memang takde anak perempuan. Isya memang dah macam anak perempuan auntie sendiri. Mama Isya pun kawan baik auntie. Takde masalah la okey.”

“Isya tak biasa… baju ni macam over sangat ke auntie?”

Dia menarik-narik dress labuhnya yang sarat dengan labuci itu. Manakala gaya tudungnya juga sudah diubah pada lebih fashionable. Ala-ala model muslimah pun ada. Wajahnya juga dihiasi dengan mekap tipis dan sesuai dengan wajah mulusnya yang sememangnya bebas dari sebarang cela. Inilah pertama kali dia bergaya sebegitu. 

“No sayang. You look so elegant and beautiful. Trust me okay.”

Datin Sherry mengenyitkan mata kanannya. 

Hendak tak hendak sahaja dia membalas senyuman wanita itu.

*****

BIDADARI itu seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Seperti yang selalu hadir di dalam mimpi-mimpinya. Ditenungnya lama seolah tidak puas melihatnya. Tidak putus-putus bibirnya mengukir senyuman. Dia memang cantik! Malah, lebih cantik dari apa yang disangkakan selama ini. jantungnya seolah tidak berhenti berdegup saat pandangan mereka saling bertaut. Apakah bidadari dunia itu turut merasakan hal yang sama sepertinya juga? Adakah perasaan ini turut dirasainya? Atau… dia sekadar bertepuk sebelah tangan?
Dia sedar, selama ini pun hanya dia sahaja yang terhegeh-hegeh menagih perhatian dari sang bidadari. Tetapi dirinya langsung tidak dipedulikan hanya kerana sedikit kekurangan. Sungguh, sebagai insan yang lemah dia tidak mampu menjadi seorang lelaki yang sempurna dan dirasakan seolah tidak layak mendampingi sang bidadari nan jelita parasnya itu.

Saat ini dia hanya memandangnya dari kejauhan. Ibarat sebutir mutiara yang tertutup di dalam bekas kaca. Mampu dilihat tetapi mustahil dapat menyentuhnya. Hatinya menjadi terlalu pedih. Namun kelembutan wajah itu benar-benar memberinya satu ketenangan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Ainur Batrisya… ketahuilah, satu masa nanti kau pasti akan menjadi milikku jua…

*****

“ISY… mana peginya dia ni? Batang hidung langsung tak nampak. Dibiarnya aku sorang-sorang kat sini.” 

Mengingatkan hal itu dia terkenang kembali ketika berada di Vila Rose bagi menyambut parti hari jadi Auntie Sherry. Apa tidaknya, sebaik sampai aje di kediaman itu terus dia ditinggalkan oleh lelaki itu terkontang-kanting di parti itu. Padahal lelaki itu juga yang beria mengajaknya. Semalam pun bukan main lagi ajak. Siap main ugut lagi kalau dia gagal hadir ke majlis itu. Huh… cakap bukan main pandai!

“Aku nak kau datang jugak tak kira apa nak jadi pun.”

“Kalau saya tak nak? Awak nak buat apa?”

Darren memandangnya dengan muka serius. Dia tidak mengalah. Sebaliknya turut berlawan mata dengan lelaki itu. Satu… dua… tiga saat… sepuluh saat…

“Okeylah, saya datang la…”

“Good girl. Ingat, pakai lawa-lawa tau. Yang penting sekali kau mesti datang. Kalau tak siaplah kau!”

Lelaki itu tersenyum sinis. Dia sudah memuncung. Sedar yang dirinya telah kalah. 

Memang selama ini dia tidak pernah mampu bertentang mata lama-lama dengan lelaki itu. Entahlah… dirinya tidak kuat apatah lagi saat lelaki itu merenungnya dengan pandangan yang cukup membuat debaran di hatinya rasa bagai mahu pecah! 

Direnung pinggannya yang sudah berisi pelbagai juadah. Siap dengan masakan laut lagi. Kecur air liur melihatnya. Lantaklah… nak tunggu Darren entah sampai bila agaknya. Silap hari bukan makanan semua dah habis baru dia nak muncul agaknya. Sebelum habis, baik dia sebat dulu, ha ha…!

“Hai, lama I tak nampak you.”

Gadis yang berpakaian agak seksi dan daring itu direnungnya lama. Macam… pernah kenal aje sebelum ni. Tapi ingat-ingat lupa.

“You ni… err, Isabelle kan?”

“Nampaknya you masih ingat I lagi. Bagus ingatan you. Lawa baju ni. Berapa harga? Sape designernya?”

Isabelle menarik kainnya hingga terangkat sedikit. Dibeleknya. Dia mula rasa tidak selesa. Dan… tak sedap hati! 

‘Isy… mana Darren ni? Datang la awak… tolong saya ni!!’ batinnya menjerit dalam diam.

“Maaf, I tak berapa arif sangat tentang fesyen ni. Baju ni bukan I yang pilih.”

“Habis tu sape? Darren yang pilihkan ke?”

Suaranya terus berubah. Direnungnya tajam wajah Ainur Batrisya.

“I ada hal kejap. Minta diri dulu.”

Bukan apa, malas nak gaduh sebab baju!

“I tahu Darren yang pilihkan baju untuk you kan. I’m quite well familiar with his taste. Sebab selama I bersama dengan dia citarasa dia dengan I tak jauh berbeza.”

“Oh… baguslah kalau macam tu.”

Isabelle menghampirinya dengan langkah yang sungguh angkuh. Hm… memang patutlah padan dengan Darren pun. Sama-sama berlagak. Sama-sama bercitarasa tinggi. Harap muka aje cantik. Tapi perangai kalau macam tin sardin kemek dah luput tarikh pun tak guna jugak!

“Pelik. Kenapa Darren sanggup buang I semata-mata sebab nak bersama dengan seorang gadis yang terlalu naïf tentang dunia hiburan dan fesyen ni…”

Kurang asam!

“Apa yang you  nak ni sebenarnya hm Isabelle?”

“I nak you pulangkan balik Darren kat I.”

Ainur Batrisya tergelak kecil.

“Kalau you nak ambik ajelah. I bukannya ada apa-apa pun dengan dia.”

Tangannya ditarik sebaik dia ingin berlalu dari situ.

“You fikir you boleh larikan diri macam tu aje hm?”

“Of course. Between you and Darren… it’s none of my business okay!”

“You yang rampas Darren dari I kan. You tahu tak Ainur, disebabkan you lah Darren langsung tak pandang I lagi. Dia tolak I mentah-mentah. Semuanya gara-gara you!”

“Berapa kali I nak cakap yang I takde kena-mengena dengan you. Darren yang suka kat I. I tak suka dia pun.”

“I tak boleh terima alasan you. Kalau betul, buat Darren datang pada I balik. I nak you pergi jauh dari dia. Don’t ever appear in front him anymore!”

“Kalau I tak mahu macam mana?” dia tersenyum sinis.

“You jangan cuba nak cabar I…”

Ainur Batrisya menarik nafasnya sedalam mungkin. 

“I nak bagitau you sesuatu tentang Darren. Memang betul antara kami takde apa-apa hubungan istimewa pun. I tak berminat dengan lelaki jenis macam dia. You janganlah risau Isabelle. Kalau you nak sangat Darren tu ambik ajelah. Sikit pun I tak halang. Sebab I memang takde langsung perasaan kat dia. Cuma satu aje permintaan I. Tolong jangan ganggu I lagi faham?” dia bersuara tegas.

Isabelle segera berlalu dari situ sambil merengus kasar sebaik ternampak kehadiran Dato’ Murad. Dihampiri Ainur Batrisya dengan minuman di tangannya. 

“Isya, sorang aje ke? Mana Darren?”

“Saya pun tak nampak dia uncle. Uncle dah makan?”

“Baru aje kejap tadi. Eh, Isya belum makan lagi ke?”

Dia menggeleng. Segan pulak bila Uncle Murad tengok pinggannya yang penuh dengan makanan itu. Macam bukit. Nampak sangat kebulurnya, ha ha!

“Kalau macam tu jom uncle temankan Isya makan. Boleh kita berborak kat sana.”

“Okey.”

Mereka menuju ke sebuah meja makan tidak jauh dari hidangan buffet itu.

“Lapar?” soal Uncle Murad. 

“Err.. he he…”

Mak… malunya aku!! Itulah ko Ainur. Ambik bukan main banyak. Macam tak makan sebulan aje.

“Uncle, siapa yang ramai-ramai ni sebenarnya?”

“Oh, mereka semua kebanyakannya saudara-mara yang rapat di sebelah auntie. Datuk Darren pun ada datang sekali. Tapi dia ada kat dalam dewan tu kalau Isya nak jumpa pun. Uncle rasa Darren pun ada kat dalam tu. Kenapa Isya tak masuk ke dalam aje?”

Dia menggeleng perlahan.

“Takpelah uncle. Isya ni bukan sape-sape pun. Takde kena-mengena dengan keluarga ni. Datang pun sebab auntie yang ajak. Maklumlah, tinggal dua hari je lagi Isya jadi tutor Daniel.”

“Kenapa cakap macam tu? Uncle dengan auntie dah lama anggap Isya macam anak kami sendiri. Lagipun uncle takde anak perempuan. Manalah tahu, suatu hari nanti termakbul impian uncle nak jadikan Isya betul-betul sebagai anak uncle sendiri.”

“Eh, uncle ni. Ke situ pulak.” 

Uncle Murad sudah tergelak. Lucu melihat gadis itu yang sudah malu-malu. 

“Oh ye, bila Isya mula masuk belajar balik?”

“Insya ALLAH, kalau takde aral melintang minggu depan uncle.”

Tiba-tiba ingatannya melayang pada Gary. Dan kata-kata lelaki itu tidak lama dulu. Betulkah apa yang diberitahukan padanya sebelum ini berkenaan syarikat milik Dato’ Murad? Dia terasa ingin tahu sebenarnya dan bertanya dengan lebih lanjut tetapi rasanya macam tak wajar pula. Apa pula yang akan difikirkan Dato’ Murad nanti. Mesti dia ni nampak macam busybody pula. Hal yang takde kaitan dengan hidupnya tapi beria hendak mengambil tahu. Hm… takpelah.

“Uncle sebenarnya sangat sayangkan kelab ni. Kelab ni ibarat nyawa uncle sendiri. Sama jugak macam syarikat yang diwarisi dari datuk Darren tu.” Beritahu Uncle Murad tanpa dipinta.

“Kelab ni dah lama ke uncle handle?”

“Dah hampir sepuluh tahun Isya. Bukan mudah uncle nak bertahan dalam bidang perniagaan yang penuh cabaran ni. Nak harapkan Darren… agaknya bila uncle dah mati pun dia masih lagi tak boleh diharap.”

“Uncle, mungkin dia belum bersedia lagi agaknya.”

Dato’ Murad mengeluh.

“Maafkan uncle Isya terpaksa dengar hal yang macam ni. Cuma uncle rasa uncle percayakan Isya sebab uncle dah anggap Isya ni macam anak uncle sendiri.”

Dia tersenyum kecil. Banyak kali Uncle Murad cakap macam tu. Apalah agaknya yang difikirkan orang tua itu? Mungkin mengidam nak bermenantukan dirinya kot… 

‘Isy, ke situ pulak yang aku fikir…’

“Uncle harap suatu hari nanti Darren akan berubah juga. Biar dia jadi lebih bertanggungjawab dan serius terhadap masa depannya. Uncle tak nak dia kecewakan harapan datuknya yang ingin sangat dia mewarisi syarikat tu.”

Dia cuma mampu tersenyum sahaja. Biarlah Uncle Murad hendak bercerita apa pun. Dia setia mendengarnya. Tapi dia sememangnya tidak begitu arif dengan selok-belok dunia bisnes ni. Dia juga sebenarnya berharap hal yang sama juga seperti kedua orang tua Darren. Semoga lelaki itu boleh berubah ke arah yang lebih baik. Dititipkan doa di dalam hati. 

“Isya, uncle nak pegi jumpa kawan bisnes uncle kat sana kejap. Isya habiskan dulu ye makanan ni.”

“Okey uncle.”

Seorang pelayan lelaki datang kepadanya dan memberikan sesuatu.

“No thanks, air saya ada lagi ni.”

“Sorry miss, but there is something for you.”

Dia terpinga-pinga. Pelayan itu menghulurkan sehelai nota yang berlipat. Dia mengambilnya dengan dahi berkerut hairan.

“Apa ni?”

“Cik boleh buka dan baca sendiri. Ada someone yang bagi tadi. Dia pesan suruh saya kirimkan pada cik.”

“Okey, thanks ya.”

Dia segera membukanya dengan tidak sabar.

‘Cinta yang kumiliki ini sungguh tak bisa untuk ku sentuh,
Juga tak bisa untuk kuraih dengan tutur kata dan perbuatan,
Kerana cinta yang tidak mampu kumiliki ini,
Hanya mampu kulihat dari kejauhan…

Tuhan… andainya dia mengerti betapa deritanya hati,
Mendambakan dirinya tiap masa, detik dan waktu nafasku,
Betapa diriku mengharapkannya kerana dia bidadariku,
Senyumannya… tangisannya dan tawanya…
Bagaikan sudah sebati di dalam diriku ini,

Sungguh,
Aku ibarat pengemis yang mengemis sekelumit cinta darinya,
Siapalah aku yang mendambakan bidadari anggun sepertinya?
Dia bidadari yang menghiasi dunia ini,
Tanpanya sukar untuk aku bernafas setenang ini,
Tanpanya aku ibarat camar yang kepatahan sayap,
Apakah akan ada bidadari lain sepertinya?

Bila cinta hadir…

Bila cinta hadir dalam diri,
Tidak mampu aku menafikan lagi,
Segala hasrat di hati untuk memiliki,
Tidak terdaya untuk memendam lagi,
Sejuta impian demi untuk bersamanya,
Buat selamanya…’
-Bila Cinta Hadir-Darren Lee Ashram

Tidak berapa jauh dari situ, dia dapat melihat sekujur tubuh tegap seseorang yang sedang memerhatikannya. 

‘Darren…’



 21

“YOU like it?” sengih Darren.

Ya… saya suka. Tapi kenapa awak buat semua ni? Awak nak tambahkan lagi ke rasa sakit hati saya ni? Saya tak suka… bila awak cuba buat sesuatu yang mampu membuatkan hati saya rasa terharu. Saya takut Darren… saya terlalu takut nak hadapi kenyataan yang saya mungkin… telah… jatuh cinta!

Kata-kata itu dibiarkan terpendam sahaja. Tidak berani untuk diluahkan. Lelaki itu memandangnya lama. Penuh harapan. Inilah pertama kali dia melihat wajah yang mengharap itu penuh keikhlasan. 

“Awak memang pandai berpuisi. Ada bakat. Saya suka ayat-ayat dalam nota ni.” Katanya selamba.

Wajah Darren berubah sedikit. 

“Kau tak tau ke Ainur? Ini kan lirik lagu aku. Tajuknya, ‘Bila Cinta Hadir’. Takkan kau tak perasan sikitpun?”

“Hm… yeke. Entahla, saya mana pernah dengar lagu awak tu. Tak pernah ambik tahu pun.”

Acuh tak acuh dia menjawab. Lelaki itu mengeluh hampa.

“Takpelah, kau dah makan?”

Darren menceriakan suaranya.

“Dah.”

“Jom temankan aku makan. Aku laparlah… kau tak kesian kat aku ke?”

“Huh, awak la terus menghilang entah ke mana. Puas saya cari tapi tak jumpa pun!”

“Kau cari aku ke?” segaris senyuman terukir di bibir lelaki itu.

“Yelah, Isabelle ada tanya pasal awak tadi…”

“Habis tu, kau pegi layan ke betina tu?”

Mak aih, kasarnya bahasa…

“Taklah, buat apa saya nak layan dia? Saya pun tak teringin nak libatkan diri lagi dalam masalah personal awak tu. Hidup saya ni dah cukup susah disebabkan awak tau.”

“Aku buat hidup kau susah ke?”

“Mestilah, bagus jugak awak dah faham yang sememangnya saya tak pernah sukakan awak. Jadi hentikanlah angan-angan awak tu ye. Saya takkan sesekali jatuh ke tangan lelaki kasanova macam awak.”

“Kenapa kau cakap macam tu Ainur? Benci sangat ke kau kat aku ni?”

Suara Darren tiba-tiba berubah lantang. Sedikit-sebanyak panas juga hati dibuatnya. Cakap bukan main elok tapi ini pula balasannya!

“Ya, memang saya bencikan awak Darren.”

“Hei, apa kena dengan kau ni? Apa salah aku? Cuba kau bagitau.”

“Awak fikirlah sendiri Darren. Setakat ni layanan saya kat awak tak pernah berubah pun kan. That means, saya tak pernah suka kehadiran awak selama ni. Kalau awak nak main-main pegi cari aje perempuan lain. Yang setaraf dengan awak!”

“Ainur!!”

Dia meninggalkan Darren tanpa mempedulikan jeritan lelaki itu. Tinggal dua hari sahaja lagi… ya, dua hari sahaja lagi dia akan meninggalkan lelaki itu buat selamanya. Kini, dan sampai bila-bila pun dia tidak akan ada apa-apa kaitan lagi dengan lelaki itu. Sebelum rasa cinta di hati ini semakin melarat hingga membuatnya menyesal kerana membiarkan rasa ini bertamu, lebih baik dia menyakiti hati lelaki itu dan membuatnya benci padanya!

*****

KAKINYA melangkah pantas menuju ke pintu gerbang utama. Dia sudah tidak kisah lagi. Kalau perlu menapak jauh hingga beberapa kilometer pun tidak mengapa. Yang penting dia harus meninggalkan tempat itu secepat mungkin. Tidak ingin bertentang mata dan bertemu lagi dengan lelaki itu. 

Pin…! Pinn!!

Bunyi hon yang bertalu-talu itu tidak sedikit pun diendahkan. Sebaliknya langkah kakinya makin pantas. Berjalan dan kemudiannya terus berlari. Walaupun dia sedar tak ke mana pun jika dibandingkan dengan kelajuan kereta itu.

“Ainur, jom aku hantar kau balik.”

“Tak payah!”

“Aku tak faham kenapa kau tiba-tiba aje bad mood semacam. Sebelum ni okey aje. Kalau sebab Isabelle aku minta maaf. Aku tak nak kau simpan kata-kata dia.”

“Kenapa awak nak mintak maaf pulak?”

Darren mengeluh berat.

“Mungkin salah aku sebab layan kau kasar sangat, jadi sebab tu kau tiba-tiba mengamuk sampai macam ni kan?”

“Semua tu takde kena-mengena dengan awak. Saya memang tak nak ada kaitan apa-apa lagi dengan awak Darren. It’s over!”

Keretanya dihentikan. Darren meluru keluar dan terus menarik lengan gadis itu. Ainur Batrisya meronta-ronta dengan sekuat tenaga.

“Hei, lepaslah!!”

Dia menolak tubuh gadis itu ke Porschenya. Dihadang dengan kedua belah tangan sasanya. Ainur Batrisya berusaha menolak tubuh lelaki itu yang semakin menghimpitnya. Debaran di dadanya kian kencang. Sekencang angin taufan yang bertiup hebat. Begitulah apa yang dirasainya saat ini.

“Tolong lepaskan saya Darren! Saya rayu sangat-sangat…”

“Aku takkan lepaskan kau sampai aku dengar perkataan yang kau cintakan aku Ainur…” bisik Darren rapat ke telinganya. 

Terasa menggigil tubuhnya. Tidak pernah Darren berkelakuan sebegitu selama ini. Wajah lelaki itu betul-betul bengis dan berubah mendadak. Sungguh menakutkan. Ya ALLAH, lindungilah hambaMU ini…!

“Tak… sa… ss… saya tak cintakan awak!”

“Say it out loud…”

Dia menggeleng dengan air mata berjuraian di pipi.

“Say it!!” jerkah Darren.

“I hate you… I hate you… I hate you…. I hate you!! Idiot!!!” jeritnya lantang.

Darren tergamam. Pegangan tangannya terlerai jua. Ainur Batrisya terduduk lemah. Dia menangis teresak-esak. Berbirat kemerahan pergelangan tangannya. Dia menangis dan terus menangis tanpa henti. Menangisi nasibnya.

Lelaki itu turut duduk di sisinya. Dia meraup mukanya yang nampak berserabut. Cuba memaut tangan gadis itu namun ditepis kasar. 

“Maafkan aku. I’m off my limit…”

Dia masih tersedu di situ. Benci ingin menatap muka lelaki di sebelahnya itu.

“Aku tak berniat nak paksa kau Ainur. Sungguh aku tak takde niat langsung. Mulanya aku akui salah aku jugak sebab paksa kau ikut kehendak aku. Aku seronok bila buat macam tu. Sangka aku yang kau lebih kurang sama aje macam perempuan lain yang aku kenal sebelum ni.”

Bergetar dirasakan hatinya saat ini.

“Tapi bila dah lama-lama, semakin aku mengenali kau barulah aku sedar yang kau rupanya tak sama dengan Isabelle dan mana-mana perempuan yang ada pun. Aku tetap tak percaya. Aku pasang macam-macam strategi untuk sakitkan hati kau. Macam-macam cara yang aku buat. Sebabnya, aku fikir dengan cara tu akan tambahkan kebencian aku pada kau. Sekurangnya aku boleh balas dendam atas apa yang Isabelle dah buat pada aku sebelum ni. Ternyata… aku betul-betul dah silap besar. Bila kau buat macam tu aku makin bertambah kagum dengan kesabaran kau. Kau tetap berbuat baik dan tak pernah balas yang tak elok perbuatan aku tu.”

Dia menatap raut wajah gadis itu dengan lama. Hampa. Gadis itu langsung tidak memandangnya.

“Aku sedar yang kau memang benci kat aku Ainur. Terlalu benci sampai susah nak diungkapkan dengan kata kan. Aku cuma nak berterus-terang yang aku memang cintakan kau. Terlalu cinta. Aku tak sanggup kehilangan kau Ainur. Bagi aku peluang. Sekali ni aje hm?”

“Untuk apa awak bagitau saya semua ni? Untuk menambahkan sakit hati saya lagi ke? Tak cukup lagi dengan permainan awak selama ni? Awak buat saya macam patung mainan. Sesuka hati pijak-pijak maruah saya macam takde harga diri. Awak fikir semudah tu saya nak terima lelaki macam awak?”

Darren tertunduk. 

“Saya lebih rela mati dari terima lelaki macam awak. Awak sedar tak yang antara kita begitu jauh berbeza. Kita tak mungkin boleh bersama. Dan saya tak yakin boleh hidup bahagia dengan awak. Awak buatlah apa pun saya tetap takkan pernah terima cinta awak. Lagipun, saya tak berminat nak bercinta dengan sape-sape pun.”

“Aku sanggup berubah Ainur. Bagilah aku peluang. Hina sangat ke aku ni Ainur…? Aku tahu aku dah banyak buat salah kat kau selama ni. Tak boleh ke kau maafkan dan terima aku?”

“Awak ni tak faham bahasa ke? Dah kalau saya cakap tak nak tu tak naklah. Tolong jangan paksa saya lagi. Saya tak cintakan awak. Saya tak suka awak. Faham!”

“Aku takkan putus asa Ainur. Kau cakaplah apa pun aku takkan sesekali putus asa. Walau dengan apa cara sekalipun, aku tetap akan pastikan kau jadi milik aku.”

Desah nafas Darren kian mendekati. Terasa jantungnya bagai berhenti dari berdegup. Dia tidak tahu apa yang terjadi. Dirinya seolah dipukau dan hilang kesedaran. Pandangan mata mereka saling bertaut dan bercantum menjadi satu. Mata hazel itu kelihatan begitu indah mempesona. Lelaki ini… lelaki inilah yang paling dibencinya. Dibenci kerana hanya lelaki ini sahaja yang mampu membuatnya menjadi dirinya yang sebenar. Ya, dia yakin yang dia memang begitu membenci lelaki itu.

Satu kucupan hinggap ke pipinya tiba-tiba. Dia terpana!

“Ainur…” panggil Darren.

Darren bagai hilang pedoman. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah gadis itu. Semakin dekat. Ingin menyentuh bibir merah itu. Semakin hampir…

Papp!!

Satu tamparan kuat singgah ke pipi lelaki itu. 

“Apa awak buat ni?!”

“Ainur, aku…”

Tangisan gadis itu kedengaran lagi. Kali ini lebih kuat dari tadi.

“Awak memang nak ambik kesempatan kan? Puaslah hati awak sekarang. Awak dah cemarkan maruah saya… saya benci awak!!”

Dia terasa sungguh benci. Dirinya begitu kotor dan hina. Dia merasa sungguh berdosa!

“Ainur, maafkan aku.”

Mereka dihampiri seseorang. Jason!

“Darren, Ainur… kenapa ni?”

“Jason, tolong saya… hantarkan saya balik. Sekarang jugak.” Rayu gadis itu dengan air mata yang berjuraian.

“Ainur, kenapa dengan awak ni?” soal Jason kehairanan.

Dia melirik ke arah Darren yang kelihatan pucat lesi.

“Jason, biar aku hantar dia balik.”

“Tak mahu!”

Mereka berdua tergamam mendengar jerkahan Ainur Batrisya itu.

“Jason, tolong hantarkan saya…” rintihnya.

“Baiklah, Darren… I don’t know what happened between both of you, but could you please go back to the hall? Datuk kau panggil tadi.” Beritahu Jason dengan tenang.

“Okey, thanks Jason.”

Darren mengangguk lemah. Sempat dia melirik ke arah gadis itu. Dia yakin kini, Ainur Batrisya akan semakin membencinya. Malah kebencian itu semakin bertambah setelah apa yang dilakukan terhadap gadis itu dan mungkin mustahil untuk dimaafkan!



Read more...

Wednesday, August 29, 2012

Love or Hate Me, IDIOT?!




19

HARI ini cukup membosankan. Jika diikutkan tinggal lagi dua minggu sahaja dia akan menyambung kembali pengajiannya yang tinggal satu semester itu lagi. Teringat pula pada detik kejadian semalam di mana Darren sekali lagi membawanya ke Royal Palm Estate and Sanctuary Club. Saat yang paling manis dirasakan. Dia dapat merasakan yang ada ketika bersama lelaki itu membuatnya terasa cukup bahagia dan kadang-kala menyakitkan! Lelaki itu nampak cuba melindunginya dari sesuatu. Tapi buat apa? Entah la… dia sendiri masih tidak pasti dengan apa yang dirasainya saat ini. Nak kata dia telah jatuh hati? Hm… mustahil!

Dia merenung kalendar di atas mejanya. Kemudian dihitung jumlah hari yang tinggal berapa kerat lagi itu. Tidak lama lagi dia tidak akan mengajar Daniel lagi. Mungkin dia akan merindui Daniel dan keluarga itu. Termasuklah… err… rasanya Darren termasuk tak dalam list?! 

Tak kot, isy… mudah-mudahan tidak akan ada perasaan rindu buat lelaki itu nanti. Digigit hujung bantalnya sambil tergolek-golek di atas katil. 

“Aku suka dia… tak, aku tak suka dia… aku suka dia ke… tak suka dia… suka dia… tak suka…”
Habis kesemua jari-jemarinya dihitung. 

“Yes! Aku memang tak suka dia. Bermakna keputusannya adalah muktamad. Aku memang tak suka dia.”

Macam orang sewel aje cakap sorang-sorang… ha ha!

Tapi selalu jugak dia memikirkan pasal lelaki itu. Terbayang-bayang senyuman manis lelaki itu. Juga kata-kata sinisnya… dia menekup dahi. Rasa macam nak demam. Apa kenalah dengan dirinya agaknya? Hatinya bagai meronta-ronta ingin bertemu dengan jejaka itu. Kenapa makin lama dia tengok Darren makin handsome pula? Hm… memang betul meroyan dia kali ini. Arghhh!!!

“Ni apehal pulak ni senyum sorang-sorang? Dah angau ke Isya ni?”

Kak Fara menjengukkan muka ke dalam biliknya. Hampir terlompat dia dibuatnya. Kus semangat… nasib baiklah takde heart attack. Kalau tidak dah selamat dah… Astaghfirullah. 

“Kak Fara ni, cubalah ketuk pintu tu dulu. Tak pun bagi salam ke…”

Kakaknya itu tersengih cuma. Kak Fara dan Abang Kamal sedang bercuti sekarang. Jadi mereka mengambil kesempatan untuk pulang ke rumah keluarganya semalam. 

“Abang Long ada telefon mama semalam. Masa tu Isya dah tidur.”

“Eh, yeke, Abang Long nak balik ke?”

“Hm… nampak gaya macam tak dapat je. Tapi dia ada bagitau mama yang dia nak menikah. Kalau boleh mungkin dalam tahun ni jugak.”

“Abang Long nak menikah?” dia agak terkejut dengan berita tidak diduga itu. 

Rasanya dulu Abang Long ada bagitau yang dia masih belum mahu memikirkan soal nikah kawin ni dulu buat masa sekarang. Mungkin abang sulungnya itu sudah sampai seru agaknya. Syukurlah, dia turut tumpang bahagia dengan berita itu.

“Ya, sekarang ni mama dan papa tengah bincang pasal persiapan yang nak buat untuk majlis tunang Abang Long nanti. Insya ALLAH, mungkin dalam hujung bulan nanti.”

“Eh, cepatnya…”

“Dah mama nak buat secepat yang mungkin. Tak mahu ditangguh-tangguh lagi. Pihak perempuan pun dah setuju.”

“Tapi kan masa tu Isya dah masuk belajar…”

“Ala, balik sekejap aje. Takkan tak boleh kot.”

Dia mengangguk setuju. 

“Seronoklah mama dapat sorang lagi menantu.”

Senyuman terukir di bibir kakaknya itu. Hatinya berasa gembira tetapi dalam masa yang sama rasa sedih turut menyelubungi dirinya. Apa tidaknya, masa bersama abangnya mungkin sudah tidak akan sama lagi seperti satu ketika dahulu. Apa yang penting, Abang Long kini sedang meniti hari-hari bahagia. Itulah yang paling diharapkan.

“Oh ye, tadi akak ada jumpa Mukhriz masa keluar dengan Abang Kamal. Dia kirim salam kat Isya.”

“Oh…”

Dijawab salam di dalam hati.

“Akak tak tahu kenapa Isya boleh tolak lamaran dia hari tu. Isya memang betul tak sukakan dia ke?”

“Err…” 

“Akak bukan apa Isya, akak rasa dia dah cukup baik untuk Isya. Nampak pada gayanya macam mengharap sangat. Kesian dia akak tengok…”

“Akak nak Isya terima dia sebab simpati ke? Macam tu?”

“Bukan itu maksud akak.” 

Kak Fara membelai rambut panjangnya yang ikal paras bahu. Sudah terlalu lama dia tidak berkongsi cerita dengan adik bongsu kesayangannya itu. Satu-satunya adik perempuan yang dia ada. Jika sebelum ini mereka sering bercerita terutama hal-hal orang perempuan. Dia cuma tidak faham mengapa adiknya menolak mentah-mentah lamaran Wan Mukhriz. Dirasakan lelaki itu cukup sempurna akhlaknya. Tiada cacat celanya. Muka pun boleh tahan kacak juga. Ada pendidikan tinggi. Entah apa lagilah yang dimahukan Ainur Batrisya agaknya.

“Akak rasa dia betul-betul mencintai Isya. Kalau tak kenapa sampai sekarang dia masih bertanyakan pasal Isya walaupun dia sendiri tahu yang lamarannya ditolak.”

Direnung tajam wajah Kak Fara dengan rasa tidak percaya.

“Isya masih belajar lagi kak.”

“Dan akak rasa bukan itu aje kan alasan Isya. Betul kan apa yang akak cakap ni?”

Dia termangu.

“Mama cakap Isya agak rapat dengan anak Auntie Sherry dan Uncle Murad sejak kebelakangan ni. Selalu keluar berdua. Apa nama lelaki tu? Darren?”

“Mana ada!” lekas dia membidas. 

“Eleh, nak mengelat lagi tu…” 

Lengannya disiku oleh Kak Fara. Dia menjuihkan mulut. Kepalanya dilentokkan ke bahu kakaknya itu.

“Tak manis Isya bila terlalu rapat dengan seorang lelaki. Walaupun akak tahu Isya jenis yang pandai jaga diri tapi bila dah selalu sangat bersama ni perasaan yang timbul tu boleh jadi lain tau…” ujar Kak Fara penuh makna.

“Isya tak tau nak buat macam mana lagi kak. Dia yang selalu datang pada Isya. Isya tak layan pun…”

“Tak layan pun tapi tipula kalau perasaan suka tu takde kan?”

Dia terdiam lama. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan.

“Akak kenal lelaki tu Isya. Darren tu memang tak dinafikan, lelaki yang ada gaya tersendiri. Popular pulak tu. Tapi akak nak yang terbaik untuk Isya. Bukan akak aje, mama, papa dan Abang Long… semua nak yang terbaik untuk Isya. Akak harap Isya fikirlah balik tentang Wan Mukhriz. Dia berharap sangat Isya dapat buat keputusan betul-betul. Bukan terburu-buru macam sebelum ni. Akak tak cakap Darren tu tak baik. Tapi Isya fikirlah… dia tu macam mana. Kehidupan dia jauh berbeza dengan kita. Keluarganya menitikberatkan gaya hidup yang moden. Boleh ke keluarga kita nak masuk dengan family dia? Isya pernah terfikir tak tentang keluarga kita selama ni?”

“Isya faham kak. Isya sebenarnya sedaya-upaya fikirkan keluarga kita lebih dari segalanya. Akak janganlah risau ye. Isya cuma anggap Darren tu sekadar kawan biasa aje. Tak pernah lebih dari tu. Pasal Abang Wan nantilah Isya fikirkan macam mana. Isya tak pernah bencikan dia kak. Isya suka jugak dengan sikap Abang Wan tu. Tapi biarlah Isya habiskan dulu pengajian Isya sekarang.”

“Akak tak paksa Isya terima Mukhriz tu. Macam yang akak cakap tadi lah, akak mahukan yang terbaik untuk Isya.”

‘Tak paksa tapi macam nak suruh aku terima aje Abang Wan tu…’

“Mintalah lagi petunjukNYA banyak-banyak. Terus-terang akak… tak setuju kalau Isya dengan Darren tu…”

Sekali lagi dia terkedu.

*****

TEPAT jam 3 petang dia sudah pun berada di kediaman mewah Vila Rose. Macam biasalah mengajar Daniel. Entah kenapa tiba-tiba dia merasakan cas-cas negatif mengalir ke dalam adrenalinenya. Apa tidaknya, kehadiran Darren di situ mengganggu konsentrasinya. Isy, datang ni nak mengacau la tu kerjanya. Semakin kerap pula lelaki itu berada dekat dengannya sejak akhir-akhir ini. 

“Awak kalau nak main-main boleh pegi jauh-jauh tak? Mengacau orang aje.” Marah Ainur Batrisya.

“Entahnya Along ni. Menyibuk aje. Daniel nak study pun susah. Nanti Daniel bagitau mummy.”

Darren menjelirkan lidahnya bagai hendak mengejek mereka berdua. Geram sungguh! 

“Aku boring lah… hari ni takde apa nak buat. Weh, kau ni tak habis-habis nak belajar. Tapi tak pandai-pandai jugak. Bodoh aje aku tengok.”

“Awak cakap saya ke Daniel?” 

“Kau lah ustazah! Adik aku lagi pandai dari kau tau.” Ejeknya.

“Apa?!!”

“Along, tak baik tau cakap Kak Ainur macam tu.”

“Kau tau tak maksud ‘bodoh’ aku apa Ainur?” soal lelaki itu tanpa mempedulikan teguran Daniel tadi.

“Hm… apa dia?” dia bertanya acuh tak acuh.

“Maksud aku, kau sebenarnya suka kat aku tapi tak mahu mengaku. Tak ke bodoh namanya tu. Harap belajar aje bukan main tinggi sampai degree, tapi hal macam ni pun tak reti nak handle sendiri,” jawab Darren sambil tersengih.

Menyirap darahnya menyerbu hingga ke muka. 

“Awak… awak cakap apa? Hei, takde maknanya saya nak layan perangai awak ni tau. Cakap main lepas aje. Macam mana saya boleh nak suka lelaki macam awak hm? Bagi free pun saya tak inginlah. Kalau diberi pilihan antara awak dengan apek pakai singlet Pagoda jual tauhu kat pasar tu saya rela pilih apek tu dari awak tau!” 

Ha ha..!! 

Serentak itu Daniel ketawa bagai nak pecah perut. Apatah lagi bila melihat perubahan wajah abangnya itu. Merah menahan marah gamaknya. Peduli lah! Sape suruh cakap macam tu. Baru tahu buku dengan ruas!

“Along, tengok la… Kak Ainur tergamak samakan Along dengan apek jual tauhu kat pasar. Lawak… lawak!” gelak Daniel sambil menepuk-nepuk kuat meja studinya.

“Hoi, yang kau nak ketawa bagai nak rak ni kenapa hah? Habis tu, muka kau tu Melayu sangat ke? Kau bukan anak mummy jugak ke hm?” marah Darren.

“Ala, tapi Daniel pun handsome jugak kan? Baik pulak tu… akak lagi suka Daniel tau.”

Sengaja dia ingin membakar hati lelaki itu. Dalam hatinya ketawa. Betapa dia dapat melihat api cemburu di mata lelaki itu yang menyala-nyala.

“Along, tak rasa tercabar ke? Kak Ainur cakap dia suka kat Daniel tapi tak sukakan Along.”

Daniel mengangkat kedua keningnya. 

“Aku peduli apa?!”

Mereka sama-sama tergelak melihat reaksi Darren yang sudah berdiri menghadap tingkap sambil berpeluk tubuh. Macam merajuk aje gayanya. Serius… memang tak sangka. Lelaki itu pandai merajuk juga rupanya. Ainur Batrisya tersenyum-senyum.

“Daniel, kita main teka-teki nak tak?”

“Em, akak ada teka-teki ke?”

Dia mengangguk sambil mengerling ke arah Darren. Saje nak tarik perhatian. Lelaki itu masih menghadap jendela.

“Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang bungkusnya di dalam isinya di luar?”

“Em… kuih apa ek?” 

Lama Daniel memikirkan. Dia menongkat dagu.

“Donut kot…”

“Salah!”

“Habis tu apa?”

“Kuih salah bikin, he he…”

“Uish, ada ke kuih macam tu kak?” Daniel sudah tergelak.

“Ada kot… hm, okey, lagi satu ye. Kenapa lelaki jarang kena penyakit anjing gila?”

“Sebab lelaki ni kan buaya… eleh, Daniel pernah dengar la teka-teki ni. Tapi Daniel tak macam tu tau…”

Dia tertawa kecil. Matanya melirik ke arah Darren. Ait… takde respons jugak? Takpe… takpe… otaknya ligat berfikir.

“Ha, ada satu lagi teka-teki. Dengar baik-baik ya. Apa dia ‘jauh di mata dekat di hati’?”

“Alah, kenapa teka-teki akak susah sangat?? Mana la Daniel tau…”

“Jawapannya senang aje Daniel. Orang yang dicintai macam…”

Darren berpusing sambil tersenyum. Matanya merenung dalam-dalam anak mata gadis itu yang nampak tergamam. Menapak perlahan-lahan ke arahnya.

“Kau. Walaupun antara kita agak ‘jauh’ tapi kau sentiasa dekat dan ada di hatiku.”

“Err, jawapannya salah…”

“Lah, salah pulak?” 

“Yelah, salah la. Jawapannya ialah usus. Usus kan jauh dan kita tak nampak sebab ada dalam badan. Tapi paling dekat dengan hati. Aparraa…!” jawab Ainur Batrisya selamba.

Darren menarik muka. Sekali lagi terkena. 

“Tapi…. Apa pun jawapan aku tetap sama.”

Lelaki itu melemparkan senyuman sebelum berlalu dari situ sambil bernyanyi kecil.

Read more...