Wednesday, February 29, 2012

Dia, Cinta Pertama


32
SUDAH lama aku menunggu Hazim di ruang lobi hotel. Kira-kira lima belas minit kemudian barulah aku ternampak kelibatnya yang baru sahaja melangkah keluar dari lif. Dia kelihatan tenang sekali tanpa sedikitpun menunjukkan riak muka bersalah kerana telah membiarkan diriku menunggunya lama. Hatiku makin panas. Dengan wajah mencuka tanpa membalas senyumannya walau sekelumit pun. Aku benar-benar berasa marah. Hazim mematikan senyumannya. Mungkin tahu yang aku sedang marah!
“Sejak bila pulak anak Tan Sri kena jadi penunggu kepada awak ni Hazim? Do you have any idea since how long I’ve been waiting for you?”
“Sorry for the late. Okey, saya tau saya salah. I’m sorry okay.”
“Tadi bukan main suruh saya cepat bersiap. Sekarang tengok, siapa yang turun dulu. Awak ke saya.”
“Awak nak marah pun takpelah Meem. Saya mengaku memang salah saya. Tapi tadi saya ada masalah sikit dengan Sophie...” jawabnya teragak-agak.
“Masalah apa?” aku mula mengesyaki sesuatu.
Melihat dari gaya Hazim yang agak menggelabah itu aku berasa agak curiga. Sejauh mana hubungan antara mereka berdua? Jikalau rapat sebagai sepupu sekalipun masakan hubungan mereka terlalu rapat atau dalam erti kata yang sebenarnya... mungkin lebih dari itu. Sanggup pula tu Hazim membiarkan dirinya sesuka hati dipeluk dan dicium oleh sepupu sendiri.
Tidakkah dia tahu bahawa sepupu sekalipun mereka tetap bukan mahram. Sedangkan aku... dahulu memang aku akui yang aku amat rapat dengan Abang Zafri. Namun semakin kami membesar kami mulai menjaga batas pergaulan setiap kali bertemu. Malahan aku sendiri berasa tidak selesa walaupun pernah satu ketika Abang Zafri menyentuh tanganku.
“Adalah. Something important. It’s really about family matter. Don’t worry okay.”
Darahku menyirap tiba-tiba.
“Oh, jadi saya ni tak termasuk dalam keluarga awaklah ye Hazim. Then, who am I to you exactly? Maid awak ke atau babysitter Atai?”
“Meem. Of course, you are my wife now. Nothing can change that. Ini takde kena-mengena dengan awak. Kenapa tiba-tiba awak ungkit balik hal lama tu? Hal yang takde kena-mengena dengan sekarang.”
Kata-kata Hazim sungguh menyakitkan hati.
“Sebab awak sendiri yang mengaku depan Sophie semalam kan. Awak perkenalkan pada dia yang saya ni maid awak. Pembantu tukang angkat barang awak kan.”
“Apa kena dengan awak ni Meem? Kan saya dah minta maaf semalam. Yang awak nak ungkit balik ni kenapa?”
“Yes, memang awak ada minta maaf tapi awak ada ke bagitau balik kat dia yang saya ni isteri awak hm?”
Hazim ketawa. Sinis sekali.
“Awak memang cemburu bukan. Patutnya awak tak kisah kalau saya tak perkenalkan awak depan keluarga atau saudara-mara terdekat saya sekali pun. Bagi awak, tujuan kita kawin ni sebagai nak jaga nama baik awak sebagai anak Tan Sri. Tak ke begitu? Jadi untuk apa saya nak mengaku terang-terangan depan mereka yang awak isteri saya. I also have pride.”
Bagaikan halilintar aku rasakan saat mendengar kata-kata itu. Hatiku sungguh terluka. Sampai begitu sekali Hazim menyakiti perasaanku. Ya, memang aku tak nafikan kebenaran kata-katanya itu. Selama ini aku begitu menjaga status diri dan aku menikahinya kerana kepentingan diriku sendiri. Kerana ingin menjaga nama baik keluarga. Aku tidak pernah mencintainya. Malah cintanya juga aku tolak bulat-bulat.
Tetapi tidakkah dia mengerti yang aku kini sedang mencuba untuk mengasihinya? Berusaha menerimanya sebagai seorang suami yang sah buatku. Aku sedang belajar untuk mencintai dirinya. Tidakkah dia memahami perasaanku?
Tegar sungguh Hazim menyakiti hatiku. Mengapa ini yang berlaku? Di saat aku mulai ingin menikmati kebahagiaan... ya, aku akui aku memang cemburu tiap kali dia menyebut nama Sophie. Baru sekarang aku menyedarinya.
Tetapi aku tidak mahu menyalahkan Hazim. Semuanya kerana silapku juga. Sejak dari awak perhubungan segala-galanya adalah kerana dari kesalahan ku sendiri. Aku terlalu ego untuk mengakui hakikat yang sebenarnya. Aku sering menafikan perasaan sebenarku terhadapnya sehingga memaksa aku menyakiti hatinya.
“Kalau awak dah letih dengan saya, jangan paksa diri lagi. Saya pun tak ingin nak mengaku saya ni isteri awak Hazim. Samalah jugak... saya tak pernah pun memaksa awak mencintai saya.”
Sungguh, bukan ini yang ingin aku katakan. Sekali lagi aku menyakiti perasaannya. Dan hatiku sendiri.
“Baik, kalau itu yang awak nak... saya takkan buang masa saya lagi.”
Hazim berlalu dari situ dengan wajah tegang. Tidak pernah aku lihat wajahnya sekeruh itu. Inilah pertama kali aku melihat dia terlalu marah. Aku hanya memerhatikan saat tubuh Hazim menghilang di sebalik pintu utama hotel. Perlahan-lahan air mataku mengalir membasahi pipi...
33
PENANTIAN itu sungguh satu penyeksaan. Agaknya inilah yang dirasai oleh Hazim sewaktu aku melarikan diri jauh darinya ke negara orang. Langsung tidak mengirimkan sebarang khabar berita. Begitulah apa yang aku rasa saat ini. Menanti dan terus menanti. Namun Hazim hilang entah ke mana.
Malam ini sepatutnya aku sedang berseronok dengannya di suatu tempat yang indah yang telah dijanjikan Hazim semalam. Mungkin seharusnya menjadi temujanji pertama kami dalam meniti kehidupan sebagai suami isteri. Tetapi kerana keegoanku sendiri, aku dengan sengaja sekali lagi telah melukakan sekeping perasaan lelaki itu. Selama ini dia telah banyak bersabar melayani kerenahku dan kata-kataku yang selalu memandang rendah dirinya. Tetapi aku? Hanya sekali itu sahaja kata-kata Hazim sudah membuatku hilang kesabaran.
Apalah ertinya pernikahan ini? Air mata ini terus-terusan mengalir. Seolah ini merupakan satu pembalasan kepadaku akibat derhaka terhadap suami sendiri. Tuhan, sungguh aku ini terlalu banyak dosa padaMU dan suamiku. Juga pada papa dan mama. Aku sering menyakiti hati orang-orang yang menyayangiku sepenuh hati. Sedikit pun aku tidak menghargai kasih sayang mereka.
Aku cuba mendail lagi telefon bimbit Hazim. Untuk kesekian kalinya, juga tidak berjawab. Mungkin Hazim sengaja tidak mahu mengangkat panggilan. Aku tahu dia sengaja berbuat begitu. Aku dihambat rasa bersalah yang teramat sangat. Aku kini telah menjadi selemah-lemah manusia.
Waktu semakin menginjak ke lewat malam. Aku merenung ke luar tingkap. Kabus agak tebal di luar menandakan kelembapan suhu yang mencecah ke paras negatif. Barulah aku teringat yang Hazim hanya memakai T-shirt lengan pendek sahaja sewaktu dia keluar dari hotel ini selepas pertengkaran kami. Sedikit sebanyak aku berasa risau juga.
Bagaimana keadaan dia agaknya ketika ini?
Aku menghantar khidmat pesanan ringkas pula. Memohon kemaafan darinya atas keterlanjuran kata-kataku tadi dan sebelumnya. Juga memintanya supaya lekas pulang. Aku betul-betul risaukan dirinya. Tidak mahu sesuatu yang tidak elok berlaku nanti. Jauh di sudut hati aku berdoa. Semoga Tuhan memberikan perlindungan kepadanya.
**********
ENTAH sejak bila aku terlena di atas katil aku pun tidak sedar. Apa yang pasti ketukan bertalu-talu di muka pintu telah mengganggu lelapku. Aku memandang jam yang sudah menginjak ke pukul 12 am. Sudah lewat rupanya dan Hazim masih lagi tidak mengirimkan sebarang khabar berita.
Aku segera membuka pintu  kerana menyangkakan Hazim sudah pulang. Namun lain yang aku harapkan, lain pula yang muncul. Sophie sudah berdiri di muka pintu. Hatiku menjadi hampa.
“I tahu you tengah tunggu Hazim kan?”
Pertanyaan itu membuatku tersentak. Sedaya-upaya aku berlagak tenang. Aku menggeleng perlahan.
“Taklah, I malas nak tunggu dia balik. Mengantuk sangat tadi. Itu yang I tertidur kejap lepas solat.” Balasku dengan pura-pura tenang.
“Oh, I ganggu you ke? Sorry.”
“It’s okay.”
“You want to walk with me? Outside?” pelawa Sophie.
Aku tidak segera memberi jawapan. Masih termangu di situ.
“Just a little while. You tak boring ke duduk kat bilik aje? Lagipun, ada perkara yang I nak bincangkan dengan you. I need to talk.”
“Hal apa?” aku sedikit hairan.
“Hazim.”
Jawapan ringkas Sophie sedikit-sebanyak makin membuatku resah gelisah. Adakah dia cuba mengorek rahsia sebenar perhubunganku dengan Hazim? Apakah yang harus aku lakukan kini? Aku mengerling sekilas ke bilik Hazim di sebelah bilikku. Sunyi sepi. Nampaknya Hazim masih belum pulang. Aku semakin hampa. Akhirnya aku mengangguk setuju. Aku memasuki ke dalam bilik semula dan bersiap ala kadar. Setelah menyarung sweater dan siap bertudung, aku terus mengekori langkah Sophie.
Kami sudah berada di tepi kolam renang. Sebuah meja dan kerusi sudah tersedia di situ. Aku melabuhkan punggung bertentangan dengan Sophie. Tidak berapa lama kemudian, seorang waiter membawa dua cawan Cappucino panas.
“You tak nak order makan sekali ke?”
Aku menggeleng perlahan.
“I baru je lepas makan tadi.”
“You makan apa?”
“Makan... emm... roti kat bilik tadi.”
“Kenyang ke?”
“I takde selera nak makan something yang heavy buat masa ni. Lagipun I tak rasa lapar sangat.”
Sophie menghirup Cappucinonya dengan tenang. Aku memerhatikan dirinya lama. Hatiku sukar menafikan yang dia punya tarikan tersendiri. Dia memang seorang gadis yang cantik menawan. Berwajah kacukan dengan kecantikan asli seorang gadis Perancis seperti Hazim dengan tubuh badan yang begitu sempurna. Aku tidak menemui apa-apa kekurangan pun padanya. Gayanya persis supermodel ternama. Mustahil juga Hazim tidak pernah menyimpan sebarang perasaan terhadap sepupunya itu. Atau mungkin Hazim mempunyai lebih ramai lagi sepupu yang juga cantik molek seperti Sophie. Aku dapat merasakan saat ini diriku dengan Hazim kian jauh.
Memang aku kalah dengan Hazim dari segi paras rupa dan kekayaan keluarganya. Aku malah masih belum mengenali abangnya Alex dan belum bersua muka dengan mana-mana ahli keluarga kandungnya sendiri. Sukar untuk aku gambarkan keadaan sebenar keluarganya yang berasal dari Perancis. Sebuah tempat yang diuar-uarkan sebagai Kota Romantis.
“You bergaduh dengan Hazim. Am I right?”
Aku tergamam.
“Dari mana you tahu Sophie?”
Sophie tergelak kecil.
“Dari ekspresi muka you pun I dah boleh agak. Tambah pulak bila you cakap you takde selera nak makan. Selalunya pasangan yang bercinta bila bergaduh ni memang hilang selera nak makan atau buat anything yang dia suka.”
Aku terbungkam tanpa kata. Pasangan bercinta? Aku dengan Hazim ada nampak macam pasangan bercinta ke sebelum ni. Hubungan kami sebagai suami isteri pun bukanlah normal seperti kebanyakan pasangan lain yang telah berkahwin. Aku sendiri pun tidak mengenali diri Hazim sepenuhnya lagi. Apatah lagi untuk mengakui cinta dan sayang. Jauh sekali... dan bagaikan mustahil. Aku yakin suatu hari nanti Hazim akan menceraikan aku jua dan kami akan berpisah. Sebab itulah aku tidak mahu meletakkan apa-apa harapan dalam perkahwinan ini.
“Look, I don’t even mind you nak gaduh ke apa ke dengan Hazim. I tahu you are meant to be special and precious for Hazim but I don’t care. I tak kisah kalau you memang bukan pembantu Hazim sekalipun. As long as you tak halang I dengan Hazim...”
“What do you mean?” ada getaran pada nada suaraku.
“I nak you tau sejauh mana hubungan I dengan Hazim selama ni. I am the only cousin yang dia rapat. I rasa Hazim pernah bagitau kat you kan. Cuma dia tak berterus-terang je yang kami rapat ni bukan sekadar ikatan persaudaraan antara kami. But it is more than that. I really love him. Hazim tahu perasaan I. Dan dia tak pernah halang I mencintainya. I know it was one-sided. Yes, I tahu dia tak menyimpan apa-apa perasaan pada I pun. Dia sayangkan I sebagai sayang seorang sepupu aje.”
Aku menghela nafas lega sebaik mendengar kata-kata itu walaupun aku agak terkejut dengan pengakuan Sophie. Sebenarnya aku dah memang boleh agak pun Sophie menyimpan hati terhadap Hazim. Hazim kan handsome. Mana-mana perempuan pun boleh cair dengannya. Inikan pula dengan sepupu sendiri.
“Jadi untuk apa you bagitau I semua ni?”
“Sebab I tak nak you halang perasaan yang wujud dalam diri I buat Hazim. I don’t want to know whether you’re his girlfriend or wife. I don’t want to know. It’s not something important to me. I tahu you bukan seratus-peratus mencintai Hazim kan.” Sophie tersenyum sinis.
Aku tertunduk. Hatiku saat ini terasa bagai direntap. Ya, memang betul tindakanku selama ini. Seharusnya aku yang patut cerminkan diri. Layak ke tidak aku bersama dengan Hazim. Melayari bahtera rumahtangga dan membiarkan rasa cinta yang kian bersemi ini hapus buat selamanya. Mujurlah Sophie cepat menyedarkan aku tentang hakikat sebenarnya. Yang lebih layak untuk berada di sisi Hazim ialah gadis yang kini berada di hadapanku. Sophie lebih mengenali siapa diri Hazim berbanding aku.
Masih belum terlambat untuk aku membuang perasaan ini. Aku harus melupakan Hazim dan meminta dia melepaskan aku supaya aku boleh hidup tenang selepas ini. Aku akan pergi jauh dari hidupnya. Ke satu tempat yang dia tidak boleh mencariku. Mungkin aku akan berpindah sebaik tiba di Kuala Lumpur nanti.
“You tahu kan yang Hazim pernah bertunang selama ni. Sheila namanya.”
“Ya...”
“I pernah jumpa dengan bekas tunangnya itu. Dan benda yang sama jugak I pernah cakap pada Sheila. Sama macam you. Tak lama lepas tu Sheila mintak putus dengan Hazim. I tak bermaksud nak putuskan hubungan mereka. Tapi sebab hanya I aje yang lebih memahami Hazim. He didn’t love her. And he didn’t even deserve to that girl. I tak mahu Hazim dimiliki sesiapa hatta you sekalipun.” Sophie berkata angkuh.
Dia memeluk tubuhnya sambil memandangku dengan tajam. Aku tidak menyangka sama sekali. Rupa-rupanya ini semua kerja Sophie yang menyebabkan Hazim putus tunang tidak lama dahulu. Tidak menyangka di sebalik wajah cantik itu terselindung hati yang amat busuk. Begini rupanya perangai Sophie. Dalam diam dia bijak dan begitu licik mengatur segalanya. Mungkin dia juga turut membuat perancangan untuk memisahkan aku dan Hazim.
“You know, the only girl in this world who really suit him the best is me. Daddy kami dah merancang untuk satukan kami tak lama lagi. I harap you faham dan bersedia melepaskan Hazim bila-bila masa aje dari sekarang. Tolong jangan jadi penghalang antara kami lagi. I mahu you jauhkan diri dari Hazim. Vanish from him... or else I akan buat sesuatu yang you sendiri tak pernah jangka sampai you menyesal sebab hidup di muka bumi ni. Hal tadi pun I yang rancang sebenarnya. I pura-pura aje call Hazim datang bilik I dan mengadu pening kepala. I sengaja buat macam tu walaupun I tahu yang dia nak keluar dengan you. Tak sangka dia lebih pentingkan I dari you. Kesian you kan Shameem!”
Hatiku semakin sakit mendengar tawa sinisnya.
“Jadi you lah yang menyebabkan I tak jadi keluar dengan Hazim tadi?” aku menyoal geram.
Dia mengangguk dengan senyuman sinis di bibir merahnya.
“I mahu you buka mata tentang realiti hidup ni. Sekaya mana pun you, ada insan lain yang jauh lebih berharta dari apa yang you miliki sekarang. You pernah merendahkan Hazim sebelum ni tanpa you selidik dulu latar belakang dia. You pernah tanya ke siapa dia yang sebenarnya? I bet you will regret it when you starting to know who is exactly his father. His father is a well-known businessman in Farnce and several Europe countries. Keluarga kami ada pesawat peribadi dan banglo-banglo mewah sendiri. Itu belum termasuk lagi dengan aset-aset bernilai yang lain. Tapi I kenal sangat Hazim tu macam mana orangnya. Dia sangat patuh dengan agamanya dan menjaga kelakuannya. Dia selalu merendah diri dan tak pernah bercerita pada sesiapa pun tentang keluarga sebenarnya di France. Dia membuatkan I lebih jatuh hati padanya.”
Ya, benar kata Sophie. Selama ini aku ‘buta’ dalam menilainya. Aku sering memandang hina pada lelaki itu. Tetapi sekarang aku sedang belajar untuk berubah. Kak Nini telah banyak menyedarkanku. Aku sedar ini merupakan akibat dari pengaruh didikan mama dahulu. Benar kata papa. Dahulu aku bukanlah seperti diriku yang sekarang. Aku berkawan dengan semua orang tanpa mengira siapa pun mereka. Tetapi mamalah yang telah menghasutku supaya tidak berkawan dengan orang yang tidak setaraf denganku. Tetapi hingga ke hari ini aku tidak pernah menyalahkan mama. Malah, aku masih tetap menyayangi mama seadanya.
“You sanggup ke tukar agama semata-mata nak kawin dengan Hazim?”
“I sanggup. I sanggup lakukan apa saja demi mendapatkan dia.”
“Hazim... dia pernah berkahwin kan sebelum ni?”
Sophie ketawa tiba-tiba. Aku memandangnya hairan.
“Who says that?”
“Err... habis tu Haikal?”
“Oh, you mean Atai?”
Aku mengiyakan.
“Setahu I Hazim belum pernah kawin pun. He is never married before. Atai bukan anak dia. Tapi anak Razif. Abang Long kepada keluarga angkatnya iaitu keluarga Pakcik Samad.”
“Anak Razif?” aku begitu terkejut.
“You tak tahu ke Meem? Razif ada masalah dengan bekas isterinya sebelum mereka bercerai. Sejak Razif meninggalkan keluarga tu, Hazim telah menjaga Atai macam anaknya sendiri. Sebab Hazim terlalu sayangkan Atai. Jadi dia ambil keputusan untuk bertanggungjawab menjaga Atai sepenuhnya. Poor kid. Parentsnya langsung tinggalkan budak tu tanpa khabar berita.”
Barulah aku tahu kedudukan sebenarnya. Aku teringat akan kata-kata Hazim sebelum ini. Terlalu banyak rahsia yang disimpan Hazim tanpa pengetahuanku. Aku tidak pasti mengapa dia terlalu berahsia. Mungkin ada sebabnya yang hanya dia seorang sahaja tahu.
“Apa sebabnya ye Atai ditinggalkan?”
“I tak sure. Kalau nak tau you kena tanya Hazim sendiri. Apa yang pasti dia ada sebab tersendiri kenapa dia sembunyikan hal ni dari pengetahuan you.”
Aku termangu lama.
“Anyway, by chance I hanya nak you tahu satu perkara lagi. Keluarga sebelah I dan Hazim akan merancang untuk mengadakan majlis kawin dalam masa terdekat ni. Kalau boleh lagi cepat lagi bagus. I nak jemput you hadir ke majlis kami nanti. I tak kisah kalau you sanggup tengok kemesraan I dan Hazim. Itupun kalau you tak sanggup melepaskan Hazim. I tak boleh nak kata apalah. Tapi you jangan menyesal nanti.”
Jiwa aku rasakan semakin kacau. Aku tidak langsung diberikan peluang untuk memperbaiki keadaan. Mengapa ini yang terjadi? Tidakkah masih ada peluang untukku mengubah sikap dan menerima diri Hazim sebagai suami seadanya? Segalanya mungkin sudah tersurat buatku. Kebahagiaan itu bukan milikku. Aku pasrah andai ini ketentuanNYA.
“Baiklah, kalau itu yang you mahukan. I bersedia melepaskan Hazim pergi. I sebenarnya tidak langsung mencintainya. Hanya dia aje yang menaruh hati kat I selama ni. Nampaknya you dah salah faham Sophie. You boleh memiliki dia bila-bila masa aje yang you mahu. Just go ahead. I don’t care even a little bit at all.”
Sophie tersenyum lega. Aku membalasnya dengan rasa yang berbaur. Kepedihan yang aku rasakan saat ini begitu menusuk hati. Aku tahu kata-kata ini bakal memakan diriku sendiri kemudian nanti. Sekurangnya aku masih boleh menahan diri. Sebelum perasaan sayang buatnya kian bercambah.
Mungkin aku akan terluka buat masa sekarang. Tetapi di masa akan datang, aku yakin aku boleh meneruskan hidup tanpa bayangan Hazim lagi.

34

TEPAT jam 8 pagi aku sudah berada di ruang dining hall untuk bersarapan. Seorang diri tanpa ditemani Hazim atau sesiapa jua pun. Usai solat Subuh tadi aku telah menelefon Kak Nini meminta Abang Ikhwan membelikan tiket penerbangan pada keesokannya. Aku telah nekad untuk kembali ke Malaysia setelah sekian lama berada di sini. Kak Nini agak terkejut dengan keputusan mendadak yang aku ambil ini.
Aku merancang untuk terus pulang ke rumah Kak Nini hari ini. Mungkin sebaik sahaja sarapan pagi aku akan terus berkemas dan mengambil teksi sahaja ke Incheon. Aku tidak mahu ada kaitan apa-apa lagi dengan Hazim selepas ini dan akan meminta dia melepaskan aku sahaja. Sudah tidak tertahan lagi aku menanggung beban perasaan ini. Bersamanya hanya menambah pedih di hati ini sahaja.
Aku mengunyah lambat-lambat French Toast yang berada di dalam pinggan. Hatiku bercampur-baur dengan keresahan yang tiada hentinya. Adakah betul tindakanku ini? Tidak terburu-burukah nanti? Ah, Hazim pasti sudah tidak ambil peduli lagi tentang diriku. Dia sudah membenciku. Sudah tidak menyayangiku lagi. Dan aku pula harus meneruskan hidup seperti biasa. Masih ada banyak lagi peluang menantiku di masa depan. Aku tidak mahu mensia-siakan peluang itu lagi. Cukuplah aku mensia-siakan peluang yang ada ketika bersama Hazim dulu. Segalanya kini sudah terlambat.
“Excuse me, Shameem right?”
“Yes... err...”
Seorang lelaki yang bertubuh tegap dan kemas bersut sudah menarik kerusi di hadapanku. Aku terpinga-pinga dengan situasi itu. Mat salih mana pulak ni? Do I know him before... fikiranku ligat mengingati di mana aku pernah bertemu dengan lelaki ini. Rasanya tidak pernah kot.
“I guess you don’t know me yet. I’m Alex.”
Oh... abang Hazim rupanya. Muka boleh tahan jugak mamat ni. Ada mirip Hazim. Tapi Hazim tetap paling handsome.
Entah kenapa... hatiku menjadi sayu sebaik mengingati nama itu dan juga kejadian semalam.
“Why you’re alone? Where’s Henry?”
“He is... maybe at his room right now.”
Aku tidak tahu hendak jawab apa. Dia juga turut memanggil Hazim dengan panggilan itu. Sama seperti Sophie. Terasa jurang antara aku dan Hazim makin jauh. Adakah Hazim dan Henry itu adalah orang yang sama mencintaiku selama ini... tetapi aku benar-benar tidak menyukai situasi ini di mana Hazim sudah tidak mempedulikan diriku lagi.
“Why he’s not coming with you? Ah... I just call him a minute later. He didn’t answer my call. Damn!”
Aku terdiam dan sekadar memerhatikan gaya Alex. Dia jauh berbeza dengan Hazim. Gayanya agak daring dengan rantai di leher. Mungkin jenis yang suka bersosial agaknya.
“I did call him too, but...”
Belum sempat aku menghabiskan ayat lagi pandanganku tertancap pada Hazim yang baru memasuki ruang dining hall itu. Di sisinya ada Sophie yang erat memaut lengannya sambil tersenyum memandangku. Pandangan kami bertembung. Hatiku makin parah...
Aku menundukkan pandangan saat mereka menghampiri meja kami. Tidak sanggup rasanya aku melihat adegan itu. Tidak. Aku harus berlagak tenang. Aku sudah berjanji dengan Sophie semalam. Aku tidak akan sesekali menunjukkan rasa cemburuku secara terang-terangan.
“Hey, Alex...” tegur Hazim.
“Bro, where have you been?”
Mereka berpelukan seketika. Begitu juga Sophie. Dia turut memeluk Alex. Kemudian bergelak ketawa dan berbual dalam bahasa Perancis. Aku memasang telinga sahaja walaupun tidak memahami butir bicara mereka. Nampaknya aku kena ambil kelas bahasa Perancis selepas ini. Tidaklah terasing sangat dari mereka.
“Henry, why don’t you introduce me to her before? Isn’t she your friend?”
Hazim merenungku tajam. Lama sekali. Aku sudah tidak senang duduk dibuatnya.
“Yes, she is... what can I say, just a friend of mine. Nothing much.” Jawab Hazim selamba.
Nampak benar yang dia masih marah. Sikit pun dia tidak menyebut apa-apa tentang hubungan sebenar kami. Walaupun pada abangnya sendiri. Aku sudah yakin yang sememangnya dia sudah bertekad melupakan cintanya terhadapku. Begitu mudah dia membuang perasaan itu. Tidakkan dia mengerti perasaanku yang sudah terlalu terluka ini... aku tersenyum pahit.
“Just like what I thought.” Alex tersenyum penuh makna.
 Kemudian mereka berbual lagi. Diselangi oleh gelak tawa. Aku benar-benar ibarat orang asing. Sesekali Alex bertanyakan soalan padaku. Mungkin dia tidak mahu aku merasa terlalu tersisih dari mereka. Alex pun pandai menjaga perasaanku. Tetapi Hazim... dia langsung tidak mempedulikan aku. Pandang muka pun tidak. Senyum langsung tidak berbalas. Di mana Hazim yang kukenali dulu. Sehingga aku merasakan saat ini aku sedang berdepan dengan lelaki yang tidak aku kenali. Lelaki yang bernama Henry bukanlah Hazim.
Mungkin Hazim benar-benar telah membenciku...
“We are going out right after this. If you don’t mind... you can join us,” pelawa Sophie.
Aku memandang wajah Sophie dengan rasa tidak percaya. Senyuman itu sukar ditafsirkan. Aku sedar Sophie sengaja ingin mendera perasaanku. Aku menggeleng lemah.
“I don’t feel so well. You can go ahead.” Bohongku.
Hazim mengerling sekilas ke arahku. Namun dia tetap berwajah selamba. Sejak dari tadi dia tidak menegurku. Walau sepatah perkataan pun.
“Henry honey, you don’t mind if she don’t go with us aren’t you?” Sophie merengek-rengek. Aku pandang dengan rasa meluat+menyampah.
“Nope. It’s okay if she don’t go. It doesn’t matter to me.” Jawab Hazim tanpa memandangku.
Sampai begitu sekali kebencian awak terhadap saya ye Hazim. Sekelip mata awak berubah... Hatiku merintih pilu.
Aku menghabiskan sisa-sisa makanan yang terakhir. Cukuplah... aku dapat merasakan hati ini tidak cukup kuat lagi untuk berdepan dengan Hazim. Sepertimana layananku terhadapnya dulu, begitulah apa yang dilakukannya kini. Memang padanlah dengan muka aku.
‘Saya takkan salahkan awak Hazim. Saya tahu saya yang bersalah...’
“I’ve got to go now.”
Aku meminta diri untuk berlalu dari situ. Alex segera menahanku.
“You don’t eat much. Are you okay?”
Aku mengangguk dan tersenyum sebelum berlalu.

0 ulasan:

Post a Comment