Tuesday, February 28, 2012

Dia, Cinta Pertama


27
KERETA Hazim memasuki pekarangan hotel mewah bertaraf lima bintang. Mungkin hotel ini paling terkenal dan terkemuka di sini. Aku terpegun dengan suasananya yang mewah, cantik dan eksklusif. Namun aku semakin berdebar-debar. Kenapa aku dibawa ke sini? Nak tanya Hazim tapi mood dia macam tak elok je. Mungkin dia masih marah dengan kata-kata aku sewaktu hendak ke sini tadi.
“Hotel apa ni?”
“Love Hotel.”
Erk! Aku terkedu.
“Hazim, jangan main-main boleh tak? I’m serious okay.”
“Well, I’m serious too.” Hazim menahan gelak.
Bila-bila masa je tawanya akan meletus. Cepat benar berubah moodnya. Tadi nampak tak okey je. Aku makin bengang. Dia nampak main-main dan sengaja ingin menyakatku.
“Awak ingat ini Jepun ke? Kat sana lain ceritalah ada berlambak-lambak hotel macam tu. Tak senonoh betul awak ni. Gatal!
“Kalau betul pun apa salahnya. Kita dah halal kan. Tak berdosa pun.”
Merah wajahku menahan rasa sebal. Hazim menanggalkan cermin mata hitamnya. Dia meraup rambut hitamnya ke belakang. Kemudian membelek kumis nipisnya pada cermin pandang belakang. Aku memerhatikannya. Hm, awak dah memang handsome pun... belek cermin tu mengalahkan orang perempuan.
“Aik, kenapa tak keluar lagi ni?” dia hairan bila tengok aku masih kaku di tempat duduk sebelahnya.
“Tak mahu. Awak nak makan pegilah. Biar saya duduk dalam kereta je.”
“Hm... terpulang. Tapi kalau awak mati kesejukan kat sini jangan salahkan saya.” Tanpa menunggu lama Hazim menutup pintu.
“Mati sejuk? Apa dia ingat sekarang ni tengah musim sejuk ke? Sikit pun tak heran lah.”
Aku memeluk tubuh. Hendak protes lagi tapi bila tengok tempat ini yang terlalu asing aku jadi takut pula. Hazim sudah berada di ruang lobi hotel dengan disambut oleh penyambut tetamu yang berpakaian sut kemas lengkap warna hitam. Dia nampak macam orang yang terhormat je. Bukan main ramai lagi yang menyambutnya. Siap tertunduk-tunduk lagi.
Ah, tak boleh jadi ni. Nak atau tidak je... naklah! Aku membuka pintu dan terus panggil nama Hazim. Alamak, dia tak dengar ke? Cepat-cepat aku menutup pintu dan berlari mendapatkan Hazim. Berlagak tenang bila mata Hazim melirik ke arahku. Saja nak cover ego sendiri. Itulah... tadi aku ajak sombong bukan main. Mesti Hazim tengah fikir aku macam tu.
Aku mengekori Hazim dari belakang.
“Ikut pulak.”
Aku menjelingnya.
“Tadi ajak tak nak. Duduk ajelah dalam kereta tu.”
“Sejuk,” aku berkata selamba.
Wow, cantiknya tempat ni. Luasnya lobi ni. Lobi ke apa ni? ada eskalator di tengah-tengah yang menuju ke tingkat atas dan seterusnya. Ada ballroom, ada fitness center dan dining hall yang sangat luas. Kemudian swimming pool yang dihadang dengan pintu kaca dan cermin yang sangat tinggi. Nampak eksklusif dan penuh kemewahan. Geramnya tengok swimming pool tu. Rasa nak mandi je. Kalau dapat berendam lama-lama kan best! Berkilat je airnya. Eii... ini kalau orang takde dan aku seorang je kat sini dah lama terjun dah. Macam aku terjun masa nak cari cincin di Namsan Park hari tu. Aku dah mula berangan yang bukan-bukan. Ha ha...
Ketika itu barulah aku perasan ada seorang perempuan yang baru sahaja keluar dari lif dan melemparkan senyuman lalu menuju ke arah kami. Aku teragak-agak nak membalasnya. Dia senyum kat aku ke atau Hazim? Tak mungkin. Aku toleh ke belakang. Takde orang. Dia senyum kat siapa tadi? Tapi dia memang sangat cantik. Kagum dengan parasnya sehingga aku tidak sedar leka memandangnya tanpa berkelip. Mataku masih terpaku padanya. Hm... tak sangka kat sini ramai pelancong asing dari Eropah. Tengok pada rupa memang sah bukan orang Asia ni.
Rambutnya panjang keperangan dan beralun. Cantik dan mesti boleh jadi model iklan syampu. Kulitnya putih halus dan gebu. Hidungnya mancung terletak dengan bibir yang  kemerahan. Tubuhnya ala-ala model. Hanya memakai dress merah tali halus yang ketat hingga mendedahkan sebahagian besar leher dan pahanya yang putih melepak itu. Terdedah dan macam tak cukup kain. Azab bagi sesiapa yang memandangnya! Kalau Hazim nampak ni mesti dia suka. Lelaki kan suka tengok perempuan cantik dan seksi. Aku jelah yang terseksa nak tengok.
“Henry!”
Henry? Siapa Henry? Aku agak tergamam. Perempuan muda yang aku dok puji sangat itu sedang meluru ke arah Hazim. Aku yang berdiri di sebelah Hazim ditolaknya. Mak datuk kau... kurang asam punya orang. Aku menghadiahkan satu jelingan maut tapi dia buat-buat tak nampak aje. Sebaliknya dia terus memeluk Hazim yang dipanggil Henry itu dengan erat. Berciuman kedua belah pipi depan aku. Aku memerhatikan adegan itu dengan rasa tak percaya, terkejut, tergamam dan bermacam-macam ‘ter’ lagi.
Tanpa aku duga, Hazim mencapai tangan wanita itu dan mengucupnya. Mereka berdua tergelak-gelak. Entah apa yang dibualkan dalam bahasa Perancis bercampur Inggeris. Nampak mesra sangat.
Hatiku tiba-tiba menjadi teramat-amat sakit!
“Accueilirrala maison. How I miss you so much honey,” suara manja gadis itu membuatkan aku rasa nak muntah.
Honey? Hanya Tuhan je yang tahu perasaanku ketika ini. Hazim pula tersenyum suka. Suka sangatlah tu agaknya kena peluk dengan perempuan cantik dan seksi. Mana perginya sifat malu mereka? Langsung takde adab dan ciri-ciri sebagai muslim. Mereka bukannya ada kaitan darah daging pun.
Aku yang isteri dia sendiri pun takde nak bergesel jauh sekali berpelukan dengan Hazim. Langsung tidak pernah. Aku benar-benar kecewa dengan sikap Hazim. Barulah aku tahu ini maksud Hazim yang sebenar. Aku begitu terkejut setelah kian mengenali dirinya. Hilang terus rasa hormatku padanya. Tak sangka dia jenis lelaki yang playboy. Nampak macam baik aje selama ni. Dia memang dah berubah. Agaknya pengakuan cintanya terhadapku sebelum ini sekadar manis di bibir sahaja. Entah berapa ramai perempuan lagi yang dia mengaku cinta. Aku ni perempuan yang nombor berapa entah agaknya.
“Bila sampai ni?”
“This morning dear. Well, I have lots of fun today. Racing... main kejar-kejar sebelum nak sampai sini.” Hazim mengerling ke arahku dengan ekor mata.
Aku faham maksud kerlingannya itu. Tak bukan nak sindir akulah tu. Aku menjelingnya dan pura-pura sibuk ambil brochure yang ada di reception. Asyik sangat belek, baca sepintas lalu dan letak balik ke tempat asalnya. Serba tak kena je aku rasa.
Really? Pakai kereta Eddie?”
“Nope, Alex. Siapa lagi yang ada Lamborghini macam Alex. Dia aje yang obses dengan kereta macam tu. I memang kenal sangat dia tu macam mana.
“Hm... bagi pula dia pinjam ‘girlfriend’ dia ye. Selalunya kedekut sangat nak bagi pinjam Lamborghini Gallardo dia tu. Even nak pakai untuk half an hour pun tak boleh. Takut bercalar lah.
“Kalau dah Alex tu tetap Alex lah.”
Mereka sama-sama ketawa. Berdesing telinga aku mendengarnya. Gadis itu bukan main mesra memeluk pinggang Hazim. Aku dah tak sanggup nak tengok dah. Sakit mata dan sakit hati. Sakit segala-galanya. Tapi kenapa pula aku nak sakit hati? Aku kan takde hati kat Hazim. Tapi sekurang-kurangnya Hazim kenalah respect aku juga. Aku kan isterinya. Dia boleh buat tak nampak aje aku kat sini.
Langsung tak diendahnya aku ni. Aku ni orang bunian ke kat sini? Alien? Hantu? Dia tak nampak ke aku yang masih tercegat sorang-sorang kat depan reception ni. Macam penyambut tetamu dah. Sepasang mat salih menunduk hormat sambil tersenyum padaku. Aku membalasnya dengan acuh tak acuh. See? Mereka pun fikir aku kerja sebagai penyambut tetamu kat sini. Sampai hati tau awak buat saya macam ni...
“By the way, Alex ada di sini. He’s just arrived a few minutes ago. Lately he’s always been too busy. Jarang balik sini tapi bila dengar his own brother nak datang wah, bukan main excited lagi. Sanggup tinggalkan kerja dulu. As long as he meet you Henry.
“Really? I want to see him. ‘Girlfriend’ dia tadi pun Eddie yang tolong hantarkan. Ingatkan dia nak datang sendiri.”
“Of course sayang, you can meet him. Let us having our dinner together. I have lots of stuff to do right after this. I’ll ask Mr. Alfred to call him over. He’s at suite room right now.”
Berbulu mata aku tengok tangan perempuan itu yang asyik mengusap-usap lengan Hazim. Rimas betul! Dari tadi asyik berborak je, bila nak pelawa aku minum ni? perut ni dari tadi lagi dah bernyanyi lagu rap, irama zapin dan entah apa-apa lagu lagi. Hazim ni pun satu. Mentang-mentanglah dia dah jumpa geng terus dilupakannya aku ni. Tak kesian ke dekat aku ni?
Terasa diri terasing dari kelompok mereka. Terasa begitu jauh dari Hazim. Apa yang pasti dia nampak berbeza benar. Hazim yang dulu dengan Hazim yang sekarang. Sangat berbeza. Aku sendiri tidak menyangka dia memiliki personaliti begitu. Di hadapanku dia kelihatan elegan, sofistikated, handsome dan daring. Seolah-olah aku tidak pernah mengenali dirinya sebelum ini. Dia nampak sangat sesuai bersama perempuan muda itu. Siapa perempuan tu ya? Hatiku menjadi tertanya-tanya. Hendak bertanya terasa malu pula. Terasa benar yang aku tidak sepadan dengan Hazim.
Selama ini aku selalu pandang rendah padanya sebagai pemuda kampung yang kolot. Sekali bila dah kenal siapa dia sebenarnya, aku pula yang terasa rendah diri. Rasa macam sia-sia sahaja aku berada di sini. Di tempat semewah ini. Sebab itu dulu papa dah banyak kali pesan, jangan berlagak besar dengan orang. Sekaya macam mana pun kita, ada lagi orang lain yang jauh lebih senang hidupnya. Rezeki ni bila-bila masa je ALLAH SWT boleh tarik balik. Sekelip mata dia boleh jadikan kita muflis dan papa kedana.
Sungguh papa, Meem betul-betul dah menyesal. Tapi nak menyesal sekarang pun dah tak guna lagi.
“Wait a minute, are you alone sayang?”
“Yup, i’m all alone here.” Jawab Hazim tanpa perasaan.
Aku tersentak dengan jawapan Hazim.
“But who is she? I just thought you’re with her a moment ago.”
Hai, baru nak tanya ke? Baru nampak aku ke?
Hazim mengerling sekilas ke arahku yang berdiri macam orang bodoh je dari tadi.
“You mean her?”
Perempuan itu terus mengangguk sambil memandangku dengan kehairanan.
“She’s my maid. Or shall I call a babysitter or whatever. She took care of Atai before.”
“Really?”
Yup.
“Oh, ingatkan dia girlfriend you tadi. She’s pretty.
“But not as beautiful as you dear.”
“No way!”
Gadis itu ketawa bila dipuji Hazim. Aku tersentap. Makan hati dengan kata-kata Hazim.
Hazim tersenyum dengan muka tidak bersalah. Sesekali dia berbisik-bisik dengan perempuan itu dan mereka sama-sama tergelak. Aku makin panas hati. Dia panggil aku maid dia? Tergamaknya dia...
“Tapi sayang you should also call her to join us. Pelik juga macam mana dia boleh ikut sayang hingga ke sini.”
“You know sweetie, barang I kan banyak. Dia kena ikut sebab nak tolong angkut barang-barang I.”
“Oh... seems ridiculous. But it’s okay.”
Perempuan berambut perang itu tersenyum memandangku. Aku membalas senyumannya seplastik yang boleh. Betapa sakitnya hati dengan kata-kata Hazim itu tadi. Pedih! Sedih... Aku menahan perasaan sedaya yang boleh. Ikutkan hati dah lama aku lari dari sini. Tempat lawa tapi rasa macam duduk dalam ‘neraka’ je.
“Come on dear, join us!”
“Sorry but I’m not hungry at all. I’ll just wait here.” Aku menolak.
“Oh, come on. Takkan nak duduk sini sorang-sorang?”
“Biarkan je dia Sophie. Kalau lapar nanti pandai-pandailah dia cari makan sendiri. I boleh belikan dia roti nanti. Itupun kalau I singgah mana-mana grocery shop masa nak balik nanti.”
Roti je? Agak-agaklah Hazim ni. Mana kenyang makan roti je. Kurang-kurang pun belanja lah McD ke. Kat sini memang susah nak cari restoran yang halal. Selain dari kimchi dengan kimbap buatan Kak Nini memang aku tak makan. Confius halal ke tidak.
“Are you sure? Is it okay with you dear?”
Aku mengangguk sambil tersenyum hambar.
“Okay, but make sure you call me when you need anything dear. Pegi je dekat receptionist tu cakap nak jumpa Sophie then I will meet you here. Oh what’s your name by the way?”
“Just call me Shameem.”
Sophie nampak sungguh-sungguh risaukan aku. Hm... not so bad lah dia ni. Just nice. Hazim je yang tiba-tiba berubah layan aku macam orang asing. Memang aku berkecil hati dengan dia tapi nak buat macam mana. Merajuk? Tak kuasa aku nak merajuk. Yang penting lepas dinner mesti hantar aku balik. Mesti.
“Hm... Shameem... what a beautiful name. Sama cantik macam tuannya.”
Memang orang Perancis ni suka memuji agaknya. Mulut manis. Patutlah Hazim suka bermulut manis. Tapi aku tahu dia puji tak ikhlas. Dia tak ikhlas cintakan aku selama ini. Kalau tidak dia takkan biarkan aku kesorangan. Dia takkan cakap aku ni maid dia.
“Okey, nak jalan-jalan kejap.”
“Be careful dear. Come Henry.
Hazim pula? Membiarkan lengannya dipaut erat oleh Sophie. Macam sepasang kekasih merpati dua sejoli yang sepadan berjalan masuk ke dalam lif, bergelak ketawa, bermesraan dengan diekori seorang lelaki yang bersut lengkap. Bodyguard agaknya. Sikit pun tak pedulikan aku. Sempat lagi Sophie mencium pipi Hazim.
Aku terkedu di situ.
Hati... Tuhan je yang tahu!
28
“HAI ikan kaloi... ikan kaloi... bila lah kau nak timbul ni? dari tadi lagi aku tunggu kau tak timbul-timbul jugak. Aku dah nak balik ni. Betul kata kau tadi, mahu aku mati sejuk kat sini.”
Aku bermain-main permukaan swimming pool itu dengan jari telunjuk. Kemudian lukis muka kartun Doraemon. Aku ketawa dan membayangkan Doraemon itu Hazim. Buat-buat ketawa tapi hati sebenarnya pedih. Isy, mana pulak peginya Hazim ni? dah lama aku tunggu dia kat sini. Tengah berseronok sangat dengan Sophie dia tu. Terus lupa aku kat sini. Maklumlah dah jumpa dengan buah hati. Berkepit ajelah kerjanya. Bini pun terus lupa. Macam tulah lelaki bila dah jumpa perempuan cantik. Begitulah kebanyakan lelaki yang aku jumpa. Semuanya sama. Hazim turut tidak terkecuali.
Aku merenung bintang-bintang di langit yang kelihatan bercahaya indah. Tapi kenapa hati ini begitu sakit sekali?
Hazim memang sengaja buat aku macam ni. Dia mesti nak balas dendam. Sebab aku dah banyak kali sakitkan hati dia sebelum ni. Alih-alih tengok siapa pula yang terkena balik. Aku juga. Bersabarlah Shameem. Kau kenalah terima padahnya. Dulu bukan main ego, berlagak tak bertempat. Sekarang baru kau tau buku dengan ruas. Tapi memang salah aku ke selama ni menjauhkan diri dari Hazim?
Macam mana ni. Baru sekali dia acah aku sikit aku dah jadi sasau macam ni. Belum lagi tengok adegan seterusnya. Belum lagi masuk babak akan datang. Dan aku pula dah bagai nak gila dengan permainan Hazim. Apa motif dia sebenarnya?
Aku merenung cincin di jari manisku. Sayu hatiku saat ini. Siapa sebenarnya saya di hati awak? Sophie itu siapa bagi awak? Kekasih awak ke? Dulu saya fikir awak hanya ada Sheila. Bila awak ada saya, awak ada Sophie pula. Bila kita dah kahwin saya lari dari awak. Dan sekarang awak pula nak lari dari saya. Awak memang suka main kejar-kejar kan Hazim. Ini semua Sophie punya pasal. Betul-betul buat aku tak senang duduk. Perasaan apakah ini? Sukakah? Bencikah?
Tapi perasaan ini macam sama dengan apa yang aku alami ketika cinta pertama dulu. Aku sudah jatuh hatikah? Jatuh hati dengan siapa? Dengan Hazim? Ah, tak mungkin. Tak mungkin semudah itu aku jatuh hati padanya. Setelah perbuatannya terhadapku dahulu tidak mampu aku lupakan. Dan adakah dengan begitu mudah aku menyerahkan hati ini padanya? Tapi kenapa aku merasakan ada rasa cemburu bertamu tadi? Saat aku melihat Hazim bersama dengan Sophie tadi. Mereka nampak padan benar. Dua-dua bagai pinang dibelah dua. Dua-dua sama cantik.
Mungkin Hazim sengaja membawa aku ke tempat mewah macam ni. Agaknya dia nak tunjuk kat aku yang dia mampu memiliki aset dan teman wanita yang lebih cantik dari diriku. Tapi hotel ni memang betul dia punya ke? Entah kenapa berat sungguh mulut aku ni nak bertanya.
Lenguhnya asyik duduk mencangkung macam ni. Apa kata aku tukar tempat pula. Sebuah pancuran air yang keluar dari batu-batuan bertingkat menarik perhatianku . Warna-warni pula tu dengan lampu spotlight yang menyala serta lampu dari dasar kolam.
Aku memijak batu pertama. Naik lagi. Agak-agak boleh turun balik tu kira okeylah. Aku termangu di situ. Mengelamun lah apa lagi.
“Hai, sorang je ke?”
Aku tidak menoleh. Malas sebab dah kenal sangat siapa orangnya. Dan jugak... merajuk.
Is anybody here? Hello?”
Aku diam membisu. Pandang mukanya pun tidak.
“Assalamualaikum awak...”
Aku tak menjawab. Tapi salam itu aku jawab dalam hati jelah. Wajib kan.
“Sejak bila awak dah jadi bisu ni?”
Dia mendapatkan aku. Duduk di tepi kolam. Kedudukannya agak bawah sikit dariku. Dia di bawah. Aku di atas. Hm... bagus sangatlah tu. Jangan dia pandang dan intai aku dari bawah sudah. Nasib baik aku pakai seluar. He he...
“I just saw something,” Hazim mendongak ke atas.
Aku terpinga-pinga.
“Nampak apa?” aku bertanya cemas. Alamak, dia mengintai ke? Tapi aku kan pakai seluar.
Hazim ketawa. “Tak bisu rupanya.”
Hazim mematikan gelaknya bila aku menghadiahkan satu jelingan maut. Biar dia rasa!
“Don’t tell me...”
“What?” aku bertanya malas.
“Are you jealous?”
Aku membuntangkan mata. Sedikit-sebanyak dadaku berdebar dengan pertanyaan itu.
“Sorry, why am I supposed to be jealous? Tak kuasa!”
Ala... menipu diri sendiri lagi. Malunya nak mengaku.
“Dah agak. Awak tak mungkin cemburu dengan Sophie kan. However the fact that she’s much more prettier than you I just can’t deny it. And yet, she’s damn sexy and pretty gorgeous,” Hazim tersenyum nakal sambil melirik ke wajahku yang sudah bertukar rupa ni.
Ada aku kisah? Cakap dalam hati jelah. Tak boleh nak tunjuk terang-terang sangat aku tengah cemburu gila ni.
Agaknya kalau Hazim boleh nampak muka aku yang berselindung di bawah cahaya rembulan malam, dah bertukar jadi hantu dah. Sebab bila-bila masa je aku boleh ‘naik hantu’ dengan kata-katanya. Agaknya dia sengaja nak bakar hati aku sebab nak tengok rupa aku bertukar jadi vampire kot!
“Are you mad?”
“Nope.”
Aku menggeleng. Buat muka selamba badak je. Jangan-jangan badak pun tak selamba macam tu. Dengan hati-hati aku menuruni satu persatu batu bertingkat itu. Hazim memerhatikan aku. Dia juga turut berdiri. Macam nak jaga aku aje. Risau lah tu takut aku jatuh nanti.
“Tapi muka awak macam bad mood je. Tak ceria macam tadi.”
“Excuse me, sejak bila pula saya jadi ceria bila dengan awak? Anyway, siapa Sophie tu? dan tempat apa ni? Hotel awak ke ni? Awak ada bisnes ke?
Persoalan yang sejak tadi lagi aku pendamkan terluah jua akhirnya.
“Banyaknya soalan. Mana satu nak jawab dulu ni?”
“Okey, soalan pertama, siapa Sophie?”
“She’s my cousin. Besides, i’m pretty close with her. Kami dibesarkan bersama-sama sejak kecil lagi.
“She can speak Malay very well.”
Hazim mengangguk setuju. “Yup, dia dah lama tinggal kat KL. For years and sometimes she come here because The Crown Palace ni our family punya business. My daddy pemegang saham terbesar di sini dan Uncle Benjamin share partner dia. Sekarang Alex pula yang ambil alih hotel ni sejak mummy and daddy menetap terus di Perancis.”
“Tak sangka awak ada buka bisnes di Korea. Saya fikir di Malaysia je awak ada syarikat sendiri.”
“Not me but daddy. Daddy seorang ahli perniagaan terkemuka di Perancis. He’s well known as a businessman. I’m not like him and I don’t think I can be like him. He is a successor. Perniagaan dia meluas dan merata ceruk Eropah. And a few in Asian countries macam Malaysia, Korea, Jepun dan Singapore. He’s a very wealthy man tapi satu perkara ialah dia tak pernah memanjakan anak-anaknya dengan harta kemewahan. He once said, if you want money, go find it by yourself. Then you will learn about the hardship of life. That’s the meaning of life. Kena selalu bekerja dan bekerja. Dalam Islam sendiri menyuruh umatnya sentiasa bekerja. Tak perlu tunggu duit berkepul-kepul turun sendiri dari langit. Kena juga berusaha. Bukannya duduk di tikar sembahyang berdoa je tapi langsung tak berusaha. Itu yang ALLAH tak suka. Kita nak senang tapi malas berusaha.”
Aku mula mendengarnya dengan penuh minat.
“Pernah dengar pepatah Yunani tak?”
Aku menggeleng.
“Orang-orang cerdik pandai berbangsa Yunani biasanya mengubati orang yang ada penyakit keresahan ni dengan memaksa supaya bekerja di ladang dan kebun. Selepas bekerja si pesakit mendapati yang penyakitnya itu telah sembuh sepenuhnya. Hidup mereka kembali tenang.”
“Jadi sekarang awak nak menumpukan pada karier awak tu dan menguruskan bisnes keluarga?”
Hazim mengangguk. Lama dia merenung ke permukaan kolam renang. Aku terpaku bila tengok sisi wajahnya dari jarak sedekat ini. Dengan hidungnya yang mancung terletak. Memang handsome! Kenapalah baru sekarang aku perasan. Mungkin perasaan aku yang masih belum menerima dirinya sepenuh hati menyebabkan aku tidak nampak keistimewaan dirinya sebelum ini.
“Patutlah awak fasih berbahasa Perancis. Selama ni saya tak tau pun tentang keluarga awak. Saya fikir Pak Samad dan Mak Saodah tu memang mak ayah betul awak. Alex tu pulak memang abang kandung awak ke?”
“Alex is my real brother. Kalau awak nak tau daddy saya berketurunan Perancis. Selepas peluk Islam beberapa tahun kemudian dia berkahwin dengan mummy yang berbangsa Melayu. Saya dilahirkan dan dibesarkan oleh mereka sebelum mereka berpindah ke Perancis. Atas urusan bisnes, daddy ambil keputusan menetap terus di sana. Dan saya pula ditinggalkan pada keluarga Pak Samad...
...I mean, mereka bukan sengaja tinggalkan saya tapi saya memang nak tinggal terus di Malaysia. Sebabnya saya malas nak berpindah-randah. Sesekali mereka balik ke Malaysia. At the same time, saya sendiri yang datang ke sana jenguk mereka. Sebenarnya saya dah banyak terhutang budi dengan abah dan mak. Walaupun mereka hanya keluarga angkat aje tapi saya tetap menyayangi mereka macam keluarga kandung saya sendiri. Anak-anak mereka pun dah saya anggap macam adik-beradik saya sendiri. Malah hubungan saya dengan mereka lebih rapat berbanding keluarga kandung saya sendiri.”
Panjang lebar Hazim menerangkan. Aku terdiam. Tanganku melakar lagi gambar Doraemon pada permukaan kolam. Lepas tu aku tulis nama Hazim. Ha ha... nasib baik dia tak tahu.
“Tapi awak selamba je berpelukan dengan Sophie tadi. She’s only your cousin. Bukan adik atau kakak pun.”
So, betullah yang awak memang cemburu kan?” Hazim tersenyum nakal.
“Ya ALLAH, berapa kali nak cakap. Saya tanya jelah.”
“Dia tu dah macam adik saya sendiri. Hubungan kami memang rapat. Dia memang macam tu bila dengan saya. Always kiss and hugs.”
“Awak suka?”
Aku lihat senyumannya. Ah, kantoi.
“What should I say... em, suka dan tak suka.”
Dahiku berkerut. Kurang faham maksudnya.
“Mana satu ni, cepatlah, suka ke tak suka?” aku mendesak. Awak suka Sophie kan? Mesti ada hati kat dia ni.
Hazim merenungku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Dia tidak menjawab. Tapi renungannya tajam. Aku mula berdebar-debar. Debaran yang aku rasai semasa mula-mula bertemu dengannya.
“I can see the sense of jealousy in your eyes,” bisik Hazim.
Dia mendekatiku. Aku tergamam bila dia meraih tanganku. Aku gementar dengan renungannya. Tetapi aku tak terasa macam nak tepis atau tolak pun pegangannya itu. Terasa sentuhan itu begitu hangat sekali.
Maafkan saya sebab bagitau Sophie yang awak maid saya tadi. I didn’t mean it my dear wife. Maafkan saya, sayang...” bisiknya rapat di telingaku.
“It’s... err, okay.”
Hatiku bergetar tatkala dia memanggilku dengan panggilan ‘sayang’. Aku cuba untuk bertenang sedaya mungkin.
“Awak cemburu bukan?”
Aku tidak menjawab. Malu. Nak jawab apa ni?
“Cemburu tandanya sayang. That means you love me... and I love you... we both actually love each other, right?”
Aku terus membisu. Rasa nak menangis sebab terlalu gementar dengan renungan mata hazelnya. Ya ALLAH, cantiknya mata dia. Dengan bisikan dan suaranya yang menggoda. ALLAH... kuatkanlah imanku yang senipis kulit bawang ini. Tunggu masa je nak tersungkur!
“My dear wife?”
“Ya?”
“Do you hear me?”
“Yes...”
Ya dan yes, hanya itu aje yang mampu aku jawab. Lidahku jadi kelu. Perasaan ini sukar digambarkan lagi. Aku seolah dipukau olehnya. Hazim senyum menggoda. Suka bila tengok aku dah menggelabah macam ni. Alahai...
“Saya ada satu permintaan. Harap awak boleh tunaikan.”
“Apa dia?” aku angkat muka. Tertanya-tanya.
“I want... em, I want...”
“Cakap la cepat.” Aku menyoal dengan suara halus.
“I want a French kiss.
“What?!” aku tersentak.
Serentak itu juga aku menolak kuat tubuh Hazim ke dalam swimming pool. Terkejut punya pasal!

0 ulasan:

Post a Comment