Tuesday, February 21, 2012

Dia, Cinta Pertama


21

SEJUKNYA air kolam ni. Menggigil tubuhku sewaktu meloncat keluar dari kolam pancuran air itu. Separuh dari seluar slack hitam yang aku pakai sudah basah lencun. Jaket denim yang aku campak tadi terus aku sarungkan semula ke tubuh. Kasut but aku pun dah ‘banjir’ sebab dimasuki air kolam. Aku ketawa sendiri macam orang tak betul lagaknya. Kak Nini menggeleng kepala melihat aksi kurang sopanku itu. Mana tidaknya, dengan selamba sahaja aku melompat masuk ke dalam air pancuran tersebut tanpa mempedulikan pandangan sekeliling. Semuanya kerana cincin pemberian Hazim.
Lelaki yang aku sangkakan Hazim tadi merenungku dengan lama. Memang sekali imbas mati-mati aku sangkakan dia Hazim. Muka dia memang mirip sangat dengan Hazim. Bezanya dia rendah beberapa inci berbanding Hazim yang sememangnya bertubuh tinggi lampai. Hm... orangnya boleh tahan macho jugalah tapi Hazim lagi handsome kot.
Bila dah tengok dekat macam ni sah! Dia ni bukannya Hazim. Aku je yang terlebih-lebih perasan tadi. Kononnya terjumpa Hazim di Korea. Buat malu aje. Itulah terlalu taksub sangat layan drama Korea. Nasib baik aku tak sempat panggil nama  dia ‘Hazim’ tadi, ha ha... apalah aku ni.
“Sejuknya...”
“Tulah, akak dah cakap tadi tapi Meem degil. Tengoklah, dah macam sarung nangka dah. Nasib baik pakai jaket.” Omel Kak Nini.
Aku mempamerkan riak muka selamba. Macam sarung nangka Kak Nini cakap kat aku? Apa taknya, baju lengan panjang berwarna putih yang aku pakai ini sudah sendat bila basah. Betul kata Kak Nini. Nasib baik jaket ini jadi ‘penyelamat’ aku. Oh my saviour!
“Lain kali nak buat sesuatu tu fikirlah dulu.”
“Yes maam!”
Aku tersengih. Kak Nini menyembunyikan senyumannya dengan pura-pura serius. Geram agaknya dengan kenakalan aku.
“Malaysian?” tanya lelaki itu.
Aku angguk kepala. Aik, macam mana dia tahu?
“Buat apa kat sini?”
“Saje, nak berjalan. Tengok-tengok negara orang. Lagipun saya ada kakak angkat di sini.”
“Dari mana?” tanya Kak Nini pula.
“Sebenarnya saya pelajar di sini.” jawabnya ramah.
“Eh, samalah. Saya pun penuntut tahun akhir juga. Dongguk University right?”
Lelaki itu terus mengangguk. Mereka berbual berkenaan pengajian masing-masing. Tempat tinggal lah, pinjaman biasiswa dan macam-macam lagi hal yang bersangkut paut dengan kehidupan seharian mereka sebagai pelajar Malaysia di situ. Aku yang tercanguk kat sini terus dilupakan. Seolah tak wujud di situ. Niatnya nak tanya pasal peragut tadi terus terbantut. Nak tahu juga dah kena tangkap dengan polis ke peragut yang telah mencuri kamera Nikon kesayanganku itu. Aku terfikir juga macam manalah kalau aku bawa handbag tadi. Mesti dah ‘selamat’ dengan handbag aku diragut sekali. Tapi yang lebih penting nyawa sendiri yang selamat dari sebarang perkara tak diingini. Syukurlah.
Aku berdehem.
Perbualan rancak mereka terhenti. Pandangan lelaki itu dihala padaku. Muka nampak macam bersalah. Bersalah lah tu sebab dah terabaikan aku tadi. Tuan punya kamera yang kena ragut tadi, ha ha...
“Sorry.
“Takpe, cuma nak tau pasal peragut tadi. Dapat tangkap ke?”
Dia bercakap-cakap dengan pegawai keselamatan yang berdiri di sebelahnya. Pegawai itu terangguk-angguk. Kemudian mencatat sesuatu. Pelik juga aku. Entah catat apa agaknya tu. Nak baca faham sikit-sikit je sebab tulisan Korea. Bahasa percakapan pun aku kurang faham. Hanya Kak Nini je yang faham sebab dia nampak khusyuk dan serius mendengar.
“Yup, dia dah dibawa ke balai polis kurang setengah jam lepas insiden tadi. Kebetulan ada kereta peronda pihak berkuasa yang memantau tempat ni setiap masa, jadi masa saya tengah cuba nak kejar dia tadi saya jerit pada polis supaya cepat tangkap peragut tu. Alhamdulillah, semuanya dah setel. Cik tak perlu risau lagi ya.” Dengan begitu terperinci sekali dia menerangkan.
“Oh, terima kasih banyak-banyak. Tapi...”
Aku mengerutkan dahi. Macam faham-faham, kamera Nikon dilayangkan ke wajahku. Aku membulatkan mata. Wah... kamera aku! Seronoknya dapat balik! Terus aku ambil dari tangannya.
“Kak Nini, tengok ni, Meem dah dapat balik kamera Meem... yeahuu!!” aku terjerit kegirangan. Rasa nak melompat aje. Happy sangat!
“Alhamdulillah, syukurlah. Rezeki Meem masih ada,” balas Kak Nini.
“Thanks ya... err...”
Aku nak panggil nama dia apa ek? Lupa pulak nak tanya awal-awal tadi. Laju sahaja dia berjalan ke depan.
“Awak... encik...”
Dia berpaling sambil senyum sekilas dan terus berjalan dengan pantas. Tangan kanannya diangkat tinggi lalu dilambaikan tanpa sedikit pun berpaling ke arah kami. Selamba aje pergi begitu sahaja.
“Akak tak tanya ke nama dia tadi?”
“Entah, lupa nak tanya.” Jawab Kak Nini ringkas.
“Alamak, tak tau pulak nama dia apa tadi. Hm... takpelah. Baik betul dia tu. Tak sangka orang kita jugak. Satu Malaysia.”
“Dah lah, jom kita balik. Eh, buat apa lagi tu?”
“Meem nak cari cincin dulu.”
Tanpa sempat aku menanggalkan kasut but ingin terjun kolam lagi, Kak Nini lebih pantas menarik tanganku. Aku tak faham bila Kak Nini buat muka. Opss...! patutlah he he... dia menunjukkan isyarat tangan ke arah pegawai keselamatan yang masih tercegat di situ. Memerhatikan kami dengan muka bengangnya. Sudah bercekak pinggang dengan muka serius. Aku pula angkat tangan tabik hormat padanya dengan gaya selamba. Akhirnya, kami sama-sama ketawa besar.
**********
AKU menidurkan Dania dan Danisha. Lena tanpa dipinta setelah dibacakan buku cerita kisah para sahabat Rasulullah SWT. Kemudian aku berselawat ke atas Rasulullah SWT hingga Dania betul-betul terlena. Danisha di sebelah kiriku juga nyenyak tidurnya. Dahi mereka aku kucup. Turun ke kedua belah pipi tembamnya. Sepenuh kasih aku membelai anak-anak itu.
Fikiranku melayang mengingati Haikal yang aku pelihara tidak lama dahulu. Menyelinap rasa rindu di hati setiap kali teringatkannya. Kenakalannya kadangkala menyakitkan hati, tetapi aku rasa rindu untuk mendakapnya dan mendengar suaranya memanggilku ‘auntie... auntie...’
Aku tersentuh. Entah kenapa sejak aku dilanda ujian seberat ini sehingga menyebabkan aku tertangkap dan dituduh khalwat dengan Hazim aku mudah rasa sensitif, mudah hendak menitiskan air mata. Mana dia Shameem Suhaili yang dulu?
Yang tidak pernah mengalah, yang keras hatinya, yang mudah marah dan tidak mudah menangis walaupun disakiti?
Lagipun Kak Nini selalu menjadi pembakar semangatku. Sedikit sebanyak sepanjang aku berada di samping keluarga Kak Nini dan Abang Ikhwan aku belajar apa itu erti kasih sayang. Aku semakin mendekatkan diri pada Tuhan Yang Maha Esa.
“Bersabarlah dengan apa jua ujian yang melanda. Walaupun kita rasa terlalu berat ujian itu, tapi sebenarnya kita sedang diuji ALLAH SWT supaya sentiasa mengingatiNYA. Meem kena ingat, orang yang paling tinggi imannya akan diuji dengan ujian yang paling berat juga. Dan orang yang lemah imannya akan diuji juga tapi dengan dilimpahi kemewahan dan kesenangan. Mereka selalu mendapat kesenangan sehingga mereka lalai dan alpa dari mengingati ALLAH SWT. Sedangkan Dia amat menyayangi orang yang selalu diujiNYA kerana Dia mahu hambaNYA itu tidak pernah lupa dari mengingatiNYA. Semoga kita juga tergolong dalam golongan itu, Insya ALLAH...”
Menitis air mataku mendengar kata penuh hikmah dari Kak Nini. Usai solat berjemaah di Seoul Central Mosque, aku tidak terus pulang. Sebaliknya aku ikut mengaji Quran bersama-sama para jemaah lain. Cukup aku kagumi adalah keunikan masjid itu sendiri yang dibina sekitar abad ke-20 iaitu pada tahun 1976 dan keagungan Islam, agama yang menyatukan seluruh umat tanpa mengira bangsa apa pun. Di mana-mana sekalipun Islam menyatupadukan ummah. Bukan sahaja di Mekah, Madinah, Malaysia, Indonesia, China malah di sini juga dan di seluruh pelosok dunia. Di Korea masih ada ramai orang Islam dan mereka berkumpul di bawah naungan satu ummah. Menunaikan solat dengan berpandu arah satu kiblat yang sama iaitu Kaabah.
Aku terdiam apabila mendengar alunan merdu Kak Nini yang membacakan Surah Maryam. Kak Nini turut menerangkan terjemahannya sekali. Sungguh jelas bacaannya. Cukup membuatkan aku tersentuh. Aku tahan air mata dari menitis lagi. Kak Nini yang tenang bertelekung itu aku pandang sayu.
“Kenapa Meem? Macam ada masalah je ni? kan kamera dah dapat.”
Aku tersenyum. Kak Nini ni... ada pulak kamera yang disebutnya. Langsung tak teringat tentang kamera yang diragut siang tadi itu. Aku geleng perlahan.
“Kenapa baru sekarang Meem sedar yang Meem ni dah banyak buat dosa?”
Kak Nini tergamam. Dia pandang ke saf hadapan kami. Lama dia begitu sebelum menutup Quran yang dibacanya. Dikucupnya. Kemudian diletak di atas ribaan.
“Meem tak pernah sangka yang Meem akan temui satu ketenangan di sini. Masa Meem mula-mula dengar alunan azan dari bilal tadi satu perasaan meresap masuk ke dalam hati Meem. Satu ketenangan yang susah nak digambarkan dengan kata-kata. Meem pelik. Entahlah, padahal masa kat K.L dulu bukannya tak pernah dengar azan. Ada je surau kat taman. Masjid pun banyak.”
Aku menarik nafas dalam-dalam.
“Akak, Meem ni banyak sangat buat salah. Selama ni Meem degil, tak pernah dengar cakap papa dengan mama. Meem tahu yang Meem ni anak tunggal mereka jadi Meem ikut suka je nak buat apa pun yang Meem suka. Meem selalu pandang rendah pada orang lain. Malah Meem bangga dengan status Meem sebagai anak kenamaan, orang kaya dan berpangkat. Sebab papa ada nama dan dikenali. Meem bangga sangat sampai lupa diri. Asal-usul Meem yang juga datang dari kampung. Meem jarang bersolat, jarang mengaji, jarang bersedekah dan tengoklah cara berpakaian Meem ni kak. Tak ikut pun apa yang Tuhan perintahkan. Padahal Meem sendiri tahu yang menutup aurat itu wajib.”
Aku dah menangis teresak-esak. Kak Nini cuba menenangkan aku dengan menggosok lembut kedua bahuku. 
“Syukurlah, Meem dah sedar segalanya yang pangkat dan harta semua itu tidak menjamin apa-apa. Semua itu hanya bersifat sementara. Semua itu hanya pinjaman ALLAH SWT di dunia dan bila tiba satu masa bila-bila Dia akan tarik balik apa yang dikurniakan pada kita. Takde sebab kita nak berbangga dan rasa riak dengan apa yang kita ada. Kalau sekarang kita fikir kita paling berpengaruh di dunia, ada lagi berjuta manusia yang lebih berpengaruh dari kita. Kalau kita fikir kita paling kaya, ada ramai lagi orang yang lebih kaya-raya dari kita...
...Macam tu juga kalau kita rasa kita paling susah, ada lagi ramai yang hidupnya daif dan lebih susah dari kita. Kalau kita rasa masalah kita paling berat, sebenarnya ada lebih ramai orang yang menghadapi tekanan jiwa dan masalahnya berkali-kali ganda lebih berat dari kita.”
Kak Nini tersenyum dan memandangku dengan lembut.
“Meem seharusnya bersyukur sebab ada keinginan untuk berubah. Masih belum terlambat untuk kita bertaubat. Memang menutup aurat itu satu kewajipan yang mesti ditunaikan. Lakukan dengan niat yang ikhlas. Bertudung tu tak wajib.”
“Eh, tak wajib?” aku agak terkejut.
“Ya, tak wajib bertudung tapi wajib menutup aurat.” Kata Kak Nini penuh makna.
“Islam itu mudah, senang kita ikuti. Jadi buat apa nak susah-susah sedangkan kemudahan dah ada. Macam kita nak naik ke tingkat paling tinggi dalam satu bangunan. Dah ada lif kenapa susah-susah nak naik tangga? Ala... macam dalam cerita Johnny English tu.”
Aku tergelak.
Teringat Mr. Bean yang berlakon dalam cerita tu. Masa part yang dia kejar Chinese guy tu. Lawak betul!
“Isy... volume tu kot ye pun slow lah sikit...”
Lekas-lekas aku menutup mulut. Ter’over’ lah pulak. Ini Kak Nini punya pasal lah buat lawak tak kena tempat. Tapi kata-kata Kak Nini itu membuatku berfikir sedalam-dalamnya.
“Buat apa kita nak terlalu mengagungkan segala harta dan pangkat yang kita ada? Adakah semuanya boleh menjamin kita untuk masuk syurga? Akak tak cakap yang akak ni sempurna dan alim. Akak mengaku yang akak pun ada buat salah, ada buat dosa malah hari-hari akak sebenarnya buat dosa tanpa sedar atau sedar. Manusia ni tak lari dari melakukan dosa setiap hari. Hanya para Nabi dan Rasul je yang terkecuali kerana mereka dikurniakan sifat maksum yang kedudukannya paling istimewa di sisi ALLAH SWT. Malah, kalau ikutkan hari-hari akak nak minta maaf pada Abang Ikhwan sebab akak bimbang kalau akak ada melukakan hatinya pada hari ini tanpa akak sempat nak minta maaf pada hari esoknya. Sebab dia suami akak. Syurga seorang isteri terletak di bawah keredhaan suaminya. Sebagai isteri akak cuba lakukan yang terbaik buatnya.”
Aku terkesima. Sampai begitu sekali Kak Nini menjaga akhlaknya. Kak Nini sangat baik dan seorang isteri yang solehah. Sedangkan aku? Ah, aku ini pula awal-awal perkahwinan lagi sudah menjauhkan diri. Aku seolah menyalahkan takdir yang menimpa diri. Kemudian senekad ini aku ambil keputusan untuk pergi jauh dari Hazim. Mujurlah dia memahami dan mengizinkan aku pergi untuk seketika. Tapi aku tetap merasakan berdosa kerana telah mengabaikannya sebagai suamiku.
“Tapi Meem tak sama dengan akak. Meem ni mana cintakan Hazim. Meem tak dapat nak jadi isteri yang baik dan layak untuk dia.”
“Sebab itu Meem kena belajar mulai dari sekarang. Meem kena belajar terima hakikat serta qada’ dan qadar ketentuan ALLAH SWT. Mesti ada hikmahnya kan. Kalau tak Meem takkan berjodoh dengan Hazim. Dari cerita Meem sebelum ni, akak tak rasa yang Hazim tu lelaki yang tak baik. Apalah salahnya Meem cuba bagi peluang pada dia dan pada diri sendiri. Rasai nikmat berumahtangga tu sendiri baru Meem tahu apa erti sebuah kebahagiaan.”
Aku menunduk. Tidak tahu ingin berkata apa lagi. Hatiku menjadi sebak.
“Akak tak rasa yang Meem sebenci itu pada Hazim. Kalau tak Meem takkan susah payah terjun kolam semata-mata nak cari cincin tu kan?” nada Kak Nini seperti mahu mengusik.
Aku menjegilkan mata.
“Eh, mana ada. Sebab cincin tu mahal dan cantik. Sayanglah...”
“Eleh, nak mengelat lah tu.”
Hmm... terkena lagi. Ikut Kak Nini lah nak fikir apa pun. Aku memang takde perasaan kat Hazim. Aku cuma... cuma apa ya? Aku memang sayangkan pemberian Hazim itu. Satu-satunya hadiah dari Hazim yang boleh aku simpan.
Tidak lama selepas itu, suara azan bergema lagi menandakan sudah masuk waktu Isya’. Para jemaah memenuhi kembali saf. Dan aku menumpukan sepenuh perhatian dengan rasa rendah diri, khusyu’ dan tawadhu’ menghadap Tuhan Yang Maha Esa...

22

KEESOKAN harinya, aku kembali semula ke Namsan Park. Seorang diri tanpa ditemani Kak Nini seperti kebiasaan. Aku ingin mencuba sekali lagi. Aku harap aku akan menemui cincin pemberian Hazim yang hilang itu. Sudah puas aku berdoa supaya dipertemukan kembali cincin itu. Hairan juga bagaimana boleh hilang? Agaknya ia terlucut lalu jatuh semasa peragut itu merentap kamera Nikon milikku semalam.
“Awak cari apa tu?”
Suara garau itu mengejutkan aku. Aku berpaling. La... dia lagi? masa bila dia ada kat sini?
“Err... saya punya barang hilang lah.”
“Barang apa?”
Aku agak serba-salah.
“Barang apa tu?” ulangnya.
“Cincin.”
“What?”
“Cincin. A diamond ring... err, with heart shape on the top of it,” aku jawab secara terperinci.
“Okay, let me help you find it.”
Lelaki itu turut terbongkok-bongkok mencari bersama-sama denganku. Aku memandangnya sekilas lalu tersenyum. Dia berpaling dan membalas senyumanku. Aik, perasan pulak dia.
“Agaknya tercabut masa peragut semalam tarik kamera awak tak?”
Dia menanyakan soalan sambil mencari di celah-celah rumput.
“Saya pun rasa macam tulah.”
Hampir setengah jam berlalu. Aku terduduk keletihan. Kecewanya. Kenapa dah cari-cari pun tak jumpa lagi? aku hampir putus asa.
“Hey, guess what?”
Aku menoleh ke arahnya. Berdebar bila melihat sesuatu yang kecil dan berkilau di tangannya.
“Oh no... oh my... how did you find it?” aku separuh berteriak.
Dia angkat bahu sambil tersenyum. Aku terpana. Senyuman itu... senyuman Hazim... mustahil. Tak mungkin. Adakah aku sedang bermimpi? Ah, sekali lagi Hazim melayang di fikiranku.
“Kenapa?”
“Takde apa-apa. Saya suka sangat. Terima kasih sebab dah tolong saya.”
Lelaki itu meletakkan cincin di atas tapak tanganku.
“Take care of it. Jangan sampai hilang lagi. Saya tahu ia hadiah paling bernilai dari orang yang tentunya istimewa di hati awak. Kalau tak, awak takkan susah-payah mencarinya sampai jumpa kan.”
Aku makin resah melihat senyumannya kerana ia membuatkan aku semakin mengingati Hazim. Oh Tuhan, apakah yang harus aku lakukan? Tujuan aku datang ke sini ialah untuk melupakan kisah silam itu tapi kenapa makin kuat pula ingatanku terhadapnya? Kemudian bertemu pula dengan lelaki asing yang penuh misteri ini. Gayanya mengingatkan aku pada karakter Hazim yang turut menyimpan seribu satu misteri. Dia nampaknya seperti hendak berlalu dari situ. Aku segera menahannya.
“Awak ni siapa?”
Pandangannya dihala ke wajahku.
“Sorry?”
“Your name? If I may ask.”
Dia senyum.
“Razif. Selamat berkenalan Cik Shameem.”
Aku terpinga-pinga.
“Macam mana awak tahu nama saya?”
“Oh, semalam ada terlekat tag nama awak pada tali kamera tu.”
Sekali lagi dia melemparkan senyuman yang tidak mungkin aku dapat lupakan sebelum dia berlalu pergi dari situ.
**********
AKU on Facebook kejap. Dah lama tak main chat dalam FB sejak meninggalkan Malaysia. Sebenarnya pagi tadi aku menemani Kak Nini ke klinik kerana ada appointment dengan Dr. Choi Hyun Park. Lepas tu macam-macam hal lagi. Shopping di Namdaemun Market dalam nak dekat sejam, lepas tu Abang Ikhwan call suruh balik. Membebel sebab lama sangat bershopping. Kak Nini pulak rela drive sampai ke shopping complex favouritenya itu. Aku pulak? Ikut jelah ke mana Kak Nini nak bawa aku. Janji tak sesat!
Kak Nini kena tadah telinga dengar mukadimah pembuka bicara sebelum diceramahkan oleh Abang Ikhwan. Aku tergelak bila dengar sayup je suara Abang Ikhwan. Nak balik pukul berapa? Dah tak reti nak balik ke? Jalan pulang tau ke tak? Ni Dania dengan Danisha siapa nak tengok? Ha ha... berkerut-kerut muka Kak Nini. Sabo jelah...
**********
‘FINALLY....’
Aku tercengang. Finally? Apa yang finally? Tiba-tiba sahaja keluar dalam satu kotak tepi sebelah kanan di ruangan chat kat FB. Siapa ni? aku tengok nama pada profile FB. VAN PERSIE. Gambar profile pulak diletaknya seorang pemain bola sepak pakai jersi merah dengan tulisan Arsenal. Ni mesti peminat fanatik Arsenal ni.
‘What finally?’
Aku membalasnya. Tunggu punya tunggu adalah dalam sepuluh minit. Lambatnya. Mesti tengah layan peminat dia ni. VAN PERSIE konon... hek eleh, pigidah!
Lambatnya mamat ni balas. Tidur ke? Aku log out jelah. Baru nak tekan butang log out tiba-tiba,
‘Glad that I’ve found u. I’ve been waiting u for ages Meem...’
Jantungku berdegup kencang. Siapa dia ni? macam mana dia boleh kenal aku sebab aku letak nama Adenanthera, nama sejenis spesis pokok dalam hiasan landskap. Tak letak nama betul pun sebab aku main FB pun suka-suka je. Tak ingat pulak bila aku add VAN PERSIE ni tapi memang aku tak kenal dia pun. Langsung tak kenal.
‘Who r u?’
‘U don’t know me?’
‘Of course I don’t even know u. Who r u? Let me know pls...’
Dia tak balas. Dua tiga saat. Lepas tu nak sampai lima minit. Pun tak balas-balas. Aku mula naik angin.
‘Don’t ever fooling around with me.’
Aku buang jelah nama VAN PERSIE ni dari list friends. Baru padan muka kau!
‘This is me. Hazim.’
Hampir je aku terlompat dari katil. Oh no... Hazim rupanya! aku tiba-tiba rasa excited. Kemudian tersedar dan aku kembali ke alam nyata. Macam tak percaya je. Macam mana Hazim boleh tahu aku ni Shameem?
‘How did u know me?’
‘Dina yang bagitau. Pls don’t blame her. Sy yg mtx nama Meem kat FB. Sorry, he he...’
Siap letak smiley lagi. Patutlah pun. Aku mengeluh perlahan.
‘Why? Awk nk apa lagi?’
‘Kenapa Adenanthera? Bukan Meem ke... Shameem ke... nama dah cantik, tapi letak Adenanthera. Apela...’
Ceh, dia kutuk aku? Dah la tak jawab soalan aku. Ni yang aku hangin ni. Suami sapa ni?
‘Ikut sy la. Sibuk je. Awk pulak kenapa Van Persie?’
‘Sebab sy minat Arsenal. Minat Van Persie. Minat bola. Slh ke?’
‘X cakap pun slh. Tanya je. X tau pn awk minat bola...’
‘Byk sgt benda yg awk x tau pasal sy Meem. U don’t even know my name.’
Aku terkena dengan kata-kata pedasnya. Memang betul pun apa yang Hazim cakap. Banyak sangat aku tak tahu pasal Hazim. Perlu ke aku tahu? Dulu memang malas nak ambik tahu. Tapi sekarang kenalah tahu sikit-sikit dulu. Lama-lama jadi bukit. Macam nak menabung jugak. Hm, boleh ke macam tu?
‘Then tell me...’
‘Sure ke nk tau ni?’
Hazim letak smiley lagi. Aku dah tersenyum-senyum juga. Rasa berbunga je hati ni tiba-tiba. Lupa yang aku tengah ada sengketa dengannya sebelum ini.
‘Dah tau sebenarnya. Khairul Hazim Bin Samad kan? Ayah awak Pak Samad kan? Mak awak nama Saodah. Macam sy ni x tau sgt.’
‘Ha ha! Yelah tu...
Eh, gelak pulak?
‘Kenapa? Bukan ke?’
U r totally wrong dear.
‘What do u mean?’
Aku makin keliru. Makin tak faham. Dan makin pening. Aku menaip lagi.
Then what is it?
Khairul Hazim Henry Bin Abdullah.’
Hatiku tertanya-tanya. Pelik.
‘Kenapa bukan bin Samad?’
Kalau awk nak tau sy cuma anak angkat kpd Pak Samad aje.
‘Jadi family awk yg sy kenal dulu hanya keluarga angkat awk je lh?’
Aku agak terkejut dengan pengakuannya.
‘Ya. Tengok muka sy kan lain dr mereka. Takkan itu pun awk x boleh agak?’
Uish... mengata aku lagi. Sedapnya ayat dia. Dah la perasan pulak tu. Tahulah awak tu memang handsome. Muka Pan-Asian. Kacukan mat salih. Cuma aku aje yang ego nak mengaku tentang hakikat itu. Sebab itu aku hanya pandang dia sebelah mata sahaja selama ini.
‘Habis tu, di mana family awk yg sebenar?’
Mereka ada. Di luar negara. Bukan di Malaysia. Bila nak balik ni? Sampai bila awk nak sy tunggu awk?
‘X nak!’
‘Kenapa x nak? Best ke jadi org Korea?’
‘Memang best pn. Sy x nak balik. X nak jumpa awk!’
‘Klau mcm tu tunggu sy. Esok atau lusa sy dtg ambil awk sendiri.’
What?!
‘Jgn nak buat kerja gila.’
‘X kira la... sy memang fly ke sana pun dlm masa terdekat ni. Dh lupa ke sy ni kan pilot. Boleh terbang ke sana ke mari nk jumpa buah hati... intan payung emas berlian ni... ha ha!’
Jahatnya dia ni... aku menggigit bibir geram. Kenapa perangai dia makin aku kenal makin nakal ye? Tak sangka Hazim dah mula tunjuk sikap sebenarnya. Macam ada udang di sebalik batu sahaja.
‘Eleh, macam lh awk tau sy tinggal kat mana. Carilah smpai jumpa.’
‘Tau... klau x tanya Dina pun boleh kan syg kan...’
‘Benci awk!’
‘X heran pun. Siapa suruh x bls email? Msg sy? Call pun tak jawab. Ingat sy x geram dgn awk ke selama ni?’
‘Benci! Benci! Benci!!’
Aku terus log out dan tutup laptop. Bantal di ribaan aku campak sekuat hati ke dinding. Aku tahan air mata yang hampir menitis. Hazim nak datang sini? Oh Tuhan... aku akan bertemu dengannya lagi ke? Bencinya... benci awak VAN PERSIE!!

0 ulasan:

Post a Comment