Thursday, February 2, 2012

Dia, Cinta Pertama


17

AKU tidak mempedulikan jeritannya memanggil namaku berulang kali. Aku terus melarikan diri memasuki balai berlepas. Yakin Hazim tidak mampu meloloskan dirinya kerana dia tidak mempunyai passport dan tiket penerbangan.
Meem! Tunggu!”
Aku menoleh ke belakang. Alamak... macam mana dia boleh lepas?! Aku berlari selaju yang mungkin.
Tidak mahu bertemunya lagi.
Tidak ingin bersua muka dengannya.
Tidak mahu berjumpanya sampai bila-bila pun!
Tidak! Tidak!! No... and never ever again!!!
Pergelangan tangan kananku disambarnya. Lalu dipaut kemas. Aku meronta-ronta walaupun aku tahu tidak mungkin aku mampu melawan kudrat Hazim yang berkali ganda lebih kuat dariku. Isy, apa kena dia ni? nak ambik kesempatan ke? Sakit hatiku tiba-tiba dengan perlakuannya itu.
“Lepaskan saya!”
“Tak nak.
“Lepaslah!”
I’ll never let you go.
“Macam mana awak tau saya ada kat sini?”
“Papa yang bagitau.”
“Sibuk je nak tau hal orang buat apa? Awak sape nak paksa-paksa saya hah?!”
“I’m your husband!” tengking Hazim.
Aku terkedu. Pertama kali dia meninggikan suaranya. Makin sakit hatiku. Mentang-mentang dah dapat kuasa veto sepenuhnya boleh lah nak tunjuk poyo. Huh...
“Pandai pulak nak mengaku husband ye? I’m not your wife. I hate you!”
Aku menarik peganganku darinya dengan kasar.
“Saya tak izinkan awak pegi dari sini,” tegas Hazim. Dia memaut lenganku pula.
“Isy, apa awak ni?”
Aku terpaksa mengikut rentaknya. Hazim menarikku keluar dari kawasan itu. Walaupun aku cuba meronta namun pegangannya terlalu kejap. Betul ke ini Khairul Hazim yang selama ini aku kenali sebagai seorang lelaki yang sentiasa berlagak macho dan bergaya cool aje? Macam susah nak percaya pun ada. Apa yang pasti aku jadi malu dengan banyak mata memandang kami tika ini.
“Lepaskan saya, sakitlah!”
“Janji pada saya dulu yang awak takkan lari macam tadi?”
“Okey... okey...”
Sebaik dia melepaskan aku tidak berfikir panjang lagi. Aku terus berlari sekuat hati. Ha ha... padan dengan muka kau Hazim. Lepas ni jangan haraplah kita akan jumpa lagi.
Tanpa diduga, dia lebih bertindak pantas dariku. Mungkin dia sudah dapat menduga dari awal niat jahatku tadi. Dia mencekup lengan kiriku. Aku meronta lagi... dan lagi. Hazim menunjukkan riak bengang.
“How dare you broke the promise!”
“How come did you...” aku tidak mempedulikan kata-katanya.
“What?” nadanya berubah tinggi. Dia nampaknya benar-benar marah.
“Macam mana awak boleh lepas masuk ke sini?”
“I’m a pilot.”
“What?” giliran aku pula yang terkejut. Teramat... sangat!
“Look, you have to pay for what you have done right now. Awak dah memalukan saya depan semua staff MAS. Boleh pulak pilot macam saya main kejar-kejar kat sini kan? Well done my dear wife,” sinis dia berkata.
My... dear... wife?
Dan saat ini juga aku rasa bagaikan hendak pitam!
Hazim meraup wajahnya yang agak kusut tapi masih tetap kelihatan segak dan kacak bergaya dengan uniform juruterbangnya itu. Siap dengan logo MAS lagi. Lelaki kampung yang aku sangkakan penternak ayam, penganggur, penjual besi buruk dan entah apa-apa lah lagi anggapanku terhadapnya selama ini. Rasa hendak tergelak pun ada.
Inilah kali pertama aku melihatnya dalam outfit yang mampu menggetarkan naluri kewanitaanku. Walaupun ini kali kedua aku berada sangat dekat dengan Hazim selepas kejadian joging dulu, hati ini tetap merasakan debarannya. Debaran yang aku sendiri tidak pasti mengapa dan kenapa aku harus berperasaan begini. Adakah ini petanda bahawa aku sudah jatuh cinta padanya? Woo, no... no... tak mungkin!
Tetapi inilah yang aku rasa. Aku sangat membenci lelaki ini ketika berjauhan darinya. Dan perasaan benci ini semakin pudar tatkala aku berada dekat dengannya. Sungguh... aku semakin jadi keliru dengan perasaanku ini.
Wajahnya kutenung lama. Aku cuba melepaskan pegangannya tapi makin kuat pula. Aku renung tajam mukanya. Tanda protes. Tapi dia masih beriak tenang. Ketenangan itulah yang paling aku tak suka. Hidungnya yang mancung... rambut hitamnya yang lurus... bibirnya yang sexy dan kemerahan... kulit sawo matang... alis kening yang tebal... tubuh yang maskulin dan tough... confirm jaga badan ni. Dah hari-hari pegi joging kan, mana taknya. Wah, memang handsome rupanya dia ni. Kenapa selama ni aku boleh tak perasan pulak?
Arghhh!!! Apa kena dengan aku ni?! wake up Shameem!
“Apa saya peduli?”
“Yes, you must care.”
“Care for what?”
Lelaki itu membatukan diri.
“I ask you Mr. Hazim, care for what?”
“Care for us.”                          
Aku buat-buat ketawa. Sinis.
“Since when did you care about me Hazim? If you really care, you shouldn’t let me crying all alone... hopelessly... there by myself begging to say that i’m not guilty at all,” tersekat-sekat aku menutur kata.
Hazim kelihatan bersalah. “I know... i’m really sorry.”
“It’s too late Hazim. It’s too late.”
Aku merentap tangan dari pegangannya. Hazim tersentak. Dia mulai cuak bila aku mencapai tas tangan yang terjatuh di lantai semasa main ‘kejar-kejar’ dengannya tadi.
“Meem, please... don’t leave. Saya minta maaf atas kesilapan saya tu tapi awak kena faham jugak situasi waktu tu macam mana. Kalau saya explain pun papa, abah dengan mak nak  percaya ke?”
“Tapi sekurangnya awak bantu saya meyakinkan mereka. Bukannya dengan biarkan aje dan mengiyakan tuduhan melulu mereka.”
“I know I was wrong at first. But I think this is our fate. We were meant to be together.”
Suaranya agak perlahan. Tapi jelas di telingaku. Aku bagaikan tidak percaya. Apa pulak yang Hazim mengarut ni?
“Urghh... this is not the right time Hazim. Apa yang awak melalut ni?”
“Saya tak melalut or main-main or whatever to say. Meem, kalau ini bukan masanya, bila lagi? sampai bila awak nak biarkan saya macam ni? I want you to know the truth.”
“Biar macam mana lagi? Tak fahamlah. Awak nak apa sebenarnya ni? kebenaran apa yang awak cuba nak cakap ni?”
Hazim terdiam. Tidak menjawab persoalanku.
“Awak tau tak yang saya dah cukup terseksa dipaksa menikah dengan seorang lelaki yang tidak pernah saya terfikir pun untuk hidup bersama dengannya. Dalam keadaan yang sungguh mengaibkan pulak tu. Mama dan papa buang saya disebabkan awak! Semua orang yang saya sayang terpaksa saya tinggalkan demi mencari harga diri saya yang telah hilang. Tapi awak sikit pun tak pernah nak faham perasaan saya. You just let it go. Awak lelaki senang ceritalah. Tapi saya ni perempuan Hazim. Imej saya dah tercemar. Andai kata sesuatu terjadi pada kita dan kita berpisah, mana ada lelaki yang sanggup terima saya lagi. Maruah saya dah takde. Dah hancur musnah semuanya kerana awak.
Aku menangis lagi. Duhai hati... kenapalah sejak dua menjak ni air mata ini begitu murah sekali? Betapa aku dapat merasakan yang aku tidak lagi sekuat yang dulu. Aku telah kalah dengan ego sendiri.
“Meem, now you listen to me.”
“Tak ma...”
“Syyy... just listen to what I want to say.” Pinta Hazim lembut. Dia meletakkan jari telunjuknya di bibirku.
Aku tergamam. Dadaku berdebar-debar. Debaran yang aku rasakan saat pertama kali melihatnya satu ketika dahulu. Hazim tersenyum. Barulah aku dapat melihat senyuman pertamanya untuk pertemuan kami selepas hampir dua minggu pernikahan kami. Serius, memang menawan habis. Cair hatiku melihatnya. Tetapi senyuman itu seperti pernah kulihat satu ketika dahulu. Senyuman itu mirip seseorang yang aku kenali walaupun seraut wajahnya sudah semakin pudar diingatanku serta ditelan masa yang kian berlalu. Tidak mungkin dia lelaki yang sama. Aku cuba menafikan.
“I must admit that it was all my fault. Not yours. But in the meantime, I just can’t hold myself standing there and pretend that it was nothing. You are really meant something to me Shameem. Something precious... so special... since the first time I met you. I think that... saya rasa...
Hazim menarik nafas sedalam-dalamnya. Cepatlah. Cepatlah habiskan ayat tu. Aku dah cuak gila ni.
Saya cintakan awak.

0 ulasan:

Post a Comment