Tuesday, February 21, 2012

Dia, Cinta Pertama


23
“MEEM dah makan?” tanya Abang Ikhwan.
“Belum lagi. Abang Wan makanlah dulu dengan Kak Nini. Meem tak lapar lagi.”
“Betul ke ni? Meem tak sihat ke? Kak Nini cakap tadi Meem tak sihat.”
“Em, pening sikit.”
“Dah makan ubat?”
Aku menggeleng.
“Takpe, Abang Wan pegilah makan dulu. Kalau lapar nanti Meem ambik sendiri makanan kat dapur.”
Aku meyakinkan Abang Ikhwan bila tengok dia masih berdiri tercegat di ruang tamu.
“Okey.”
Lantas Abang Ikhwan menuju semula ke dapur. Biasanya kami akan makan malam bersama. Dania dah biasa dengan aku jadi dia mahu aku sentiasa ada menemaninya makan di sebelah. Danisha pula kurang rapat denganku kerana dia lebih rapat dengan mama dan papanya. Lebih-lebih lagi Abang Ikhwan.
Aku kembali menghadap laptop. Tumpuanku bukan pada email kiriman Dina dan Abang Zafri, tapi pada Hazim. Fikiranku melayang dan mengelamun mengingatinya. Betul ke Hazim nak datang jumpa aku? Tidak. Dia tidak boleh tahu di mana aku berada. Aku tidak mahu berjumpanya kerana aku memang tak mahu berjumpa dengan Hazim lagi sampai bila-bila. Aku membalas email Dina dan memarahinya sebab bagitau nama yang aku guna dalam Facebook kat Hazim. Mesti Hazim ada jumpa Dina dengan Abang Zafri senyap-senyap tanpa pengetahuanku. Tak mustahil juga Hazim selalu bertemu papa. Mesti Hazim dah tahu banyak perkara tentang aku dari orang-orang yang rapat denganku. Tapi aku sikit pun tak tahu apa-apa pasal dia. Ini tidak adil!
Aku menekan kuat cincin berlian yang tersarung di jari manisku. Aku sendiri hairan kenapa aku masih lagi memakai cincin ini jika benar hatiku tidak pernah redha dengan pernikahan kami. Pernikahan kami hanya dibuat-buat dan dirancang oleh seseorang. Seseorang yang mungkin iri hati dan cemburu dengan hidupku. Atau lebih tepat lagi seseorang yang bergelar musuh dalam selimut. Aku sendiri tidak pernah bermimpi yang Hazim akan menjadi suamiku. Semakin lama aku berlari jauh pergi dari hidupnya, semakin dekat pula dia mengejarku. Inilah yang paling aku tidak suka. Aku tidak suka kalau sebenarnya aku benar-benar telah jatuh cinta!
Jika diikutkan aku sendiri tidak pernah mengenali siapa itu Hazim yang sebenar-benarnya. Kawin pun tak ikhlas macam mana nak kenal hati dan perasaannya. Aku tahu keluarga dia siapa. Itupun hanya keluarga angkatnya sahaja. Keluarga kandungnya bagaimana? Aku tidak menyangka yang keluarga Pak Samad selama ini hanyalah keluarga angkat Hazim. Semakin lama aku makin jadi bingung. Keinginanku untuk menyelidik siapakah suami yang aku kahwini itu membuak-buak.
‘Byk sgt benda yg awk x tau pasal sy Meem. U don’t even know my name...
Masih terbayang kata-kata Hazim itu. Ya, memang benar kata Hazim. Aku tidak kenal siapa sebenarnya dia, tidak pernah ambil tahu dan tidak pernah cuba-cuba untuk mengambil tahu perihal dirinya.
Jalan yang terbaik adalah dengan menerima dirinya seadanya. Mengenali dia. Tanpa perasaan cinta, kasih dan sayang, mampukah aku memilih jalan untuk hidup bersamanya? Walau dalam keadaan susah atau senang sekalipun. Sedangkan aku tahu dia telah lama menungguku di sana. Menanti kepulanganku. Cuma aku sahaja yang masih berkeras melarikan diri darinya. Aku masih tidak dapat menerima hakikat dia kini telah bergelar suamiku.
“Hai, khusyuknya dia,” tegur Kak Nini yang muncul dari dapur.
Aku tersengih dengan teguran itu.
“Nah, makan ni dulu. Sakit konon. Tapi elok je menghadap FB.”
“Eh, siapa kata tengok FB? Meem check email lah Kak Nini.
Kak Nini meletakkan sepinggan mee goreng, sekeping cheese cake dan segelas susu panas di atas meja. Panas berasap. Cukup untuk membuka seleraku.
“Abang Wan paksa Meem makan jugak. Lepas ni sebelum tidur jangan lupa makan ubat. Lepas tu terus tidur. Jangan nak berchatting lama-lama dengan cik abang awak tu sampai tidur lambat pulak.”
Pesan Kak Nini seolah macam aku ni ganti Dania pulak. Aku mengerutkan dahi. Cik abang? Kak Nini tersenyum-senyum seolah memahami pandanganku itu.
“Ingat kami tak tahu ke? Tahulah dah lama tak jumpa. Dah macam runaway bride pun ada akak tengok Meem ni. Kesiannya kat pengantin lelaki sebab kena tinggal.” Kak Nini senyum nakal.
Merah padam wajahku dengan usikan Kak Nini. Selamba sahaja Kak Nini berlalu semula ke dapur. Macam runaway bride? Isy... ada ke patut Kak Nini ni. Tapi dalam kisah aku ni aku sendiri yang memang lari lepas kena nikah dengan Hazim. Lari pulak bukannya dekat. Jauh sampai ke sini. Sebab tu agaknya papa pening jaga aku. Dari kecil sampai dah kahwin pun masih degil. Buat ikut suka hati tanpa fikirkan perasaan orang lain. Yang penting aku puas hati. Yang pening dan sakit kepala fikirkan aku siapa lagi kalau bukan papa dan mama.
Aku buka FB lagi. Hendak check kot-kot ada mesej lagi ke dari Hazim.
VAN PERSIE. Him again.
Kan, macam magic je timbul mesej Hazim kat skrin. Dia ni macam tahu je aku nak online. Aku tersengih. Tetapi sengih dengan hati-hati. Aku pandang kiri dan kanan. Takut-takut Kak Nini dengan Abang Ikhwan intai aku main chatting dengan Hazim lagi macam tadi. Karang tak pasal-pasal kena usik lagi.
‘Kenapa terus log out?’
Mesej Hazim kira-kira dua jam yang lalu aku baca. Lepas tu masuk pula mesej baru. Nampaknya Hazim masih lagi online. Aktif juga dia ber’facebook’ ya.
‘Hi sweetie...’
‘Siapa benarkan awk panggil sy sweetie?’
‘Dah tu, nak panggil apa?’
‘Panggil nama je. Sy x nak lebih-lebih.’
‘Awk nak merajuk sampai bila ni?’
Hah? Dia cakap aku merajuk? Buat lawak ke apa Hazim ni. Bila masa aku merajuk dengan dia?
‘Sy x merajuk pun. Sy memang x suka awk. X nak kat awk.’
Hazim tidak membalas. Seminit... dua minit.... tiga minit.... dan seterusnya. Ting...!
Ada balik mesej. Aku membaca dengan penuh tak sabarnya.
‘I don’t care. I still want u. No matter what I still want u. I want u with all my soul. I want u forever. Until I die.’
Aku tergamam.
‘Lelaki semuanya bermulut manis. Pandai cakap je.’
‘Yang lelaki ni siapa bagi awk hm? Suami awk sendiri kan?’
Ada unsur-unsur macam nak ajak gaduh je ni. Sabar Shameem, sabar. Aku yang mulakan dulu. Aku tarik nafas panjang-panjang. Melepaskan keluhan.
‘Bagi sy masa. Bukan senang sy nak terima semua yg terjadi pada kita dulu.’
‘Berapa masa lg yg Meem nak? Setahun? Sepuluh tahun? Seribu tahun?’
‘Urghh... stop it Hazim! Sy malas nak gaduh dgn awk. Xde mood.’
‘Ok, ok... sorry.’
‘Atai sihat?’
‘He’s fine. Dia rindukan awk.’
‘Send my regard to him. Miss him a lot!’
‘Ayah dia? X rindu ke?’
‘X’
Ha ha! Senangnya jawapan.
‘Dia cerita Meem pernah tarik telinga masa jaga dia dulu ye?’
‘Ha’ah... dia bgtau awk ke?’
‘Yup, kalau awk ada depan mata sy sekarang ni, tahu lah awk sy nak buat macam mana!’
Uish... dia siap main ugut nampaknya. Takpe, takpe... dah memang salah aku pun. Sebab dulu aku ni teruk sangat. Tak reti nak control anger. Bad temper memanjang. Yang jadi mangsanya adalah Haikal.
‘Buatlah. X takut pun.’
‘Jangan cabar sy Meem. U don’t know me. I’ll do whatever I want.’
‘U too don’t even pretend to know me. Jangan perasan mcm awk dah kenal sy sangat.’
‘True but I am learning more about u from day after day until I know u very well my dear wife.’
Ada je point dia nak kenakan aku. Macam peluru yang dilepaskan dari satu das ke satu das tembakan. Musuh pun tak mampu nak patahkan serangan bertubi-tubi itu.
‘Sy tetap xkan terima awk Hazim. Now and forever.’
‘I’ll make u fall in love with me. That’s my promise. Now and forever. Now and forever... I will be your man.’
Selepas itu Hazim offline. Aku termangu lama di hadapan laptop. Bila dia ‘hilang’ terus hilang semangatku hendak bermain FB. Aku pun offline juga.
Aku membuka pula peti email dan ada satu email baru masuk. Email dari Hazim. Aik, baru kejap tadi dia ber’facebook’ denganku. Sempat pula dia email aku. Apa ni? sajak ke lirik lagu? Aku terpaku. Membaca setiap baris ayat yang terkandung makna tersirat. Ia sebuah lirik lagu Richard Marx ‘Right Here Waiting For You’.
Oceans apart day after day
And I slowly go insane
I hear your voice on the line
But it doesn’t stop the pain         
If I see you next to never... how can we say forever...

Wherever you go
Whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes
Or how my heart breaks
I will be right here waiting for you...

I took for granted, all the times
That I thought would last somehow
I hear the laughter, I taste the tears
But I can’t get near you now

Oh, can’t you see it baby
You’ve got me going crazy

Wherever you go        
Whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes
Or how my heart breaks
I will be right here waiting for you...

I wonder how we can survive, this romance
But in the end if I’m with you
I’ll take the chance

Wherever you go
Whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes
Or how my heart breaks
I will be right here waiting for you...
Waiting for you....
Sepanjang malam itu juga aku membaca lirik lagu ini berulang-ulang kali tanpa jemu dengan bertemankan lagu Richard Marx yang dipasang dari laptop. Tidak sedar pula masa yang berlalu. Terus lupa pesan Kak Nini dengan Abang Ikhwan tadi untuk makan ubat. Entah sejak bila aku terlena dengan bertemankan air mata...
24

HARI ini aku tak ke mana-mana. Bosan juga duduk terperap di rumah ni. Tinggal sebulan je lagi nak menginjak ke tahun baru. Cepatnya masa berlalu. Aku mula terfikir sampai berapa lama lagi aku nak merajukkan diri dan berada di negara orang ini lama-lama. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang. Hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Kan ada baiknya kalau aku balik je jumpa papa dan mama. Rindunya aku pada mereka. Emm... biarlah dulu. Alang-alang nak habiskan setahun ni. Aku membelek kalendar. Bermakna semakin menginjak ke musim sejuk. Maklumlah tiap kali melangkah ke penghujung tahun maka tibalah musim sejuk sehinggalah akhir bulan Februari nanti.
“Meem tak pegi mana-mana kan?”
Aku angguk. Kemudian geleng. Dan angguk balik. Kak Nini mengerutkan dahinya.
“What’s that? Cakaplah betul-betul. Jangan main-main.”
“Meem angguk sebab ingatkan nak duduk rumah je. Geleng sebab tukar plan nak keluar kejap.”
“Lepas tu angguk balik tu?”
“Plan tak jadi. Nak duduk rumah je, he he...”
“La... macam tu pulak. Jom teman akak pegi masjid kejap. Abang Wan dah bagi kebenaran keluar.”
“Dania dengan Danisha?”
Takpe. Abang Wan ada kat rumah.”
Tanpa menunggu lama, Kak Nini terus ke dapur. Membawa satu bungkusan plastik berwarna putih yang agak besar, termos yang berisi kopi panas dan sehelai jaket kulit tebal. Beberapa dokumen, notebook, terjemahan Quran dan buku ensiklopedia dimasukkan ke dalam beg laptopnya. Kemudian dia bersiap. Tidak sampai sepuluh minit dia sudah keluar dari biliknya dengan bertudung litup. Jaket disarungkan ke tubuhnya. Kak Nini memandang aku dengan hairan.
“Dari tadi asyik tengok akak tapi Meem tak siap-siap pun lagi.”
“Nak solat berjemaah tapi kan belum masuk waktu Maghrib lagi.
“Oh, lupa nak bagitau Meem tadi. Hari ni ada seminar dan lecture tentang pengajian dakwah dan Islam di Conference Hall, Seoul Central Mosque anjuran Persatuan Muslim Korea. Akak terlibat sama dalam anjuran program kali ni. Kalau Meem nak ikut sekali pun boleh. Sama-sama buat perbincangan. Boleh juga mengukuhkan kefahaman tentang Islam dengan lagi mendalam. Ha, tunggu apa lagi? cepatlah bersiap.”
Aku masih termangu.
“Akak tak boleh tak pegi. Kawan-kawan akak kat universiti semua join. Tak boleh lah ketinggalan program ni.” terang Kak Nini bila dia tengok aku nampak agak blur. Kurang jelas dengan penerangannya tadi.
Aku terus mengangguk tanpa menunggu lama. Inilah peluang keemasan yang aku tunggu-tunggu. Nak tahu juga perkembangan Islam di negara ini. Boleh sama-sama kongsi ilmu. Aku tanam niat dalam hati. Tuntut ilmu kerana ALLAH SWT.
**********
USAI sahaja program, kami menunaikan solat berjemaah Asar dan Maghrib seperti kebiasaannya dan jamuan ringan. Aku keluar dari masjid dengan agak tergesa-gesa. Sejuk semacam je satu badan. Seram sejuk! Tapi kenapa pula tiba-tiba rasa seram? Kalau sejuk tu tak boleh buat apalah sebab sekarang ni memang nak hampir ke musim dingin. Aku menarik jaket kulit coklat cair yang aku pakai rapat ke tubuhku. Sehelai kain cotton panjang aku kemaskan lilitannya di leher. Lepas tu baru aku perasan. Lah... aku hanya pakai sandal je?!
Nak cepat punya pasal, baru aku perasan yang aku tidak memakai kasut but. Patutlah rasa ‘seram sejuk’ je. Ada something wrong rupanya. Niat nak keluar berjalan-jalan sekitar masjid terbantut sebab aku ini memang tak tahan sejuk. Sementara nak tunggu Kak Nini menyelesaikan urusannya dulu kan lebih baik kalau aku duduk sini dan baca terjemahan Quran dalam Bahasa Indonesia yang aku bawa dari rumah tadi.
Aku buka dan baca Surah Al-Baqarah. Cuba menghayati sepenuh hati terjemahannya. Sungguh, di waktu sebegini aku merasa sungguh tenang sekali. Sudah menjadi rutin pula aku ketika di sini mengikuti pengajian Islam dan seminar anjuran Persatuan Muslim Korea di Seoul. Ya, sejak aku berada di samping Kak Nini sekeluarga banyak perubahan yang aku lakukan. Mungkin inilah hikmahnya aku melarikan diri selepas peristiwa pahit itu.
Mana pulak Kak Nini ni? aku toleh kiri dan kanan. Dah lebih dua puluh minit. Aku yang duduk kat sini dah rasa macam nak beku dah. Terlalu sejuk. Suhu pun dah mencecah ke paras negatif. Aku menggigil. Kedua tangan aku gosok berulang kali bagi menghangatkan diri.
“Assalamualaikum.” Tegur seseorang.
Aku menjawab salam. Terkejut kerana bertemu kembali dengan orang yang tidak disangka-sangka. Penyelamat kamera Nikonku!
“Awak?”
“Razif.” jawabnya sambil tersenyum. Manis dan tenang je wajahnya.
“Ya, Razif. Awak dari mana ni?”
“Myeongdong. Jumpa kawan kat sana. Then, solat Maghrib di sini. Awak dengan siapa ni?”
“Dengan kakak angkat saya. Tadi ada seminar. Saya cuma temankan dia je kat sini.”
“Oh, yang sekali dengan awak masa di Namsan Park hari tu?”
Aku mengangguk. Membalas senyumannya. Memang aku akui senyumannya seiras senyuman Hazim yang menawan. Ah, apa kena dengan aku ni? Hazim aje yang aku ingat setiap masa.
“Saya nak panggil awak apa ye?”
“Panggil Meem je.”
“Selalu ke datang sini?” giliran aku pula yang bertanya.
“Boleh dikatakan selalu juga. Saya biasa bersolat jemaah di masjid ini sebab dekat dengan tempat kediaman saya dan kawan satu tempat belajar.”
Tidak lama kemudian aku dah nampak Kak Nini dari jauh sedang melambai-lambai ke arahku. Aku membalas lambaiannya.
“Nampaknya saya kena pegi dulu. Tak puas rasanya berbual dengan awak. Harap kita dapat bertemu lagi.”
Kak Nini menyapa Razif sebaik dia menghampiri kami. Berbual untuk seketika dan pulang mengikut haluan masing-masing. Sempat lagi Razif mencuri pandang ke arahku. Aku menoleh dan dia menghilang sebaik memasuki satu lorong.
**********
SALJI turun dengan lebatnya. Musim sejuk telah bermula sejak kelmarin. Aku pandang ke sekeliling dengan rasa hairan. Tempat apa ni? cantik sungguh. Ini ke syurga yang dimaksudkan? Oh tidak mungkin. Siapalah aku hamba ALLAH SWT yang hina ini. Terpalit dengan dosa-dosa tetapi mengidamkan syurga yang aku rasa aku tidak layak mendambakannya. Tapi tempat ini sungguh indah. Subhanallah... Maha Suci ALLAH. Tidak pernah aku melihat tempat yang cantik sebegini. Tenang dan mendamaikan. Dedaunan yang luruh dari pokok-pokok berterbangan ditiup angin yang sepoi-sepoi.
Ada sebuah tasik. Ada jeti. Macam pelabuhan je tempat ni. Dan beberapa buah bot. Aku menghadap pantai yang terbentang luas dengan pemandangan yang cukup indah.
“Shameem...”
Aku menoleh.
“Hazim, awak buat apa kat sini?”
Bibir Hazim mengukir senyuman lalu mendepangkan tangannya. Bersedia untuk menyambutku ke dalam pelukannya. Aku membalas senyumannya dengan manis. Berlari ke arahnya. Dalam sekelip mata aku sudah berada dalam dakapannya. Terus hanyut dengan belaian kasih seorang suami yang aku dambakan sekian lamanya.
“Hazim...”
“Ya sayang.”
Tempat apa ni?”
“Inilah satu tempat paling romantis untuk pasangan bercinta macam kita. Sayang suka tak berada di sini?”
Aku mengangguk sambil mengeratkan pelukan. Kepalaku disandarkan ke dada bidang Hazim. Terasa cukup selamat berada dalam dakapan tubuh sasanya. Terasa kesejukan yang tadinya terasa hingga ke sum-sum tulang mulai berkurangan sedikit. Begitu hangat dalam dakapan kasihnya.
“Saya tak kisah di mana-mana sahaja pun asalkan awak ada di samping saya. Dekat di hati saya sampai bila-bila.”
“Terima kasih my dear wife. Van Persie akan setia mencintai isterinya selagi hayat dikandung badan.”
Tertawa aku dibuatnya sebaik dia menyebut nama itu. “Perasan!”
“Betul lah. Hanya Van Persie ni sahaja yang mampu menyintai sayang selamanya tau. Tiada lelaki lain lagi. Sampai saya dah meninggalkan dunia ni pun saya takkan berhenti menyintai bidadari yang telah tercipta untuk saya ni.” Bisiknya penuh syahdu.
Aku terharu sampai menitiskan air mata.
“Please don’t cry. I don’t want to see you crying...” pujuk Hazim. Dia menyapu lembut kedua pipiku.
Telinga kami menangkap sesuatu. Bunyi lagu yang dimainkan. Entah dari mana datangnya seorang pemain muzik yang memainkan sebuah lagu dari Air Supply, Here I Am. Hm... nampak macam dirancang. Adakah Hazim telah merancang ini semua dari awal lagi? Baru aku sedar. Sememangnya aku patut bersyukur kerana memiliki cinta Hazim. Aku membalas senyuman itu dengan manis.
“Shall we?” Hazim menghulurkan tangannya.
“Tapi Meem tak pandai menari.”
“It’s okay. I’ll teach you sweetheart.”
Aku menyambut huluran tangannya. Dalam sekelip mata aku sudah berada dalam pelukannya erat. Dengan perlahan aku mengikut rentaknya. Lagu yang dimainkan begitu menyentuh hati. Salji yang turun menambahkan suasana romantis.
Here I am playing with those memories again
And just when I thought time had set me free
Those thoughts of you keep taunting me

Holding you, a feeling I never outgrew
Though each and every part of me has tried
Only you can fill the space inside

So there’s no sense pretending
My heart it’s not mending

Just when I thought I was over you
And just when I thought I could stand on my own
Oh baby those memories come crashing through
And I just can’t go on without you

On my own I’ve tried to make the best of it alone
I’ve done everything I can to ease the pain
But only you can stop the rain

I just can’t live without you
I miss everything about you...

Kami saling berpandangan. Saling berbalas senyuman bahagia. Dahiku dikucupnya penuh syahdu. Ya, kebahagiaan itu menjadi milikku jua akhirnya.


0 ulasan:

Post a Comment