Tuesday, February 14, 2012

Dia, Cinta Pertama


18

TERLUAH jua akhirnya perkataan keramat itu. Aku memejamkan mata. Sudah tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Boleh ke kalau aku nak terus begini? Pejam mata dan terus membisu sampai esok. Tak pun sampai bila-bila pun.
Sebab jantungku saat ini rasa macam nak meletup. Macam tak percaya dengan apa yang aku dengar. Kenapa baru sekarang dia nak mengaku perasaannya padaku? Ke sebab dulu dia ada Sheila. Tu yang terpaksa cover je. Hari ini benar-benar tidak dijangka. Dua orang lelaki mengaku cintakan aku. Aku sudah tidak mampu menerima sebarang kejutan lagi. Apatah lagi aku sememangnya benar-benar terkejut mendengar pengakuan Hazim itu.
Benar kata Abang Zafri. Hazim menyimpan perasaan kepadaku selama ini tanpa aku sedari. Dalam diam dia menyintaiku. Dan aku pula. Adakah aku juga mencintainya? Sukar untuk aku menjawabnya. Aku sendiri pun keliru dengan perasaanku ini. Sukakah? Bencikah?
“Sebab tulah masa papa dengan abah bagi cadangan suruh kita menikah saya tak tolak. Saya memang dah sukakan awak Meem. Suka sangat dan bahagia sebenarnya bila kita disatukan walaupun saya tahu saya salah dan cuba main kotor untuk dapatkan awak.”
Oh, main kotor ya? Kalau dia boleh main kotor ingat aku tak boleh ke. Takpe, takpe... ada ubi ada batas, ada hari bolehku balas! Tunggu ajelah nanti Hazim.
“Tapi saya tak suka awak pun. Saya benci awak sangat-sangat. Saya tak suka pun dengan pernikahan kita ni. Sampai bila-bila pun saya takkan maafkan perbuatan awak tu.
“Bagilah saya peluang untuk buktikan kasih sayang saya ni ikhlas untuk awak.”
Hazim meraih tanganku tapi aku cepat mengelak. Dia hampa.
“There is no chance at all. Never. Peluang tu datang sekali dulu. Tapi awak tak hargainya. Saya dah puas merayu kat awak untuk buktikan yang kita benar-benar tak bersalah. Tapi awak dah hancurkan harapan saya Hazim.”
Aku telah nekad. Suara hatiku sudah bulat dengan keputusan yang akan kuambil ini. Aku harus pergi jauh dari sini. Jauh dari hidupnya. Tiada kasih sayang lagi untukku di sini. Aku harus meninggalkannya dan pergi membawa diri jauh. Selagi luka di hatiku masih bersisa selagi itulah aku tidak akan kembali.
“Sikit pun takde perasaan awak kat saya?”
Aku menggeleng.
“Jangan nak tipu. Saya tau sebenarnya awak pun cintakan saya kan?”
Geleng lagi.
“Meem. Tak boleh ke awak bagi saya peluang?”
Aku mengeluh perlahan.
“Saya dah nak bertolak ni. I have no time. Don’t wait for the answer because it is no. Kalau ditakdirkan jodoh kita masih kuat, Insya Allah saya akan kembali. Kalau tak, saya minta awak jangan cari saya lagi. Saya redha andai awak mahu lepaskan saya.”
Aku tahan perasaan. Cuba bertenang. Cari kekuatan yang tinggal suku sahaja lagi ni. Dan saat aku baru hendak melangkah pergi, Hazim memaut erat pinggangku. Seolah tidak mahu dilepaskan. Seolah tidak ingin berpisah. Seolah ingin kami bersatu. Jantungku berdegup kencang semula.
“Saya izinkan awak pergi Meem tapi...”
Dia menarik tubuhku agar menghadapnya. Aku hanya membiarkan sahaja. Mengikuti rentaknya. Aku terasa sungguh lemah.
“Saya tetap akan setia menanti awak Shameem. Sampai awak kembali semula ke sisi saya. Saya sayangkan awak dan bersyukur doa saya dimakbulkan ALLAH selama ini. Tiap hari saya berdoa minta disatukan hati kita berdua dalam satu ikatan yang halal. Buat solat Istikharah. Minta awak lah jodoh saya dunia akhirat. Hati ini tak dapat disangkal lagi. Sejak hari pertama kita bertemu saya memang dah jatuh cinta pandang pertama. Saya dapat rasakan yang awak cinta pertama saya. You are my first love Shameem,” bisik Hazim di telingaku. Romantis sekali. Lembut suaranya. Ada getaran di akhir perkataannya.
Merah padam wajahku. Malunya... aku pandang sekeliling. Mujurlah takde orang yang lalu lalang kat  sini. Kalau tak manalah aku nak sorok muka ni. Hazim ni pun satu. Tahulah dia tu pilot. Sampai nak buat confession pun dekat airport. Tengah orang ramai macam ni. Time aku terdesak nak keluar negara. Macamlah takde tempat lain yang romantik sikit. Taman bunga raya ke, muzium ke, zoo negara ke. Isy...
“Err, aa... apa... apa yang awak cakap ni. Isy, rimaslah.”
Aku menolak tubuh tegapnya. Malu-malu. Hazim mempamerkan senyumannya. Makin kacak pula aku tengok. Sungguh, aku tidak punya kekuatan untuk melihat senyuman itu lagi. Seolah ia punya kuasa yang mampu melemahkan semangatku.
“Tapi selama ni pandai awak simpan rahsia ya?”
“Rahsia apa?”
Adoi, kura-kura naik perahu, pura-pura buat tak tahu pula.
“Tak cakap pun yang awak ni pilot? Saya ingat awak ni kerja bisnes jual ayam dan itik kat kampung.”
Hazim mengerutkan dahinya. Kemudian tersengih.
“Ala, tak penting pun. Kalau awak nak fikir saya ni penternak ayam ke, itik ke, saya tak kisah. Kerja apa-apa pun boleh yang penting halal dan kita ikhlas. Rezeki yang Tuhan nak bagi tu semua kita kena terima. Buat apa nak bangga diri? Itu dah riak namanya.”
Tepat terkena batang hidungku. Hai, ni macam nak perli aku je.
“Jangan-jangan ada lagi rahsia awak tak cerita pada saya kan?”
Wajah Hazim terus berubah. Tapi sengaja aku buat-buat tak nampak. Aku menelek jam tangan Bonia di pergelangan. Lagi lima minit. Tiba-tiba aku rasa sebak. Kenapa pulak ni? aku rasa sedih ke tapi nak sedih kenapa? Aku pandang Hazim lama-lama. Dia pun begitu.
“I miss you so very much. I’ll wait for you.”
Tanpa perlu aku beritahu pun dia dah faham maksud pandangan tadi. Aku lega kerana sudah tidak sabar meninggalkannya. Mungkinkah ini pertemuan kami yang terakhir?
“Don’t miss me. It will make you hurt much more.”
“No, it won’t because I love you so much...”
Aku menggeleng perlahan. Kenapa dia ni degil sangat? Aku dah tak tau nak kata apa lagi.
“Saya akan tunggu sampai satu saat awak datang kembali pada saya dan ucapkan saya cintakan awak. Saya sedar saya tak boleh nak paksa awak jangan tinggalkan saya walaupun ikutkan saya berhak sebab awak isteri saya yang sah. Saya harap awak dapat ketenangan di sana nanti. Saya sayangkan awak Shameem.Tiada siapa lagi yang dapat memisahkan kita melainkan ALLAH. Melainkan Dia cabut nyawa saya. Masa tu cinta ini akan berkubur bersama buat selamanya. Tapi hati saya tetap untuk awak sampai bila-bila pun.
Aku terharu mendengar kata-katanya. Dulu dan kini aku masih tidak menyukai dirinya. Bagaimana saya harus paksa hati ini untuk terima awak Hazim? Hati saya masih terluka dengan perbuatan awak semalam. Mak awak pun tak restu saya jadi menantu dia. Saya pun tak suka mak awak. Macam mana saya nak yakin yang kita boleh hidup bahagia? Tapi kata-kata itu hanya bergema dalam hati sahaja. Tidak mampu aku ucapkan.
“Sampaikan salam saya pada Atai. I won’t be his babysitter anymore.”
Ya, aku masih tidak melupakan Haikal. Anak kecil yang aktif dan nakal itu. Sedikit sebanyak ada rindu yang bertamu di hati walaupun dia sudah banyak menyusahkanku selama ini. Entah bila agaknya aku dapat bertemu dengannya semula.
Hazim tersenyum mendengar kata-kataku.
Of course you won’t. Mungkin awak pun tak tahu kedudukan sebenar pasal Atai. Tapi takpelah, bila tiba masanya nanti awak akan tahu juga. Maafkan saya Meem. Saya tak berniat nak menyembunyikan apa-apa dari awak. Segalanya saya lakukan demi kebaikan Atai juga. Tapi satu hari nanti awak akan faham sendiri. Mungkin sekarang tidak. Dan saya tak mahu memaksa awak.
Aku menggigit bibir. Semakin tidak mengerti dengan maksud Hazim.
“Got to go now. Bye.”
Aku berpaling dan melangkah. Setapak dan dua tiga tapak. Come on. Janganlah menangis lagi. Be strong Shameem. Don’t cry... no, I won’t cry even a single tear. I don’t love him.
“Meem.
“Hmm... what again?”
Hazim tidak berkata apa. Sebaliknya dia menghulurkan satu kotak kecil yang siap berbalut dengan sampul hadiah warna merah. Comel sangat. Aku mengambilnya dengan teragak-agak. Apa kebenda ni? aku goncang kotak itu dekat di telinga. Takde bunyi dan sukar nak agak isi di dalamnya.
“Simpan elok-elok hadiah ni. Dah lama nak bagi awak tapi baru sekarang teringat. Take care of yourself.”
Aku tidak mampu berkata apa lagi. Mataku sudah bergenang. Untuk apa semua ni Hazim kalau ianya hanya menambahkan luka di hati kita.
“Je vais vous attend. Means, I will waiting for you.”
Bahasa Perancis itu lagi. Tapi kali ni aku faham sebab dia siap translate sekali. Takdelah macam dulu. Dia mengusap pipiku dengan lembut dan hati-hati. Aku terkedu. Tidak sempat nak elak lagi. Biar ajelah.
Hazim tidak lagi menunggu di situ. Dia berlalu pergi begitu sahaja. Citt... ingatkan nak tunggu sampai aku naik flight. Apa punya husband daa... aik, mengaku pulak dia husband aku.
Aku masih memerhatikan dirinya sehingga hilang di celah-celah orang ramai. Tubuhnya menghilang dari pandangan begitu sahaja. Tanpa sedar aku membisikkan namanya di dalam hati. Kenapa awak buat saya macam ni? kenapa saya bencikan awak? Kenapa awak suka saya? Kenapa saya tak boleh suka awak? Kenapa awak terlalu baik dengan saya? Kenapa kita mesti bersatu? Kenapa? Ah...
Terlalu banyak persoalan yang tidak mampu untuk aku jawab sekarang. Adakah aku akan mendapat jawapannya untuk beberapa tahun lagi? akhirnya aku membiarkan sahaja kesemua soalan itu tanpa jawapan yang pasti. Aku melangkah pergi tanpa menoleh lagi. Semua yang pahit aku tinggalkan jauh. Sejauh yang boleh.
When I think back on these times
And the dreams we left behind
I’ll be glad ‘cause I was blessed to get
To have you in my life
When I look back on these days
I’ll look and see your face        
You were right there for me

Aku tak sangka pulak Hazim suka lagu ni. Lagu ni memang lagu kegemaranku. Suka sangat dengan liriknya. Adakah perasaan Hazim sama yang dibayangkan seperti dalam lirik lagu ini?

In my dreams I’ll always see you soar
Above the sky
In my heart there will always be a place
For you for all my life
I’ll keep a part of you with me
And everywhere I am there you’ll be
And everywhere I am there you’ll be...             
Hazim telah menghadiahi aku sebentuk cincin yang bertahtakan berlian yang berbentuk hati. A piaget diamond ring. Nice one. Lawa... berkilau... memukau... em, mesti mahal ni. Memang standard aku pun. Suka yang mahal-mahal aje. Manalah Hazim dapat duit beli cincin mahal macam ni?
Ala, apa nak dihairankan? Dia kan pilot. Mesti banyak duit. Mati-mati aku ingat dia tu pemuda kampung yang kolot dan miskin. Tak sangka. Dia yang selalu aku hina dan kutuk habis-habisan akhirnya telah menjadi suamiku. Perasaan Hazim dah jelas dan dia sendiri mengaku sayangkan aku. Tapi aku pulak masih was-was dan ragu dengan ikatan ini.
Nota yang ditulis Hazim itu aku tatap lagi tanpa jemu. Lawa tulisan tangannya. Bersambung-sambung. Kemas je. Macam tulisan orang perempuan pun ada. Aku pun kalah ni. Penuh makna yang tersirat.
‘Sorry I have to give this precious ring not at the right moment. But I have to. Because I can’t keep this feeling anymore. I love you. -Hazim’
Siap dengan lirik lagu Faith Hill lagi. Aku tidak pernah menyangka yang Hazim seromantik ini. Nampak cool je selama ni. Macam tak peduli sangat hal orang. Tapi kenapa aku susah nak terima dia? Apa sebenarnya yang aku rasa tentang dia? He is perfect enough. For the first time I have to admit the truth. Hazim terlalu banyak rahsia. Selama ni aku dah kenal ramai lelaki kaya tapi semuanya ego dan berlagak. Kecuali Abang Zafri. Tapi aku dah mengecewakan perasaan dia pula. Kesiannya Abang Zafri.
Buat kesekian kalinya aku telah kalah. Kalah dengan ego sendiri. Cuma aku perlukan sedikit masa. Masa bagi mengubati luka di hatiku agar aku dapat melupakan kenangan pahit itu. mutiara jernih ini menitis jua. Aku pejamkan mata dan terlena.
Dalam lena aku bermimpikan Hazim yang berpakaian serba putih. Membawaku ke satu tempat yang sangat indah sambil berpimpin tangan. Saat itu aku berasa sungguh bahagia. Seolah aku tidak ingin tersedar lagi dari mimpi yang indah ini buat selamanya.

0 ulasan:

Post a Comment