Monday, January 23, 2012

Dia, Cinta Pertama

7

DUHAI malam  tiada bintang,
Menghiasi taman kasih ini,
Hanya aku sendirian,
tak berteman kesorangan,
Kekasihku, hanya aku yang memuja sisa cinta ini,
Seandainya ombak laut,
Surut lagi, aku pergi oh...

Aku bernyanyi-nyanyi mengikut melodi lagu Siti Nurhaliza. Suhu penghawa dingin dalam kereta sengaja aku kuatkan. Serta-merta melayang ingatan terhadap kejadian semalam yang menyakitkan hati.

Hazim... namanya melantun-lantun dalam fikiranku. Entah mengapa wajah dia juga yang aku ingat. Macam dah takde orang lain dah yang aku perlu ingat. Balik-balik muka mamat itu juga. Lepas tu mak si Hazim. Stereng kereta aku ramas dengan geram. Makin sakit hati ini mengingatkan orang tua mulut laser tu.

“Steady Shameem. Be cool. Lupakan je hal tu. Kau tak rugi apa pun. Sia-sia je hati kau sakit sorang-sorang. Diorang bukan tahu pun perasaan kau!” gumamku.

Pagi tadi sewaktu aku hendak ke firma sempat lagi Hazim menegurku. Nampak gaya macam dia belum pergi kerja lagi waktu itu. Hendak tak hendak sahaja aku membalas tegurannya itu. Sungguh aku merasakan rasa benci dan meluat bila melihat wajahnya makin menguasai hati.

“Dah nak pegi kerja dah ke?” sapa Hazim.

Aku merengus kasar. Pertanyaannya dibiar sepi.

“Awak masih marah saya lagi ke?”

“Taklah.”

“Dah tu?”

Aku terdiam. Kenapalah lelaki ini susah benar nak faham? Kalau dah aku malas nak layan tu maknanya aku masih marah lagi lah. Dah tunjuk terang-terang pun buat tak faham lagi. Memang dasar orang kampung!

“Saya nak cepat ni. Lain kali jelah kita borak.”

Hazim tersenyum sambil mengangguk. Terpana aku melihat senyumannya itu namun dengan pantas juga aku singkirkan rasa hati. Aku mengutuk diri sendiri. Mudah sungguh tertipu dengan paras rupanya yang kacak. Come on Shameem... janganlah cepat cair sangat. He’s someone fiancee okay!

“Drive carefully,” pesannya.

Aku mencebik. Meluatnya!!

**********

YA, BUAT apa aku nak ingat lagi? kan lebih bagus kalau aku lupakan. Mengingati Hazim dan emaknya hanya menambahkan panas hati ini sahaja. Aku harap aku dah tak jumpa lagi dengan orang tua itu. Minta-minta dia dah pulang semula ke kampungnya. Hai, susah jugak ya ada jiran jenis yang macam tu. Tak sedar dek untung langsung. Aku ni susah payah jadi pengasuh cucu dia. Sesuka hati je mengata aku macam-macam.

Hazim ni pun satu. Biar aje mak dia cakap aku macam-macam. Nak tunjuklah tu kau anak yang soleh. Lantak engkaulah Hazim. Lepas ni jangan haraplah aku nak jaga anak kau lagi. Biar padan dengan muka kau!
Hm... nak ke mana ya sekarang ni? nak balik rumah terus macam bosan je. Lamunanku terhenti. Aku menekan telefon bimbit sebaik ia berbunyi sambil memperlahankan volume radio.

“Helo.”

“Meem, kau kat mana tu?” suara Dina,sepupuku sayup-sayup di hujung talian.

“Aku ada kat sini,” jawabku dengan nada mengusik. Loyar buruk.

“Kau rasa-rasa ada macam nak kena piat telinga tak?”

Aku ketawa. “Nak, nak... dah lama tak kena piat telinga ni. Rindulah pulak.”

Dua-dua ketawa.

“Hei cepatlah. Aku serius ni. Kau ada kat mana?” ulang Dina.

“Baru keluar ofis. Ada apa kau call aku ni Na? Takde angin takde ribut,” aku menyoal.

“A’ah memang takde angin, puting beliung atau tsunami. Aku bosanlah. Ingat nak ajak kau teman aku pegi shopping kejap. Tapi kau ada kerja tak ni?”

Aik, macam faham-faham pulak si Dina ni. Hm, bagus jugak sebab aku pun memang tengah kebosanan jugak ni. Tambah pulak dengan rasa sakit hati yang tak hilang. Malas nak balik rumah lagi. Kalau aku balik confirm kena jaga Haikal.

Sorry ya bibik, nampaknya aku terpaksa menyusahkan bibik buat sementara waktu dulu. Tolong tengok-tengokkan Haikal bagi pihakku ya bik. Ini kalau Hazim tahu mesti dia mengamuk punya.

Lantaklah dia nak mengamuk ke, nak marah ke sebab aku peduli apa? Aku dah cakap awal-awal lagi yang aku dah malas nak jaga anak dia. Suruh dia hantar ke taska mana-mana ke. Tapi dia degil jugak nak hantar ke rumah aku.

“Helo? Meem?”

“Ya, ya, aku dengar ni. Aku free lepas ni.” lupa yang Dina masih di talian. He he...

“Sure ke ni?”

“Sure sayaanggg...” aku tertawa kecil.

“Okey, cantik. So kita jumpa kat tempat biasa eh. Midvalley.”

“Orait darling. Tapi kau kena belanja aku makan KFC dulu. Tiba-tiba kempunan nak makan ayam dengan cheesy wedges lah,” aku cuba membodeknya.

“Hai, ini kempunan ke atau nak melantak ni?” sengaja Dina mengusik.

“Ha ha... dua-dua kot. Boleh tak?”

“Boleh, kau punya pasal sampai ke Marikh pun aku sanggup.”

“Ait, ini perli ke apa?”

“Bukan perli lah. Kau kan satu-satunya cousin kesayangan aku, intan payung emas... berlian...” terdengar tawa halus sepupuku itu. Aku tersenyum.

“Lagi, lagi... nak dengar lagi.”

“Ala, sikit-sikit dah ler. Melebih-lebih pulak.”

“Hah yelah, ngada-ngada nak puji orang. Anyway, you really owe me something.”

“You mean?”

“Dah lupa ke aku temankan kau cari baju Farid aritu? So...” sengaja aku menekannya.

“So what?”

“Aiya, you forget ke? The treat.”

“Okey, okey. I’ve got that. KFC eh,” jawab Dina sambil tergelak-gelak.

“Ha tau pun. Bukan saje-saje tau aku suruh kau belanja.”

“Eii... tak malu mintak orang belanja. Sepupu sape ye?”

“Ala, sepupu dia lah. Sepupu sape lagi,” aku pula yang tergelak.

“Tak nak ngaku,” Dina galak mengusikku.

“Tak nak ngaku sudah. Make sure Farid takde sekali tau.”

“Kenapa kalau dia ada pun?”

“Yelah, masa ni jelah aku nak luang masa berdua dengan kau. Sebab lepas ni kita dah susah nak jumpa selalu. Aku baru dapat satu projek kat Kajang Perdana. Insya Allah, start awal bulan depan. Ini pun baru lepas submit proposal,” ujarku.

“Hm, yeke. Susahlah ek kita nak jumpa. Takpelah, aku harap kau dapat buat yang terbaik for the next project. Jangan risau Farid tak datang sebab dia outstation ke Bandung sampai Rabu ni.” beritahu Dina perihal tunangnya itu.

“Yeke, jauhnya.”

“Okeylah Meem. Apa-apa hal kita sambung balik borak lepas ni. Aku tengah drive ni. I’m on my way right now. See you there.”

“Okey, love you.”

“Love you too. Bye.”

Talian terus dimatikan. Aku terus memandu laju menuju ke destinasi seperti yang telah dijanjikan.

**********

“ABANG Zafri baru sampai pagi semalam.”

Aku mendongak memandang Dina dengan rasa tidak percaya.

“Really?”

“Yup.”

“Are you sure?”

“Damn sure. Tak percaya ke?” bersungguh Dina meyakinkan.

“No I mean... bukan ke Abang Zaf cakap hari tu dia ada masa setahun lagi nak habiskan pengajian dia kat France?”

“Bila dia cakap macam tu?”

“Dia ada email aku minggu lepas.”

“Oh, baru lagi tu. Entah Meem. Aku tak berapa sure sangat. Dia buat short course agaknya.”

Aku mengangguk faham.

“Tapi kenapa dia tak gitau aku pun yang dia dah balik Malaysia? At least contact lah aku. Mesej je pun takpe,” aku berkata perlahan.

“Sorrylah Meem. Maybe dia tak sengaja tu. Aku tengok sampai sini je dia bukannya duduk diam. Ke hulu ke hilir. Sibuknya mengalahkan menteri. Kalau aku tu mahunya ambik masa nak sesuaikan diri dengan perubahan masa kat sini.”

Dina mengeluh.

“Yang kita jumpa ni dia tahu ke tak?” aku menyoal lagi.

“Tak tahu pun. Sebab masa aku nak keluar dari rumah tadi aku tengok kereta abang aku dah takde. Lesap entah pergi mana. Jumpa kawan kot. Sebab sejak semalam lagi dia ada bagitau nak jumpa kawan-kawan dia kat Sanctuary Golf Club, tempat yang dia biasa lepak.”

Aku terdiam. Sebenarnya aku agak terasa dengan Abang Zafri yang tidak mahu langsung berjumpa denganku setibanya dari Perancis. Aku merupakan sepupunya yang paling rapat. Jadi tidak hairanlah kenapa aku berperasaan begini padanya. Sekurangnya dia telefon atau mesej saja. Aku bukannya kisah sangat pun yang penting aku tahu di mana dia berada. Kalau aku yang melakukan hal sama sebegini tahu pula dia marah. Kadangkala sampai dua tiga hari merajuk. Hanya semata-mata aku tidak memberitahu dia ke mana aku pergi.

“Hei, what’s wrong girl?”

Aku tersenyum hambar. Aku hanya main kuis sahaja kentang putar dalam pinggan. Mati seleraku.

“Dah, dah. Tak kuasa aku nak tengok muka monyok kau tu. Elok-elok lawa terus jadi tak lawa tau. Karang aku tak jadi belanja kau KFC baru tau. Terus aku claim balik duit dari kau,” usik Dina. Dia cuba menceriakan hatiku.

Aku menjegilkan mata. “Claim balik? Eii... teruknya perangai. Buruk siku!”

Dina tersengih sahaja.

“Siapa suruh kau masam muka depan aku.”

“Yelah, aku senyumlah ni. Dina, thanks ye dah belanja aku makan.”

Dia angguk kepala.

“Nanti aku suruh Abang Zaf jumpa kau ya,” pujuk Dina.

“Betul ke ni?” aku menjadi teruja.

Dia angguk lagi. Aku tersenyum lebar. Hatiku kembali riang.

0 ulasan:

Post a Comment