Monday, January 23, 2012

Dia, Cinta Pertama


10

AKU mengesat peluh yang menitik dengan hujung lengan bajuku. Cuti hujung minggu ini aku telah mengambil kesempatan untuk berjoging dan bersenam di taman berdekatan dengan rumah. Aku hanya mengenakan top merah jambu lalu disarungkan sweater Adidas hijau berjalur kuning dengan seluar warna sedondon. Rambut ikal aku sanggulkan kemudian menyarung topi jenama Nike. Jika diikutkan pagi-pagi begini aku selalunya masih lagi di atas katil. Dengan bertemankan mimpi-mimpi indah.

Hmm... mimpi indah ke? Yang sebenarnya bukan mimpi indah. Mimpi ngeri lagi adalah. Aku tidak sedar sejak bila aku terlena di atas karpet semalam dengan tangan kiri yang memegang erat telefon bimbit. Mungkin selepas aku berbual lama dengan mama semalam. Entah macam mana lah boleh tak sedar lepas tu. Siap mimpikan si Hazim pulak tu. Kami sedang berlari di tepi tasik, berpegangan tangan dan... bergelak ketawa dengan suasana senja yang penuh romantis.

Gila! Mimpi mengarut betul semua tu. Loya tekak aku mengingatkan mimpi ngeri itu. Rasa macam hendak termuntah pun ada apatah lagi membayangkan aku berpegangan tangan dengan pemuda kampung kolot itu. Minta-minta dijauhkanlah!

Nampaknya hari ini aku terpaksa lah berkorban. Semuanya gara-gara teringat dengan kata-kata teman satu pejabat ketika di ofis minggu lalu.

“You ni Meem, I nampak dah lainlah.” Tegur Vivian Lim.

“Lain? Lain macam mana tu maksud you Vee?”

Tumpuanku yang sedang leka melakar pelan terus terganggu. Aku pandang muka Vivian Lim dengan hairan.

“Yelah, lainlah sebab you nampak dah ‘cute’ sikit,” jawab wanita Cina itu sambil tersenyum-senyum. Comel je mukanya bila senyum begitu.

“What?” aku terkejut. Fahamlah walaupun dia menggunakan bahasa kiasan.

“Eh, Syam. Hang tengok aku ni dah gemok ke?!”

Aku bertanya pula pada Risyam yang mejanya menghadap meja kami berdua. Pemuda yang berasal dari Penang itu segera menoleh ke arahku dengan muka blur. Dia ni dengar ke tidak ni?

“Hang pi tengok kat cermin tu sendiri lah,” jawabnya dengan loghat utara yang pekat. Digelengkan kepalanya berulang kali.

Aku mencebik. Kurang mesra alam betul lah mamat ni. Tanya sikit je nak mengamuk. Tahulah tengah ada kerja. Takkan tak boleh luang masa sikit kot? Aku mengerling ke arah Risyam yang kembali menumpukan dirinya pada kertas pelannya. Hm, tapi takpelah Syam. Bagus jugak firma papa ni ada pekerja yang berdedikasi macam kau. Rajin dan bersemangat. Boleh lah jadi pekerja contoh lepas ni.

“Betul ke ni Vee? Betul ke I ni dah gemuk? Tapi I rasa macam biasa je. Takkanlah lepas makan KFC dengan Dina hari tu berat badan I naik mendadak,” aku masih tidak puas hati. Vivian Lim terus tergelak sebaik mendengar rungutanku itu.

Tetapi jika ikutkan memang badan aku ini dalam kategori yang senang nak naik jika tidak menjaganya dengan betul. Aku hendak dibandingkan masa zaman persekolahan dengan dewasa ini memang jauh berbeza. Masa sekolah dahulu aku ini seorang yang kurus sahaja. Sekarang aje yang berisi sikit. Namun sesuailah dengan ketinggianku 5 kaki 5 inci. Sekurangnya aku bersyukur sebab berada dalam kategori yang tinggi. Jadi tidaklah nampak comel sangat. Tetapi risau juga jika terlebih-lebih isinya. Inilah akibatnya terlalu malas hendak bersenam. Nampaknya impian nak memiliki bentuk badan idaman iaitu 36-24-36 inci hanya tinggal angan-angan sahaja.

Mana nak tercapainya impian itu kalau aku masih berada di takuk lama. Tahunya makan tidur sahaja. Tambah lagi dengan masakan bibik yang menyelerakan itu. Masakan style Jawa sebab bibik memang ada keturunan Jawa pun. Tak sah kalau tak tambah dua pinggan. Kadang-kadang melantak sampai mahu tiga pinggan. Ha ha!

Nak harapkan aku masak sendiri jangan haraplah. Itu yang papa selalu bising. Takut sangat kalau anak daranya tak laku. Takde lelaki yang berminat nak masuk meminang nanti.
Mungkin selama ini papa terlalu memanjakan aku. Itu yang aku jadi pemalas sampai sekarang. Tapi aku sedikit pun tak kisah memandangkan aku masih tiada keinginan untuk berumahtangga dalam masa terdekat ini. Lagipun benda itu semua boleh belajar.

“I rasa you kena ubah cara you lah Meem. I mean ke arah cara hidup yang lebih sihat,” kata Vivian Lim.

“Tapi I rasa sihat je.” Aku menyangkal. Setakat ini aku rasa bersyukur kerana masih lagi sihat tubuh badan. Tiada cacat celanya. 

“Memanglah you rasa diri you tu sihat. Tapi you tak tahu dalaman you tu macam mana. Husband I doktor. So I tahulah sikit-sikit pasal kesihatan ni. Kalau tak jaga dari sekarang susahlah you nanti,” nasihatnya.

Aku terkedu.

“Pagi-pagi I ada ambik supplement vitamin. Evening Primrose, minyak ikan kod, Biolife... tak cukup lagi ke semua tu?”

“Tak jugak. Benda tu semua hanya nak melengkapkan apa yang kurang dalam tubuh badan kita ni. Macam ‘Ginkgo Biloba’ ni khasiatnya untuk melancarkan perjalanan darah dalam badan. Kena banyakkan bersenam. Pagi-pagi exercise dengan joging ke apa ke. Ini tidak. Kalau I call you asyik baru bangun tidur je macam mana badan tu tak gemuk?” perli Vivian Lim.

Tepat mengena batang hidungku. Aku menjeling tajam Risyam yang terkekek ketawa mendengar kata-kata Vivian Lim itu. Mamat ni pasang telinga jugak rupanya. Tapi aku tak marah pun sebab memang betul apa yang dikatakan oleh Vivian itu. Aku mengeluh perlahan.

“Tengok macam I ni. Dah tua-tua macam ni pun badan masih fit lagi mengalahkan anak dara. Sebabnya I selalu pergi gym. Kadang-kadang ambik masa berjoging and then wall climbing bersama husband dan anak-anak I. Family I ni memang gila bersukan. Suka sesuatu yang adventure. Mendaki gunung lah apalah. You cakap je gunung apa...”

“Mountain Dew?” Risyam menyampuk.

Aku mengekek ketawa. Vivian Lim menjegilkan anak matanya.

“Sorry, sorry... haiya, I gurau ja.” Risyam meneruskan tawanya yang masih bersisa. Hai, ada-ada je!

“Semua kitorang dah pergi. Siap ada kelab lagi tau. Maybe next year kitorang plan nak pegi USA pulak. Kalau you nak join sekali pun takpe. Ada masa kita pergi mendaki Gunung Kinabalu nak tak?” Vivian Lim meneruskan kata dengan penuh semangat.

Aku menjadi teruja tiba-tiba. Mendaki gunung? Wah... syok jugak tu!

“Yeke, boleh jugak kalau I nak join sekali. Dah lama I tak pegi kat tempat-tempat adventure macam tu. Asyik shopping je. Buat benda yang sama pun boring jugak. I rasa nak ubah angin lah kali ni,” aku tersengih.

“Oh, oraitlah tu. Nanti bila dah betul-betul confirm I inform you tau. I kena discuss dengan my husband dulu macam mana. Kalau you ikut sekali lagi best tau Meem,” Vivian Lim mempamerkan senyuman manisnya.

“Cantik, but make sure after settle our project kat Kajang tu ye,” aku sudah tidak sabar-sabar lagi.

Di fikiranku membayangkan pemandangan indah dan kehijauan flora dan fauna di Gunung Kinabalu. Sebenarnya aku pernah ke sana beberapa tahun yang lalu. Iaitu semasa aku masih di dalam pengajianku di USM dahulu. Bidang Landskap inilah yang telah membawaku ke sana dan serata tempat bagi tujuan penyelidikan dan mencari idea-idea baru dalam merekacipta landskap. Gabungan antara teknologi sains dan seni menghasilkan satu nilai artistik yang mengagumkan. Manalah tahu percutianku kali ini bakal memberi ilham padaku untuk mengembangkan lagi idea landskap bagi projek mendatang. Papa mesti bangga dengan idea-idea baru aku nanti.

“Hai, I betul-betul dah tak sabar nak pegi sana ni Vee. Kalau I nak ajak cousin I sekali boleh tak?”

Vivian Lim tersenyum lagi.       

“Sure, why not? The more the merrier right.”

Aku angguk kepala. Di fikiranku terbayang wajah Dina. Tapi itupun kalau Dina tak sibuk. Alamak... lupa pula aku yang Dina sedang sibuk melakukan persiapan majlis kahwinnya dengan Farid tak lama lagi. Bila dihitung-hitungkan tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Dengar macam lama. Tapi pejam celik pejam celik dah sampai due date nya. Confirm Dina tak sempatnya nak bercuti bersama-sama aku. Habis, aku nak ajak siapa lagi?

Ah, takpelah. Aku tanya Dina dulu dia boleh ke tidak ikut aku sekali ke Sabah. Itupun kalau Farid tak banyak songeh. Takpun kalau tak boleh aku ajak je Abang Zafri. Abang Zafri mesti confirm nak ikutnya. Habis cerita. Aku tersenyum sendirian.

**********

“TAK sangka kan, kita boleh jumpa kat sini pulak.”

Teguran itu memeranjatkan aku. Lantas aku berpaling. Aku mengerutkan dahi sebaik melihat lelaki bertubuh tinggi lampai itu melabuhkan punggungnya bersebelahan denganku. Aku mengengsot sedikit kerana bersentuhan dengan bahunya. Dia tersenyum nipis.

“Awak buat apa kat sini?” aku menyoal.

Sedaya upaya aku cuba mengawal suara agar tidak kedengaran janggal. Sibuk je. Orang joging kat sini, dia pun nak joging kat sini jugak. Macam lah kat KL ni dah takde tempat lain nak exercise. Yang pasti kini aku berasa cukup tidak selesa bila berada di sampingnya. Kehadirannya sentiasa meresahkan jiwa. Jantungku berdegup tidak sekata. Apakah maknanya semua ini? Mungkin perasaan aku yang amat tidak menyukai dirinya yang menyebabkan aku begini.

“Joging sama macam awak jugak. Kenapa? Tak boleh ke?” ujarnya bersahaja. Dia menanggalkan earphonenya.

Aku mengeluh.

“Bukan tak boleh.”

Entah kenapa aku masih lagi tidak mampu untuk bercakap baik-baik dengan Hazim. Wajahnya yang tenang itu aku pandang dengan rasa benci, meluat dan menyampah. Seolah aku berasa sungguh jijik tatkala terpandang dirinya itu. Mana mungkin aku bisa melupakan peristiwa beberapa hari lalu. Kerana dia lah aku kini mempunyai dua musuh ketat. Emaknya dan juga Sheila. Walaupun lelaki itu tidak bersalah dalam hal tersebut, namun aku masih tetap membencinya. Jika tiada lelaki yang bernama Hazim ini muncul dalam hidup mungkin aku tenang menjalani hari-hariku.

“Meem masih marahkan saya lagi ke?” tanya Hazim tenang.

Merah mukaku menahan rasa. Anehnya, lelaki ini kelihatan sungguh tenang. Ilmu apa yang dia pakai? Minta-mintalah Tuhan menguatkan hati dari cair dengan lelaki ini.

“Taklah,” aku menjawab ringkas.

“Habis tu kalau tak marah kenapa masih nak layan saya macam ni?”

“Layan yang macam mana?” aku merengus kasar.

“Macam tak ikhlas je. Besar sangat ke kesalahan saya ni? saya harap Meem dapat maafkan saya dan berbaik macam dulu semula. Lagipun buat apa kita nak panjangkan lagi hal ni. Saya tak mahu Meem rasa tertekan dengan saya. Sheila tu memang perangainya macam tu. Saya harap Meem tak ambil hati dengan kata-kata dia tempoh hari.” Hazim bersuara lembut. Gaya macam hendak memujuk sahaja.

Aku ketawa sinis. Seperti sedang mengejeknya. Lucu sungguh mendengar permintaan Hazim yang aku rasakan mengarut dan tidak masuk akal itu.

“Kenapa Meem ketawa? Saya tak main-main.” Ujar Hazim.

“Oh, nak berbaik ya? Ada hati rupanya awak nak berbaik dengan saya. Awak ingat senang ke nak beli hati saya supaya sewenangnya maafkan kesalahan mak dan tunang awak tu kemudian terima awak sebagai jiran? Heh, silap besarlah Hazim. Eh, awak sedar tak awak tu sape nak berkawan dengan saya? Dasar penternak ayam tak sedar diri!” aku mencemuhnya.

Sungguh hina sekali aku memandang dirinya. Jolokan ‘si penternak ayam’ itu sudah lekat buatnya. Memang sesuai sangat. Padanlah dengan gayanya yang langsung tidak bergaya itu. Biar dia rasa. Betapa pedihnya hati ini ketika emaknya seenaknya mengata aku ini sebagai anak Tan Sri yang sombong. Dia dan emaknya sama je. Jangan-jangan dia memang sengaja pelawa aku makan malam di rumahnya tempoh hari semata-mata untuk mengenakan aku. Aku tidak mahu mempercayai kebaikan lelaki itu lagi. Setiap kata-katanya hanya menambahkan rasa benciku terhadapnya.

“Meem, sampai begitu sekali ke benci awak pada saya?” wajahnya berubah.

Barangkali agak terkejut dengan bahasa kasar yang aku gunakan. Suaranya yang sayu tidak sedikitpun melunturkan keras hatiku.

“Memang! saya memang bencikan awak Hazim. Bukan setakat benci, tapi menyampah dengan awak yang kononnya pura-pura baik depan semua orang. Semua orang kat sini fikir saya ni jahat. Tapi awak pulak dipuja melambung sampai papa saya pun terpedaya dengan lakonan awak. Pelik betul kan. Saya disalahkan dan dituduh hanya kerana awak. Awak tak rasa malu ke bila hantar anak awak untuk saya jaga? Awak rasa saya ni layak ke jadi pengasuh anak awak sedangkan awak sendiri tahu saya ni anak Tan Sri? Hm?”

Hazim tertunduk tidak berkata apa. Aku pula tidak langsung menunjukkan rasa bersalah akibat kata-kata lancang itu. Lantak engkaulah nak fikir apa pun.

“Tak payah lah awak nak buang masa dengan melutut dan merayu depan saya. Saya dah kenal siapa awak yang sebenarnya Hazim. Perangai awak dengan tunang awak si Sheila tu sama je dua kali lima. Tak padan dengan miskin tapi berlagak macam orang kaya. Sedar-sedarlah diri tu sikit. Cerminkan diri tu dulu sebelum nak berkawan dengan orang macam saya. Saya ni bukannya taraf awak!” aku mengejeknya sinis.

“Janganlah macam ni Meem...”     

“Awak ni memang tak faham ke atau buat-buat tak reti apa yang saya cakap tadi? ataupun telinga awak tu dah pekak? Nak saya cakap macam mana lagi nak buat awak ni faham?”

“Saya tahu saya salah. Salah sangat-sangat pada awak. Saya dah janji tak nak susahkan awak lagi. Tapi saya mohon supaya awak dapat maafkan saya.” Dia masih cuba memujukku.

“Maaf? Awak nak mintak saya maafkan? Baik, saya maafkan. Tapi saya harap lepas ni awak janganlah tunjuk muka depan saya lagi. Sebab saya rasa jijik sangat nak pandang muka awak tu. Kalau boleh awak cepat-cepatlah pindah ke tempat lain. Berambus dari sini. Hidup tahu menyusahkan orang je!”

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menyambung kembali kata-kata amarahku padanya.

“Terus-terang saya cakaplah... dulu masa mula-mula saya baru nak kenal awak, saya memang suka lah jugak sikit dengan perangai awak Hazim. Muka nampak baik je. Innocent lah katakan... tapi sekarang ni baru saya sedar siapa awak yang sebenarnya Hazim. Memang silap besarlah perasaan saya dulu tu. Sekarang ni dan sampai bila-bila pun saya takkan sesekali bodohkan diri sendiri untuk menyukai lelaki macam awak Hazim!”

Tanpa menunggu lama, aku terus berdiri. Hazim tergamam. Aku mengerling nya tajam dan berlari meninggalkannya.

“Meem!” panggilan lelaki itu tidak aku hiraukan.

“Shameem!”

Isy... takde perasaan langsung ke dia ni? aku dah sumpah seranah dia macam-macam pun ada hati nak panggil-panggil aku lagi. Apa lagi yang penternak ayam ni nak? Ke dia tak faham bahasa...

Dan tanpa diduga juga kaki aku telah tersadung sebiji batu besar yang aku sendiri tidak perasan sewaktu berpaling ke arahnya tadi.

Bedebukk!!

0 ulasan:

Post a Comment