Monday, January 23, 2012

Dia, Cinta Pertama


6

“HISY... Menyesal betul aku datang. Kalau aku tahu makcik tua tu macam tu, jangan haraplah aku nak jejak kaki ke rumah ni. Mulut laser mengalahkan nenek kebayan!” kutuk aku sepuas hati.

Aku menyental sekuat hati baju-T yang aku pakai. Kesan sambal yang terkena itu aku cuci dengan sabun basuh pinggan. Rasa geram memikirkan mulut lancang Mak Saodah tadi. Ikutkan kalau Hazim dengan Pak Samad takde tadi memang dah lama aku tampar mulut perempuan tua tak sedar diri tu. Kau fikir muka kau tu cantik sangat ke? Perasan macam Sarimah konon...

Patutlah sejak dari mula-mula aku sampai tadi lagi nampak tengok aku semacam je. Macam nak telan aku hidup-hidup. Kalau aku tahu lebih baik aku lepak je kat rumah dan makan megi. Lagi senang hidup aku. Makcik tua kerepot tu dengan cucu dia perangai sama je. Dua-dua tahunya menyusahkan aku je.

“Fuhh... nasib baik hilang kesan ni. Kalau tak sia-sia je aku beli mahal-mahal baju ni.”
Aku menghela nafas lega.

“Apa tak betul ke saya cakap ni bang?!” suara Mak Saodah jelas kedengaran walaupun tidak berapa kuat.

Aku mengerutkan dahi tidak faham butir-butir percakapan mereka. Langkah aku terpaku di tepi dinding. Cepat-cepat aku menyorok dan mula pasang telinga.

“Yalah, tapi tak patut awak layan dia macam tu tadi. Saya tengok budak tu takde apa pun. Awak yang mulakan dulu kan.” Jawab Pak Samad.

“Huh, balik-balik saya jugak yang dipersalahkan. Budak perempuan tu memang kurang ajar. Boleh dia melawan saya balik tadi? berani betul budak-budak sekarang ni. langsung takde rasa hormat pada orang tua. Lain kali mak tak izinkan kau hantar Haikal suruh dia jaga Hazim.”

“Mak, janganlah macam ni. Hazim kan baru je pindah sini. Banyak lagi perkara yang Hazim nak kena uruskan. Kerja lagi. mak kenalah faham situasi Hazim sekarang. Bukan senang nak cari pengasuh Haikal yang baru. Hazim bernasib baik sebab Meem sudi tolong Hazim ni mak walaupun dia sibuk dengan kerja dia,” kata Hazim separuh memujuk.

“Jangan-jangan tolong ada makna lah tu!” tuduh Mak Saodah.

“Eh, apa kena awak ni Adah? Elok sangat ke tuduh orang lain macam tu,” marah Pak Samad.

“Yelah, sebab dia ada hati dengan si Hazim tu yang beria sangat nak tolong. Eh, saya ni kan memang tak hingin tau nak jadikan perempuan jenis macam tu sebagai menantu saya. Awak tengoklah pakaian dia tu macam mana? Dengan baju ketat macam tu. Tak pakai tudung. Itu baru tengok luaran. Perangai pun kurang ajar. Kalau depan kita berani tunjuk macam tu agaknya kat luar tu lagi teruk. Mak memang tak suka kau nak berkawan dengan dia Hazim!”

Aku tersentak dengan hinaan Mak Saodah. Terasa diriku saat ini begitu terhina sekali. Diperlakukan seperti tiada maruah. Tubuhku menggigil menahan amarah.

“Mak, Hazim rasa Meem takdelah seteruk yang disangka. Setakat Hazim kenal dia sebagai jiran tak pernah pun lagi timbul masalah. Uncle Rasid pun baik orangnya.” Sangkal Hazim.

Aku tergamam. Hazim benar-benar bersangka baik denganku walaupun sebelum ini aku sering mengeluarkan kata-kata yang tidak elok padanya. Aku begitu angkuh dengannya hanya kerana aku ini anak orang kenamaan.

Mengapa Hazim terlalu baik denganku? Aku betul-betul tidak menyukai situasi ini. Situasi di mana Hazim melayaniku dengan baik. Hazim sepatutnya berterus-terang sahaja dengan emaknya itu. Kalau nak kata aku ni perempuan mulut jahat sekalipun aku tak kisah. Buat apa dia nak susah payah membela perempuan jenis macam aku?

“Kau baru je kenal dia Hazim. Mana kau tahu dia baik? Dia nak banding dengan Sheila memang jauh berbeza. Sheila tu pandai jugak nak hormatkan mak. Mana pernah dia cakap kurang ajar dengan mak. Perangai pun elok. Sopan-santun pulak tu.”

Aku menjegilkan anak mata. Sopan-santun kau cakap? Mak Saodah ni biar betul. Ke Sheila lain yang dimaksudkan. Aku rasa aku tak salah orang kot. Sheila si tunang Hazim tu punyalah seksi bagai nak rak. Dah lah tu menggedik habis. Menyampah aku tengok.

“Hah, bagus sangatlah tu bakal menantu kesayangan awak tu. Awak belum kenal lagi Sheila tu siapa Adah. Kalau awak tahu nanti mesti awak akan menyesal dengan kata-kata awak sekarang ni,” perli Pak Samad.

Aku tersenyum sinis.

“Apa yang tak bagusnya dengan anak Haji Hasyim tu bang? Mak dia ustazah. Bapak dia Tuan Haji. Sheila tu memang baik budaknya. Elok je bertudung. Cakap pun lemah-lembut. Kan lagi manis macam tu. Sejuk sikit mata saya ni nak pandang. Perempuan jenis macam tulah yang sesuai dijadikan menantu bang.”

Hazim terdiam. Aku rasa dia mungkin tak sampai hati nak bagitahu kat mak dia pasal Sheila yang sebenarnya. Mahu pengsan gamaknya kalau Mak Saodah tengok diri Sheila yang begitu ‘rugged’ ketika di KL. Aku boleh agak yang perempuan jenis macam itu ‘talam dua muka’. Di kampung lain, di bandar lain. Depan mak bapak lain cerita lah. Aku walaupun begini tetapi sekurang-kurangnya aku tidak hipokrit!

“Dah lah tu mak. Nanti Meem dengar pulak...” pujuk Hazim.

“Biarlah dia nak dengar pun. Lagi bagus kalau dia dengar. Kau dengar sini Hazim. Lepas ni kau tak payah hantar lagi Haikal pada perempuan tak guna tu. Mak takut nanti dia buat apa-apa kat Haikal. Biar mak aje yang jaga. Silap hari bulan dengan kau sekali dia guna-gunakan.”

“Astaghfirullah hal azim... Adah, awak sedar tak apa yang awak cakap ni? bawaklah mengucap sikit!” Pak Samad gagal mengawal suaranya. Aku juga terkejut dengan kata-kata Mak Saodah yang bagiku sungguh keterlaluan.

“Tapi mak, Hazim tak mahu tinggal berjauhan dengan Haikal mak...”

“Adah, biar ajelah Haikal dengan Hazim ni. Awak jugak yang suruh Hazim bertanggungjawab sepenuhnya pada Haikal kan dulu. Sekarang ni awak nak bawak budak ni balik. Haikal tu mana mahu berpisah dengan Hazim,” kata Pak Samad tegas.

Bertanggungjawab sepenuhnya? Aku mengerutkan dahi. Dah memang Hazim tu bapak si Haikal. Tanggungjawab kan dah semestinya dipikul pada bahu Hazim. Apa maksud semua ni?

“Saya tahu bang. Tapi saya tak nak benda buruk terjadi jugak pada Hazim. Macam yang berlaku pada Razif dulu...” Mak Saodah mula sebak.

“Benda dah lama tu biarlah berlalu mak. Hazim dah janji nak jaga Haikal sampai bila-bila pun. Haikal dah memang tanggungjawab Hazim. Pemergian Abang Long takde kena-mengena dengan hal ni. Dah lah mak, kita lupakan je benda lama tu...”

Aku menjadi tertanya-tanya. Terlalu banyak persoalan yang bermain di fikiran saat ini. Diri Hazim sendiri yang seolah-olah tersimpan seribu satu rahsia. Terasa berat kaki hendak melangkah ke ruang makan. Hatiku sungguh sakit. Aku tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan mereka. Terutamanya Mak Saodah. Lebih-lebih lagi dengan tuduhan melampaunya terhadapku.

“Eh, lama pulak si Meem ni. Dia buat apa kat dapur tu lama-lama?” tanya Pak Samad.

Aku lekas-lekas mengatur langkah. Tiba-tiba tanganku ditarik. Menyirap darahku. Rasanya sejak dari tadi aku sorang je kat dapur ni. Takde pulak aku nampak sesiapa di sini selain aku. Aku menoleh. Lah... Haikal rupanya.

“Auntie, Atai nak air.”

“Isy, kau ni... pegilah amik sendiri!”

Menyibuk aje budak kecik ni. Aku dah lah tengah nak pasang telinga tadi. Entah bila agaknya budak ni tiba-tiba muncul kat sini.

“Nak air!” tempik Haikal.

Cepat-cepat aku menekup mulut Haikal.

“Syy... diamlah sikit. Yelah, aku pegi amik kan.”

**********

“MEEM, awak dengar ke tadi?”

“Dengar apa?”

“Yang mak saya cakap tadi. Awak dengar ke?” ulang Hazim.

Aku menggigit bibir. Tidak keruan rasanya. Lebih lagi bila dia tenung aku macam tu. Terasa tenungan tajamnya menembusi mataku sehingga membuat hatiku berdebar-debar.

“Kalau dengar pun apa yang boleh saya buat? Awak nak ke saya pegi tampar mulut mak awak yang lancang tu? hm?”

Wajah Hazim terus berubah merah padam.

“Saya nak mintak maaf bagi pihak mak saya. Saya tahu awak kecik hati dengan kata-kata mak saya. Tapi dia cuma salah faham je.”

Aku tersenyum sinis.

“Salah faham awak cakap Hazim. Dia tu sape nak nilai saya sesuka hati? Awak pegi bagitau kat mak awak tu, saya takde hati langsung nak goda anak dia. Lebih lagi tunang orang. Jauh sekali mengidam nak jadi menantu dia. Saya lebih rela tak kawin sampai ke tua dari jadi menantu dia!”

Aku melangkah masuk ke dalam rumah dengan hati membengkak. Sempat Hazim memaut pergelangan tanganku. Aku tersentak.

“Sheila tu... saya tak pernah ada hati kat dia pun selama ni. Mak saya yang paksa saya bertunang dengan dia,” kata Hazim.

“So what?!” aku menepis kasar tangannya.

“Meem...”

“Apa sebab awak cerita semua ni kat saya? Itu masalah awaklah. Tanggung sendiri. Saya peduli apa?”

Melihat wajahnya cukup membuatkan aku sakit hati. Walaupun yang buat salah adalah emaknya, tetapi aku berasa marah juga dengan Hazim. Mereka dua beranak sama je!

“Saya tahu, tapi saya harap awak tak marah lagi. Hati saya jadi tak tenang lah. Entah lah...” Hazim bersuara perlahan. Keruh sekali air mukanya.

Aku terdiam. Serba salah juga kerana melayaninya dengan kasar.

“Saya tak faham lah dengan awak ni Hazim. Dah lah, awak pegi balik ambik air sembahyang dan terus solat. Mungkin dengan cara tu hati awak jadi tenang,” bukan niat aku hendak memerlinya. Tetapi itu je cara paling terbaik yang mampu aku fikirkan.

“Meem, saya...”

“Macam nilah Hazim. Awak balik lah dulu. Lagipun apa pulak kata mak ayah awak, jiran-jiran semua kalau nampak kita berdua-duaan malam-malam macam ni. Dah lewat sangat ni. Takut mereka fikir apa pulak nanti. Papa saya pun takde kat rumah sekarang ni. Lagilah tak manis kan. Esok-esok jelah kita sambung. Walaupun saya ni orang bandar tapi saya masih tahu lagi jaga diri. Bukannya macam setengah orang kampung yang tak sedar diri berlagak tak bertempat!”

Tanpa sempat Hazim bersuara lagi aku terus menghempas kuat pintu rumah...

0 ulasan:

Post a Comment