Thursday, January 26, 2012

Dia, Cinta Pertama


12

AKU menemani Abang Zafri ke Sanctuary Golf Club bagi urusan tidak rasmi dengan beberapa orang kenalan bisnesnya. Selain untuk menemaninya melepak di situ dan meluangkan masa yang ada selepas kerja, aku juga punya agenda tersendiri. Meninjau keadaan di situ juga turut membolehkan aku mencari seberapa banyak ilham bagi rekaan landskap untuk projek mendatang.  

Hari ini aku tidak perlu menjaga Haikal kerana Hazim ada di rumahnya. Dapatlah aku ambil masa untuk diri sendiri pula.

“Hari ni tak nak try main golf ke?”

Pandangan aku dihalakan ke arah Abang Zafri yang berjalan seiringan denganku.

“Nak kena ambik mood dulu lah Meem. Lepas meeting tadi fikiran abang ni masih tengah berat lagi dengan hal bisnes.”

Aku mencebik. Alah, saje bagi alasan lah ni...

“Eleh, kalau malas nak main cakap ajelah terus-terang. Tak payah nak alasan bagai.”

Abang Zafri ketawa. “Takde mood dengan malas tu lain kan?”

“Ada-ada jelah abang ni. Tapi kalau Meem lah kan, Meem lagi suka main bowling dari golf ni. golf tak pernah cuba main lagi.”

“Tak nak belajar?” Abang Zafri angkat kening kanan.

Aku sekadar jungkit bahu sahaja. Tak minat. Itulah alasan terbaik boleh aku katakan. Kalau dah tak minat langsung tu tak boleh buat apalah kan. Lainlah kalau main sesuatu permainan yang aku memang suka. Tak payah ajak pun aku sendiri yang sakan nak main.


“Abang Zaf memang selalu datang sini kan?” aku menyoal.

Abang Zafri mengangguk. Dia mengecilkan sedikit mata akibat terkena panahan sinaran matahari yang terik itu.

“Jom Meem kita duduk kat sana dulu.” Abang Zafri mengunjukkan ke arah sebuah cafe yang terletak tidak jauh dari situ.

Aku mengekori langkah abang sepupuku itu. Sejenak langkahku terhenti di satu tempat yang ada menarik pandangan mataku. Tenang sahaja tempat itu. Dengan gaya bersahaja aku menekan punat kamera digital Nikon. Abang Zafri berpaling sambil mengerutkan dahi.

“Kenapa?”

“Ambil gambar tempat ni kejap. Nampak unik dengan sculpture kat tengah-tengah. Agak pelik sikit sebab tak tahu apa motif designer ni letak arca kat sini. Not so sure, but maybe as to enhance the sense of welcoming here which has been attracted by the vivid color of its groundcovers,” aku menganalisa nya.

“Hm... yeke?”

Kedua kening Abang Zafri diangkat. Tidak pasti lah dia faham atau tidak.

“Yup, really nice.” Aku berkata sendiri.

“Meem, Meem... tak habis-habis dengan gambar. Kenapa tak jadi photographer je kalau dah suka sangat bergambar?” sindir Abang Zafri.

“Ala, dah memang Meem minat nak buat macam mana. Dua-dua bidang ni saling berkait rapat. Lagipun buat apa Meem jadi pereka landskap kalau tak perlu ambik gambar? Ini semua untuk rujukan Meem jugak nanti.”

Tanpa mengendahkan pandangan lelaki itu aku menekan beberapa kali punat kamera. Sesekali aku menghala kan lensa kamera ke arah Abang Zafri. Sempat lagi dia membuat gayanya yang tersendiri. Aku tertawa. Nampak ‘cool’ betul abang sepupuku itu.

Abang Zafri aku lihat tersenyum sahaja. Entah apa agaknya yang difikirkannya. Aku menarik lengan Abang Zafri. Dia mengerutkan dahi tidak mengerti. Kamera Nikon aku hulurkan padanya.

“Tolong ambik gambar Meem kat sini boleh?”

Abang Zafri menggeleng kepala melihat kerenahku.

“Saje lah tu jadikan kerja sebagai alasan. Sebenarnya dia yang suka bergambar. Suka posing kan?” usik Abang Zafri.

“Alah, abang ni. Sporting lah sikit!” aku memuncung.

Abang Zafri ketawa besar.

“Okey, okey. Meem ni tak boleh nak usik sikit. Asyik merajuk je.”

Selepas itu Abang Zafri membuat kiraan. “Satu... dua... tiga...”

Siap. Aku tersenyum puas hati.

**********

“LEPAS ni Meem nak ke mana?”

“Kita pegi MPH bookstore kejap boleh tak Abang Zaf?”

“Nak buat apa?”

“Meem nak cari buku pasal Urban Landscape. Nak buat rujukan untuk design.”

“Oh, ingatkan nak cari novel cinta, he he...”

“What? Novel? Meem ni mana lah minat novel-novel ni. Jiwa keras Meem ni macam tak sesuai lah nak baca novel cinta.” Aku berterus-terang.

Hakikatnya sedari dulu lagi aku memang bukan jenis yang kaki novel. Genre bacaan pilihanku lebih kepada sesuatu yang bersifat teknikal. Majalah-majalah berkenaan senibina dan kejuruteraan menjadi pilihan utamaku. Macam orang lelaki lah pulak. Pandang novel pun sebelah mata je. Pernah jugak cuba-cuba nak baca tapi baru je nak masuk dua muka surat aku dah menguap nak tidur!

Kalau setakat bacaan santai mungkin genre berupa penyiasatan dan motivasi tu boleh lah jugak kot...

Abang Zafri tersenyum. “Hai, adik abang ni memang ‘workaholic’ betul. Tak habis-habis dengan semangat kerja dia.”

“Mestilah. Meem kena lah buat yang terbaik untuk kerjaya Meem ni. kalau tak sia-sia jelah habiskan masa belajar sampai tiga tahun kat USM dulu.”

“Meem ada impian yang masih tak tercapai lagi tak?” soal Abang Zafri tiba-tiba.

“Maksud abang apa?”

“Yelah, selain berjaya dalam karier... what else?”

Aku terdiam sejenak.

“Meem sebenarnya teringin nak bukak resort.” Aku tersenyum lebar.

Mata Abang Zafri membuntang luas.

“Wow, resort? Hm... perlu modal yang tinggi jugak tu.”

“Yup, sekarang ni masih dalam perancangan lagi. Meem ada buat beberapa sketch rekaan landskap untuk resort Meem tu nanti. Kalau boleh Meem nak cipta satu kelainan. Lain dari resort yang terdapat kat Malaysia ni. Dengan hasil kreativiti Meem sendiri Meem akan fikirkan konsep yang bersesuaian nanti. Ikutkan Meem sukakan sesuatu yang asli dan tradisional. Itulah cita-cita Meem yang masih belum tercapai lagi. Tak tahulah bila agaknya impian Meem tu akan jadi kenyataan...”  

“Abang yakin yang satu hari nanti impian tu akan tercapai jugak.”

“Eh?”

Abang Zafri menghentikan langkahnya. Dia memandang tepat ke dalam anak mataku. Aku jadi segan tiba-tiba dengan situasi itu.

“Tiada sesuatu yang mustahil di dunia ni selagi kita tak pernah putus asa untuk mencuba. Meem pernah tengok movie yang bagi motivasi tak?”

Aku menggeleng. Bukan tak pernah tapi tak ingat tajuk apa. Dah lama tak layan movie sejak dua menjak ni. Tengok wayang pun takde masa dah sekarang ni. Mana nak ada masanya kalau dah saban masa aku dihabiskan dengan menjaga Haikal jika Hazim tiada di rumahnya. Tambah lagi dengan mengejar ‘deadline’ untuk kerja projek aku di Kajang.

“Macam cerita Ip Man. Semangat yang ada pada seorang lelaki yang bermati-matian mempertahankan maruah bangsa Cina dari penjajahan Jepun betul-betul bagi impak positif pada abang. Betapa kagumnya abang masa dia berlawan guna seni Wing Chun tu. Yang bagusnya kemahiran yang dia ada itulah digunakan demi mempertahankan maruah bangsa dan negara China dari serangan Jepun.”

“Ip Man? Sape tu...”

“Kalau Meem nak tau dia tulah sifu Bruce Lee,” jawab Abang Zafri sambil tersenyum lebar.

Melongo mulutku. “Wah, kiranya memang betul-betul hebatlah!”

“Yup, itulah maksud abang tadi. kalau kita gunakan kemahiran yang ada dengan bersungguh-sungguh tak mustahil benda tu boleh dicapai. Abang yakin dengan Meem. Yang penting jangan putus asa dan terus berusaha.”

“Betul tu. Kalau lah semua orang bersikap macam abang dah tentu bangsa kita akan jauh lebih maju dari bangsa-bangsa lain kan. Meem takdelah cakap bangsa kita ni mundur. Tapi kalau usaha tu lebih lagi mesti boleh lagi berjaya mengalahkan yang lain. Dalam perniagaan pun macam tu jugak. Kita kenalah bersaing secara sihat baru boleh berjaya.” Aku memberi pendapat.

Sebenarnya aku paling pantang orang yang memperlekehkan kemampuan bangsa sendiri. Sedangkan aku cukup berbangga kerana dilahirkan sebagai bangsa Melayu. Kekuatan sesuatu bangsa itu sebenarnya bukanlah diukur dari segi namanya. Tetapi bagaimana dia mampu mengubah nasib sendiri dengan hasil usaha dan tahap kerajinannya. Barulah dia mampu menguasai ekonomi sejagat dan mengharumkan nama bangsanya sendiri. Jika semua orang bersikap seperti itu maka makin berjaya lah bangsa mereka sehingga dikenali seluruh dunia seperti mana negara Jepun dan Korea yang menduduki carta teratas dalam senarai negara paling maju menguasai rantau Asia.

“Itulah semangat Meem yang abang nak. Buat je apa yang Meem nak buat. Gagal atau tidak itu tolak tepi dulu okey?”

Abang Zafri memberi semangat. Aku terangguk-angguk. Hati aku jadi berkobar-kobar untuk memenuhi impianku itu. Ya, tidak mustahil bukan.

“Kalau Ip Man boleh buat kenapa Meem tak boleh kan bang?” aku berkata spontan.

Meletus tawa Abang Zafri. Dia ketawa dan terus ketawa. Dan sepanjang perjalanan ke MPH bookstore aku terpaksa menadah telinga mendengar cerita Ip Man Abang Zafri yang tak habis-habis itu!

**********

SELEPAS memasukkan sejumlah wang ke akaun CIMB mama, aku terus menelefon mama. Tetapi tidak berjawab. Berkali-kali aku mendail namun hampa. Mama tengah sibuk agaknya, fikirku.

Takpelah, aku mesej jelah mama. Bagitau yang duit mama nak tu aku dah masukkan ke akaun. Selang beberapa minit aku mengirim mesej tersebut, terdengar pula bunyi peti mesej masuk. Cepat-cepat aku membaca mesej itu.

-Ok, tq syg. Nnti mama check.

Mama ni. Aku telefon berkali-kali tak jawab pulak. Pelik lah mama ni. mesej je. Aku agak terasa hati dengan mama. Namun pantas aku singkirkan kerana tidak mahu berprasangka buruk pada mama. Barangkali mama sedang bermesyuarat agaknya. Jadi dia hanya boleh ber’SMS’ ajelah.

Aku menyedapkan rasa hati...

**********

Abang Zafri menunggu di luar bank. Sebaik terlihat kelibat aku dia terus mengukir senyuman.

“Dah siap bank in ke?”

Aku mengangguk sambil mengukir senyuman hambar.

“Aik, kenapa pulak ni? macam ada tak kena je.”

“Takde apalah. Jomlah Abang Zaf kita balik. Dah lewat petang ni. Takut papa dah sampai rumah lah.” Aku alih topik.

“Are you sure?”

“Betul. Takkan Meem nak tipu pulak.”

Aku menarik lengan Abang Zafri menuju ke kereta Mazda Lantis miliknya yang diparkir betul-betul berhadapan dengan bank. Aku tidak mahu Abang Zafri terus-terusan menyoal. Malas hendak panjangkan isu.

0 ulasan:

Post a Comment