Thursday, February 24, 2011

Hey, Mr. Bad Guy!


Bab 15

Malam itu tidak langsung menampakkan cahaya bintang-bintang di ufuk langit. Kedinginan malam menyapa tubuhnya yang kelesuan dan tidak bermaya itu. Walaupun suasana malam begitu tenang sekali. Namun tidak setenang hatinya yang berkocak hebat. Perasaannya bagai dicarik-carik. Serpihan hati bersepah dan menghilang entah ke mana. Dia sudah tidak mampu untuk berdiri lagi. perlahan tubuhnya bersandar ke dinding. Mencari sedikit kekuatan yang hilang. Kata-kata Hajah Zaharah petang kelmarin masih terngiang-ngiang di telinga.

‘Ada orang datang merisik kau tadi Hani…’

Dia memejamkan mata. Sungguh….dia masih tidak mempercayai kata-kata emaknya itu. Sukar untuknya percaya. Jika diikutkan hati,ingin sahaja dia pulang ke rumah dan berterus terang dengan kedua orang tuanya. Dengan mengatakan bahawa dirinya telah mencintai seseorang. Dia telah jatuh hati pada seorang pemuda yang baru dikenali tetapi telah dua bulan lebih tidak ditemui. Apa agaknya yang akan difikirkan kedua emak dan abah jika dia memberitahu tentang itu?

Hendak berkata begitu dia rasa malu. Segan. Tetapi dia juga berhak untuk menentukan siapa pilihan hatinya sendiri. Terkadang dia merasakan yang dia sanggup tunggu. Biarlah berapa lama sekalipun. Setahun atau dua hingga tiga tahun lamanya. Sanggup kah dia menjadi setia begitu?salah kah jika dia menunggu dan mengharap sesuatu yang tidak kunjung tiba?berdosa kah dia jika mengharapkan apa yang tidak pasti?

Nurin Hanani melangkah masuk ke dalam rumah sewanya. Tidak tahan dengan cuaca sejuk di luar. Di dalam ada Maisarah yang berada di ruang tamu. Mereka baru sahaja sudah menikmati hidangan makan malam. Jika diikutkan dia tiada selera untuk makan. Tetapi Maisarah lah yang memaksanya untuk makan juga. Gadis itu sengaja buat-buat merajuk kerana dia tidak menjamah masakan air tangan sahabatnya itu. Sebenarnya dia ada juga menolong memasak tadi. Kasihan pula melihat Maisarah yang bersusah payah jadi dia segera menghulurkan bantuan.

“Kau buat apa kat luar tadi Hani?”soal Maisarah.

Seperti biasa dia akan menghadap siaran televisyen jika tidak mempunyai apa-apa kerja. Tumpuannya khusyuk menonton sebuah drama bersiri Korea bertajuk ‘My Girlfriend is a Gumiho’ di kaca televisyen. Rancangan itu sudah ditayangkan hingga ke episod ke berapa dia sendiri pun tidak tahu. Sebenarnya dia bukanlah mengikuti sangat perkembangan drama tersebut sebelum ini. Menontonnya pun sekadar suka-suka sahaja dan mengisi masa terluang yang ada.

“Saja ambil angin kat luar,”jawab Nurin Hanani sambil melabuhkan punggung di sofa bersebelahan Maisarah.
“Kau masih fikirkan pasal apa yang mak kau cakap tu ke?”

Nurin Hanani mendiamkan diri. Maisarah benar-benar dapat membaca apa yang dia rasakan. Dia tidak dapat langsung menyembunyikan sebarang rahsia dari sahabatnya itu. Maisarah memang seorang sahabat yang baik dan begitu mengambil berat.

“Hani,kau banyak kan lah sabar ye. Aku faham perasaan kau. Tapi sampai sekarang Zarith tu tak muncul-muncul macam yang kau harapkan. Kalau dia dah balik sekalipun dan datang pada kau sekarang buat apa kan. Semuanya dah terlambat. Sebab mak dan abah kau lebih dulu nak jodohkan kau dengan orang lain.”

“Dia janji dulu nak balik sekejap aje….”mendatar suaranya.

“Tapi masalahnya dia tak tau perasaan kau yang sebenarnya Hani. Kalau dia tahu,aku yakin yang dia mesti takkan biarkan kau mengharap macam ni. Kau pun tak tau kan perasaan dia kat kau. Sama ada dia pun suka kat kau jugak ataupun sebagai kawan aje. Betul tak apa aku cakap ni?”

“Aku sedar tentang itu. Aku tahu. Mana mungkin aku akan berterus terang. Aku malu Mai sebab ada perasaan macam ni. patutnya aku tak biarkan. Aku menyesal Mai…”

“Hani,janganlah fikir macam tu tau. Perasaan yang hadir dalam hati kau tu satu perasaan yang tulus ikhlas. Tapi biarlah berpada-pada. Jangan sampai memakan diri pulak nanti.”

“Aku nak buat macam mana ni Mai?”

Kesepian menyelubungi mereka saat itu. Memang benar apa yang dikatakan oleh Maisarah. Seharusnya dia tidak boleh terlalu mengikut perasaan. Perasaan itu mungkin hanya sementara sahaja. Sedangkan lelaki yang bakal dijodohkan dengannya nanti pun dia tidak tahu siapa. Dan dia memang sengaja tidak mahu ambil tahu. Dia tidak berminat kerana lelaki itu bukan pilihan hatinya. Sebaliknya pilihan mak dan abah.

“Aku pun tak tahu Hani. Kau banyakkan sabar jelah ye. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Kita aje yang tak tahu.”

Nurin Hanani mengangguk lemah. Dia harus kuat menghadapi semua yang berlaku. Tidak boleh terlalu lemah hanya kerana cinta. Dahulu semasa pertama kali pertunangannya terputus bersama Shahrul hatinya juga sakit dan terluka. Tetapi dia mampu untuk terima mengenangkan sikap Shahrul yang sememangnya begitu. Sebaliknya dia rasa bersyukur mereka tidak sempat disatukan dengan ikatan perkahwinan. Jika tidak pasti menderita hidupnya. Tetapi kali ini perasaannya sungguh berlainan sekali. Pertemuan dengan Zarith walaupun sesingkat cuma tetapi cukup meninggalkan kesan yang amat mendalam di jiwanya.

“Kau memang tak tau ke siapa bakal suami kau tu nanti?”

“Tak,”dia menjawab ringkas sambil menggeleng.

“Kau ni biar betul Hani. Habis tu takkan kau memang tak nak ambil tau langsung dengan siapa kau nak kahwin nanti?”

Maisarah membeliakkan mata tidak percaya. ‘Hisy,tak sangka aku. Ada jugak manusia jenis  macam ni kat muka bumi ni. Pelik betul…’

“Aku tak nak ambil tahu dan aku malas nak tahu siapa orangnya. Lantak lah apa nak jadi pun.”

“Kau jangan Hani. Kan lebih elok kau selidik dulu orangnya siapa?macam mana?baik ke tak?handsome ke tak?tua ke muda orangnya?tak gitu?”

“Ah,malas lah aku. Biarkan aje. Semua tu mak dan abah aku yang uruskan. Urusan kahwin ni aku serahkan bulat-bulat pada mereka. Aku tak nak masuk campur.”

Maisarah menggeleng kepala. Nurin Hanani masih tidak berubah dari dulu sampai sekarang. Masih lagi degil dan keras kepala. Masakan hal kahwin dia mahu pandang ringan sahaja. Langsung tidak mahu ikut campur hal yang melibatkan hidupnya itu.

“Kau ni Hani. Ngeri aku memikirkan. Hisy,kalau akulah awal-awal lagi aku dah selidik tanya mak aku dengan siapa aku dijodohkan. Kau sanggup ke ambil risiko dengan buat tak endah macam ni?”

“Aku sanggup Mai. Takdir dah tersurat macam ni. Aku terima dengan redha. Lagipun aku dah terlalu kecewa dengan perasaan aku sendiri. Salah aku jugak sebab terlalu mengharap…”

Maisarah memandang dengan pandangan simpati. Dia tersenyum hambar sambil menggosok-gosok belakang tubuh sahabatnya itu. “Sabarlah ye Hani.”

Nurin Hanani mengangguk lemah. Tiba-tiba sahaja Maisarah tergelak besar. Berkerut dahinya kehairanan. Apa kenalah ni? aku tengah frust menonggeng macam ni dia boleh bantai gelak!

“Yang kau ni kenapa pulak Mai? Kau gelak kan aku yek? Sampai hati kau ye.”

“Eh,taklah. Mana ada aku gelakkan kau Hani. Cerita Korea ni ha buat aku nak ketawa aje. Tengok lah tu si Mi Ho tak sudah-sudah nak paksa Dae Wong belikan makanan untuk dia. Macam-macam kerenah.”

‘La…pasal cerita Korea rupanya. Aku ingatkan apalah tadi.’

Pandangannya cuba memberi tumpuan terhadap drama yang ditonton itu. Tetapi dia langsung tidak berminat. Dia bukanlah seperti Maisarah ataupun Nida,adiknya itu lebih-lebih lagi. Sebut sahaja pasal drama Korea habis semuanya sudah ditonton. Barangkali jika disuruh cakap bahasa Korea pun boleh tahu sikit-sikit. Fenomena Korea ni tak habis-habis. Dia pula bukannya jenis yang terlalu obses. Sekadar menonton sikit-sikit tu bolehlah.

Maisarah tergelak lagi melihatkan aksi kedua pelakon Korea itu. “Wah,bankrap lah Dae Wong kalau macam ni. Tiap kali makan terpaksa support Mi Ho. Nasib baik atuk kau tu kaya Dae Wong.”

“Kenapa dia nak kena support perempuan tu makan pulak? Perempuan tu bini dia ke?”tanya Nurin Hanani yang kelihatan berminat ingin tahu.

“Taklah,bukan macam tu. Sebab dia kan Gumiho. Sebab itulah dia suka makan daging dan ayam aje.”

“Gumiho? Apa ke benda tu Mai?”

“Hisy,kau tengok sendiri ajelah Hani cerita ni. Panjang pulak aku nak kena cerita. Malas lah aku,”gumam Maisarah. Dia begitu ralit dengan drama tersebut.

Sekali lagi meletus tawanya. Nurin Hanani menggeleng lagi. Entah apa yang kelakarnya dia sendiri pun tidak faham. Sebaliknya fikirannya melayang mengingati masalah yang membelenggu dirinya saat ini.

Bab 16

 
Aras Hijau Holdings berdiri kukuh sebagai salah sebuah syarikat pembinaan yang berjaya bertapak sebaris dengan syarikat-syarikat swasta yang lainnya. Semegah namanya begitulah dengan pemilik syarikat tersebut. Encik Idham Shah kini mampu duduk bersenang lenang atas hasil usaha dan titik peluhnya sendiri selama berpuluh-puluh tahun menceburi bidang yang amat diminatinya. Kini kerusinya akan beralih arah pada Zarith yang sudah pun pulang dari Amerika Syarikat setelah dua bulan berada di sana.


Dia sudah lama merancang hal tersebut. Perusahaannya hendak diserahkan pada siapa lagi jika bukan Zarith? tambahan pula Zarith telah memiliki pengalaman dan kelayakan yang bersesuaian sewaktu dia menetap dan bekerja di luar negara lagi.

Dan dia mengharapkan anaknya mampu mengendalikan Aras Hijau Holdings yang baginya meninggalkan seribu kenangan padanya. Kenangan ketika bersama Angelica. Lambang kasihnya yang sanggup berusaha bermati-matian mendirikan perniagaan kerana hasil perangsang dari bekas isterinya yang masih diingati dan dicintai hingga saat ini.

Daun pintu biliknya dikuak dari luar setelah diketuk dua kali. Zarith memasuki ruang bilik nan luas itu sambil tersengih memandangnya. Kemas sekali berkemeja rona putih krim dengan tali leher yang disimpul rapi.

“I am so sorry pa…”

“Kenapa baru sekarang nak balik?”tanya Encik Idham tenang. Matanya merenung sehelai dokumen yang terkandung di dalam file tebal berwarna hitam di tangan.

“Zarith stay kat rumah Riz dulu sementara ni. Papa pun tau kan Zarith dah lama tak jumpa kawan Zarith. For almost two months pa. Anyway thanks papa for helping me yesterday. Thanks a lot,”jawab Zarith sambil tersengih menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun rapi.

Encik Idham mengerling anaknya itu. “Hm,kalau macam tu takpelah. Papa puas hati sebab Zarith dah tunaikan janji papa tu.”

“Kan Zarith dah cakap dulu yang Zarith takde masalah nak handle hal ni. Zarith sedar akan kata-kata papa dulu. I want to take this seriously pa. Zarith janji takkan main-main lagi macam dulu.”

Encik Idham terangguk-angguk. Dia berasa lega. Anaknya telah jauh berubah menjadi seorang lelaki yang berwawasan. Lebih bertanggungjawab seperti yang dimahukan sebelum ini.

“Have a sit my son,”pelawanya.

Zarith mengambil tempat di kerusi bersetentang dengan Encik Idham. Encik Idham menanggalkan kaca mata nya lalu diletakkan di atas meja. File yang dibelek sejak tadi ditutupnya.

“Papa bangga dengan kamu Zarith. ternyata kau tak mengecewakan hasrat papa. Dan perempuan tu betul-betul dah mengubah hati kamu untuk lebih bertanggungjawab.”

Zarith mengukir senyuman.

“Zarith tau papa. Zarith sedar. Sepanjang di US dulu buatkan Zarith dah fikir masak-masak. Yang penting papa happy dengan keputusan Zarith untuk melamar dia. Zarith memang ikhlas nak memperisterikan dia,”dia berkata dengan yakin.

“Sebab tu papa yakin sangat dengan kamu Zarith. Papa setuju sangat dengan pilihan kamu tu,”jelas terpancar wajah kelegaan Encik Idham.

“Thanks papa for trust me…”

Dia tersenyum lagi.

**********

Keriuhan dan kebingitan alunan muzik di kelab eksklusif bertaraf VIP itu tidak sedikit pun mengganggu lamunannya. Satu keluhan berat dilepaskan. Sudah berapa gelas air minuman Coke diteguknya. Bila habis dituang lagi air minuman ke dalam gelasnya yang sudah beberapa kali kosong. Tingkahnya diperhati Rizman yang menggeleng kepala.

Keadaan Zarith menampakkan penampilannya yang begitu serabai sekali. Dengan hujung lengan kemeja disinsingkan hingga ke paras lengan. Tidak lagi kemas dan macho seperti sebelum ini. Rambut hitamnya yang lebat itu sedikit berserabut. Air mukanya kelat.

“Kau ni aku tengok dah tahap kronik ni Zarith.”

Zarith yang mendengarnya tergelak kecil. Dia mencapai lagi gelas minuman dan meneguknya. “Aku frust Riz…”

Dia terus sahaja menuju ke kelab malam yang sering dihabiskan masa sebelum ini sebaik bertemu dengan papa di Aras Hijau Holdings tadi. Sekadar membuang keresahan di jiwa. Kepala otaknya begitu serabut dan tertekan sekali. Sengaja di depan papa tadi dia bereaksi selamba. Tidak mahu papa mengesyaki apa-apa. Sangka papa dirinya sudah berubah. Tetapi itu cuma lakonannya semata. Zarul juga tidak mengetahui akan kepulangannya yang baru sahaja tiga hari ke Malaysia.

“Nah,minum ni kalau ini yang boleh melegakan hati kau,”kata Rizman sambil mengunjukkan segelas minuman keras padanya.

Pantas Zarith menggeleng. “Aku dah lama tak minum benda ni dan aku memang tak mahu sentuh benda ni lagi.”

“Kau betul-betul nak berubah ke Zarith? sebabkan perempuan tu ke?”

Zarith menggeleng lagi. “Bukan sebab dia. Tapi semua yang aku buat ni sebab papa aku Riz. Aku tak mahu kecewakan papa lagi sebagaimana mummy buat kat papa dulu. Biar aku ambil risiko ni.”

“Kau dah fikir masak-masak ke pasal ni?”

“Yup,aku dah ambil keputusan ni untuk berkahwin dengan dia. Walaupun terpaksa…aku harap papa bahagia dengan perkara ni,”jawab Zarith hambar.

“Jadi bermakna kau terpaksa kahwin dengan perempuan tu semata-mata nak ikut kehendak papa kau lah ye…?”

Zarith mengangguk lemah. Jiwanya terasa lemah sekali.

“Don’t be so stupid man. Kau tak boleh macam tu. Kau kena jugak fikir. Bukannya main redah aje. Soal kahwin ni serius kau tau tak? Bukan boleh buat main-main. Tak bahagia kau nanti. Bukan kau aje. Perempuan tu pun tak mungkin boleh bahagia hidup dengan kau nanti Zarith. Tak ke menyeksa namanya tu?”
Zarith melepaskan keluhan berat.

 “Aku dah cukup rasa terbeban dengan semua ni Riz. Tapi aku sayangkan papa aku. Aku tak nak buat dia kecewa lagi. Aku sebenarnya tak berani jamin yang aku boleh berubah jadi responsible or whatever lah bila aku dah kahwin nanti. Aku tak cintakan dia Riz.”

“Habis tu,dia cintakan kau tak?”

“Entah lah Riz. Aku pun tak tahu. Tapi parents dia terima masa aku datang nak melamar hari tu. Bermakna takde masalah lah. Aku terpaksa Riz. Takde siapa lagi calon yang aku rasa sesuai melainkan dia seorang aje…”

“Kalau dah macam tu,aku tak boleh nak buat apa lah. Aku pun tak dapat nak tolong kau lagi Zarith. Benda dah terjadi dan aku harap kau boleh terima. Aku tetap harap kau bahagia nanti Zarith.”

“Kahwin dengan terpaksa macam ni…kau rasa aku boleh bahagia ke Riz?”dia tersenyum sinis.

“Biar masa aje yang menentukan. Cuba bagi peluang kat diri kau tu merasa erti cinta yang sejati Zarith. Aku bukan nak paksa kau supaya cintakan dia. Tapi kau kena belajar dari sekarang. Kau masih muda lagi Zarith. Baru dua puluh enam. Kau pun dah pegang tanggungjawab sebagai pengarah di syarikat papa kau sekarang. Bermakna papa kau dah letak kepercayaan hundred percent kat kau. Tak lama lagi kau bakal pegang satu lagi tanggungjawab. Kau akan jadi suami dan kau perlu sedar yang istilah enjoy dah takde lagi dalam hidup kau…

Tapi tak bermakna kau perlu lupakan terus. Orang kata hidup ni tak semestinya kena serius sepanjang masa. Ada masa kita perlu pandai bahagi masa kita bekerja and nak enjoy ke…apa ke…kau faham tak maksud aku ni?”

Zarith terdiam lama. “Betul kata kau tu Riz. Tapi aku tak yakin yang aku boleh bahagia hidup dengan dia. Aku tak pernah sayangkan dia.”

“Aku tau kau memang tak pernah jatuh cinta kan sebelum ni. Tapi macam mana kalau suatu hari nanti kau tiba-tiba terbuka hati untuk mencintai perempuan tu? Yelah,kau sendiri pernah cakap kan dulu yang dia tu jenis perempuan yang baik.”

Zarith menggeleng pantas. “No way,aku tak mungkin akan jatuh cinta. Pada dia ke or perempuan lain ke. Aku kahwin dengan dia pun sebab terpaksa Riz. Kau tau tak. Sebab aku dah takde jalan lain lagi nak keluar dari masalah ni.”

Rizman tidak tahu lagi ingin berkata apa. Dia hanya membiarkan Zarith menenangkan perasaan sendiri buat masa ini. Hati orang tak boleh dipaksa. Lagipun dia kenal persis perangai teman akrabnya itu. Lelaki itu sukar sekali mempercayai cinta sejati. Egonya begitu tinggi sekali. Kerana itulah dia tidak mahu memaksa dan hanya membiarkan masa sahaja yang menentukan bagaimana akhirnya nanti.

**********

Zarul masih lagi tercegat di hadapan sebuah kedai bunga ‘The Florist Garden’ tersebut. Dia leka membelek-belek bunga yang pelbagai rupa dan warna yang nyata memikat pandangan sesiapa sahaja memandangnya. Tapi paling digemari adalah sejambak ros berwarna merah jambu. Siap ada teddy bear bersaiz kecil lagi di tengahnya. Sangat comel sekali. Sedari tadi lagi dia membelek ros merah jambu itu. Dia sudah nekad. Dia ingin membeli bunga yang menjadi pilihan hatinya.

“Miss, how much is this?”dia bertanya pada seorang gadis cina yang bekerja di situ.

“Yang mana?”

“Bunga ros ni,”dia menunjukkan bunga ros yang dimaksudkan.

“Oh,that one ya? em,around RM85,”jawab gadis cina itu dengan pelat nya.

‘Wow,boleh tahan harga,’getus hatinya.

Dia menyeluk dompet yang berada di dalam poket seluar jeans nya. Dia menarik nafas lega. Ada beberapa keping not RM100 dalam dompetnya. Lebih dari cukup. Bibirnya mengukir senyuman puas.

“Okey,I mau yang ini ye,”dia tersenyum.

Hatinya puas kerana akhirnya dapat juga dia membeli bunga yang diidamkan. Setelah membuat bayaran,dia terus keluar dari kedai bunga tersebut. Dia tersenyum lagi.

Bunga itu akan dihadiahkan buat seseorang yang teristimewa di hatinya. Biarpun gadis itu tidak mengetahui yang selama ini dialah yang telah memberikan bunga-bunga ros tersebut tetapi dia tidak kisah. Sememangnya dia mahu merahsiakan terlebih dahulu dari pengetahuan gadis itu. Apa yang pasti dia ingin menghadiahkan bunga ros itu istimewa buat Nurin Hanani.

Di tangannya menggenggam erat bunga yang sederhana saiznya itu. Nak kata besar sangat tu tidaklah besar mana pun.

Sudah lama dia tidak menatap wajah gadis itu. Dia sangat mengharapkan akan ada lagi pertemuan antara mereka. Tetapi sejak dia telah bekerjaya jarang sekali mereka dapat berjumpa. Sementelah pula Zarul telah pun habis semester akhir pengajiannya di universiti. Dia kini sudah tidak lagi bergelar pelajar. Sudah tidak terikat lagi dengan tugasan kuliahnya. Dengan perbincangan antara teman-teman. Dengan pembentangan nya di hadapan para pensyarah. Semua itu sudah tidak ada lagi.

Kini dia terasa makin dewasa. Sudah tiba pula masanya untuk memiliki kerjaya sendiri. Walaupun niat di hati dia sebenarnya masih lagi teringin untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana pula. Tetapi buat masa ini biarlah dahulu. Dia hendak mencari duit dahulu. Hendak menimba pengalaman dalam hidup. Dan kalau boleh dia ingin mencapai impian yang satu. Iaitu bertemu dengan mummy.

“Zarul!!”

Dia tersentak tatkala namanya dipanggil seseorang. Suara itu sangat dikenalinya. Lantas dia berpaling. Dari kejauhan,Fakhrul melambai-lambai ke arahnya. Ada seorang gadis di sebelahnya. Dia tergamam.
Mengapa mereka boleh berjumpa di sini? Aduh,mana aku nak sorok bunga ni? dikalih ke arah bunga yang dipegangnya. Malunya kalau Fakhrul tahu…Jika tidak pasti akan pecah tembelangnya nanti. Mana hendak disorok muka yang handsome ni.

‘Handsome?Cehh,perasan lah pulak aku ni.’

Makin lama makin dekat. Dia makin kalut. Cepat-cepat disorokkan bunga ros itu di belakangnya. Berdoa minta-minta temannya itu tidak nampak. Fakhrul tersengih-sengih memandangnya. Dia membalas sengihan temannya itu. Dalam hati sebenarnya sudah tidak keruan.

“Wei, lama aku tak nampak kau Rul sejak dua menjak ni. Kau buat apa sekarang?”

Fakhrul menepuk-nepuk bahunya perlahan. Zarul tersengih. Cuba berwajah selamba.

“Aku kerja part time dulu sementara ni. Kat kedai komputer area rumah aku jugak. Ha,kau pulak Fakhrul? Dah dapat kerja ke belum?”

“Aku pun samalah macam kau Rul. Buat part time aje dulu. Faham ajelah sekarang ni nak dapat kerja tetap bukannya senang. Kita ni pulak fresh graduate. Tapi jangan risaulah,kalau ada rezeki tu adalah nanti. Eh,kau nak ke mana lepas ni?”

“Err,aku ingat nak balik rumah terus. Kau pulak?”

“Aku nak temankan adik aku ni cari buku kejap. Eh,lupa pulak nak kenalkan. Ni lah adik aku Rul. Liyana namanya.”

Fakhrul memperkenalkan adik perempuannya yang berusia dua puluh tiga tahun itu. Gadis itu tersenyum simpul. Kelihatan agak kekok dengan perkenalan tidak semena itu. Kecil molek sahaja orangnya dan bertudung warna merah jambu.

Zarul membalas senyuman manis itu. Seingatnya tidak pernah pun dia bertemu dengan adik Fakhrul sebelum ini. Manakan tidak,Fakhrul pernah bercerita dahulu berkenaan adik perempuan satu-satunya itu sebelum ini belajar di sekolah berasrama penuh. Kemudian melanjutkan pelajaran ke UKM dalam bidang apa entah. Dia pun sudah lupa.

“Apa khabar?”

“Baik-baik aje,”ringkas Liyana menjawab. Dia menundukkan wajah.

Fakhrul senyum geli hati melihat aksi kedua-duanya yang nampak malu-malu itu. Dia bukannya tidak tahu sifat Zarul yang memang begitu bila berdepan dengan mana-mana perempuan. Sifat malunya itu mengalahkan orang perempuan!

“Eh Rul,apa kata kau jangan balik dulu. Kita pergi makan-makan dulu nak? Aku belanja okey,”pelawa Fakhrul. Tangannya memaut bahu sahabatnya itu.

Zarul keresahan. Dia bukannya tidak mahu. Tetapi risau jika Fakhrul ternampak bunga ros yang disorokkan di belakangnya sedari tadi lagi. Tambah-tambah lagi dia begitu segan dengan Liyana.

“Err,aku…akk…aku…”dia tergagap-gagap. Dia memandang wajah lembut Liyana yang masih selamba itu.

“Wei,Rul. Apa ke benda yang kat belakang kau ni?”

‘Ah,sudah…habislah aku. Kantoi dah ni!’

“Wah,kau beli bunga Rul?!”

Fakhrul membeliakkan mata tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Zarul mengalihkan pandangan ke sudut lain. Menahan malu yang bukan kepalang. Dia mengetap bibirnya.

“Kau nak bagi kat siapa ni Rul?”tanya Fakhrul sambil menahan gelak.

“Aku…err,nak kasi dekat…dekat…”

“Kau nak kasi kat adik aku eh?”usik Fakhrul lagi.

Merona kemerahan wajahnya. Jantungnya berdegup kencang. Dia tidak tahu alasan apa yang ingin diberikan. Tambah pula Fakhrul mengusiknya di hadapan Liyana. Terasa jika boleh dia ingin lari jauh-jauh biarlah hingga ke kutub selatan sekalipun.

“Ha kan,betul tak aku cakap ni? kau nak kasi kat Liyana kan?”

Fakhrul tergelak-gelak. Liyana sudah merah padam mukanya. Geram juga dengan perlakuan nakal abangnya.
 
“Apa ni bang?!!”marah nya. Dia sendiri yang malu diusik begitu. Sudah lah dia memang sudah sedia segan berhadapan dengan Zarul.

“Aku…”

‘Apa aku nak buat ni? perlu ke aku berterus terang? Kalau aku menipu cakap nak kasi kat Mak cik Hajar confirm dia tak percaya punya…’

Dan akhirnya…

Perlahan tangannya menghulurkan jambangan bunga ros yang cantik itu kepada Liyana yang jelas tergamam. Fakhrul menghentikan tawanya. Bulat matanya memandang aksi romantis yang tidak semena itu.

‘Laa…aku niat nak ngusik dia aje tadi. Tak sangka pulak betul-betul rupanya.’

“Untuk awak sebagai tanda perkenalan. Err,ikhlas dari saya…”kata Zarul sambil mengukir senyuman manis.

Fakhrul yang memerhati makin terkejut. Apatah lagi Liyana yang sudah merah padam wajahnya menahan malu. Semuanya tanpa dijangka. Namun perlahan tangannya menyambut juga huluran jambangan bunga ros itu dari Zarul dengan teragak-agak.

“Terima kasih…”dia membalas senyuman itu. Manis.





0 ulasan:

Post a Comment