Thursday, February 24, 2011

Hey, Mr. Bad Guy!

Bab 1
Dua puluh satu tahun yang lalu…
Suasana begitu sepi sekali. Dan dia masih berdiri di tengah ruang tamu rumah banglo mewah itu. Kesepian itu langsung tidak dapat meredakan hatinya yang panas dan dipenuhi amarah. Dia sangat kecewa dan….terluka. Encik Idham Shah melepaskan keluhan berat. Dia meraup wajahnya.
 “Kenapa you tergamak buat I macam ni Angie?”
Wanita berkulit putih dan berambut perang yang duduk di hadapannya itu sudah berubah. Wanita itu yang dahulu begitu setia mencintai dan menyayangi dirinya kini boleh berubah hati dalam sekelip mata. Perasaan cinta yang dahulu begitu didambakan itu telah dicampakkan entah ke mana. Tetapi wanita itu masih mendiamkan diri seribu bahasa.
“I tanya ni..you dah tak faham bahasa melayu ke?!”suara encik Idham sudah meninggi. Hilang sudah kesabaran di hati.
“Okay,I akan berterus terang tapi I harap lepas ni you faham apa yang ingin I katakan ni..”
Angelica menarik nafas perlahan. “I dah tak cintakan you Idham..”
“You..”                                    
“Memang betul I ada hubungan dengan Henry. Masa kita tinggal di US dulu. I…I baru sedar yang sebenarnya I lebih mencintai Henry dari you Idham..”
Kata-kata itu membuatkan encik Idham terduduk di atas sofa empuk. Hatinya hancur dan remuk redam mendengar pengakuan itu. Sungguh dia tidak menyangka.‘Tuhan,mengapa ini terjadi..?’
“Tapi I ni your husband Angie. You dah lupa ke kita berkahwin atas dasar apa?because we love each other. I masih ingat janji you nak sehidup semati dengan I masa kita bercinta dulu. Kenapa Angie?why did you do this to me..”
“You dah lupa another thing Idham. Hati manusia boleh berubah. Begitu juga dengan hati I.”
Encik Idham terdiam. Sedangkan pasir di pantai boleh berubah,inikan pula hati manusia. Tetapi tidak adil dirasakan. Mengapa dia boleh begitu setia dengan Angelica tetapi wanita itu tidak?fikirannya makin kusut.
“Tapi I masih cintakan you Angie..”dia bersuara lirih.
“Idham please..you kena faham I. and situasi kita sekarang dah tak sama macam dulu. Hidup kita berbeza..i mean,you..pendirian you berbeza dengan pendirian i.”
“What do you mean Angie?”
“Maksud I dulu memang I boleh terima untuk hidup dengan you. I sanggup ikut you balik Malaysia and then tinggalkan parents I di US. I convert Islam pun sebab I nak kahwin dengan you. Tapi sekarang I dah tak rasa life langsung. Hidup I rasa macam dikongkong you know..”
“Jadi selama ni you fikir I ni dah kongkong you lah?”
Angelica mendiamkan diri. Benar-benar membuatkan hati lelaki itu kecewa. Kecewa yang teramat sangat. “Sampai nya hati you buat I macam ni Angie..”
“I’m sorry Idham.”
Encik Idham tersenyum sinis. “You fikir itu mampu membuatkan hati I ni terubat ke?do you know how much I love you Angie.”
“I don’t think I can live with you like this Idham.”
“Habis tu you nak I buat macam mana lagi nak bahagiakan you?you nak I bagi segunung emas ke ataupun bina mahligai yang indah supaya you tak tinggalkan I hm..?”
“Parents you tak suka I..”
“Huh! Itu semua dah lama berlalu Angie. Mereka dah boleh terima you walaupun mungkin ambil masa yang lama. Kita hidup bersama pun bukannya sekejap. Bukan sebulan,dua..tapi dah lima tahun you tau tak?”
“I tau tu. Memang perasaan sayang I terhadap you masih ada cuma tak setanding dengan cinta I terhadap Henry. I nak merasa hidup bebas macam dulu. Tak terkongkong. I can do whatever I want. Dan dia mampu bagi I semua tu. I bahagia bersama dia.”
“Angie please…jangan tinggalkan I. I sayangkan you.”encik Idham separuh merayu walaupun dia yakin harapan nya untuk kembali bersama dan hidup bahagia dengan isterinya itu akan musnah sama sekali akibat kedegilan Angelica sendiri.
“Kalau you sayangkan I tolong fahami perasaan I. I harap sangat you faham.”
Encik Idham melepaskan keluhan. Dia tahu benar maksud wanita itu yang begitu beria inginkan perpisahan antara mereka terjadi. Dia yakin yang dia telah gagal menyelamatkan bahtera rumahtangga yang telah dibina bersama wanita keturunan Inggeris yang dicintainya itu. Selama lima tahun mereka hidup bersama. Sangkanya panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengah hari.
“Bagaimana dengan anak-anak kita nanti Angie?takkanlah sikit pun you tak fikir pasal mereka?”
**********
“Mummy…”
Kedengaran satu suara halus memanggilnya perlahan. Mereka berdua berpaling memandang si anak kecil itu. Angelica mengeluh seraya mendapatkan anak lelakinya yang berusia lima tahun itu. Dipeluk erat sambil mengusap rambutnya perlahan.
“I dah ambil keputusan Idham. I akan bawa Zarith bersama I sekali nanti.”
Encik Idham segera menggeleng kepala. “No,you can’t take him away from his father Angie!”
“You still can have Zarul..please Idham!”
“No,I takkan setuju!!”
Tengkingan encik Idham yang begitu kuat itu begitu memeranjatkan seisi rumah sehingga mengakibatkan Zarith menangis akibat takut. Namun segera dipujuk oleh Angelica.
“You dah takutkan dia Idham..”
“You memang sengaja nak jauhkan I dari anak-anak I kan?kenapa you tak ambil je dua-dua sekali?”perli encik Idham sinis.
“I tak nak jadi selfish Idham. Biarkan I bawa Zarith bersama I ke US and then you can have Zarul. Walau apa pun terjadi I tetap akan datang ke sini semula untuk berjumpa Zarul dan you pun sama dapat jumpa Zarith sekali. It’s no big deal right?”selamba Angelica berkata.
Encik Idham masih membatukan diri. Langsung tidak mempamerkan sebarang reaksi. Dia merenung lama Zarith. Tidak sanggup dirinya berdepan dengan perpisahan yang bakal terjadi tidak lama lagi. Sungguh,dia tidak kuat menghadapi semua itu.
**********
“Kalau itu yang you inginkan,I dah tak berdaya lagi untuk menghalang. I harap you akan dapat apa yang you cari selama ni.”
Sayu dia menuturkan kata. Tidak tergamak rasanya melepaskan isteri yang dicintai selama ini. Selama lima tahun bersama membina impian dan bahagia. Akhirnya hancur berkecai akibat perbuatan curang Angelica. Wanita itu sudah tidak mencintainya lagi. Dan dia harus terima hakikat itu.
“I janji akan bawa Zarith sekali berjumpa you bila I ada masa nanti.”
“Cukuplah Angie..i dah muak dengan janji you tu. Dulu you janji nak bersama I sampai akhirnya. Tapi tengoklah apa dah jadi sekarang. I dah malas nak percaya kata you lagi.”
Angelica terdiam. “Terpulang pada you nak percaya ke tidak..”
Tiba-tiba tangannya dipegang lembut. “Mummy,mummy nak bawa Zarith pergi mana?”
“Err..mummy nak ajak Zarith jalan-jalan sayang. Kita jumpa atuk dengan nenek nak?diorang rindu teringin sangat nak jumpa Zarith.”
“You tak kesian ke tengok anak-anak kita ni Angie?kalau you memang nak tinggalkan I takpelah tapi I tak sanggup nak pisahkan mereka. Lebih-lebih lagi Zarul tu sangat perlukan you. Dia masih kecil Angie. Tak bersalah..”encik Idham bersuara pilu. Bergenang air matanya. Menahan rasa sebak di dada.
Angelica sudah bangkit dari tempat duduknya. Dia mencapai beg tangan lalu memegang erat tangan Zarith. Kedengaran suara tangisan dari dalam bilik tidur. Pantas encik Idham menuju ke bilik. Dia keluar sambil mendukung dan memujuk Zarul yang menangis tiba-tiba.
“Angie,tolonglah jangan buat I macam ni..”
“I dah tak kuat kalau terus lama-lama di sini. I pergi dulu.”
Encik Idham memaut lengan kanan isterinya. Tapi ditepis pantas. Angelica sedaya upaya menahan air mata yang ingin mengalir. “Lepaskan I…”
“Tak nak!Zarith tak nak ikut mummy…mummy jahat!!”bentak Zarith tiba-tiba.
“No honey,mummy pergi jalan-jalan kejap je. Nanti kita jumpa papa balik okay?”
“Zarith tak nak ikut mummy,Zarith nak jalan-jalan dengan papa..dengan Zarul!”
Encik Idham mengusap rambut Zarith penuh kasih sayang. Dia mengucup dahi anaknya. “Zarith kena ikut mummy okay?dengar cakap mummy. Jangan nakal-nakal tau. Papa mesti jumpa Zarith nanti..”
“Zarith nak ikut papa…”
Perlahan air mata lelaki itu menitis jua. Tidak sanggup rasanya menghadapi dugaan ini. Dia telah gagal!
Angelica menarik tangan Zarith dari pelukan suaminya. Anak kecil itu meronta-ronta minta dilepaskan pegangannya. Namun,apalah daya kudratnya yang tidak seberapa itu. Dia segera dibawa masuk ke dalam kereta milik Angelica.
“Idham,I harap you dapat jaga Zarul baik-baik. I janji tetap akan balik ke sini semula demi anak-anak kita. I keep my promise.”
Dia melangkah ke arah Zarul yang didukung encik Idham. Dikucup kedua pipi anaknya itu lembut. Perlahan dia berkata sebelum melangkah pergi. “Maafkan I..I’m not a good mother to them.”
‘Semoga you menemui kebahagiaan yang you cari selama ini. I will always love you Angie…’encik Idham berbicara di dalam hati. Tidak mampu lagi untuk diluahkan. Dia sanggup merendahkan ego nya sebagai suami semata-mata merayu Angelica supaya tidak meninggalkan mereka. Tetapi,wanita itu begitu keras hati.
Hanya air mata sahaja sebagai saksi betapa hati lelaki itu sungguh terluka. Pedihnya tidak terkata ditinggalkan isteri di hadapan mata. Perlahan-lahan kereta BMW berwarna hitam itu meluncur keluar dari pekarangan banglo. Bayangan isteri tercinta lesap dalam sekelip mata. Gelak tawa dan tangisan Zarith kini sudah hilang dan tinggal menjadi kenangan. Yang tinggal kini,hanyalah salah satu zuriat mereka,Zarul dan juga sekeping hati yang terluka….
 Bab 2
Bunyi muzik yang rancak begitu membingitkan telinga. Tapi tidak bagi pengunjung kelab malam yang eksklusif dan bertaraf high class itu. Semakin larut malam semakin ramai pengunjung yang berpusu datang. Tarian mereka makin rancak. Pelbagai bangsa ada di situ. Makin memeriahkan pentas tarian.
“Bila dia nak datang ni?”
Jason, lelaki berbangsa cina menyoal salah seorang temannya. Dia di situ kerana ingin bersama meraikan kepulangan rakan karib mereka yang sudah sekian lama tidak bertemu. Mereka memilih kelab eksklusif tersebut memandangkan status mereka dari golongan yang berada dan merupakan ahli perniagaan ternama.
“Kau tanya siapa?”soal Rizman kembali. Suaranya dikuatkan akibat bunyi muzik yang terlalu bingit.
“Haiya,lu lah. Mau tanya siapa lagi..”
Rizman tersengih. “Ala,dalam kejap lagi sampai la tu. Kau bukannya tak tau si Zarith tu. Perangai dia dari dulu sampai sekarang bukan nak berubah pun. Berlagak bagus konon. Nak orang lain tunggu dia dulu,huh!”rungut lelaki itu.
“Wei,cakap tu baik-baik sikit okay?kalau dia dengar nanti tak jadi lah dia nak belanja kita minum.”gelak Jason. Tangannya merangkul erat pinggang Lucy,teman wanitanya. Rizman turut ketawa. Dia mencapai gelas di atas meja dan meneguk minuman itu.
 “Zarith?who is he honey?”soal Sasha pula.
Dia merapatkan tubuhnya ke arah Rizman. Memang dia pernah dengar nama Zarith disebut sebelum ini tetapi dia belum pernah sekalipun berjumpa dengan lelaki itu. Rizman tersengih lebar. Tangannya memaut bahu Sasha.
“Kawan baik kitorang masa study kat US dulu. I harap dia datanglah. Dah pukul berapa dah ni?”Rizman mengeluh. Dia memandang jam di pergelangan tangannya.
“Relax la Riz. Malam kan masih muda.”kata Jason pula.
“Yup,betul tu Riz. Manalah tau dia ada hal ke?kita tunggu jelah.”Lucy bersuara.
“Well,how good is he?”tanya Sasha ingin tahu.
Rizman tersenyum. “Wait and see baby.”
“Hai Riz,Jason..”satu suara menyapa mereka dari belakang. Rizman segera berpaling dan tersengih lebar tatkala memandang lelaki yang amat dikenalinya itu. Seorang wanita yang berpakaian seksi dan berwajah pan asian turut berdiri di sebelahnya. Tubuhnya tinggi lampai. Gayanya lagak seorang model sahaja.
“Hey,Zarith. Dah lama betul aku tak jumpa kau.”Jason bersuara girang.
Zarith tersenyum lebar lalu duduk di sebelah Jason. “Setengah tahun tu lama ke?aku rasa macam baru je balik Malaysia ni.”
“Apa pulak tak lamanya?kau kan jarang balik. Sesekali je dalam setahun. Yelah,busy lah katakan. Susah betul aku nak jumpa kau. Mengalahkan orang kenamaan je kau ni.”ngomel Rizman. Dia menepuk-nepuk bahu temannya itu.
Zarith tergelak besar. “Aku agak sibuk sikit sejak kebelakangan ni. Tapi aku tetap balik jugak. Korang janganlah risau.”
“Err,excuse me..you can speak in malay?”soal Lucy teragak-agak. Reaksi nya seperti tidak percaya sahaja. Mereka saling berpandangan sebentar. Lantas,masing-masing melepaskan tawa. Rizman dan Jason menekan perut menahan senak. Geli hati sungguh mendengar pertanyaan gadis cina itu.
“Haiya amoi..of course la dia boleh cakap melayu. Dah dia memang orang melayu pun. Kan I dah cakap tadi nama dia pun Zarith,”jawab Rizman sambil menghabiskan sisa tawanya. Zarith turut tergelak mendengar kata-kata itu.
“Tapi,you tak macam melayu pun. Tadi mati-mati I ingat you ni mat salih mana..”
“Takpelah,I tak kisah pun you nak pikir apa. Just call me Zarith okay.”Zarith mengenyitkan mata kanan. Dia memandang ke arah Sasha dan melemparkan senyuman. Dia perasan yang gadis itu sejak tadi lagi begitu asyik memerhatikan dirinya. Sasha membalas senyumannya.
“Tapi,dah lama betul aku tak jumpa kau Zarith. Kali terakhir kau balik pun masa hujung bulan Jun dulu. Bila kau nak tinggal terus kat sini?”tanya Rizman.
“Aku memang dalam perancangan nak menetap terus kat sini. Tengoklah dulu macam mana nanti,”jawab Zarith ringkas. Sebenarnya dia masih tidak pasti lagi dengan perancangannya itu. Dia berkira-kira ingin berbincang mengenai hal tersebut dengan papanya iaitu encik Idham nanti. Papanya itu pun masih belum ditemui lagi sebaik sahaja dia sampai ke Kuala Lumpur sejak kelmarin.
“You look familiar Mr.Zarith.”kata Sasha setelah agak lama mendiamkan diri.
“Eh,bukan ke you tak pernah kenal Zarith ke sebelum ni?”soal Rizman.
“Memang la honey,tapi I macam familiar je dengan dia.”
“Yeke,kita pernah jumpa ke sebelum ni?”tanya Zarith. Dia merenung tajam ke arah Sasha.
Sasha tidak menjawab pertanyaan tersebut. Sebaliknya dia sekadar mengangkat bahu sambil melemparkan senyuman menggoda. Dia dapat merasakan hatinya begitu tertarik dengan lelaki melayu kacukan Inggeris itu. Lelaki yang berkulit putih,hidungnya yang mancung dengan sepasang mata yang cukup membuatkan mana-mana hati wanita cair melihatnya. Maklumlah kalau dah kacak begitu.
“Oh ya,lupa pula I nak kenalkan. This is Maya.”Zarith memperkenalkan wanita yang duduk di sebelahnya. Maya sekadar melemparkan senyuman. Tangannya memaut erat lengan Zarith. Sasha melihat dengan perasaan yang berbaur. Rasa cemburu menyelinap tiba-tiba.
“Nice to meet you guys.”
“Hey,girlfriend you ke Zarith?”tanya Jason.
Zarith melemparkan senyuman. Pandangannya tertancap pula pada Maya. “She will accompany me tonight.”
Jason dan Rizman masing-masing berbalas senyuman penuh makna. Maya tersenyum lebar. Tangannya makin erat memaut lengan Zarith. Manakala,tangan Maya diusapnya perlahan. Dia masih merenung Sasha. Ternyata riak wajah gadis itu terus berubah.
**********
Usai menunaikan solat isya’,dia menadahkan tangan berdoa ke hadrat Ilahi. Memohon semoga diampunkan segala dosa-dosanya. Tidak lupa juga mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapanya. Semoga kehidupan seharian yang dilalui dipermudahkan oleh Allah S.W.T serta diberikan jalan kesenangan atas setiap urusan yang dilakukan.
Zarul melipat sejadah lalu terus diletakkan di atas katil bujangnya. Dia sudah bersiap hendak keluar sebentar untuk bertemu dengan Fakhrul,rakannya. Mereka bercadang hendak keluar ke bandar melihat pameran komputer serta gadget terkini di sana nanti. Zarul mengerling ke arah jam di dinding. Tepat pukul 8.50 malam. Dia  menutup pintu bilik untuk turun ke tingkat bawah lalu menuruni anak tangga satu persatu.
Ruang tamu begitu lengang tidak berpenghuni. Matanya meliar ke sekeliling mencari ayahnya. Mak cik Hajar pun tidak ada di situ. Mungkin sedang mengemas di dapur agaknya. Fikir Zarul.
 “Papa!”panggil Zarul. Tiada sahutan.
“Pa,Zarul nak keluar ni!”dia memanggil lagi.
Ah,lantaklah..dia balik nanti baru beritahu pada ayahnya. Zarul menuju ke motornya. Dia telah lambat sebenarnya. Mesti si Fakhrul tu bising nanti. Lelaki itu suka membebel mengalahkan perempuan! Tak tahan dia hendak menadah telinga mendengar bebelan rakannya itu. Dia terus memakai helmet.
“Eh,Zarul nak ke mana tu?”
Kedengaran satu suara dari dalam rumah. Zarul segera berpaling. Dia tersengih melihat Mak cik Hajar yang menegurnya.
“Zarul nak keluar dengan member kejap ni. Err,papa mana mak cik?”
“Papa kau awal-awal lagi dah keluar ke masjid. Dia bersolat maghrib berjemaah di sana. Katanya ada ceramah agama malam ni,”beritahu Mak cik Hajar.
Zarul mengangguk sedikit. Dia sudah pun menghidupkan enjin motornya. “Mak cik tolong beritahu papa yang Zarul keluar kejap okay?sekejap je tak lama pun.”
“Eh,kalau ye pun makan lah dulu. Lapar tu nanti. Kau tu petang tadi pun tak makan lagi.”
“Takpelah mak cik. Zarul dah lambat ni. Zarul pergi dulu okay. Assalamualaikum.”
“Ha,yelah..bawak motor tu elok-elok.”Mak cik Hajar menjawab salam di dalam hati. Dia menggeleng kepala. Dia mendoakan anak muda itu selamat di dalam perjalanan. Risau juga dibuatnya. Anak saudaranya itu sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Dia telah lama menjaga Zarul semenjak kecil lagi. Sejak Zarul ditinggalkan bekas adik iparnya,Angelica.
Jika diikutkan,kehidupan dua beranak itu begitu menderita selepas ketiadaan Angelica yang telah meninggalkan mereka dengan membawa anak sulungnya,Zarith ke Amerika Syarikat kira-kira dua puluh satu tahun yang lalu. Sejak bercerai,encik Idham tidak pernah lagi mendengar sebarang khabar berita dari isterinya. Sehinggalah pada tiga tahun lepas,Zarith telah pulang ke Malaysia menemui keluarga buat pertama kalinya. Pada waktu itu,Zarith masih lagi belajar di sana. Dan sehingga ke hari ini dia masih lagi pulang ke rumah mereka walaupun jarang sekali memandangkan dia juga mempunyai komitmen dan tugas tersendiri di luar negara. Tapi Mak cik Hajar lega. Setidaknya ada juga keinginan Zarith untuk pulang ke pangkuan keluarganya.
Cuma Angelica sahaja yang terus hilang tanpa khabar berita. Apabila ditanya,Zarith mengatakan mummy nya masih belum bersedia untuk datang menemui encik Idham. Entahlah…masakan Angelica langsung tidak merindui seorang lagi anak lelakinya iaitu Zarul?Mak cik Hajar mengeluh. Geram dan sakit hati apabila mengingatkan sikap Angelica yang begitu mementingkan diri itu. Memang patut lah kedua arwah ibu bapa nya dulu sangat menghalang semasa adiknya,encik Idham hendak mengahwini Angelica.
Kasihan dia melihat penderitaan adiknya. begitu juga anak saudaranya Zarul yang tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu. Itupun sementara sahaja semasa dia masih kecil. Tetapi,mengenangkan sikap kedua anak saudaranya,dia lebih menyenangi Zarul berbanding Zarith. Entah mengapa,dia tidak begitu senang dengan perangai Zarith. Dirasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena sahaja pada lelaki itu. Zarith pula bersikap sangat dingin dengan ayahnya. Dia juga tidak tahu mengapa anak muda itu begitu kurang mesra dengan ayahnya sendiri. Barangkali kerana dia telah lama tidak berjumpa dengan encik Idham setelah sekian lama. Mungkin perasaan nya yang masih kekok,Mak cik Hajar membuat andaian.
Mak cik Hajar hanya mampu berdoa semoga keluarga itu akan bersatu kembali seperti dahulu. Itulah sahaja yang mampu dilakukannya kini…
**********
Zarith memandu dengan laju kereta BMW 3 Series miliknya sebaik sahaja keluar dari kelab malam eksklusif yang dikunjunginya sebentar tadi. Dia perlu segera meninggalkan tempat itu. Dia telah pun berjanji dengan Rizman dan Jason untuk menemui mereka jika ada kelapangan nanti.
“I rasa Sasha tu macam kenal you je,”Maya yang duduk di kerusi sebelahnya mula bersuara.
Zarith mengerling sekilas. “I tak kenal dia pun. Agaknya dia pernah jumpa I kot sebelum ni kat mana-mana.”
“Yeke,jangan-jangan dia dah terpikat kat you. Siapa tahu kan?”Maya mulai curiga.
Dia telah lama memerhatikan gelagat Sasha semasa mereka mula sampai ke kelab malam itu lagi. sejak pertemuan pertama itu pandangan Sasha sering terarah kepada Zarith seolah-olah dia tidak wujud di situ. Jika diikutkan hati,ingin sahaja dia mengajak Zarith terus pulang. Tidak sanggup membiarkan perempuan miang itu terus-terusan merenung kekasih hatinya. Sengaja dia berlagak selamba tadi kononnya seperti tiada apa-apa yang berlaku.
“Apa yang you merepek ni Maya?you pikir kalau betul dia memang ada hati kat I so is it a big matter ke pada I?hey,I dah biasa lah dengan semua tu.”
“So you pun dah jatuh hati kat dia lah ni?”
“What??”Zarith tergelak kecil. Dia menggeleng perlahan. Namun,pandangannya masih terarah ke jalan raya. Cuba memberi tumpuan terhadap pemanduannya.
“You tanya I dah jatuh cinta?Maya,Maya…you dah salah orang kalau nak tanya soalan macam tu. Come on,I mean..look at me. Have I ever been in love with someone before?it’s ridiculous Maya.”
“Habis tu siapa I ni di mata you,hah?”soal Maya inginkan kepastian.
Zarith mengeluh perlahan. Dia terdiam seketika. Maya meramas kedua tangannya. Resah. “Zarith,jawab soalan I. please..”
“Maya,you kan tau I tak pernah jatuh cinta pada sesiapa pun sebelum ni. Termasuklah you. Habis,you pikir I ni serius ke bercinta dengan you selama ni?”
“What are you talking about,Zarith?of course lah I nak kita serius. Please Zarith,don’t make fun with me right now okay.”
Zarith tergelak. “No sweetie. I tak bergurau pun okay. I tak sangka pulak you terpikir sampai macam tu sekali..”
“What do you mean?”
“Maksud I, I tak sangka you ni serius sampai terpikir I nak ajak you kahwin.”
“Ye memang I pikir macam tu. Apa,you rasa kita bercinta ni untuk apa?mestilah kalau boleh I nak kita hidup bersama. Happy ending. Just like other couples. You tak nak ke kita macam tu?”
“I rasa you dah salah faham Maya..”
“What salah faham??”Maya membuntangkan matanya. Dia berasa marah. Suaranya ditinggikan sedikit.
“Selama ni I main-main je bercinta dengan you Maya. I tak pernah serius pun..you sendiri pun tau kan I ni macam mana. I tak percayakan percintaan yang berakhir dengan perkahwinan. Or berkahwin dulu and then baru bercinta ke,whatever lah… Tapi semua tu takkan berlaku pada I okay. So I harap you faham.”
Maya tergamam mendengar kata-kata Zarith yang tidak disangka itu. Sungguh dia tidak menyangka!
“Zarith,you’re kidding me right?Zarith,I sayangkan you. I cintakan you. Takkan lah you nak biarkan I hidup sendiri kan. Zarith, I nak kahwin dengan you. Only you okay?”wanita itu separuh merayu.
Maya terasa berdebar dengan kemungkinan yang akan berlaku. Zarith pasti akan meninggalkan nya bila-bila masa sahaja. Dia tidak akan membiarkan perkara itu terjadi. Dia sudah menyerahkan segala-galanya jiwa dan raga kepada lelaki yang amat dicintainya itu. mereka pula telah lama bersama sejak mereka sama-sama belajar di luar negara dahulu. Masakan Zarith ingin meninggalkan dirinya begitu sahaja. Begitu fikir Maya.
“That will never gonna happen Maya. Sesiapa pun takkan dapat mengubah hati I ni. Bagi I perempuan ni semua sama je. Takde pun yang setia pada cinta..”Zarith berkata perlahan. Entah mengapa hatinya berasa sangat pedih sekali. Bayangan seraut wajah seorang wanita menjelma di ingatan. Wajah yang sangat dirindui dan disayangi satu ketika dahulu. Tetapi mengenangkan segala perbuatannya menyebabkan perasaan sayang yang dahulu ada di hati bertukar menjadi benci. Kebencian yang amat sangat.
Bayangan silam dua puluh satu tahun yang lalu kembali bermain di minda dan menjadi igauan sehingga kini. ‘Kenapa mummy buat Zarith macam ni?Mummy dah tak sayang Zarith lagi ke?’rintih hatinya pilu. Peristiwa Angelica iaitu mummy nya meninggalkan papa dan adik tersayang,Zarul sangat berbekas di hati walaupun ketika itu dia baru berusia lima tahun. Peristiwa itu telah memisahkan dirinya dan menyebabkan hubungan kekeluargaan hancur begitu sahaja.
‘Mummy memang jahat!’
Rintihan hati nya tiada siapa yang tahu. Hanya Tuhan yang mengerti perasaannya tika itu. dia membesar tanpa didikan agama yang sempurna dan kasih sayang kedua ibu bapa semasa berada di bumi ‘Uncle Sam’. Hidupnya dipenuhi dengan nilai-nilai kebaratan dan kemodenan. Dirinya Islam hanya pada nama sahaja. Zarith Idham Shah. Tetapi…
Dirinya juga menyaksikan peristiwa mummy yang curang dengan membawa Henry tinggal bersama mereka tanpa ikatan yang sah. Mummy begitu menyayangi Henry lebih dari dirinya sendiri. Sedangkan dia sangat kenal teman lelaki mummy nya itu seorang pemabuk dan kaki perempuan. Hendak bekerja pun malas. Sering mengharap duit dari mummy. Akhirnya,dia menjadi terpengaruh dengan gaya hidup bebas dan sungguh lari dari tatasusila seorang muslim yang berbangsa melayu. Arak dan wanita jadi mainan biasa dalam hidupnya kini. Tiada sesiapa yang ingin membimbing dirinya ke arah landasan yang diredhai Tuhan. Dia sendiri tahu itu.
“You jangan nak cari pasal dengan I Zarith. I tak kira,you mesti kahwin dengan I jugak!”bentak Maya. Dia tidak puas hati.
“You jangan nak paksa I. I tak suka okay.”
“No,I akan paksa selagi you tak nak bertanggungjawab dengan apa yang you dah buat kat I selama ni. Kita dah terlanjur dan I tetap nak kita kahwin!”
“Hei,apa yang you cakap ni?you pikir I ni kemaruk sangat  ke nakkan  you tu. I tak hairan sangat lah okay. I dah kenal lagi ramai perempuan yang lagi lawa dari you tau tak!”
“You…you memang betul dah keterlaluan Zarith. Sampai hati you buat I macam ni!!”jerit Maya. Suaranya begitu lantang sampai bingit telinga Zarith mendengarnya.
Tangannya memukul lengan Zarith yang erat memegang stereng kereta. Zarith mengerutkan dahi. Dia menjadi sukar untuk mengawal kenderaan nya.
“Maya,apa yang you buat ni??”suaranya ditinggikan. Maya terus memukulnya tanpa mengendahkan jeritan Zarith. Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman. Badan mereka terdorong ke hadapan. Rupanya,kereta milik Zarith telah melanggar belakang sebuah kereta kancil yang berada di hadapannya. Mujur lah mereka tidak tercedera.
“Look, what have you done Maya!!”
Zarith bengang. Wajahnya yang putih itu menjadi kemerahan menahan marah. Maya pula kelihatan tergamam tidak terkata. Dia benar-benar panik dengan situasi tersebut.  Zarith merengus kasar. Dia segera mencapai tas tangan Maya lalu dibuka tingkap kereta. Dicampakkan tas tangan berwarna hitam itu keluar dari kereta.
 “You can get out now!!!”
“Zarith…I’m so sorry honey. Please,jangan tinggalkan I kat sini..”terketar-ketar Maya menutur kata.
“Shit!kalau you tak nak keluar biar I je yang tarik you keluar faham?”
Maya menggeletar. Dia berasa sungguh takut apatah lagi melihat Zarith yang begitu marah dengannya. “Honey…”dia masih berusaha memujuk.
“I kata get lost you faham tak?I tak nak jumpa you lagi lepas ni. We’re over!”
“Tapi…”
Terdengar ketukan perlahan di tingkap pintu kereta. Zarith segera berpaling. Kelihatan seorang gadis bertudung biru lembut dan berbaju kurung berdiri di sisi keretanya. Gadis itu kelihatan resah dan cemas.
“Err..Assalamualaikum. Awak dah langgar kereta saya tu. Macam mana sekarang ni?”













0 ulasan:

Post a Comment