Saturday, February 12, 2011

Excuse Me, Are You My Man?!



Dari tadi senyuman nya tidak putus-putus. Ligat sahaja jari-jemari Julia menari-nari di atas keyboard notebook Sony Vaio nya tanpa henti. Bila sudah lenguh barulah dia berhenti rehat seketika. Tetapi matanya tidak putus-putus menatap pada skrin notebook. Leka menghadap Windows Live Messenger dari seorang kenalannya yang dikenali sebagai ‘Mr. Keroll’. Message nya dibaca berulang-ulang kali. Tanpa rasa jemu.
‘Hari ni tak pergi jalan-jalan ambik angin ke?- Mr. Keroll’
Dia berfikir sejenak. Kemudian menaip kembali.
‘Nope. Duduk rumah aje. Tak pergi mana-mana pun. Assignment banyak tak siap lagi…LOL- Julia’
Ringkas sahaja dia menjawab. Tidak lama kemudian ada lagi satu message. Pantas dia membuka kerana tidak sabar hendak membaca.
‘Kalau macam tu siapkanlah assignment dulu. Baru kita sambung mesej balik. Saya pun ada kerja jugak lec bagi…he he…- Mr. Keroll’
‘Ok, jap lagi ler saya siapkan. Kalau saya nak tanya satu soalan boleh?- Julia’
‘Sure!- Mr. Keroll’
‘Dah nak dekat tiga bulan kita kenal. Tapi saya tak tau pun awak study kat mane?- Julia’
Akhirnya lama dia menunggu. Mesej tak jugak-jugak sampai. Dia mengeluh perlahan. Mamat ni masih lagi nak berahsia ke? Agak lama jugak lah dia menanti balasan dari Mr. Keroll sehingga akhirnya dia menjadi bosan. Kalau tak nak beritahu takpelah. Fikirnya. Tiba-tiba ada satu mesej.
‘Macam mana saya nak gitau? Awak pun tak nak cakap awak study kat mane- Mr. Keroll’
Julia mengeluh perlahan. Dia menaip lagi.
‘Takpelah tak gitau pun. Tak penting pun.’
‘Ok, but I have to go. Ada kerja nak buat ni. Miss you always Julia. See you again- Mr. Keroll’
‘Miss you too. Bye-Julia’
‘Love you Julia^_^- Mr. Keroll’
Eh, ada lagi? tapi dia tetap membalasnya sambil mengukir senyuman bahagia.
‘Love you too!-Julia’
Makin kembang hatinya dengan bunga-bunga cinta yang hadir di dalam diri. Mr. Keroll memang sangat romantik. Romantik gila sebab tiap kali nak habis kan perbualan mesej aje mesti ada aje kata-kata puitis dari lelaki itu. kadang kala lelaki itu akan mengirimkan mesej kata-kata cinta yang romantis. Beruntung nya andai dia dapat tengok muka Mr. Keroll yang sebenarnya. Dekat Windows Live hanya letak gambar pelakon Korea aje. Gambar Lee Min Ho. Ada ke patut? Orang patutnya letak lah gambar sendiri. Tak tau Mr. Keroll ni handsome ke tak orangnya. Ke muka dia memang ada iras-iras Lee Min Ho? sebab tu kot…tapi ikutkan Julia sendiri pun tak letak gambar dia sebenarnya. Letak gambar anime Jepun. Ha ha!
Dia menutup notebook nya. Terkenangkan Mr. Keroll lagi yang sudah hampir tiga bulan dikenali menerusi alam maya. Dari sebuah chat room di blog nya sampaikan ke Windows Live Messenger dan saling berkirim e-mail. Entah kenapa dia begitu obses untuk mengenali Mr. Keroll yang dirasakan lain daripada lelaki yang pernah dikenalinya sebelum ini.
Lama-kelamaan dia dapat merasakan seperti sudah jatuh cinta dengan mamat itu. Setiap kali habis kelas sahaja mesti dia akan segera pulang ke rumah sewanya dan menghadap notebook semata-mata ingin ‘bertemu’ dengan Mr. Keroll,jejaka pujaan hatinya itu. Tidak pernah dia merasakan perasaan sebegini terhadap mana-mana lelaki pun sebelum ini.
Barangkali orang akan fikir ini cinta gila. Ataupun dirinya yang gila kerana bercinta dengan seseorang yang tidak pernah dia jumpa dan kenal seratus-peratus. Tapi…ah, lantak lah orang nak fikir apa pun. Yang pasti perasaannya tidak dapat membohongi yang dia amat menyukai Mr. Keroll dan berharap agar dapat berjumpa dengan lelaki misteri itu satu hari nanti. Yang dia tahu Mr. Keroll sebaya sahaja dengannya dan juga seorang pelajar. Masih single dan itu yang penting sekali. Dia juga masih single.
Entah kenapa setiap kali hatinya begitu ditarik-tarik ingin berjumpa face to face dengan Mr. Keroll. Tapi Mr. Keroll sering beralasan sibuk lah…ada assignment lah…dan macam-macam lagi. agaknya Mr. Keroll malu kot. Maklumlah kenal pun menerusi alam maya aje. Susah jugak ye bercinta dengan orang yang tak kenal ni. Misteri betul!
‘Mr. Keroll…kau betul-betul buat aku gila bayang lah!’ getus hati Julia sendirian.
**********
Julia mempercepatkan langkah kakinya. Dia betul-betul sudah lambat ke kelas. Hantu betul! Boleh pulak terbangun lambat pagi tadi. Nasib baik ‘off day’ hari ni. Kalau tak, tidak pasal-pasal kena ganti solat Subuh. Si Alia ni bukannya nak tolong kejutkan dia bangun. Awal-awal lagi dah menghilangkan diri. Agaknya tak tahu kot yang dia ada kelas Encik Hamdan pagi ni.
Lambat-lambat dia membuka pintu. Mintak-mintak pensyarah nya tak sampai lagi. hah,nasib baik tepat seperti yang dijangka. Encik Hamdan masih tak masuk kelas lagi. lega hatinya. Cepat-cepat dia melangkah masuk dan mengambil tempat duduk di sebelah Nasuha,kawan baik nya itu.
“Apasal lambat?”
“Err, aku bangun lambat tadi. Tak sedar sebab semalam tidur lewat.”
“Ni tak lain tak bukan mesti stay up main chat dengan Mr. Kroll kan?”
“Bukan Mr. Kroll lah, Mr. Keroll okey.”
“Huh, whatever lah. Tapi kau sure ke orang tu wujud?”
“Maksud kau apa Suha?” tanya Julia sambil mengerutkan dahi.
“Yelah, silap-silap kau main chatting dengan hantu ke…tak pun penyangak ke, penipu ke…mana lah tahu kan?”
“Hisy, mengarut ajelah kau ni. takkanlah Mr. Keroll nak tipu aku pulak.”
“Eleh, dah cinta memanglah cakap macam tu. Kalau betul macam mana? Kau ni percaya sangat dengan hubungan cinta dalam internet ni. Kalau aku tak layan nya…”
Julia terdiam. Dia cuba tidak ambil peduli. Hatinya dan perasaan nya begitu tulus terhadap Mr. Keroll. Mr. Keroll pun turut menyayangi nya sepenuh hati. Masakan lelaki itu hendak menipu? Tetapi kebarangkalian di sebalik kebenaran kata-kata Nasuha itu turut membuatnya berfikir. Tetapi dirasakan sudah terlambat. Sebabnya? Dia sudah terlanjur jatuh cinta dengan Mr. Keroll. So,tak boleh nak buat apalah.
“Aku ingat nak jumpa dia lah Suha…”
“Hah? Kau nak jumpa siapa?”
“Mr. Keroll lah siapa lagi.”
“Don’t be silly okay Julia. Aku tak izinkan kau buat benda bodoh macam tu. Bahaya tau tak nak berdating dengan orang yang kita tak kenal ni!”
“Ala, kau temankanlah aku Suha. Please…”
“Ah, malas lah aku. Kau nak jumpa dia kau pergi ajak orang lain temankan. Tak kuasa aku. Tapi make sure berteman okay. Kalau kau nak ajak si Fendi tu temankan pun boleh.”
Kata Nasuha sambil mulutnya dijuihkan ke arah Fendi yang duduk tidak jauh dari mereka.
“Huh, Fendi yang berlagak tu? Tak nak lah aku. Tengok muka dia pun tak ingin. Inikan nak ajak teman. Jangan haraplah.”
“Hei, dia okey apa. Dah lah handsome…bijak pulak tu. Pelik betul lah kau ni Julia. Dalam kelas ni kau sorang aje yang tak suka dia tau. Teringat masa kau gaduh dengan dia pasal discussion dengan Puan Zaleha semalam. Tapi bagus jugak dia satu group dengan kita. At least banyak jugak yang dia tolong kita. Yelah, dia kan budak pandai.”
Julia memuncungkan mulut. Panas hati mengenangkan lelaki yang bernama Fendi itu. Fendi atau nama penuhnya Muhd Affendi Bin Azhari itu merupakan rakan satu kelasnya dalam jurusan Sains Komputer di UiTM. Memang tidak dinafikan Fendi adalah pelajar lelaki paling popular di kelasnya dan satu fakulti itu. Pertama, mestilah sebab paras rupanya yang kacak itu. Dan agak pintar juga dalam pelajaran. Dia menjadi rebutan pelajar-pelajar perempuan. Mempunyai ramai kawan. Tetapi rasanya dalam fakulti ni hanya Julia sorang aje yang anti dengan Fendi.
Teringat pula peristiwa semalam. Iaitu semasa kelas Puan Zaleha. Sewaktu dia dan Fendi sedang berdiskusi mengenai subjek yang diajarkan pensyarah nya itu. Dia melepaskan keluhan berat. Pertengkaran antara mereka tercetus akibat salah faham. Dan jugak berselisih pendapat. Bila Julia kata A si Fendi pulak tak setuju kata B. Hah, apa lagi bila masing-masing dah tak setuju dan tak boleh ngam. Tu yang boleh bergaduh tu.
Malang betul dia kerana dapat satu group dengan Fendi. Tapi dengar kata nya lelaki itu akan berpindah tidak lama lagi. Fendi ingin mintak bertukar ke UiTM cawangan Terengganu dalam jurusan yang sama juga memandangkan dia ingin berada dekat dengan keluarga nya yang tinggal di sana. Baguslah kalau lelaki itu tak ada nanti. Aman sikit hidupnya. Perlahan senyuman terlukis di bibirnya.
**********
“Kau ni memang otak lembab betul lah Julia. Kalau report yang punya simple macam ni pun tak dapat nak siapkan, agaknya kalau kasi buat kerja lain mesti hancur!” ngomel Fendi sebaik menghampiri meja mereka.
Dia tiba-tiba sahaja menghempaskan sebuah report tebal di atas meja. Julia tersentak. Terperanjat akibat amukan Fendi yang tiba-tiba itu.
“Ala, aku dah siapkan elok-elok yang bahagian aku tu. Itupun tak puas hati lagi ke?”
“Memang aku tak puas hati dengan kau Julia. Kau ni, hii…geramnya aku! Karang nak marah lebih-lebih nanti menangis pulak. Perempuan ni bukan boleh…”
“Amboi, sedapnya nak mengata orang perempuan. Macam lah kau tu tak pernah menangis!”
Fendi dilihatnya mengukir senyuman simpul. Daripada nak mengamuk terus boleh tersenyum pulak. Peliknya dengan lelaki yang bernama Affendi ni. Mood nya sekejap aje boleh berubah-ubah.
“Eleh, aku memang tak pernah menangis pun. Kalau aku menangis pun hanya pada perempuan yang aku sayang aje. Macam mak aku ke…awek aku ke, tapi bukan kau lah Julia!”
Julia ketap bibir. Macam lah dia ni teringin sangat nak jadi awek Fendi tu. Dah lah berlagak bagus. Macam dia tu perfect sangat!
“Aku pun tak ingin lah. kau pun nak pindah kan tak lama lagi kan? So,aku harap lepas ni aku tak jumpa kau lagi dah. Budak batch kita yang lain maybe boleh lah nak ucap farewell dengan kau. Aku tak ingin langsung. Ni pun aku harap last kita kerja group sama-sama!” Julia mencebik.
“Huh, aku pun sama Julia. Aku tak harap pun kau nak ucap farewell kat aku!”
“Boleh blah lah kau!”
“Wei, report ni make sure siapkan. Yang bahagian aku, Nasuha dengan Faizal dah complete dah. Kau punya aje yang teruk. Macam belacan! Info pun kurang. Padahal aku dah kasi tajuk paling senang dah tu kat kau. Pun tak boleh nak perform dengan baik!” ejek Fendi dengan angkuh.
Julia menjelirkan lidah nya. Dia merampas dengan kasar report yang berada di tangan Fendi. Lantas Fendi terus berlalu dari situ sambil mengukir senyuman sinis.
‘Padan dengan muka kau Julia!’ dia memang teringin benar hendak mengenakan gadis itu sebelum dia bakal berpindah ke kampus cawangan yang lain tidak lama lagi.
**********
Julia cuba melupakan bayangan Muhd Affendi Bin Azhari dari ingatannya. Namun masih lagi gagal. Dicuba beberapa kali namun tetap otak nya teringat kat mamat tu. Entah dah tak betul agaknya otak ni. segala kenangan bersama Fendi terlintas lagi di ingatan. Pertengkaran yang berlaku antara mereka baginya seperti meninggalkan satu kenangan manis pula. Dan sepanjang mereka belajar bersama. Dia terasa rindu pula.
Sejak Fendi pindah ke Terengganu, dia jadi seperti kehilangan pula. Walaupun dia tahu, bukan dia sorang aje yang terasa kehilangan. Kawan-kawan sekelas yang lain pun begitu juga. Dulu masa lelaki tu ada nak tengok muka pun tak ingin. Kini terasa seperti rindu bayang pulak!
Perasaannya terhadap Mr. Keroll pun beransur hilang. Dia sudah jarang bermain Windows Live bersama Mr. Keroll. E-mail pun jarang dibalas walaupun Mr. Keroll tidak putus-putus bertanyakan khabar. Cinta alam maya nya seperti khayalan semata-mata.
Berganti dengan bayangan Fendi pula yang wujud di alam nyata. Dia cuba membayangkan perbezaan antara Fendi dengan Mr. Keroll. Walaupun banyak bezanya tetapi hatinya macam dah nekad nak pilih Fendi. Jika diikutkan Mr. Keroll lebih romantik kerana sering menghadiahkan kata-kata puisi cinta buatnya. Gaya Mr. Keroll macam penulis novel cinta sahaja. Pandai bermadah.
Fendi pula…? Hurm, langsung tak romantik. Mulut celupar, berlagak dan kasar adalah. Tapi Fendi sudah tiada lagi. Mungkin nasibnya begini. Sering mengharap pada sesuatu yang tidak pasti.
Dia makin tertekan.
‘Mr. Keroll?’
Pandangan Julia tertancap pada skrin notebook. Ada satu mesej dari lelaki itu. Gambar Lee Min Ho masih lagi diguna pakai oleh Mr. Keroll. Dia tersenyum sendirian.
‘Salam. Julia apa khabar?- Mr. Keroll’
‘Wslm. I’m fine. Awak?- Julia’
‘Sihat. Sorry dah lama tak contact. Agak busy sikit sekarang ni…- Mr. Keroll’
Julia berasa bersalah pula. Mr. Keroll macam perli dia sahaja. Sepatutnya dia yang patut mintak maaf. Sebab dialah yang jarang nak contact kekasih alam maya nya itu. Ini terbalik pulak. Lagipun dia pun tidak tahu mengapa dengan perasaannya kini. Yang ada di hati nya kini adalah Fendi. Bukan Mr. Keroll a.k.a Lee Min Ho lagi!
‘Takpe. Patutnya saya yang kena mintak maaf. Dah jarang contact awak- Julia’
‘It’s ok. Saya ada sesuatu nak tanya ni- Mr. Keroll’
Hati Julia berdebar semacam.
‘Nak tanya apa?- Julia’
Lama dia menunggu. Macam biasa lah kena tunggu lama. Part ni yang suspens ni. Asal part suspens aje mesti kena tunggu lama-lama,huhu…
‘Nak tanya something. Berkaitan dengan hubungan kita ni. Saya dah tak mampu nak biarkan kita lama-lama macam ni. Takde arah tujuan. I need to see you elsewhere. Boleh tak?- Mr. Keroll’
“Hah?! Dia nak jumpa aku!!” Julia sedikit terjerit sehingga Alia yang sedang khusyuk membaca buku terganggu.
“Kau ni kenapa Julia? Tiba-tiba aje jerit ni. Buang tabiat apa?”
“Err, takde apa-apa.”
Julia kembali menumpukan pandangan ke notebook nya. Pantas dia menaip.
‘Boleh. Kat mana?- Julia’
‘Kat depan Mahkota Parade. Esok pukul 4 petang. Nak jumpa Julia sangat sementara saya free lagi ni- Mr. Keroll’
‘Ok. See you there- Julia’
‘Awak nak pakai baju warna apa nanti?- Mr. Keroll
‘Blouse color coklat. Awak?- Julia’
‘Kalau macam tu saya pun nak pakai baju T-shirt color coklat jugak lah. he he…- Mr. keroll’
Julia tersenyum dalam hati. Harapnya tak salah orang lah nanti. Tanpa berfikir panjang dia terus bersetuju untuk bertemu dengan Mr. Keroll. Berdebar hatinya. Inilah kali pertama dia akan bertemu dengan Mr. Keroll. Setelah tiga bulan lebih menjalin hubungan istimewa di alam maya. Tidak sabar rasanya walaupun hatinya terasa takut dan risau juga. Dia akan mengajak Nasuha sekali menemaninya nanti.
**********
“Aku tak sangka kau still lagi nak jumpa dengan Mr. Kroll tu Julia!”
“Bukan Mr. Kroll lah. hii…kau ni Suha. Berapa kali nak cakap nama dia Mr. Keroll.”
“Apa-apa ajelah. Nama apa entah macam tu. Pelik aje. Silap hari bulan mamat sewel nanti yang nak jumpa dengan kau.”
“Hisy, kau ni Suha. Ada pulak cakap macam tu. Aku nak tau aje siapa Mr. Keroll tu sebenarnya. Betul ke dia tu handsome macam Lee Min Ho. Itu aje.”
Tiba-tiba pandangan mata Julia tertancap pada sekujur tubuh tinggi lampai yang sedang berdiri di depan Mahkota Parade. Pemuda itu berpakaian T-shirt warna coklat. Hah,dah memang sah mamat nil ah Mr. Keroll. Sebab dia sorang aje yang pakai T-shirt warna coklat kat sini.
“Wei, Julia. Aku rasa macam mamat yang pakai baju coklat tu aje. Tapi tak nampak muka. Aku tunggu kat sini ajelah ye.”
Dia mengangguk. Biarlah Nasuha memantau nya dari jauh sahaja. Dengan rasa tak keruan dan hati yang berdebar-debar, Julia mengatur langkah pantas mendekati pemuda itu.
“Err, Assalamualaikum.”
Lelaki itu menoleh. Dia menjawab salam. Lama mereka saling berpandangan. ‘Boleh tahan jugak mamat ni.’ kata Julia dalam hati.
“Ini Julia?”
Hah, memang sah ni lah Mr. Keroll yang telah menjadi kekasih alam maya nya selama ini. Akhirnya Julia mengangguk.
“Mr. Keroll kan?”
“Err, sebenarnya…” lelaki itu kelihatan teragak-agak sahaja. Julia hairan dengan reaksinya itu.
“Sebenarnya apa?” tanya Julia dengan hati berdebar.
“Err, Julia. Sebenarnya saya ni bukan Mr. Keroll…”
“Hah?! Habis tu awak ni siapa? Macam mana awak tau nama saya Julia?”
Jantungnya berdegup kencang.
“Memang lah saya bukan Mr. Keroll. Tapi yang jadi Mr. Keroll dan selalu berhubung dengan awak tu adalah kawan saya yang tengah menyorok kat belakang ni. Dia malu nak jumpa awak.”
Pulak dah??
“Hah, mana dia nya?”
Tiba-tiba tanpa diduga, Mr. Keroll yang sebenarnya pun keluar dari persembunyiannya itu. Nak tahu apa yang berlaku? Julia yang memandang Mr. Keroll sebenar terus sahaja rasa macam nak pengsan. Berpinar-pinar matanya. Namun bibirnya masih mampu menyebut nama lelaki yang sudah berada di depannya itu.
“Muhd Affendi Bin Azhari?!!”
Tidak menyangka sama sekali yang Mr. Keroll yang bercinta dengannya selama ini adalah Fendi sendiri! Betapa kecilnya dunia…dunia alam maya yang kini menjelma pula di alam realiti. Fendi turut terkejut. Turut tidak menyangka. Melongo dia menatap wajah Julia.
“Ju…Julia…awak ke Julia?!”
“Yup, saya lah ni. Awak ingat Julia mana?”
Terus hilang perkataan ‘aku’ dan ‘kau’ yang digunakan sebelum ini.
“Saya…tak sangkalah. Kalau awak nak tau sayalah Mr. Keroll a.k.a Lee Min Ho!”
“Fendi,kenapa awak tak gitau saya awal-awal?” Julia sudah geram.
Fendi tersenyum nakal.
“Awak yang berahsia sangat dengan saya. Saya pun ada secret jugak. Tapi saya dah dedahkan identiti sebenar saya. Tak sangka awak lah girlfriend saya selama ni.”
Julia tertunduk malu. Malu apabila mengingatkan ungkapan cintanya selama ini. ‘I love you Mr. Keroll.’ Hii…lawak nya. Betul-betul tak sangka!
“Saya pun tak sangka…” balas Julia malu-malu.
“Tapi saya nak tamatkan hubungan kita ni,” serius Fendi berkata.
“Hah? Kenapa?!”
Julia berasa sayu tiba-tiba. Takkanlah selepas Fendi tahu dia adalah Julia yang sebenarnya terus nak mintak break? Ah, dia tidak sanggup…
“Sebab…saya nak mulakan hubungan yang baru dengan Julia di alam realiti pulak lepas ni. Dan tamatkan hubungan kita di internet. Sebab saya betul-betul nak serius dengan Julia.”
Julia rasa terharu mendengar kata-kata lelaki itu. Fendi memang adalah Mr. Keroll yang sebenarnya. Ungkapan romantis Fendi mengingatkan dirinya pada Mr. Keroll iaitu lah Fendi yang sebenarnya. Dia tersenyum manis. Kemudian mengangguk walaupun sudah tersipu-sipu malu.
“Thanks Julia sebab sudi jugak terima Fendi. Sebenarnya saya sanggup datang sini balik semata-mata nak jumpa siapa sebenarnya Julia di hati saya. Saya memang dah lama sukakan awak Julia. Cuma saya segan nak beritahu perasaan saya yang sebenarnya pada awak…”
“Fendi, walau apa pun berlaku antara kita sebelum ni, saya tetap terima awak sebagai Mr. Keroll saya sampai bila-bila.”
Fendi mengukir senyuman manis buat Julia. Mereka saling bertatapan. Ada rasa tenang di hati mereka. Hari itu bermulalah satu diari baru bagi mereka berdua. Hubungan yang baru antara mereka.
“I love you Julia.”
Kata-kata Fendi makin membuatnya rasa bahagia. Dia tidak lagi dibayangi oleh Mr. Keroll. Tetapi di hadapannya kini adalah Fendi. Cinta nya selamanya. Dari jauh kelihatan Nasuha dan kawan Fendi yang sudah tersenyum nakal sambil memerhatikan mereka. Aishh…malu pulak Julia dibuatnya!


0 ulasan:

Post a Comment