Saturday, February 5, 2011

Cornetto Lovers



Wajah-wajah panel penemu duga itu aku tatap satu-persatu dengan rasa gemuruh. Tiga orang kesemuanya. Mahu berpeluh jugak lah badan aku ni dibuatnya. Ibarat aku ni macam seorang pesalah yang menunggu hukuman dijatuhkan. Gulppp…!! Air liur ku telan dengan payah. Tersekat ke kerongkong. Agaknya pucat macam mumia dah muka aku ni.

“Tell us about yourself,” seorang lelaki berbangsa Cina yang kemas berkot dan tali leher bertanya.

Erk?! Aku dah agak dah. Confirm dia akan tanya soalan macam ni punya. Dalam hati aku berterima kasih pada cousin aku si Sarah tu. Dia lah yang beria ajar aku tips menghadapi temuduga. Kalau company swasta macam ni confirm kena speaking BI lah…kena confident, kalau orang tu tanya jawab aje macam aku dah belajar sebelum ni…dan macam-macam lagi lah. Cayalah Sarah!

Aku menarik nafas dalam-dalam dan menghembus perlahan. Cuba mengingati balik segala ayat yang aku dah hafal malam tadi. Siap praktis depan cermin lagi tu. Perlahan bibirku mengukir senyuman.

“Well, first I…”

“Wait, wait…”

‘Lorr…apa ke hal?!’ mamat ni memang potong line betul lah. Aku dah agak dia ni memang ada benda nya tak puas hati dengan aku. Takpe…takpe,sabar Qistina!

“Apa kata awak bagi sikit pendapat tentang situasi ekonomi negara kita sekarang ni?”

‘Siot betul. Dia ni memang betul nak kenakan aku ni!’ aku menyumpah seranah dalam hati. Sengaja nak kasi aku soalan-soalan susah macam ni. Aku ni dah lah lama tak tengok berita. Baca paper? Haram…tak sentuh langsung. Tulah Qistina,malas sangat nak ikut perkembangan  isu semasa. Hari-hari menghadap novel, CLEO, REMAJA lah macam mana? Bukannya salah…tapi isu-isu semasa kenalah ikut jugak. Orang lain tengok berita kau pergi layan cerita Korea. Hah kan dah kena! Takkan lah nak utarakan isu ekonomi negara Korea kot?!

“Err,saya rasalah kan…macam ni,err…”aku mula gagap.

“In English please…”

Aku tenung anak mata coklat mamat itu. Mamat tu dah senyum-senyum lain macam. Jantung aku ni tunggu masa aje nak pecah. Hantu punya mamat! Aku tau lah muka kau tu memang handsome. Anak CEO company ni. Tapi berlagak nak mampus!

“As we can see err, I think our economy needs to be developed much more like…err, like we can enhance…em,apa tu…”

‘Adoi,macam mana boleh terkeluar ayat BM pulak ni? tapi pertanian dalam BI apa yek? Aku dah lupa lah. Ah,main hentam sajalah Qistina!’

“Hah,we can enhance the agriculture and…err,”

“Dah,dah…stop! Awak ni macam mana cik Qistina? soalan macam ni pun awak tak boleh jawab. Dah lah cakap BI pun berterabur. Tengok kelulusan macam okey aje. Diploma in Office Management from UiTM with CGPA 3.90…ehem, quite okay lah. Tapi pengetahuan takde!”

Aku tertunduk merenung karpet. Suasana bilik itu sunyi sepi. Hanya penghawa dingin yang terasa walaupun hatiku ini sudah panas. Rasa tercabar dengan kata-kata sinis mamat itu. Dua orang lagi penemuduga sudah menggeleng kepala sambil tersenyum sinis. Aku makin tertekan.

“Kalau macam ni lah, how can we hire you? You mau kasi kami susah ka?”lelaki Cina itu pula menyampuk.

“Huh,tengok wayang tau lah…”

Hantu punya mamat! Apa kena mengena pulak interview aku dengan tengok wayang? Hal semalam jugak yang diungkitkan. Aku mula hilang sabar. Hei…ini tak boleh jadi!

“Mr. Adam,hal tu takde sangkut paut dengan urusan kita sekarang ni tau. Be professional okay!”aku membentak. Aku sudah bangkit dari kerusi. Bercekak pinggang dengan mata terbelalak. Lupa yang aku ketika itu sedang ditemuduga.

“Awak yang nak cari pasal dulu dengan saya. Mana saya tak bengang? Lepas tu ada hati nak mintak kerja kat company ayah saya ni. Banyak cantik muka!”jerkahnya. Dia juga sudah berdiri.

“Eleh,jangan nak perasan lah. Ini company bapak awak,bukannya awak punya ye. By the way, saya yakin dengan kelulusan saya ni berlambak lagi company yang nak berebutkan saya nanti. Awak tengok ajelah. Silap hari bulan awak jugak yang menyesal sebab tak ambik saya kerja dengan awak!”aku senyum sinis.

“Huh,dia tu yang perasan. Cakap BI pun berterabur. Satu apa pun tak paham!”

Dua orang penemuduga yang lain sudah melongo memandang kami berdua. Barangkali tidak menyangka pertengkaran antara kami boleh berlaku.

“You…don’t you dare to say like that okay! Saya pun tak ingin nak kerja kat sini. Ni pun sebab mama saya yang paksa saya,awak tau tak?!”

“So buat apa tunggu lagi kat sini? Get lost!!”tengking Adam. Jari telunjuknya dihalakan ke muka pintu.

Tanpa membuang masa lagi,aku mencapai tas tangan dan merampas file aku yang terletak di atas meja panel tersebut. Perkara pertama yang aku fikirkan adalah aku mesti calon temuduga pertama yang akan di reject hari itu. Mungkin siap masuk dalam black list lagi. Ah,aku peduli apa? Mamat tu kurang ajar sangat dengan aku. Siapa suruh? Aku pun tak ingin nak tengok muka mamat tu lagi. Forever and ever!

Pintu ku hempas kuat. Bergegar satu ofis. Tidak kupedulikan pandangan staf-staf di syarikat itu. Lantak lah apa diorang nak fikir pun. Macam nak menangis pun ada.

**********

Aku menangis teresak-esak di atas katil. Mama masih lagi memujukku tanpa putus asa. Malu bukan kepalang dengan insiden temuduga yang berlaku tadi. Musnah sudah harapanku untuk mendapat kerja setelah ‘tanam anggur’ selama hampir satu bulan. Nak harapkan kerja lain entah bila agaknya boleh dapat. Kawan-kawan aku yang lain semuanya dah berjaya dengan kerjaya masing-masing. Ada jugak yang menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana pula. Tapi aku? Masih lagi tidak dapat rezeki pergi ke mana-mana.

“Dah lah tu Qis. Sabar jelah ye. Kalau ada rezeki Qis tu dapatlah kerja nanti.”

“Tapi bila mama? Kalau tak sebab mamat tak guna tu,dah lama agaknya Qis dapat tau jawatan setiausaha tu…”

“Yang Qis pergi marah-marah interviewer tu kenapa? Hai,mama pun tak fahamlah.”

“Adam tu yang cari pasal dulu dengan Qis. Bukannya Qis. Ada ke patut dia cakap Qis ni takde pengetahuan lah…tau tengok wayang je. Ada ke patut mama?”

“Adam cakap Qis macam tu?” mama kulihat menahan ketawa.

“Betul mama. Takkan Qis nak reka cerita pulak?”

“Setahu mama, Adam tu baik orangnya. Ayah Adam tu kan kawan baik papa. Sebab tulah dia beria nak tolong Qis. Interview tu untuk nak tengok kemahiran Qis macam mana. Itu aje.”

Aku mencebik mulut. Adam tu baik? Baik apa macam tu. Mulut pun celupar. Kurang ajar. Aku pun malas dah nak fikirkan pasal temuduga itu. Termasuklah mamat yang bernama Adam tu. Apabila terkenangkan insiden pertemuan aku dan dia semasa di Tanjung Golden Village,Jusco membuatkan perasaan meluat dan benciku terhadapnya makin membuak di hati.

**********

Kira-kira seminggu yang lalu…

“Wei Qis, cepatlah sikit beratur tu. Karang tak sempat pulak nak beli tiket. Aku nak pergi beli popcorn ni.”

Aku mengangguk sebaik mendengar kata-kata Sarah. Keadaan begitu ramai dengan orang sampai pening aku dibuatnya. Yang penting dua keping tiket Twilight berjaya dibeli olehku. Hanya itu yang kuharapkan. Aku terlalu ingin menatap wajah kacak Edward Cullen. Percintaan vampire yang sedang hangat diperkatakan itu harus aku tonton. Bukan aku sahaja yang teruja, Sarah pun beria ingin menonton cerita tersebut.

“Hoi,tepi lah sikit!”

Sewaktu itulah tiba-tiba bahu aku dilanggar seseorang. Aku lantas berpaling. Seorang mamat selamba sahaja menolak ku dan memotong barisan. Hampir-hampir sahaja aku hendak jatuh. Aku mengetap bibir geram. Tahulah badan kau tu besar. Suka hati aje nak tolak-tolak orang!

“Apa hoi-hoi? Ingat orang takde nama ke hah?!”
“Yang pergi berdiri kat tengah jalan tu siapa suruh?”
“Awak tak nampak ke saya tengah beratur ni? hii..buta ke apa?”balas aku geram.

Tanpa menunggu lama,aku terus berlalu dan berdiri di hadapannya. Potong barisan balik. Takut jugak kalau lambat nanti tiket habis. Sold out! Walaupun aku tak tau sebenarnya cerita apa yang ingin ditonton oleh mamat yang potong line aku tadi. Akhirnya aku berjaya juga membeli dua keping tiket Twilight. Apalagi tersenyum lebar lah aku dengan Sarah.

“Yes!! Sarah aku dah dapat tiket!!”
“Yeahoo!!”jerit Sarah riang.

Entah kenapa aku terpandangkan wajah mamat itu. Air mukanya keruh sekali. Macam ada masalah besar aje aku tengok. Dia menghampiri seorang gadis yang boleh tahan agak lawa jugak…agak seksi. Aku berminat untuk memerhatikan gelagat mereka berdua.

“Kenapa honey?”
“Err, sorry lah sayang. Tiket dah sold out.”
“What? Mana boleh macam tu. You tau kan I nak tengok cerita Twilight. I tak kira I nak tengok Twilight jugak!”bentak gadis itu. Muncung nya panjang sedepa.
“Sayang…jangan lah macam ni. Apa kata kita tengok movie lain okey? Please…”
“Tak nak! Ni semua you punya pasal lah. Sebabkan you lambat sangat kan dah habis tiket. Kalau you cepat tadi mesti sempat!”
“Ala, bukan salah I. Tadi entah minah mana yang kepala sewel, tak betul otak tolak I tadi. Suka hati aje dia potong queue. Takkan you nak salahkan I pulak?”

Panas telingaku mendengar kata-katanya. Minah kepala sewel? Tak betul otak? Amboi…dah lah tabur fitnah cakap kat aku yang potong barisan. Huh,sengal!

“You jangan nak salahkan orang lain pulak ye. Dah lah, I malas nak keluar dengan you lagi. I nak balik!”
“Fira, janganlah macam ni…”
Gadis itu terus berlalu dari situ.
“Fira!!”

Aku menahan tawa yang hendak meletus. ‘Huh,padan muka kau!’ tiba-tiba lelaki itu memandangku tajam. Entah macam mana dia boleh perasan dirinya diperhatikan. Aku menggigit bibir. Lelaki itu semakin menghampiri ku. Ah,sudah…

“Ni semua awak punya pasal. Kalau awak tak potong queue mesti saya dah dapat beli tiket tu!”
“Hei,yang awak nak marah-marah saya tak tentu pasal ni kenapa? Saya peduli apa. Awak yang potong barisan saya dulu. Nak kata kat orang huh. Tengok ajelah cerita lain.”
Aku menjuihkan mulut. Sarah sekadar menjadi pemerhati sahaja.
“Bak sini tiket tu!”
“Hei,apa ni? mana boleh!!”
Aku lekas-lekas menarik tangan Sarah agar berlalu dari situ. Wajah mamat itu masam mencuka. Aku menjelingnya tajam.
“Gila ke apa?!” kutuk aku dengan kuat. Aku menjelirkan lidah pada nya.
“Kau lah gila!!”jerit lelaki itu.

Selepas pada itu,aku tidak berjumpa lagi mamat sewel yang mahu berebut tiket Twilight dengan ku itu. Sehinggalah saat hari temuduga itu menjelang tiba,tanpa diduga rupanya mamat itu merupakan salah seorang penemuduga yang akan aku hadiri itu. Rupa-rupanya dia lah Encik Adam Bin Dato’ Ishak yang juga anak kepada pemilik syarikat tersebut. Sungguh tidak kusangka sama sekali. Aku bertemu lagi dengannya dan menjadi hari yang paling malang sekali dalam hidupku.

**********

Panggilan yang ku terima pagi kelmarin benar-benar memeranjatkan. Aku telah diterima bekerja di syarikat tu? Biar benar?! Macam tak percaya aje. Tapi kalau ikutkan dari cara temuduga aku dulu tak macam temuduga langsung. Bertemu dan bertengkar adalah!
Hurm,macam malas aje nak terima. Kalau aku terima nak bekerja di situ mesti jumpa lagi dengan mamat tak guna itu. Setelah mama memaksaku untuk menerima sahaja tawaran tersebut,akhirnya dengan berat hati aku melangkah jua kakiku memasuki syarikat ternama tersebut. Daripada terpaksa menganggur lagi sampai entahkan bila. Baik aku terima sahaja. Tapi aku musykil jugak. Macam manalah aku boleh lulus temu duga itu? ah,itu semua rezeki…

Hari pertama memulakan kerja, not bad lah…mamat yang bernama Adam tu pun takde kat ofis. Masuk aje hari seterusnya, aku mula diuji lagi. Aku yang merupakan setiausaha kepada Encik Adam Dato’ Ishak sudah beberapa kali dimarahi dan ditengkingnya. Walaupun kesalahan yang sebesar kuman.

“Qistina, datang bilik saya kejap.”

Adam mengarahku. Entah bila agaknya dia masuk ofis aku pun tak sedar. Alih-alih sudah berdiri di depan mejaku. Hampir nak terlompat aku mendengar suaranya itu. Tapi aku tengok mukanya selamba sahaja. Dia terus berlalu ke biliknya. Dengan berat hati aku melangkah masuk. Entah apa pula agaknya kesalahan aku kali ni.

“Yes, Mr. Adam. What is it?” aku bertanya malas.

“First thing first. Buatkan saya air. Kopi panas ye.”

Merah padam wajahku. Cis…hampeh betul,panggil aku rupanya nak suruh buatkan air. Aku ingin memberontak tetapi ku lihat wajahnya masih selamba. Macam takde apa-apa aje. Tidak lama kemudian dia menoleh memandangku.

“Pekak ke hah?! Kan saya mintak suruh awak buatkan kopi untuk saya.”

“Tak naklah. Buatlah sendiri. I’m not your maid okay.”

Wajah Adam kulihat sudah merah menahan marah. Padan muka dia. Tahu pulak nak marah. Pandai mengarah orang aje. Erk?! Tapi dia memang pengarah pun kat sini. Sebab tulah kerja dia asyik mengarah orang aje. Apalah aku ni.

Tiba-tiba satu senyuman terukir di bibirnya. Aku telan liur. Dia sudah bangkit dari kerusi empuknya dan mendekatiku perlahan-lahan. Jantungku berdegup kencang. Apa kena mamat ni? renungan Adam yang tajam tiba-tiba sahaja menusuk ulu hatiku. Aku dapat merasakan debaran kali ini lain macam sekali. Aneh. Pelik. Tapi benar apa yang kurasakan.

Aku berundur setapak ke belakang. Dia makin dekat. Aku undur lagi. Dua langkah. Tiga langkah. Dekat lagi. Sehingga tubuhku melekap pada pintu. Sudah tiada ruang lagi untukku lari. Hendak lari ke mana? Kedua tangan Adam diletakkan pada pintu. Aku terperangkap di tengah-tengah nya.

“Nak buat ke tak nak?”

Aku geleng kepala.

Makin berdebar kurasakan. Entah kenapa aku tak rasa macam nak marah pun. Nak mengamuk pun takde jugak. Aku rasa macam…lain macam. Lain sangat-sangat bila tengok muka handsome mamat ni dekat-dekat. Kenapa makin lama makin handsome pulak ni??

“Say it again…out loud. Nak buat ke tak nak?”
“Nak!” jawabku pantas.
Adam mengeluh perlahan. Dia menjatuhkan kedua belah tangannya.
“Please go…”
“Err…” aku teragak-agak.
“I said go!!!” jerit Adam lantang.

Aku terus membuka langkah seribu dan cepat-cepat memulas tombol pintu. Ingin beredar dari situ. Hatiku bagai direntap tatkala mendengar suara tengkingan nya itu. Takkan lah nak marah sampai macam tu sekali hanya disebabkan aku liat nak buat air kopi untuk nya? Tak logik langsung. Tak masuk dek akal. Tapi aku tak terus menuju ke mejaku. Sebaliknya aku hanya mengikut sahaja arahannya. Aku terus menuju ke pantry untuk menyediakan minuman kopi panas buatnya. Jika diikutkan hati yang sakit ini, mahu sahaja aku memasukkan racun di dalam minumannya. Biar dia mampus! Tetapi mengenangkan pelbagai kemungkinan yang mungkin berlaku, aku terus tidak jadi. Buatnya aku terpaksa merengkok dalam penjara baru padan muka.

Setelah itu, aku terus menghantar secawan kopi panas ke biliknya. Dengan takut-takut dan teragak-agak, aku ketuk pintu. Terdengar suara Adam mengarah masuk dari dalam. Aku terus masuk dan melihat dia yang sedang leka menulis sesuatu di atas sehelai kertas. Ada sebuah file tebal di sebelahnya. Sewaktu aku hendak meletakkan cawan di atas meja nya, tanpa diduga…

Kasut tumit tinggi ku entah macam mana boleh tersadung pulak. Tercampak cawan itu sehingga tumpah betul-betul di atas meja Adam. Habis basah kertas yang ditulisnya. Kemeja putih krim berjalur yang dipakainya juga habis kotor terkena palitan air kopi itu. Keadaan begitu pantas berlaku tanpa aku mampu mengelak lagi. aku sudah menggigil ketakutan. Melihatkan wajahnya yang sudah menyinga pun aku sudah tahu yang dia sedang dikuasai amarah. Marah yang teramat-amat sangat tahap maksima!

“You…”

“Maafkan saya. Saya…tak sengaja…” terketar-ketar aku bersuara.

Dia terus bingkas dari kerusi. Dia mencapai cawan yang sudah terbalik itu lalu dicampakkan ke dinding. Pecah berderai. Kuat sungguh bunyi nya. Aku sudah tertunduk dengan tubuh yang menggeletar.

“Did you know how many hours I spend my time just to finish this paper?”

Aku pejam mata sambil menggeleng. Wajahku masih tertunduk.

“Two hours…and right after this I am supposed to submit this proposal to Mr. Tan within this few hours and now what have you done, Miss Qistina?” dengan hanya satu nafas dia bertanya lagi.

“Maaf…kan…saya…”

Hanya itu sahaja yang mampu aku katakan. Setitik air mata menitis jua ke pipiku.

“You have done such a great job Miss Qistina. Well done!” sinis dia berkata.

Aku masih membatukan diri. Tidak berani langsung hendak menatap mukanya.

“What the hell are you doing Qistina?!!” jerkahnya.

Aku tersentak. Dia menghentak penumbuknya di meja. Sungguh,aku sangat takut melihat keadaannya kali ini.

“I’m so sorry…”

“Tolong keluar dari sini. Kau dah banyak menyusahkan hidup aku. Sekarang ni aku tak nak tengok muka kau lagi. Sebab tulah aku dah cakap kat papa aku jangan ambik kau kerja kat sini dulu. Ikutkan kau tu tak layak sebenarnya nak kerja kat sini!” tengking Adam.

Berjuraian air mata aku mengalir ke pipi. Apa lagi yang aku mampu lakukan saat ini?

“Adam…saya…”

“Aku kata keluar! Pekak ke hah?!!”

“Keluar! Berambus!!!”

Tanpa menunggu lama lagi, aku cepat-cepat keluar dari biliknya. Aku menuju ke meja dan mencapai tas tangan. Aku hendak pulang segera ke rumah. Dengan linangan air mata tidak ku pedulikan lagi pandangan staff yang lain nya. Aku tahu mereka dengar tengkingan Adam tadi. Dan aku tahu yang aku sudah tidak diperlukan lagi di sini walaupun baru sebulan setengah aku bekerja di syarikat ini. Aku sudah tidak tahan lagi. Bukan tidak pernah kena marah. Tapi kali ini benar-benar buat aku tidak tahan dan tawar hati.

**********

Sudah hampir sebulan aku kembali menganggur di rumah. Sejak berhenti bekerja dengan syarikat Adam, aku sudah tidak mendengar lagi sebarang khabar berita tentang lelaki itu. Tetapi entah mengapa, aku seperti merindui nya. Saban hari aku sering teringatkan nya. Pelik betul dengan diri aku ni. padahal dah terang-terang mamat tu memang anti giler dengan aku,tapi kenapa aku masih lagi dok ingat kat dia??

“Qistina!”
Terdengar suara mama memanggilku. Aku menyahutnya dari dalam bilik.
“Qis, ada orang datang nak jumpa ni,” terpacul mama di muka pintu bilik.
“Siapa ma?”
“Adam,” ringkas mama menjawab.
“Hah?!”
Aku terperanjat. Buat apa pulak mamat ni datang nak jumpa aku? Pelik betul. Nak marah-marah aku lagi ke macam sebelum ni? dah kena pecat pun masih tak puas hati lagi ke??
“Buat apa dia datang sini mama?”
“Pergi aje jumpa dia Qis. Lama dia tunggu kat depan tu.”
Aku memuncungkan mulut.
“Tak nak lah Qis jumpa dia!”
“Qistina, janganlah macam ni. Tak baik buat orang macam tu.”

Melihatkan ketegasan mama aku tak jadi nak melawan. Dengan wajah mencuka aku terus menuju ke cermin. Menyarung tudung dan membetulkan apa yang patut. Hurm, malasnya nak jumpa mamat baran tu…apa boleh buat Qistina. Pergi sahaja lah jumpa dengan nya.
Dia terus bangun sebaik melihat aku mendekatinya di ruang tamu. Mama tiada di situ. Barangkali memberi ruang kepada kami untuk berbincang. Berbincang? Nak bincang pasal apa? Tapi aku yakin dia tak mungkin sanggup nak marah aku di rumah aku sendiri. Mama pun ada sekali. Berani ke dia nak marah-marah aku depan mama? Heh…

“Qistina,saya nak mintak maaf pasal hal tu dulu.”

Wajahnya kelihatan bersalah. Aku tidak memandang mukanya. Rasa sakit hati masih ada.

“Saya tau saya salah sangat pada Qistina. Dari masa kita kat Jusco dulu lagi. Salah saya jugak. Dan yang saya marah-marah Qistina dulu…sebenarnya Mr. Tan baik hati bagi saya masa siapkan jugak proposal tu dan tangguhkan submission. Saya betul-betul rasa bersalah. Dan jugak masa Qistina interview pun saya jugak yang spoil kan awak…” Adam berkata kesal.

Aku berpeluk tubuh. Masih tidak memandang wajahnya. Masam mencuka wajahku.

“Qistina, please…maafkan saya…”
“Huh, tak kuasa saya nak maafkan awak. Awak tu yang ego! Panas baran! Saya benci tau dengan awak!”

Aku terus berlari keluar dari rumah. Langkahku terhenti di sebuah kerusi yang terletak di halaman taman mini rumahku. Lantas aku melabuhkan punggung di situ. Aku menekup muka dan menahan sendu di hati. Hatiku amat tersentuh dengan layanan nya selama ini. Hatiku sakit sangat. Sakit kerana baru lah aku sedar yang aku sudah mula sukakan nya. Sudah mula jatuh cinta dengannya!

“Qis…”

Telinga ku disapa dengan suara Adam yang berdiri di belakangku. Entah bila agaknya dia ada di situ. Aku pun tak pasti.

“Qistina…”

Suara nya kedengaran sayu. Macam nak cuba pujuk aku aje. Huh, jangan haraplah aku akan mudah maafkan lelaki itu. Tiba-tiba…

Dia menghulurkan aiskrim Cornetto perisa strawberry di depanku. Betul-betul hampir dengan wajahku. Aku terpana. Benar-benar tidak menyangka!

“Saya tau awak suka aiskrim Cornetto kan?”

Buat pertama kali aku melihat senyuman Adam. Hah?! Dia tersenyum padaku…macam tak percaya aje. Tapi senyuman itu betul-betul membuatkan hatiku cair. Terasa luluh jiwaku dengan keikhlasan nya memujuk ku.

“Mana awak tau saya suka aiskrim ni? perisa strawberry pulak tu.”

Adam tergelak kecil.

“Mama awak yang cakap. Kalau Qistina tengah merajuk hanya satu aje cara nak pujuk dia balik. Dengan aiskrim Cornetto perisa strawberry. Dari awak kecik sampai besar memang ni minat awak kan. Kalau merajuk mesti lari duduk kat sini kan?”

‘Hah? Dia tau habit aku?! Malunya…’

Aku tersenyum simpul. Perlahan aku mengambil aiskrim di tangannya. Tetapi dia cepat-cepat menarik dari peganganku. Lah…tak nak kasi pulak?

“Say that you forgive me first…” perlahan suara Adam sambil tersengih nakal.

Aku mengeluh perlahan.

“Okey, saya maafkan awak. Bak sini aiskrim tu!”

Dia tertawa lalu menghulurkan aiskrim Cornetto itu kepadaku. Aku tersenyum bahagia. Kemudian aku melihat dia juga turut membuka balutan kertas aiskrim Cornetto perisa coklat di tangannya yang satu lagi. aku hairan.

“Awak pun makan aiskrim?”

“Yup, ingat awak sorang aje yang suka makan aiskrim Cornetto?”

“Awak pun suka jugak?”

Dia mengangguk sambil menatap wajahku. Kami berbalas senyuman. Terasa sungguh bahagia dan tenang hatiku. Rasa macam tak percaya sahaja yang kami sudah berbaik dan berkongsi minat yang sama. Suka makan aiskrim Cornetto!

“Tapi bila masa pulak awak beli aiskrim ni?”

“Saya beli masa nak datang sini lah. sebenarnya sebelum ni lagi saya dah banyak tau pasal awak Qis. Apa yang awak suka. Apa yang awak tak suka. Semuanya mama dah ceritakan kat saya sebelum ni,” jawab Adam selamba.

Aku bertambah terkejut.

“Bila masa pulak awak tanya mama pasal saya?”

“Ala, saya ada pernah datang rumah awak sekali dulu…”

“Hah? Buat apa??”

“Datang sebab nak merisik Qistina lah…”

Aku tergamam. Adam sudah tersenyum lebar sambil menikmati keenakan aiskrim Cornetto di tangannya. Selamba sahaja wajahnya. Sementara aku pula terus mendiamkan diri. Wajahku ini barangkali sudah bertukar warna agaknya. Malu kerana…err, tak menyangka dalam diam dia rupanya juga menaruh hati padaku. Perlahan-lahan bibirku mengukir senyuman manis. Dia membalas senyuman ku dan memahami maksudku itu.

Petang itu, aku dan dia bersantai bersama di taman mini itu memerhatikan keindahan bunga-bunga yang berkembang mekar,sambil menikmati keenakan aiskrim Cornetto bersama-sama. Wah,dah macam iklan Cornetto pulak! He he…

“I love you Qistina,” bisik Adam perlahan.
Dan aku mengukir senyuman bahagia…











0 ulasan:

Post a Comment