Monday, December 26, 2011

Dia, Cinta Pertama

3

DAH HAMPIR dua bulan dia berpindah di sebelah rumahku. Tapi aku masih tidak kenal lagi siapakah sebenarnya jiranku yang bernama Hazim itu. Pekerjaannya, usianya dan nama penuh di dalam ic nya. Aku hanya tahu lelaki itu bernama Hazim, mempunyai seorang anak lelaki dan isteri yang jarang-jarang sangat aku jumpa. Manakan tidaknya, balik ke rumah itu pun sekali-sekala sahaja.

Dia dah bercerai ke dengan bininya tu? aku kurang pasti kerana hendak bertanya aku malu. Malu ke...? tapi aku teringin nak tahu sangat siapa sebenarnya jiranku itu. pendek kata, malu tapi mahu sebenarnya.

Aku baru hendak keluar dari rumah menuju ke firma milik papa sebaik pandanganku tertancap pada seorang wanita muda yang keluar dari Myvinya. Aku melemparkan senyuman tetapi dia menghadiahkan aku satu jelingan yang tajam. Amboi... berlagaknya. Baru naik Myvi je nak sombong dengan orang. Aku yang tuan punya BMW ni pun tak berlagak macam dia. Macam manalah kalau dia ni tiba-tiba dapat Ferrari Enzo ke, Lamborghini ke... agak-agak muka tongkat ke langit ajelah gamaknya.

Isy, sedapnya aku ni mengutuk orang. Manalah tahu kot mata dia rabun jauh ke tak nampak senyuman manis aku tadi. sia-sia je pahala senyuman aku tu. alih-alih dapat dosa pulak. Sabar jelah Shameem.

Aku terus menekan punat pada kunci kereta.

“Excuse me,” tegur satu suara.

Hai, tak reti dah nak bagi salam ke? Aku tenung perempuan berambut hitam paras bahu dengan cermin mata hitamnya. Sah lah ini perempuan yang tengking aku hari tu. Bini si Hazim yang garang macam singa tu. Ha ha...

“Yes.”

“Oh, you ni yang kita jumpa dulu tu ye? Long time no see,” dia pandang aku atas bawah. Semacam je aku tengok.

Apa tengok-tengok? Salah ke aku pakai baju kurung ni?

“A’ah lah lama tak jumpa kan. Sihat?” aku berbasa-basi.

“Well, as you see me right now. Just fine. I nak tanya, Hazim mana? I tengok kereta dia takde pun. As usual pagi-pagi macam ni dia ada je kat rumah.”

Aku mengerutkan dahi. Aik? Bini pun takkan tak tahu suami dia ke mana? Boleh pulak dia tanya aku Hazim di mana. Mungkin benar telahanku selama ini yang mereka telah bercerai. Nampak pada gaya mereka berdua ini tidak tinggal sebumbung.

“Entah. Manalah I tahu. Dia ada kot kat rumah tu. cubalah tekan loceng dulu,” aku memberi cadangan.

Dia menekan loceng sekali, dua. Dan berkali-kali sehingga wajahnya berubah mendadak. Terdengar keluhan yang keluar dari mulutnya. Aku tidak jadi hendak masuk ke dalam kereta melihatkan keadaannya itu.

“Takde ke?”

“A’ah takde pulak. Tapi I dah call sebelum sampai sini. Dia cakap dia ada kat rumah.”

Aku dengar saja tanpa sebarang respons.

“You kan jiran dia. Takkan you tak tau dia pergi mana?”

“Eh, takkanlah I kena ambik tau setiap masa hal dia pulak. You ingat jiran ni boleh tahu ke setiap tindak-tanduk yang dilakukan jirannya yang lain? Macam tu? everyone has their own privacy life right?”

“Sebab you jiran paling terdekat lah you kena concern sikit. You yang jaga Atai kan?”

Dahiku berkerut hebat. Boleh pulak dia tanya macam tu.

“Ya, kenapa?”

“I memang dah agak. Tahan ke you jaga budak tu? tak nakal?”

“Eh, you kan mum dia. Takkanlah tak tahu perangai anak sendiri macam mana,” aku berkata sinis.

Dia tertawa kecil.

“You must be mistaken. I’m not his mum.”

“Hah?”

Aku terkejut mendengar pengakuannya. Hei, habis tu, siapa perempuan ni? isteri Hazim ke... tunang ke... atau kekasih?

Saat itulah Hazim tiba di hadapan banglonya. Dia tercungap-cungap kepenatan akibat berjoging tadi. Dia mengesat peluh yang menitik di dahinya dengan tuala yang disangkut pada leher. Earphone ditanggalkan. Reaksinya begitu serius sebaik terlihat kehadiran ‘isterinya’ itu.

“Ha, my hubby dah balik pun,” manja sahaja nadanya sambil dia menjeling ke arahku.

“Sheila, you buat apa kat sini?”

Oh... Sheila namanya. Nama bukan main sedap macam ratu Jazz negara. Tapi perangainya tak usah cakaplah. Aku masih lagi setia berdiri di situ memerhatikan tingkah mereka. Sengaja aku berada di situ kerana ingin mengetahui rahsia yang disembunyikan Hazim selama ini. Aku harap kehadiran Sheila di situ dapat menceritakan segala persoalan yang bermain di fikiranku selama ini.

“Abang Hazim pergi mana tadi? lama tau I tunggu you,” rengeknya. Tangannya dipaut pada lengan lelaki itu.

“Sheila,please lah. Don’t be like this. Malu sikit orang tengok.” Hazim menolak perlahan tangan perempuan itu.

Aku tersenyum sinis. Kalau dengan perempuan lain bukan main lagi kau ye. Jaga batas lah tu kononnya. Tapi dengan aku gatal bukan main. Miang keladi. Buaya darat.

“Ini ke wife awak Encik Hazim?” aku menyoal. Sekadar ingin tahu je.

Hazim mengeluh perlahan. Wajahnya ditundukkan.

“Susah sangat ke soalan saya tu sampai payah sangat nak jawab?”

Agaknya inilah sebabnya kenapa setiap kali aku bertanyakan pasal isterinya dan mama pada Haikal dia tidak pernah mahu bercerita. Aku rasa lelaki ini memang sengaja nak perangkap aku. Buatlah macam dia tu dah bercerai dengan bini dia. Jangan-jangan dia memang ada hati nak mengorat aku lalu aku ni dijadikan bini nombor dua dia. Isy... mintak jauh lah aku dengan lelaki macam ni.

Tapi aku sendiri tidak faham dengan perasaanku sendiri akhir-akhir ini. Aku sering mengharapkan Hazim selalu datang ke rumahku menghantar Haikal kerana aku rasa nak berjumpa dengannya. Dalam masa yang sama aku benci menatap mukanya. Ah, perasaan apakah ini? Aku jadi keliru. Sukakah? Bencikah?

“Yes, i’m his wife. What’s wrong with that?”

Aku kalih pandang ke muka Sheila. Ada rasa ragu di hatiku.

“Tapi you cakap tadi you bukan mama Atai. Lepas tu you mengaku dia ni husband you. Mana satu yang betul ni? I jadi pening lah.”

“I, err...”

“Enough Sheila!”

Wah... garang jugak Hazim ni bila dia tiba-tiba marah macam ni. Aku mula kecut perut. Ini yang rasa nak lari ni.

“Cik Shameem, selama ni saya tak pernah bagitau siapa Sheila yang sebenarnya kan. Awak dah salah faham. Dia bukan isteri saya tapi bakal isteri saya. She’s my fiancee... dan Atai tu...”

Matanya meliar. Seolah mencari perkataan yang sesuai untuk menerangkan status sebenar Haikal.

“Dia anak saya bersama arwah isteri dulu.”

Aku terpempan. Lama kemudian aku mengangguk faham. Entah kenapa aku terasa ‘sesuatu’ yang aneh dalam hatiku. Lelaki ini bersama Sheila tunangnya. Juga pernah berkahwin dan memiliki anak hasil dari perkahwinan terdahulu. Aku sudah jelas dengan status dirinya kini. Tapi kenapa aku rasa aneh sangat diriku ini. Apa yang aku rasakan saat ini... ah, tak mungkin!

Aku pejamkan mata lalu menarik nafas sedalam-dalamnya.

“Baiklah, terima kasih sebab bagitau walaupun saya tak berminat sebenarnya nak ambik tau hal awak pun. By the way, I got to go now. Bye.”

Panggilan Hazim tidak aku hiraukan. Aku benci mendengar suaranya dan memandang wajahnya. Terlalu benci. Teramatlah sangat. Benci sebab aku tiba-tiba tidak suka menerima hakikat yang dia memang benar-benar telah dimiliki perempuan lain. Perasaan yang sama aku rasai ketika aku pertama kali dilamun cinta monyet dulu.

Cinta, janganlah kau datang lagi!

Read more...

Dia, Cinta Pertama


2

HAZIM tersenyum memandangku. Aku mencebik. Meluat melihat senyuman lelaki itu. Bertambah-tambah meluat tatkala dia menghulurkan jambangan bunga tulip padaku. Cantik tu memanglah cantik. Terpegun juga aku pandang untuk beberapa saat. Tapi masalahnya cuma satu sahaja. Bunganya memang aku suka, tapi tuannya yang aku benci. Benci dan meluat kerana lelaki sengal yang tidak faham bahasa sungguh ni.

“Buat apa bunga-bunga segala ni?” aku berpeluk tubuh dengan muka serius. Terus wajahnya berubah.

“Kenapa Cik Shameem tak suka ke?” dia pula yang menyoal. Soalan yang dijawab dengan soalan.

“Memang pun,” jawabku tanpa rasa bersalah.

Dia terdiam seketika. Tapi mukanya nampak kontrol macho semacam. Langsung tak terkesan dengan kata-kataku tadi. Memang betul manusia takde perasaanlah dia ni.

“Bunga ni sebagai tanda terima kasih saya pada Cik Shameem sebab dah susah payah jaga Haikal selama ni.” Ikhlas dia menutur kata.

Eleh, romantiklah tu kononnya. Hendak termuntah mendengarnya. Ingat aku boleh cair ke? Boleh blah lah! Lagi aku menyampah adalah. Sebab dia dengan anak kesayangan dialah aku telah dikerah tenaga oleh papa untuk menjadi cik pengasuh budak yang tak bertauliah tau. Aku merenung tajam jiranku yang baru sahaja berpindah di sebelah rumah itu.

“Tak payahlah bunga-bunga ni semua. Mentang-mentanglah saya ni arkitek landskap awak suka hati je bagi bunga kat saya. Apa, awak ingat semua orang kerja landskap ni suka bunga ke?” Aku menolak bunga yang dihulurkan itu dengan kasar.

“Bukan itu maksud saya...” dahinya berkerut.

“Dah tu? ni kalau tak bukan mesti nak bodek papa saya kan? Awak tau kan saya ni anak Tan Sri Rasid. Tu yang awak beria pujuk saya dengan bagi bunga ni dan paksa saya jaga anak awak. Apa motif awak ni sebenarnya ye Encik Hazim?”

Aku menghamburkan amarah yang sudah tidak tertahan lagi. Selama ini aku cuba bersabar melayani kerenah anak lelakinya itu. Aku sanggup menahan malu kerana diejek teman-temanku. Anak Tan Sri tapi jadi pengasuh di rumah sendiri. Mana ada anak orang kaya yang sanggup buat kerja macam aku. Aku benar-benar hilang sabar. Kerana dialah aku kini menyandang dua jawatan. Arkitek landskap cum babysitter. Tak pasal-pasal!

“Saya betul-betul mintak maaf kalau dah menyusahkan Cik Shameem. Tapi Cik Shameem kenalah faham dan bagi saya masa untuk cari pengasuh Haikal yang baru. Saya pun baru je pindah sini. Banyak lagi kerja yang saya belum setelkan lagi. Takkan itupun Cik Shameem tak boleh tolong?” jawabnya tenang.

“Eh, awak ni tak reti bahasa ke? Kalau saya cakap tak suka tu maknanya tak sukalah. Nak paksa-paksa orang pulak. Itukan anak awak. Pandai-pandai awaklah nak buat macam mana pun.”

Terdengar suara Haikal yang riuh bermain game playstationnya di ruang tamu. Aku mengerlingnya tajam. Budak-budak. Tahunya main game je!

“Macam nilah Cik Shameem. Awak bagi saya tempoh sebulan je. Bila dah ada pengganti yang boleh jaga Haikal nanti saya takkan susahkan awak lagi. Boleh ya Cik Shameem?” pinta Hazim dengan bersungguh.

Aku menjuihkan mulut. Malas hendak berkata apa lagi. Kalau lepas ni dia hantar lagi anak dia ke sini malas aku nak jaga. Aku nak buat tak reti je. Haish... tapi macam kejam pulak aku ni. Kesian kat budak kecik yang tak tahu apa-apa tu. Siapa suruh bapak kau cari pasal dulu dengan aku?

“Haikal tu jelah satu-satunya harta paling berharga yang saya ada sekarang ni.”

Aku terkesima. Walaupun perlahan namun masih jelas kedengaran di telingaku. Reaksi wajahnya begitu keruh sekali. Tetapi itu bukanlah bermakna dia mampu membeli hatiku agar bersimpati dengannya.

“Awak suruh ajelah bini awak jaga dia. Kan tu tugas seorang isteri merangkap mama budak tu. takkanlah benda macam tu pun saya nak kena ajar. Kenapa saya pulak yang kena susah payah jaga anak awak? Macamlah saya ni bini awak.”

Lelaki itu diam sahaja. Aku mengeluh. Tak faham bahasa betul lelaki ni. Cakap seribu kali benda yang sama pun masih tak faham juga. Masuk telinga kanan, keluar balik telinga kiri. Kalau orang lain tau jugak malu. Tapi dia ni selamba je aku tengok. Betul ke tidak Haikal tu anak dia? Kalau perhati betul-betul macam takde iras langsung mereka dua beranak. Lelaki ni pun muda lagi dalam pertengahan 20-an agaknya. Kesian... muda-muda lagi dah kena pikul tanggungjawab berat macam ni. Tapi muka lelaki ni macam aku pernah tengok sebelum ni. Macam familiar je. Kat mana ye? Entah, aku pun dah lupa. Agaknya muka dia ni ada seiras dengan client aku kot. Sebab tulah aku macam familiar je dengan dia ni.

“Hm... yelah,yelah. Tapi saya bagi tempoh sebulan je. Lepas tu jangan haraplah awak dapat hantar anak awak ke sini lagi. Saya pun ada kerja lain jugak nak buat. Ikutkan takde masa saya nak jaga Haikal tu. Bukan awak sorang je yang busy!”

“Terima kasih banyak-banyak ye Cik Shameem. Anytime kalau awak ada masa em... apa kata...” dia teragak-agak.

“Apa kata apa? Cakap jelah.”

“Apa kata kita keluar makan. Saya belanja,” jawabnya sambil mengukir senyuman manis.

Aku melarikan pandangan. Tidak sanggup aku melihat senyuman ‘killer’ itu. Silap hari bulan boleh cair hatiku gara-gara senyuman itu. Tambah pula dengan lesung pipit di pipi kanannya. Hidung yang sederhana mancung itu. Wajah ala pan asian. Mixed ke dia ni?! Aku memang yakin dia mampu mencairkan hati para gadis yang naif dan tidak tahu bahawa lelaki ini sudah menjadi suami orang.

“Eh, buat apa? Tak hinginlah saya. Tak takut ke dengan bini awak tu? nanti tak pasal-pasal mata saya ni lebam kena tumbuk dengan bini awak yang garang macam singa tu. hii... tak kuasa saya!”

Aku teringatkan peristiwa dua hari lepas. Aku ditengking sesuka hati oleh seorang wanita muda yang mungkin isteri kepada lelaki ini. Semuanya gara-gara sikap kurang ajarnya sendiri. Baru pindah je nak tunjuk berlagak. Semenjak itu aku asyik memerapkan diriku di dalam rumah sahaja dari terpaksa menghadap muka jiran yang kurang ajar itu. Agak lama jugalah aku tidak pernah lagi bersua muka dengan wanita itu. Lebih bagus macam tu dari buat dosa menyakitkan hati orang buat apa kan.

Dia menahan tawa yang hendak meletus. Aku hairan.

“Apa yang lucunya?”

“Nak takut apa pulak? Saya bukannya buat salah pun. Ajak makan je. Anggap aje ni tanda terima kasih saya kat awak.” Katanya dengan selamba.

Menyirap darahku mendengarnya.

“Tak salah awak cakap? Hei, awak ni kan... memang dasar lelaki kasanova lah. Lelaki buaya punya orang. Dah ada anak bini pun masih nak menggatal dengan anak dara orang lagi!” tempikku.

Lantas pintu ku hempas dengan begitu kuat sekali. Aku benar-benar marah dengan sikapnya. Dasar lelaki miang tak sedar diri. Kau ingat muka kau hensem aku ni boleh cair ke? Jangan haraplah!

**********

BUNYI ketukan yang bertalu-talu di pintu mengganggu lenaku. Aku mula rasa tidak selesa. Sebiji teddy bear yang berada di atas kepala aku capai lalu menekupnya di telingaku sekuat hati. Pun masih lagi tidak mampu menahan bunyi bising itu. Aku bangun dengan mata masih terpejam. Rasa bengang akibat tidur lena yang diganggu. Tergugat kesabaranku.

“Papa, orang nak tidurlah. Kacau betul papa ni,” aku bersuara serak-serak basah. Maklumlah baru bangun dari tidur.

Pintu diketuk lagi.

Tuk... tukk... tukk!!

“Hii... papa ni. yelah, yelah... Meem bangunlah ni.”

Sempat lagi aku mengerling jam dinding yang sudah menunjukkan ke angka 11 pagi. Awal lagi rupanya. Biasanya aku bangun nak dekat pukul 1 tengah hari. Selagi matahari tak tegak atas kepala ni selagi itulah aku tak bangun. Pelik betul papa ni. Takkanlah dia masih tak tahu lagi tabiat anak daranya yang tersangatlah ‘rajin’ ni. Lebih lagi hujung minggu macam ni. masa nilah aku nak tidur sepuasnya tanpa gangguan sesiapa.

Aku menguap perlahan. Pintu kubuka dengan diri yang masih dikuasai mamai. Kepalaku digaru-garu.

“Hm... kenapa pa?”

“Morning.”

Suara garau yang tiba-tiba menyapa pendengaranku sungguh memeranjatkan. Aku terkejut.

“Awak... Encik Hazim?!” aku hampir terjerit.

Lelaki itu tersengih sahaja. Tetapi nampak agak gelabah sedikit bila melihat keadaan aku yang masih lagi tak terurus. Dengan rambut macam lion king nya. Baju tidur kaler pink paras lutut yang agak seksi. Hm... serabai!

Aku melangkah masuk semula ke dalam bilik. Tuala kucapai bagi menutup rambutku yang agak kusut itu.

“Sorry ganggu Cik Shameem masa ni. Em, baru bangun tidur ke?”

Aku menjadi malu dengan pertanyaan itu. Sakit hati pun ada.

“Yang awak main redah masuk rumah orang sesuka hati macam penyamun ni kenapa?”

Aku tidak menjawab pertanyaannya. Rasa malu yang teramat kerana dilihat dalam keadaan tidak sempurna oleh lelaki asing ini.

“Saya mintak maaf. Saya datang ni nak hantar Haikal dan bagi vitamin ni sekali. Tapi Uncle Rasid suruh saya masuk je dan ketuk pintu bilik awak. Saya tak tau pulak yang awak tengah tidur lagi. Kalau tau saya taklah kacau awak pagi ni.”

“Ah, takde maknanya. Hari ni saya nak cuti. So, takde sesiapa yang berhak ganggu masa saya,” aku malas mahu memanjangkan bicara.

Dia segera menahan sebaik aku ingin menutup kembali pintu bilikku. Aku merengus kasar.
“I know you have the right to do whatever you want, but for today I really hope that you can help me. Saya kena masuk ofis pagi ni. It’s really urgent so saya harap Cik Shameem dapat jaga Haikal kejap,” pintanya.

“Kan saya cakap hari ni saya cuti. Awak ni memang tak faham bahasa ke? BM awak masa sekolah dulu dapat berapa ye?” sindirku.

“Okey, saya tau Cik Shameem tengah cuti. Tapi takkanlah tak boleh tolong tengokkan kejap aje pun. Dalam pukul 3 petang nanti saya balik. Boleh?” dia masih tidak berputus asa.

“Yang bini awak pulak tu pergi mana? Shopping ke sampai lupa anak kat rumah.”

Lelaki itu tersenyum simpul. Kenapalah dengan awak ni Hazim? Aku marah-marah macam ni pun nak senyum-senyum lagi. Aku ni ada macam Raja Lawak ke? Atau macam badut barangkali. Begitulah dirinya yang baru aku kenali sepanjang sebulan dia berpindah ke kawasan ini. Selalu senyum dan tak perlu kata apa-apa.

“Pelik betul saya. Ada bini pun tapi macam takde bini,” gumamku.

“Cik Shameem dah lupa agaknya semalam. We’re already make a deal right?”

“Apa?”

“Dalam tempoh sebulan Cik Shameem setuju nak jaga Haikal. Termasuklah hari ni jugak sebab dah masuk dalam perjanjian kita tu.”

Ewah, dah pandai main ugut aku nampak?

Aku ternampak Haikal yang sedang memegang erat tangan lelaki itu. Tanpa menunggu lama, aku menarik tangan Haikal dari pegangan Hazim dengan wajah memuncung.

“Jom Atai, ikut auntie.”

Senyuman lebar terlukis di bibir Hazim.

**********

“PAPA kenapa biarkan Hazim masuk sampai bilik Meem tadi?” aku marah-marah.

“Dah tu, dia nak suruh Meem jaga Atai. Papa suruh jelah dia panggil Meem tadi,” jawab Tan Sri Rasid dengan selamba. Matanya tertancap pada surat khabar News Strait Times.

“Tapi Meem kan tengah tidur lagi.”

“Siapa suruh tidur sampai tengah hari? Meem kan tau waktu tengah hari je Hazim hantar anaknya ke sini. Masa bibik ada dulu takpelah jugak. Tapi sekarang papa harapkan Meem ganti tempat bibik jaga Atai pulak,” kata Tan Sri Rasid.

“Mana boleh macam tu,” aku membentak.

“Kenapa pulak tak boleh?”

Aku lihat papa sudah melipat akhbar yang dibacanya. “Apa yang tak bolehnya Meem? Cuba bagitau papa.”

“Meem bukannya bibik atau pengasuh atau orang gaji pa. Sesuka hati Hazim je suruh Meem jaga anak dia.”

“Apalah salahnya kita tolong dia Meem. Lagipun Hazim tu papa tengok baik orangnya. Mana tahu Meem boleh jadi calon isteri dia nanti,” usik Tan Sri Rasid. Bulat mataku melihat senyuman papa. Nakal jugak papa ni eh!

“Eii, tak kuasa Meem. Jangankan nak jadi calon bini dia, jadi orang gaji dia pun Meem tak sudilah. Papa dengan dia pun sama je. Semua lelaki memang macam ni ke?!” aku menarik muncung sedepa.

Sewaktu aku hendak menaiki tangga menuju ke bilik, aku sempat menangkap kata-kata papa.

“Lain kali anak dara jangan bangun lambat sangat. Kalau malas nanti papa suruh si Hazim je tolong kejutkan Meem,” gurau Tan Sri Rasid. Aku mengetap bibir geram. Tambah geram lagi bila aku dengar tawa papa dari ruang tamu.

Argghh...!!

Read more...

Dia, Cinta Pertama


1

SEDARI tadi aku asyik memerhatikan tingkah seseorang yang duduk di hadapanku. Uniform sekolahnya yang kemas, gaya rambutnya dan bahunya yang tegap. Lebih lagi bau minyak rambutnya yang menusuk hidungku begitu menyenangkan setiap kali aku lalu berdekatannya. Em, wanginya... ini kalau jadi model iklan rambut pun mesti laku. Aku tersengih seorang diri.

“Psst... Meem. Kau ni kenapa sengih sorang-sorang? Macam orang tak betul je aku tengok,” tegur Isya sambil menepuk bahuku.

“Ala, adalah,” jawabku malas.

Isya memuncung. Tanda dia tidak puas hati dengan jawapanku. “Alah kau ni. bagitaulah kenapa...”

“Hisy, kot ye pun nantilah aku cerita. Awal pagi ni aku takde mood lah. Ngantuk lagi ni tau.” Aku menguap perlahan.

“Eleh, tadi elok ada je sengih. Apa-apa jelah kau ni Cik Shameem Suhaili,” balas Isya dengan bersahaja.

Aku mengerutkan dahi. “Sedap sangat ke nama aku tu siap sebut penuh lagi. Kenapa tak sebut dengan nama bapaknya sekali?”

“Oh, kau nak aku sebut nama bapak kau sekali ya? Baiklah Shameem Suhaili Tan Sri Rasss....” 

Dengan pantas aku segera menekup mulut Isya sebelum sempat dia menghabiskan ayat. Perkataan ‘Tan Sri’ memang sengaja dikuatkan volumenya menyebabkan aku menjadi geram. Tidak suka jika ada orang lain mendengarnya. Maklumlah aku ni jenis yang low profile. Tak suka nak menunjuk-nunjuk yang ayah aku tu orang kenamaan. Terasa menyesal pula kerana menyuruh Isya menyebut nama penuhku. Isya tersengih nakal.

“Kau ni mulut laser betul lah. Karang aku cili mulut tu baru tau.”

“Habis tu kau jugak yang suruh aku sebut nama penuh kau kan. Aku sebut jelah. Kau ingat aku main-main?”

“Memanglah. Tapi aku tak suka kalau budak lain tau identiti aku yang sebenar. Tujuan aku datang ke program ni sebab nak belajar. Bukan nak jaja nama bapak aku. Yang kau pergi cakap kuat sangat tu siapa suruh?”

“Yelah, yelah. Aku salah. Aku mintak maaflah.” Isya mencebikkan mulutnya.

 “Eh, bila kelas ni nak habis ye? Aku boringlah. Dari masa ‘ice break’ tadi lagi aku dah bosan gila,” aku merungut sambil melihat jam di pergelangan tanganku.

Ini merupakan hari terakhir aku terpaksa menghadiri seminar PMR peringkat negeri di MRSM ini. Aku, Isya serta dua belas orang lagi kawan-kawanku mewakili sekolah kami beserta dengan sekolah-sekolah lain di serata negeri Pahang. Ikutkan hati malas sebenarnya aku hendak mengikuti program seperti ini. Lagipun aku masih di tingkatan satu. Masih ada dua tahun lagi untuk aku menempuhi peperiksaan PMR. Demi menjaga kualiti pendidikan sekolah jadi pelajar-pelajar yang terpilih seperti diriku lah yang harus mengorbankan diri di masa cuti sekolah ini. Kalau di rumah waktu ini mungkin aku masih lagi lena diulit mimpi atau sedang menikmati masakan bibik yang enak itu. 

“A’ah lah Meem. Aku pun bosan jugak ni.” Isya setuju denganku.

Terdengar suara bising-bising di meja hadapan. Kami berpaling. Aku memerhatikan senyumannya yang jarang sekali kulihat sepanjang seminar ini diadakan. Dia begitu asyik berbincang dengan kawan-kawannya sehingga tidak sedar diperhatikan. Bunyi bising lagi. Oh, rupanya Cikgu Halim menyuruhnya menyelesaikan satu soalan Matematik di papan hitam. Aku tidak begitu berminat. Sebaliknya aku lebih berminat memerhatikan dirinya. Aku lihat kawan-kawannya yang teruja berbanding ahli kumpulan dari sekolah lain.

“Isy, bising betullah budak-budak pandai tu. Nak tunjuk terer lah tu,” rungut Isya seraya menjeling tajam ke arah mereka.

Selepas dia berjaya menyelesaikan soalan Matematik dia kembali ke tempat duduknya. Tetapi tidak lama apabila dia bangun lalu menuju ke meja kumpulan aku. Langkahnya diatur kemas. Aku tergamam sebaik dia menghulurkan sehelai kertas putih A4 padaku. Pertama kali sepanjang mengikuti program ini aku dapat bertentang mata dengannya. Begitu dekat sekali. Biasanya tengok dari jauh saja. Berdebar-debar hatiku. Aduh... kenapa perlu berdebar pulak? Bisa gugur jantungku ini dibuatnya.

“Cikgu Halim suruh tulis nama kedatangan korang pada kertas ni,” suara garaunya menyapa telingaku.

“Terima kasih.”

Aku angguk sambil tersenyum manis. Langsung tidak dibalas. Pandang muka pun tidak. Aku hampa kerana tiada respons positif darinya. Perlahan kertas yang dihulurkan aku ambil dengan tangan sedikit terketar. Tak tahu kenapa aku begitu gementar tatkala berdepan dengannya. Tetapi inilah yang aku rasa sepanjang tiga hari program ini diadakan di sekolahnya. Walaupun dalam kumpulan yang sama tetapi kemudiannya kami dibahagikan pula dengan kumpulan-kumpulan kecil di setiap kelas. Ada tiga orang dari sekolah yang berlainan dalam kumpulanku. Termasuk aku dan Isya jadi lima orang kesemuanya.
Mujurlah aku dengan Isya tidak dipisahkan antara satu sama lain. BFF lah katakan. Kawan-kawan yang lain pula berada dalam kumpulan berasingan. Sebenarnya aku mengharapkan budak lelaki yang aku tidak kenal lagi namanya itu satu kumpulan denganku. Malangnya, sudah tersurat dia berada di kumpulan lain. Aku sendiri tidak faham mengapa aku menaruh harapan sebegini. 

Aku suka diakah? Nak kata suka, tidak juga. Sebab aku bukannya kenal dia pun.

Aku cuma minat tengok gaya dan muka dia je. Aku mula perasan dia pun sewaktu hari pertama menjejakkan kaki ke dewan sekolah ini. Waktu itulah kami dibahagikan kepada kumpulan. Kemudian diberikan taklimat ringkas berkenaan seminar. Selepas itu bacaan doa sebagai pembuka dan penutup taklimat dia naik ke atas pentas. Aku tak sedar yang aku begitu ralit memerhatikannya pada saat itu. Dan kerana dialah aku menjadi bersemangat mengikuti seminar ini.

“Harap muka je hensem. Tapi sombong nak mampus,” kutuk Isya sebaik melihat pengawas itu beredar ke mejanya semula.

“Kenapa pulak?” aku mengerutkan dahi.

“Kau tengoklah tadi cara dia cakap tu macam mana. Pandang muka pun tidak. Macam bagus sangat.” Kutuknya. Dia mengajuk kembali gaya percakapan lelaki itu tadi. Aku tersenyum kecil.

“Tapi dia tu okey je aku tengok. Gaya dia tu smartlah,” pujiku tanpa berselindung lagi.

“Kau tu memang. Apa yang buruk aku cerita pasal dia semuanya baik bagi kau. Kau suka dia eh Meem?”

Aku terkedu.

“Ha, betullah apa yang aku fikir selama ni. Aku dah perhati kau selama tiga hari seminar ni. Kau asyik nak pandang pengawas tu je kan. Aku dapat rasalah yang kau suka dia kan Meem. Betul tak?” 

Aku dapat merasakan pipiku menjadi bahang. Aku terasa malu, kerana memang benar apa yang dikatakan Isya itu. Sepanjang tiga hari seminar aku tak pernah lepas pandang dari melihat pengawas itu. Inilah pertama kali sepanjang tiga belas tahun usiaku aku mempunyai perasaan suka terhadap seseorang. Mungkin inilah yang dikatakan cinta monyet. Tapi aku memang betul-betul dah sukakannya sejak pertama kali terpandang dirinya. 

“Diam tu tanda setuju kan,” usik Isya lagi.

“Tapi kau tengok dia tu hensem tak?” aku menyoal selamba.

“Hensem tu memanglah. Aku rasa dalam kelas ni ramai-ramai budak lelaki dia paling hensem sekali. Tapi aku tak suka sebab dia sombong. Kau ni suka sebab rupa dialah ye?”

“Mungkin. Aku tak kata sebab rupa je. Tapi aku suka tengok gaya dia. Mesti dia ramai peminat kan?”

“Agaknya kot. Kau suka dia pun bukannya dia layan kau. Kenal pun tidak.”

“Aku ingat nak tanya nama dialah sebelum balik nanti.” Aku menyulam angan.

Isya sekadar menjungkit bahu. Mungkin pada fikirannya mustahil kot aku dapat berkenalan dengan pengawas yang aku minati itu. sekadar hendak bertanya nama, tak salah kan? He he... aku tersenyum sendiri.

Habis sahaja kelas teknik menjawab soalan Matematik, bermakna tamatlah sesi seminar pada kali ini. Aku kelam kabut mengemas kertas dan alat tulis. Aku mengerling sekilas ke meja di hadapanku. Sudah kosong! 

Pelajar-pelajar berpusu-pusu keluar kelas. Mataku tercari-cari dia. Eh, takkan secepat kilat dia keluar? Aku semakin tidak keruan. Aku ingin tahu namanya. Itu saja. Sekurang-kurangnya aku dapat berkawan dulu dengannya. 

“Wei, Meem. Tunggulah aku dulu.” Laung Isya yang masih ketinggalan mengemas barangnya.

“Isya, aku tunggu kau kat kantin ek.”

Tanpa menunggu lama aku terus meninggalkan Isya dan menuju ke blok bangunan bersebelahan. Keadaan di kantin penuh sesak dengan para pelajar seminar. Lagi payah aku nak cari lelaki pengawas itu. seperti biasa sebelum balik jamuan ringan diadakan. Mesti dia makan dulu dengan kawan-kawan dia. Takpelah aku boleh tunggu Isya di sini je.

Beg Jansport coklat aku letak di atas meja. Sempat lagi aku mengerling beg sekolah milik siapa entah di sebelah. Sebijik sama dengan beg Jansportku. Dengan warnanya... jenamanya... ah, lantaklah. Siapalah agaknya tuan dia. Sama pulak taste dengan aku. Tetapi setakat ni sudah dua, tiga orang aku jumpa budak yang pakai beg sekolah sama dengan aku. Dalam masa sama aku ternampak Isya. Tanganku dilambaikan ke arahnya. Isya menghampiriku dengan muka kelat. Merajuk lah tu agaknya kerana ditinggalkan. Itulah, siapa suruh lambat sangat tadi.

“Kau ni teruk tau Meem. Sanggup kau tinggal aku tadi.” Isya sudah memuncung.

“Alah, kau lambat sangat. Faham-faham jelah tiap kali habis kelas je kantin mesti penuh. Jom kita pergi ambik makanan kat sana. Hari terakhir nilah kita kena makan puas-puas,” aku menarik lengan Isya menuju ke barisan pelajar lain.

“Tak naklah. Aku kenyang lagi. Jomlah kita balik,” kata Isya dalam nada rajuknya.

“Janganlah macam ni Isya. Kita makanlah dulu...” aku cuba memujuk. Minah ni boleh tahan jugak merajuknya.

“Kau nak makan pergilah. Aku nak balik,” kata Isya acuh tak acuh.

“Okeylah, kita balik. Tak nak aku makan sorang-sorang.”

Aku berpaling lalu mengambil beg sekolahku yang sudah beralih kedudukan. Dalam masa yang sama aku masih tercari-cari kelibat seseorang. Hampa. Hatiku betul-betul hampa. Mungkin aku memang tidak berpeluang untuk mengenalinya dengan lebih rapat lagi. Ah, lupakan jelah dia. Habis cerita. Tapi cerita ini tidak berakhir di sini saja kerana... boleh ke aku lupakan dia begitu saja?

**********

AKU menyelongkar habis kesemua barang di dalam beg Jansport itu. Ternyata memang kesemuanya bukan milikku. Berderau darahku kerana aku telah tersalah tukar beg sekolah. Mungkin semasa seminar PMR kira-kira tiga minggu yang lalu. Dan paling membuatkan aku kesal ialah aku baru sahaja menyedarinya seminggu sebelum tiba musim persekolahan semula. Inilah akibatnya bila dah malas sangat. Nak dekat bukak sekolah baru terhegeh-hegeh nak kemas buku-buku. Sebelum ni sibuk sangat berchatting lah, bershoppinglah dan macam-macam perkara tak berfaedah aku buat di rumah ni.

Tapi nak pulangkan beg ni tuan dia pun aku tak tau siapa. Yang ada dalam beg ini hanya sebuah nota tanpa nama pemiliknya, bekas pensil, kertas soalan Matematik dan Bahasa Melayu serta... sehelai baju jersi bola sepak yang bergumpal.

“Apa kes bawak baju jersi pergi seminar?” aku berasa hairan.

Memang sah pemilik beg ni seorang lelaki. Lantaklah! Akhirnya aku menyimpan sahaja baju jersi merah dan beg sekolah itu sebagai tanda kenangan atau mungkin bakal dibakul sampahkan. Lagipun bukannya ada barang berharga pun dalam beg ni. Eh, nanti dulu. Sayang pulak nak buang baju jersi ni. Nampak elok lagi. Bau pun macam bau kedai lagi.
Seingat aku pula dalam beg Jansport aku tu pun ada kertas dengan pensil je. Alah... aku pun tak heranlah. Aku mengambil keputusan untuk menyimpan sahaja baju jersi itu di dalam almari pakaianku. Beg Jansport ini? Arghh... campak ajelah dalam tong sampah.

Aku tidak pasti bilakah baju jersi bola itu terus tersadai di dalam almariku dalam beberapa tahun akan datang nanti. Yang pasti aku ingin menyimpannya sebagai kenangan pertemuan aku dan dia di MRSM itu. walaupun aku sedar yang mungkin tuan punya jersi ini akan mencarinya bagai nak gila! Ha ha...
















 




Read more...

Monday, March 21, 2011

Hey, Mr. Bad Guy Special


Suara rengekan Hazif Ikhwan yang sedari tadi lagi mengganggu kerja rumah yang dilakukan Nurin Hanani pagi itu. Dia menghentikan tugasannya di dapur lalu segera  mendapatkan anak lelakinya yang berusia dua tahun itu. Puas dia memujuk anak kecilnya itu. Namun tangisan Hazif Ikhwan semakin lantang. Makin memeningkan kepalanya.

“Hazif menangis lagi ke?”

Dia berpaling sebaik terdengar suara Zarith menegurnya. Suaminya itu sedang duduk beristirehat di atas sofa dengan berpakaian T-shirt ringkas dan berseluar separas lutut. Baru sahaja sudah mencuci kereta di pekarangan rumah sebentar tadi.

“Ha’ah bang. Hazif ni tak sihat agaknya. Badan dia panas sikit. Kita bawak pergi klinik lah ye bang,” jawab Nurin Hanani lembut.

Dia mendukung Hazif Ikhwan yang masih menangis. Cuba memujuknya. Risau benar dia dibuatnya. Nurin Hanani melabuhkan punggung di sebelah Zarith yang kelihatan tenang itu.

“Hazif ni kenapa? Meh sini dekat papa…”

Zarith mengambil Hazif Ikhwan dari dukungan isterinya.

“Abang, apa kata lepas sarapan nanti kita pergi klinik nak? Hani risaulah dengan Hazif ni.”

Zarith membisu seribu bahasa. Langsung tidak memandang wajah isterinya itu. Sebaliknya dia masih membelai rambut Hazif Ikhwan yang sudah pun terdiam di pangkuannya itu.

“Abang, dengar tak ni?”

Nurin Hanani bertanya lagi sambil memegang erat lengan Zarith.

“Dengar sayang…Hani bawak Hazif pergi sendiri boleh? Abang tak dapat nak hantarkan.”

“Kenapa?”

“Hmm…abang nak keluar kejap lagi. Jumpa kawan.”

“Jumpa Rizman ke?” duga Nurin Hanani.

Zarith lekas menggeleng.

“Dah tu? Jumpa siapa?”

“Kawan abang dari U.S nak datang sini jenguk abang kejap. Dah lama tak jumpa dia. Lagipun dia stay sini sampai esok aje. Hani pergi bawak Hazif ke klinik ye. Tak payah tunggu abang.”

Nurin Hanani mengerutkan dahinya. Sakit hatinya mendengar alasan yang diberikan Zarith. Baginya tidak munasabah langsung!

“Abang ni, lagi pentingkan kawan abang dari anak sendiri tau!” bentak Nurin Hanani tiba-tiba.

Zarith tersentak.

“Lah, sayang…kenapa cakap macam tu?”

Zarith cuba memegang tangan isterinya namun ditepis kasar. Nurin Hanani kelihatan marah benar. Dia bingkas dari duduknya lalu terus meninggalkan Zarith yang masih memangku Hazif Ikhwan di ruang tamu.

**********

Masuk hari ini sudah seminggu Nurin Hanani tidak bertegur sapa dengannya. Setakat cakap benda yang penting sahaja. Hendak lebih-lebih ataupun bergurau senda seperti selalu pun jangan haraplah. Zarith makin pening kepala memikirkannya.

Bukan dia tidak pernah memujuk. Malah sudah berkali-kali dipujuk isterinya itu sehinggalah dia akhirnya sudah berputus asa. Rajuk Nurin Hanani makin berpanjangan. Seolah-olah besar sangat kesalahannya. Padahal hanya hal hari itu sahaja semasa dia tidak dapat menghantarkan isteri dan anaknya ke klinik. Namun dia sedar akan kesalahannya itu dan sudah pun meminta maaf dengan isterinya. Tetapi tidak langsung diendahkan.

“Hani, abang ada benda nak cakap sikit ni. Kita masuk bilik kejap.”

“Hmm…Hani nak tolong mummy kat dapur. Esok ajelah…”

Jawab isterinya dengan nada acuh tak acuh. Ketika itu mereka berada di rumah Encik Idham memandangkan hari itu merupakan hujung minggu. Angelica masih asyik melayani kerenah Hazif Ikhwan dengan keletahnya yang mencuit hati.

Dahi Zarith berkerut seribu dengan jawapan Nurin Hanani. Dia benar-benar hampa. Terasa kesabarannya kini benar-benar diuji. Dia makin tidak faham dengan sikap isterinya itu. Semakin hari semakin sensitif. Padahal dulu tidak pun begitu.

“Hani, janganlah macam ni. Abang cuma nak bincang aje elok-elok dengan Hani. Nak tunggu bila lagi?”

“Boleh tak jangan paksa-paksa Hani? Hani tak sukalah!”

Suara Nurin Hanani ditinggikan sedikit. Zarith benar-benar terkejut. Selama ini Nurin Hanani begitu lembut dengannya. Terus sahaja berubah sikap tiba-tiba menjadi agak kasar.

“Hani, Hani ni kenapa sebenarnya? Abang takde niat pun nak paksa sayang tau,” Zarith masih cuba memujuk.

“Huh!”

Nurin Hanani menjuihkan mulut. Dia memeluk tubuhnya dan memalingkan muka ke arah lain.

“Sayang…”

Belum pun sempat Zarith hendak menghabiskan ayatnya, suara Angelica mengganggu perbualan mereka berdua.

“Kenapa dengan kamu berdua ni Zarith? Hani? Mummy tengok lain macam aje.”

“Eh, takde apa-apa mummy.”

Lekas-lekas Nurin Hanani menjawab. Tidak mahu perbalahan yang berlaku antara mereka dihidu oleh mertuanya itu.

“Yeke, kalau macam tu takpelah. Hani, mummy nak ke dapur kejap ni. Hani pergilah rehat kat bilik. Tak payah tolong mummy. Nampak macam letih aje tu.”

Angelica terus berlalu ke dapur tanpa menunggu jawapan dari menantunya itu. Nurin Hanani mahu mengekori langkah ibu mertuanya, namun tangannya terus ditarik Zarith.

“Apa ni bang?” marah Nurin Hanani.

“Hani, dengar tak mummy cakap apa tadi? Tolong dengar cakap abang kali ni boleh tak?”

Zarith bersuara tegas. Dia sudah malas hendak  terlalu berlembut sangat dengan isterinya itu. Terlalu berlembut pun susah juga. Kepalanya terasa bagai dipijak-pijak sahaja. dia perlu juga menjaga egonya sebagai seorang suami. Walaupun dia amat menyayangi Nurin Hanani dan mencintai sepenuh hati.

Lebih-lebih lagi semenjak mereka telah memiliki cahaya mata dua tahun yang lalu. Kehadiran Hazif Ikhwan membuatkan kasih sayang antara mereka semakin bertambah mekar. Namun kebahagiaan yang dikecapi bagaikan diragut pergi semenjak Nurin Hanani berubah sikap secara mendadak sekali sejak beberapa hari ini. Kerap kali berlaku salah faham antara mereka walaupun hanya perkara kecil dan remeh-temeh sahaja.

“Lepaslah! Sakit tau tak?”

Tiba-tiba Nurin Hanani merentap kuat tangannya. Dia terus berlalu meninggalkan Zarith yang tergamam dengan reaksinya. Hazif Ikhwan yang sudah terlena di atas sofa didukung dengan penuh hati-hati. Entah bila agaknya anaknya itu tertidur. Tadi bukan main lagi leka bermain dengan neneknya.

Nurin Hanani terus membawa Hazif Ikhwan naik ke bilik mereka yang berada di tingkat atas. Sedikit pun tidak menghiraukan pandangan suaminya itu.

Zarith melepaskan keluhan berat.

‘Hani…kenapa dengan sayang ni?’ bisiknya sendirian.

Tidak lama kemudian dia juga turut mengekori langkah isterinya lalu mendaki tangga menuju ke tingkat atas.
Usai menunaikan solat fardhu Isya’ Zarith duduk di hujung katil. Dia memandang ke arah Nurin Hanani yang khusyuk membaca novel bertajuk Andai Itu Takdirnya sambil berbaring. Fikirannya ligat berputar memikirkan ayat apa yang sesuai untuk diungkapkan. Dia mahu terus memujuk isterinya itu. Tetapi tidak tahu bagaimana lagi hendak memujuk. Dia benar-benar sudah mati akal.

“Hani…”

Nurin Hanani mengerling sekilas. Kemudian pandangannya kembali menatap pada helaian muka surat novel yang dibacanya. Panggilan suaminya itu tidak disahut.

“Hani, kenapa ni? apa salah abang sampai kita jadi macam ni?”

Zarith bersuara sayu. Cuba memancing simpati dari isterinya itu.

Terdengar keluhan perlahan yang keluar dari mulut isterinya. Nurin Hanani menutup novel yang dibaca sedari tadi lagi. Lantas diletakkan di atas meja kecil yang berada di sebelah katil. Dia menguap perlahan.

“Hani dah mengantuk ni. Kita bincang esok ajelah ye bang.”

“Hani, boleh tak jangan buat abang macam ni? abang ni suami Hani tau tak. Bukannya tunggul kayu yang boleh dibuat main sesuka hati!” tinggi suara Zarith. Dia betul-betul sudah hilang sabar.

“Lah, yang abang nak marah tiba-tiba ni kenapa? Hani kan cakap dah mengantuk tadi. Bukannya ada apa-apa pun. Abang ni suka sangat nak mengamuk tak tentu pasal tau!”

“Oh, jadi sekarang Hani nak salahkan abang pulak lah ye?”

“Mana ada Hani nak salahkan abang. Abang yang suka fikir Hani bukan-bukan…”

“Hani ni kenapa ye suka sangat nak tuduh abang macam-macam? Padahal abang nak ajak Hani bincang elok-elok. Takkan hal ni kita nak biarkan melarat aje.”

“Abang yang mulakan dulu. Kalau tak kita takkan jadi macam ni!”

Zarith terdiam. Begitu juga dengan Nurin Hanani. Masing-masing membisu seribu bahasa dengan wajah masam mencuka.

“Abang mengaku abang salah. Abang mintak maaf okey?”

“Huh, cakap memang senang…”

Dia mula panas hati. Kata-kata Nurin Hanani seolah-olah mencabar kesabarannya selama ini. Apa masih tidak cukup lagikah kemaafan yang dipinta sebelum ini?

“Apa lagi yang Hani tak puas hati ni hm? Cuba bagitau abang.”

“Abang tu kan sibuk sepanjang masa. Mana lah nak ada masa dengan Hani. Dengan Hazif pun abang dah jarang luangkan masa. Masa Hazif demam hari tu pun abang lebih pentingkan nak jumpa kawan dari anak abang sendiri. Hani sakit hati tau tak dengan sikap abang. Hani ingatkan abang dah berubah, rupanya tak. Kat luar bukan main ligat lagi. Jangan-jangan bukan kawan yang nak jumpa abang. Mesti abang berhubung dengan Maya lagi kan?”

“Apa yang Hani mengarut ni? Hani dah tak percayakan abang lagi ke?” soal Zarith dengan reaksi terkejut.

“Hani tak pasti tentang tu. Hani cuma nak abang tau apa yang Hani rasa…”

“Stop it! Semua tu mengarut Hani. Kalau Hani dah tak percayakan abang lagi terpulanglah. Hati abang sakit tau tak bila dengar tuduhan Hani semua tu. Tak cukup lagi ke dengan kasih sayang dan kesetiaan abang pada Hani selama ni? apa lagi yang Hani nak sebenarnya ni?!”

“Hani…”

Nurin Hanani tertunduk. Terasa air matanya ingin menitis. Dia merasa berdosa kerana telah menyakiti hati suaminya sendiri. Sedangkan dia bukannya tidak tahu perasaan Zarith yang tulus mencintainya selama ini. Dia seolah-olah sengaja mahu menyakiti hati Zarith dengan berkata begitu. Entah apa kenalah dengan dirinya kini. Dia pun tidak faham.

“Abang betul-betul kecewa dengan Hani. Sudah lah. Kalau Hani rasa abang ni masih penting lagi dalam hidup Hani, abang mintak tolong jangan layan abang macam ni. Abang pun ada perasaan jugak…”

Suara Zarith lirih. Seperti sudah berjauh hati. Tanpa menunggu lama, dia terus berlalu dari situ meninggalkan isterinya keseorangan. Nurin Hanani ingin memanggil suaminya namun suaranya seperti tidak mahu keluar. Perlahan air mata kekesalan menitis ke pipinya. Semuanya berpunca dengan sikapnya sendiri. Sedangkan Zarith telah banyak mengalah dengannya.

Mereka tidak pernah bergaduh seteruk ini sebelum ini. Nurin Hanani juga tidak tahu di mana Zarith hendak tidur malam ini.

**********

Malam itu dia sukar melelapkan mata. Nurin Hanani mengalihkan tubuhnya ke kanan. Kosong. Tiada Zarith di situ. Dia mengeluh perlahan.

Biasanya tidur malamnya pasti ditemani suaminya itu. Pelukan erat Zarith menenangkan jiwanya yang kesunyian. Teringat pada gurauan suaminya yang mencuit hati. Zarith gemar mengusik. Tapi kini tiada lagi. Dia benar-benar ditinggalkan keseorangan.

Air matanya menitis lagi. Dia berasa sungguh kecewa. Kecewa dengan sikapnya sendiri. Jika bukan kerana kata-kata kasarnya pasti Zarith tidak akan berjauh hati dengannya.

Fikirannya jauh melayang. Masih terimbas lagi kisah pertemuan pertama mereka kira-kira tiga tahun yang lalu. Dia seharusnya bersyukur kerana hubungan mereka masih lagi berkekalan sehingga ke saat ini.

Malah diberikan rezeki cahaya mata sebagai lambang kasih antara mereka berdua. Peristiwa pahit sewaktu dia keguguran anak pertamanya dahulu terus dilupakan demi mengecapi kebahagiaan bersama keluarga yang dibina bersama kini.

Makin lama mutiara yang mengalir semakin banyak menuruni pipinya. Dia terasa ingin segera bangun dan mencari Zarith. Seterusnya meminta maaf atas keterlanjuran kata-katanya yang mengguris hati. Dia menyesal kini.

Tiba-tiba terdengar pintu dikuak dari luar. Cahaya samar-samar menerobos masuk ke dalam bilik. Nurin Hanani cepat-cepat memejamkan mata. Dia seperti sudah dapat mengagak siapakah gerangan yang memasuki kamar itu. Seketika kemudian pintu ditutup kembali.

Hatinya berdebar sewaktu terasa seseorang sedang berbaring di sebelahnya. Lantas pinggangnya dirangkul erat. Nurin Hanani hanya membiarkan.

“Hani…”

Kedengaran suara garau milik Zarith menyapa telinganya. Matanya masih lagi dipejamkan. Dia kembali tenang. Kerinduannya sudah terubat dengan pelukan yang erat itu. Hatinya menjadi tenang mendengar suara lelaki itu.

“Abang tau Hani tak tidur lagi kan?”

Pelukannya semakin dikemaskan. Nurin Hanani membuka matanya perlahan-lahan. Dia mendongak memandang wajah Zarith. Mereka bertatapan lama.

“Abang mintak maaf dah biarkan Hani tidur sorang-sorang…”

Nurin Hanani menggeleng perlahan.

“Abang tak salah. Hani yang salah,” dia berkata sayu.

“Husy, sayang…”

“Hani mintak maaf…”

Hatinya menjadi sebak. Air mata menitis kembali. Zarith semakin hairan.

“Eh, kenapa menangis ni sayang?”

Cepat-cepat dia menyeka air mata yang mengalir di pipi isterinya itu.

“Hani pun tak tau kenapa Hani jadi macam ni,” gumam Nurin Hanani.

“Hani, dah lah tu. Abang tak nak tengok sayang menangis lagi macam ni. It’s okay sweetheart. Hal yang dulu tu biarlah. Takde apa pun. Kita lupakan jelah okey?” pujuk Zarith.

“Betul ke abang dah maafkan Hani?”

“Betul sayang. Abang pun nak mintak maaf okey? Abang pun ada salah jugak kat Hani…”

Nurin Hanani kembali tenang. Dia mengangguk perlahan. Dan Zarith sudah pun mengukir senyuman. Dikucup dahi isterinya itu. Sekurang-kurangnya dia berasa lega kerana perbalahan antara mereka tidak  berpanjangan seperti sebelum ini.

**********

“Macam mana keputusannya?” tanya Zarith dengan tidak sabar.

Briefcase dan baju kot hitamnya diletakkan di atas sofa. Belum sempat pun dia duduk setelah pulang dari ofis serta menghilangkan penat lelahnya itu setelah seharian di pejabat.

Nurin Hanani menggeleng kepala. Faham benar dengan perangai suaminya itu. Zarith bukannya jenis yang boleh hendak tunggu lama-lama kalau nak tau sesuatu perkara. Kalau boleh dia mahu tahu hari itu juga. Jangan haraplah hendak tangguh ke hari seterusnya.

“Abang ni, kot ye pun duduklah dulu. Hani pergi ambikkan air ye bang.”

“Eh, tak payah. Abang nak tau sekarang jugak. Abang asyik main agak je dari kat ofis tadi. Kali ni abang nak pastikan betul ke tak.”

“Hmm…yelah, Hani nak bagitau lah ni…”

“Eh, kejap. Hazif mana?”

Meliar dia memandang ke sekeliling ruang tamu rumahnya. Hazif Ikhwan tiada di situ.

“Ada dengan mummy sekarang ni. Tadi Rul datang ambik Hazif kejap. Mummy dengan papa beria sangat suruh Hazif datang rumah. Lagipun Hani memang tunggu abang balik dulu sebab Hani memang nak ke sana pun sebenarnya.”

“Aii…baru aje dua hari lepas kita bawak Hazif jumpa mummy dengan papa. Takkan tak terubat lagi rindu?” soal Zarith hairan. Terus lupa dia pada persoalan yang bermain di benaknya sedari tadi.

Nurin Hanani tergelak kecil.

“Ala, biarlah bang. Hazif tu kan satu-satunya cucu diorang. Nak tunggu Rul lambat lagi. Dia pun baru sangat bertunang dengan Liyana tu. Sementara ni biarlah diorang layan Hazif tu puas-puas bang. ”

Zarith mengangguk tanda bersetuju. Zarul sudah pun menjalinkan ikatan pertunangan dengan pilihan hatinya sendiri iaitu Liyana. Hujung tahun ini mereka pula yang bakal mengakhiri zaman bujang ke jinjang pelamin.

“Ha, apa dia yang abang nak tanya Hani tadi? Pasal keputusan tu macam mana sayang?”

Nurin Hanani terus mengukir senyuman manis.

“Tadi masa Hani pergi check kat klinik, doktor tu cakap Hani mengandung bang. For almost two weeks…”

“Hah? Yeke sayang?!”

Zarith benar-benar teruja. Rasa macam tidak percaya pun ada. Melihatkan senyuman dan anggukan isterinya meyakinkan dirinya. Memang benar agakannya sebelum ini.

“Betul bang. Takkan Hani nak tipu pulak.”

“Syukur Alhamdulillah, abang gembira sangat. Lepas ni boleh lah kita buat pengumuman kat keluarga kita nanti ye sayang.”

Nurin Hanani mengangguk lagi sambil membalas senyuman suaminya itu. Mereka bakal pula menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Patutlah dia asyik berasa tidak sedap badan sahaja sejak kebelakangan ini. Perubahan sikapnya juga amat mendadak. Teringat pula akan perbalahan hebat yang melanda dirinya dan Zarith sebelum ini. Mujurlah masalah antara mereka dapat segera diselesaikan.

“Hmm…patutlah Hani tiba-tiba aje nak moody dengan abang baru-baru ni. Sensitif pulak tu. Ada makna rupanya…” ujar Zarith sambil tersenyum.

“Ala, Hani merajuk pun, abang kan pandai pujuk.”

Dia memeluk lengan Zarith dengan erat. Ingin bermanja dengan suaminya itu. Zarith terus tertawa mendengar kata-kata isterinya itu. Rambut Nurin Hanani dibelainya lembut.

“Nak pujuk pun bukan main susah lagi. Abang ni dah tak expert dah bab pujuk-memujuk ni. Dulu-dulu tu yelah. Em, masa ramai girlfriend dulu…” usik Zarith nakal.

“Abang!”

Dia mengaduh kesakitan sebaik sahaja satu cubitan hinggap di lengannya.

“Ala, janganlah marah sayang. Abang gurau jelah. Tak lama nanti Hazif nak dapat adik kan. Silap hari bulan kali ni dapat baby girl pulak.”

“Hani pun harap macam tu bang. Lepas ni kita pergi rumah papa ye bang.”

“Okey, tunggu abang nak bersiap dulu ye sayang.”

Zarith mencuit hidung isterinya. Mereka saling berbalas senyuman. Dia berasa sungguh bahagia mendengar berita kehamilan isterinya itu. Segala masalah yang berlaku terus sahaja dilupakan. Dia sudah malas hendak memikirkan hal yang berlaku sebelum ini. Walaupun sudah menjadi asam garam hidup suami isteri pasti ada pasang surutnya. Dia tidak peduli tentang semua itu. Yang penting dia kini bahagia. Bahagia mengukir impian hidup bersama isteri yang amat dicintai dan anak-anak mereka…


*Edisi special ‘Hey Mr. Bad Guy’ versi cerpen pula…mengimbas semula sewaktu mula2 menulis karya pertama 'Hey Mr. Bad Guy' pada tahun lepas (mula pada Oktober 2010). Terasa rindu pada watak Zarith, Nurin Hanani, Zarul, Angelica dan Encik Idham Shah J enjoy reading dis special n3…^_^
Read more...

Friday, February 25, 2011

Hey, Mr. Bad Guy!


Bab 39

Berita yang diterima oleh Zarith pagi tadi benar-benar menggembirakan. Pihak hospital mengatakan yang Nurin Hanani telah pun sedar dari koma. Penantian selama hampir seminggu itu ternyata tidak sia-sia. Kesabaran dan ketabahan nya mengharungi ujian paling getir itu akhirnya berbalas dengan berita yang amat mengejutkan seisi keluarga mereka.

Namun menjadi berita yang paling menggembirakan mereka semua. Zarith lebih-lebih lagi. Awal-awal lagi dia telah berada di hospital kerana dia sudah tidak sabar lagi bertemu dengan isterinya.

‘Alhamdulillah…ku panjatkan seribu kesyukuran padaMu Ya Allah. Terima kasih Ya Allah…’

Sebaik mendengar perkhabaran itu terus sahaja dia melakukan sujud syukur. Sekaligus berdoa agar isterinya bertambah sihat dan selamat hendaknya. Dia berasa sungguh tenang. Bersyukur kerana Tuhan Yang Maha Penyayang telah memakbulkan doanya selama ini. Betapa besar sungguh kekuasaanNya. Sehingga tidak termampu untuk diungkap dengan kata-kata.

“Doktor, bagaimana dengan keadaan isteri saya sekarang?”
“Isteri Encik Zarith masih lagi dalam kondisi yang lemah. Even though she has recovered from her comma but she still needs a regular care. Sekarang ni dia tengah berehat di dalam. Jadi Encik Zarith boleh lah tengok keadaan dia macam mana,”ujar Dr. Kamal tenang.
“Jadi maknanya saya boleh jumpa dengan dia ke doktor?”

Dr. Kamal mengangguk sambil tersenyum. Zarith membalasnya dengan rasa teruja dan gembira. Sememangnya dia sudah tidak sabar lagi hendak menatap wajah Nurin Hanani yang sekian lama dirindui dan didambakan.

Sebaik dia memasuki ruang wad itu kelihatan seorang jururawat sedang memeriksa keadaan isterinya. Tidak lama kemudian, jururawat itu terus meminta diri untuk beredar. Tinggallah dirinya dan Nurin Hanani berdua di situ. Isterinya menyedari kehadirannya lalu mengukir senyuman manis di bibirnya yang pucat. Walaupun dirinya masih lagi lemah dan belum pulih sepenuhnya namun dia masih mampu tersenyum buat suaminya itu.

“Assalamualaikum sayang,”Zarith memberi salam sambil membalas senyuman isterinya.
“Waalaikumussalam.”

Dia melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengan isterinya. Tangan Nurin Hanani dicapai dan dikucupnya lembut. Terubat sudah kerinduan di hati selama ini. Sudah tiada lagi air mata kesedihan yang menjadi peneman. Kini hanyalah seraut wajah gembira yang teukir di wajahnya.

“Hani, abang rasa gembira sangat Hani dah sedar semula dari koma.”
Nurin Hanani tersenyum manis dengan kata-kata suaminya.
“I am really scared honey. I don’t want to lose you again. Cukuplah dengan apa yang berlaku sebelum ni. Abang dah tak sanggup lagi kehilangan Hani. Siang malam abang tak boleh tenang. Setiap hari abang fikirkan Hani. Abang betul-betul takut masa tu.”

Dia membelai rambut isterinya itu. Ketakutan yang dirasainya dahulu hanya Tuhan sahaja tahu. Mujurlah kini isterinya itu selamat di hadapannya. Hanya itu sahaja yang diinginkan. Tiada yang lain lagi.

“Abang bersyukur sangat. Kalau lah abang betul-betul kehilangan sayang…tak tau lah abang. Rasa macam dah putus asa aje nak hidup…”
“Abang, janganlah cakap macam tu. Hani kan dah okey ni. Abang sihat?”
Zarith mengangguk. Bibirnya tidak lepas-lepas dari senyuman.

“Tapi kenapa kurus aje Hani nampak? Dah tak macam dulu. Nampak susut sikit. Abang tak makan ke?”
“Sayang, abang takde apa-apa. Abang cuma terlalu risaukan Hani.”
“Tapi risau pun janganlah sampai tak nak makan bang. Okey?”
 “Okey sayang. Hani,abang rasa happy sangat bila Hani dah makin sembuh.”
“Hani tak nak tinggalkan abang. Tapi,baby kita…”

Nurin Hanani tidak mampu meneruskan kata. Dia berasa sungguh hiba. Anak yang baru sahaja dikandungnya sudah tiada. Apabila mendapat tahu bahawa dia telah keguguran dia berasa sungguh sedih. Ternyata musnah sudah impian mereka untuk menimang anak sulung.

“Husy, sayang…jangan menangis please. Abang dah tak sanggup tengok Hani terus aje sedih macam ni. abang pun sedih jugak bila tau baby dah takde. Memang mula tu susah abang nak terima sebab anak pertama kita kan sayang. Tapi bila dah lama-lama abang redha. Tuhan lebih sayangkan dia.”

Pujuk Zarith apabila dilihatnya Nurin Hanani seperti ingin menangis. Dia sendiri pun masih lagi bersedih apabila teringat kembali peristiwa pahit itu. Tetapi hendak buat macam mana lagi. Sudah tidak ada rezeki mereka hendak menimang anak.

“Hani…entah lah bang. Hani susah nak terima.”

“Abang tau. Hani perlukan masa kan? Hani, abang harap Hani dapat tenangkan fikiran. Buat masa ni jangan terlalu fikirkan sangat okey? Abang risau sebab Hani baru aje nak sembuh lepas accident tu.”
Zarith mencapai tangan isterinya. Digenggam sekali lagi.

“Abang janji akan buat Hani gembira lepas ni. Kita kena redha sayang. Semua ni ketetapan Tuhan buat kita. Yang penting Hani selamat. Itu yang abang harapkan.”

Nurin Hanani mengangguk setuju. Perkara yang lepas jangan dikenang lagi. Yang penting dia masih lagi ada Zarith di sisinya. Suaminya setia menyokongnya. Walaupun hatinya masih bersedih dan sukar sekali baginya menerima hakikat kehilangan anak.

**********

Maya melangkah masuk ke dalam bilik dengan rasa teragak-agak. Dia tidak tahu apakah reaksi mereka lebih-lebih lagi Nurin Hanani apabila ternampak yang dia berada di situ. Perasaan bersalah dan malu menerpa ke benaknya. Perlukah dia bertemu dengan Nurin Hanani?

Wanita itu sudah tentu membencinya setelah apa yang telah dilakukan terhadap wanita itu selama ini. Mengenangkan semua itu dia merasakan yang dia harus bertemu juga dengan wanita tersebut. Biarlah Nurin Hanani mahu mencaci maki dirinya pun dia akan bertahan. Kerana dia memang betul-betul bersalah.
Sebaik sahaja kehadirannya disedari mereka,ternyata benar yang Nurin Hanani kelihatan benar-benar terperanjat. Tidak menyangka yang Maya ada di situ. Wanita itu tampak serba salah dan kekok sahaja dengan kehadirannya di situ.

Namun Zarith kelihatan tenang sahaja.Dia telah mengetahui segala-gala yang berlaku pada Nurin Hanani sebelum ini. Maya telah menceritakan terlebih dahulu padanya.

Maya kian mendekatinya. Dia tetap berdiri di hadapan katil Nurin Hanani. Wajahnya begitu keruh. Namun dia masih mampu melemparkan senyuman hambar. Melihatkan keadaan wanita itu rasa bersalah di hatinya kian membuak-buak.

“You err,you apa khabar sekarang?”
“Alhamdulillah, dah okay sikit sekarang ni.”
“I nak mintak maaf…”
Maya menundukkan muka ke lantai. Tidak sanggup memandang wanita itu. Dia berasa sungguh malu dengan perbuatan jahatnya sebelum ini.
“I tau I dah banyak buat salah kat you Hani. Sampaikan I rasa I ni tak layak pun untuk you maafkan segala perbuatan I kat you dulu. Tapi I terhutang budi sangat dengan you Hani sebab you dah selamatkan I dulu. I tau I sepatutnya mati aje…”
“Maya,please jangan cakap macam tu.”

“No Hani. I perlu beritahu segalanya. Apa yang ingin I katakan ni bukan bohong Hani. I betul-betul bersalah dengan you. Sebenarnya Fredie yang nak langgar I bukannya you.”
Nurin Hanani tersentak. Dia memandang Zarith yang masih berada di sisinya itu. Suaminya itu mengangguk dan mengiyakan kata-kata Maya tadi. 

“Fredie? Siapa Fredie?”
“You masih ingat lagi tak dengan pertemuan kita di Jusco dulu? Lelaki yang datang and then tegur I tu.”
Dia mengerutkan dahi sambil memikirkan kejadian itu. Rupanya lelaki yang menegur Maya dahulu adalah Fredie. Barulah dia ingat. Kejadian itulah yang menyebabkan dia hampir sahaja berpisah dengan Zarith. Mana mungkin dia lupa.

“Dia ke yang nak langgar Maya?”
Maya mengangguk.

“Yes,Fredie dah lama rancang nak balas dendam kat I. Semuanya salah I jugak. Jadi tak mustahil lah dia nak balas dendam balik atas apa yang I dah buat pada dia dulu. And then yang jadi mangsa kes langgar lari tu adalah you. I betul-betul tak sangka. I memang teruk Hani. Disebabkan I you keguguran. Semuanya sebabkan I!”

Maya menekup wajahnya dengan kedua telapak tangan. Dia berasa sungguh kesal dengan apa yang berlaku.

“Maya,semuanya dah terjadi pun. Memanglah saya sedih sangat sebab kehilangan baby ni. Tapi semuanya saya terima dengan redha. Mungkin buat masa ni agak susah bagi saya nak lupakan setelah apa yang terjadi. Tapi saya betul-betul perlukan masa…”

Zarith menggenggam erat tangannya. Turut memahami apa yang dia rasa.

“I faham Hani. I faham memang you perlukan masa kan. I memang takkan ganggu hidup you dan Zarith lagi lepas ni. I janji Hani sepenuh hati I. This is the last time I datang jumpa you. Tapi I harap sangat you dapat maafkan I. Hanya tu aje yang I harapkan dari you.”

Mata nya mulai berkaca. Jelas menampakkan keikhlasan hati nya memohon keampunan dari wanita itu. selepas ini dia akan pergi membawa diri jauh dari sini. Dia tidak mungkin akan bertemu lagi dengan wanita itu dan Zarith.

Namun begitu,Nurin Hanani masih lagi membisu. Dia berasa sungguh kecewa. Rasanya tidak perlulah dia tunggu di situ dengan lebih lama lagi. Nampak sangat yang dirinya tidak diterima. Kemaafan yang dipohon mungkin tidak setimpal dengan kesalahannya selama ini.

“Takpelah Hani. I faham you masih perlukan masa. I nak berterima kasih sangat-sangat pada you sebab dah selamatkan nyawa I. I tak mungkin akan lupakan kebaikan you. Thanks Hani. You masih buat baik kat I walaupun I ni dah jahat kat you. Takpelah,I pergi dulu.”

Sewaktu dia hendak melangkah keluar dari ruang bilik itu,tiba-tiba kedengaran suara Nurin Hanani yang sayu itu menghentikan langkahnya.
“Maya,”
Dia segera menoleh. Mereka bertentangan mata.
“Saya maafkan awak Maya…”
Kata terakhir dari Nurin Hanani itu sedikit sebanyak melegakan hatinya. Dia mengukir senyuman hambar sambil mengangguk lemah.
“Thank you so much Hani. I doakan you berdua bahagia sampai bila-bila…”

Nurin Hanani membalas senyuman itu sebelum akhirnya tubuh itu melangkah pergi dari situ. Meninggalkan mereka berdua. Mungkin untuk selamanya dan tidak akan kembali lagi. Dan itulah janji Maya pada mereka.

“Sayang…”panggil Zarith.

Nurin Hanani dilihatnya sudah menitiskan air mata. Pantas dia menyeka kedua belah pipi isterinya yang putih bersih itu. Dia mencapai kembali tangan isterinya lalu dicium lembut.

“Please,abang tak nak tengok sayang menangis lagi okey? It’s all over now sweetheart…”

  Bab 40

Majlis kesyukuran dan kenduri doa selamat telah pun diadakan seminggu yang lalu di rumah banglo keluarga mertuanya. Masing-masing berasa lega kerana Nurin Hanani telah pun sembuh dari kemalangan yang menimpanya dahulu. Walaupun masih belum pulih sepenuhnya tetapi sedikit sebanyak wanita itu menunjukkan perubahan yang positif.

Seluruh keluarga mereka berkumpul di ruang makan bagi menikmati hidangan makan malam ketika ini. Zarith duduk bersebelahan isterinya. Tangan Nurin Hanani yang berada di atas meja dicapainya lantas diramas lembut. Zarul yang menyedari perlakuan itu tersenyum lalu berdehem beberapa kali.

“Wah, Along dengan Hani dah macam pengantin baru pulak Rul tengok,”usiknya.

Nurin Hanani tersipu-sipu malu dengan usikan adik iparnya itu. Namun Zarith hanya berlagak selamba sahaja. Dia peduli apa? Yang penting kini dia bahagia kerana isterinya itu telah pun selamat. Angelica dan Encik Idham yang memandang turut mengukirkan senyuman.

“Biarlah diorang tu Rul. Nak merasa macam suasana baru berkahwin dulu-dulu. Apa salahnya. Papa pun bahagia aje tengok.”
Zarith sudah tergelak mendengar kata-kata Encik Idham itu.
“Yang plan korang berdua nak pergi bercuti ke Florida tu macam mana Zarith? jadi ke?”

Tanya Angelica pula. Dia menyuapkan mashed potatoes ke dalam mulut. Menikmati masakan Western yang dimasaknya tadi. Dia telah menyediakan masakan American style-grilled yang menjadi kegemarannya itu. Sesekali menyediakan juadah makanan barat buat mereka sekeluarga apa salahnya. Encik Idham juga berasa rindu dengan masakan air tangannya itu.

“Eh,bila Along nak pergi Florida? Rul tak tau pun?”
“Along rancang aje dulu Rul. Tak tau lagi bila. Nak tunggu Hani betul-betul sembuh dulu baru nak pergi sana.”
“Kenapa Rul tak tau pun? Mummy dengan papa mesti dah tau kan. Ala,Rul selalu aje jadi orang terakhir yang tau apa-apa info dalam family ni…”juih mulut Zarul.
Gelagat Zarul yang pura-pura merajuk itu mengundang tawa seisi keluarga.
“Eh,Rul ni nak merajuk pulak dia. Ha,yelah…nanti kalau ada apa-apa info terkini mummy akan make sure yang Rul lah orang pertama dapat tau okey?”
Zarul sudah tersengih dengan pujukan Angelica itu.
“Eh,habis tu papa macam mana pulak?”tanya Encik Idham tidak puas hati.
“Err,ye tak ye jugak…”Angelica serba salah.

“Ala,macam nilah mummy. Kalau ada apa-apa info terkini kita panggil lah satu keluarga kita ni berkumpul. Lepas tu baru kita umumkan boleh?” Kedengaran suara Nurin Hanani pula memberi cadangan.
“Ha’ah ye jugak tu Hani. Mummy pun setuju lah kalau macam tu.”

Akhirnya mereka semua bersetuju dengan cadangan itu. Sebenarnya jika diikutkan mereka bukanlah terlalu mengambil kisah pun. Sesiapa yang mendapat tahu dahulu atau sebaliknya. Namun gurauan yang sebegitu menambah eratkan lagi hubungan mereka sekeluarga.

“Kenapa Along nak bawa Hani pergi Florida?”
“Em,sebab Along nak tunjuk kat Hani tempat di mana Along membesar kat sana. Tempat belajar Along. Yang selalu Along hang out kat sana. Hani pun nak tau jugak suasana kat sana macam mana. Am I right sweetheart?”
“Betul tu. Sesekali Hani nak jugak merasa berjalan kat tempat orang macam mana. Orang kata makin jauh kita berjalan makin luas pemandangan. Makin banyak pengalaman.”
“And…one special thing is, for our second honey moon of all.”
“Wah,kiranya nak pergi bulan madu sekali lah ye. Tak sangka betul Rul.”
Zarul sudah tergelak-gelak.
“Ala,ni time Along. Nanti time Rul pulak…ehem,dengan Liyana.”

Zarul terdiam. Merah padam mukanya apabila diusik abangnya itu. Nurin Hanani dilihatnya sudah tergelak kecil. Sementara mummy dan juga papa sekadar tersenyum sahaja menyaksikan kerenah anak-anak mereka.
“Along ni,agak-agak lah nak kenakan Rul pun…”

“Lah…tak betul ke Along cakap? Habis tu Rul nak pergi dengan siapa lagi kalau bukan dengan Liyana kan? Betul tak?”kata Zarith selamba.
“Along ni sama aje dengan Fakhrul tu. Tak pasal-pasal Rul kena. Nasib baik Rul boleh cover kasi bunga kat Liya…err…”
‘Aiseh,terkantoi lah pulak depan diorang. Aduhh,macam mana ni?’
“Hah? Along macam dengar Rul sebut something aje tadi…”
“Err,Rul…err,”dia tergagap-gagap.

Entah alasan apalah yang harus diberikan. Dia melihat kesemua wajah-wajah yang ada di situ. Seperti menantikan kata-kata yang keluar dari mulutnya itu.

“Cakaplah Rul. Apa dia sebenarnya ni? Along dengar Rul cakap tadi Rul cover kasi bunga kat Liyana kan? Betul tak?”
“Hurm,yelah,yelah…Rul memang pernah kasi bunga kat Liyana dulu. Tapi dah lama dah,”Zarul mengaku juga akhirnya.
“Tapi kenapa Rul cakap nak cover tadi?”tanya Nurin Hanani pula. Hatinya tertanya-tanya.
“Ala,okey lah Rul terus-terang ye. Sebenarnya dulu Rul pernah kasi bunga ros kat Hani. Hani pernah dapat kan delivery bunga ros tu kat sekolah dulu?”

Terkejut benar Nurin Hanani tatkala mendengarnya. Encik Idham dan Angelica pun begitu juga. Tidak menyangka sama sekali dengan pengakuan Zarul itu.

“Ha’ah patutlah…Rul yang kasi rupanya. Ingatkan Along,”Nurin Hanani sudah tergelak.

Zarith dilihatnya sudah memuncung. Cemburu juga hatinya apabila mengenangkan Zarul pernah juga meminati Nurin Hanani dalam diam satu ketika dahulu.

“Tapi…itu dulu. Along janganlah rasa lain pulak sebab benda tu dah lama. Sekarang Rul dah tak rasa apa-apa lagi dah. Hani dah Rul anggap macam akak Rul sendiri. Macam Kak Faz jugak. Lagipun,err…Rul kan em…sukakan…Liyana.”

Zarul sudah berasa malu dengan pengakuannya itu. ‘Ah, a confession is the best way to made right now. Buat apa nak sorok-sorok lagi?’

Teringat sewaktu dia bertemu dengan Fakhrul dan bertanyakan berkenaan hadiah yang Liyana pernah beritahu padanya dahulu. Gadis itu rupanya telah memberikan lampu hijau padanya. Itu kata Fakhrul. Bermakna persetujuan Liyana untuk menerimanya yang betul-betul menginginkan hubungan ke arah yang lebih serius adalah ‘hadiah’ paling terindah buat Zarul. Tidak menyangka dalam diam rupanya Liyana turut menyukainya. Tidak mungkin dia akan mensia-siakan gadis itu. Itulah janjinya.

“It’s okay Rul. Along boleh terima kalau Rul cakap macam tu. Rupanya nak cover tu yang sampai terbagi bunga kat Liyana ye?”Zarith pula yang tergelak.

“Hurm,macam tulah cerita nya…”
“Papa pun tak sangka jugak pasal ni,”kata Encik Idham pula.

Nurin Hanani dilihatnya sudah malu. Malu dengan pengakuan Zarul tadi. Sekarang barulah dia tahu cerita sebenarnya. Tetapi semuanya telah lama berlalu. Segala kenangan menjadi lipatan sejarah dalam hidupnya. Kini dia telah berjaya mengikat hati Zarith dan memiliki lelaki itu sebagai suaminya. Biarlah hubungan mereka terus berkekalan hingga ke akhirnya. Dia memandang wajah Zarith. Mereka berbalas senyuman. Sama-sama merasai kebahagiaan yang akhirnya menjadi milik mereka jua.

**********

Mereka berdua berpimpin tangan menyelusuri Clearwater Beach yang terletak di sebelah barat Florida iaitu berdekatan dengan bandar St. Petersburg. Dan Clearwater Beach adalah salah satu pantai yang terbaik dengan suasana nyaman dan indah di mana Zarith sering meluangkan masa lapangnya semasa menetap di sini tidak lama dahulu. Suasananya yang romantik dengan air laut seolah-olah seperti kristal cukup sesuai untuk mereka meluangkan masa di situ.

“Hani suka tak dengan tempat ni?”
“Suka bang. Cantik sangat tempat ni. Tambah-tambah pulak bila piknik petang-petang macam ni. Lagilah seronok.”

Zarith seronok apabila melihat isterinya begitu teruja sebaik sahaja mereka sampai di situ. Percutian bulan madu kali ini benar-benar memberi seribu makna buat mereka. Kini usia perkahwinan mereka telah mencecah hampir setahun. Setelah apa yang berlaku sepanjang kehidupan mereka sebagai suami isteri kini mereka layak untuk menikmati musim bahagia.

“Abang tau sayang sukakan pantai kan. Jadi abang bawaklah sayang ke sini. Lagipun abang pernah spoil mood Hani masa kita honey moon kat Langkawi dulu.”
“Abang, itu kan cerita lama. Hani dah lupakan pun kisah lama tu. Hani suka pantai sebab tempat macam ni mampu bagi ketenangan pada Hani. Rasa damai aje.”
Nurin Hanani melentokkan kepalanya di bahu Zarith. Langkah mereka terhenti seketika. Sama-sama membuang pandang ke arah lautan nan membiru.

“Hani mengingatkan abang pada mummy. Mummy pun sukakan pantai. Pernah masa abang kecil dulu dia bawak abang berjalan ke sini. Sebab tulah sampai sekarang abang suka berjalan kat pantai ni.”
“Patutlah pun. Bertuah lah abang sebab kecik-kecik lagi dah pernah berjalan ke luar negara. Mesti dah macam-macam tempat abang dah pergi kan. Banyak pengalaman abang.”
Zarith tergelak kecil. Dia meraup rambut depannya yang ditiup angin.

“Kat sini kan sayang ada macam-macam pantai yang menarik. Macam Miami Beach,Palm Beach, Fort Walton Beach dan macam-macam lagilah. Tapi dalam banyak-banyak tu Clearwater Beach lah yang jadi kegemaran abang tau.”
“Sebab apa?”tanya Nurin Hanani ingin tahu.
“Em,sebab…ada banyak ikan duyung kat sini,”sengih Zarith. Berniat ingin mengusik isterinya.
Dia hairan.
“Ikan duyung?”tanya isterinya pula.
“Yup,ikan duyung. Yang cantik-cantik…yang seksi macam kat hujung sana tu.”

Zarith menjuihkan bibirnya ke arah yang dimaksudkan. Dua orang wanita Inggeris berpakaian bikini kelihatan sedang bersantai di bawah cahaya mentari. Nurin Hanani membeliakkan matanya. Apa lagi segera dia menarik muncung.

“Abang!”

Dia menarik tangannya dari pegangan Zarith yang sudah tergelak besar. Dia benar-benar telah merajuk hati dengan suaminya. Patutlah suka benar mengambil angin di sini. Hendak menjamu mata rupanya. Apa, dia ini sudah tidak menarik lagi kah pada pandangan suaminya itu?

Zarith menghentikan tawanya sebaik melihat Nurin Hanani yang sudah pun berlalu meninggalkan dirinya. Isterinya menuju ke arah hamparan tikar yang menjadi tempat perkelahan mereka di situ. Lalu melabuhkan punggung di situ. Dia berasa serba salah pula. Niatnya sekadar ingin bergurau dan menyakat isterinya sahaja. Tetapi tidak menyangka pula yang isterinya benar-benar merajuk dengannya.

‘Hai,itulah…nasib kau lah Zarith. Siapa suruh kau buat isteri kau macam tu? Puaslah kau nak pujuk nanti.’
Zarith segera menghampiri isterinya yang membuang pandang ke lautan yang terbentang luas. Sedikit pun tidak memandang wajahnya. Mukanya masam mencuka. Kelat sahaja.

Dia tersenyum dengan gelagat Nurin Hanani yang boleh tahan kuat juga merajuk. Lantas,dilabuhkan punggung bersebelahan isterinya itu. Dia cuba memaut bahu Nurin Hanani. Tetapi tangannya ditolak dengan lembut.

“Sayang…”
Direnung lama wajah Nurin Hanani sambil tersenyum. Isterinya itu masih membisu seribu bahasa.
“Sayang,jangan lah macam ni please…okay,abang minta maaf. Abang tau abang salah. Tapi abang gurau jelah tadi yang…”
“Hani tau abang kan ramai girlfriend kan. Kat sini aje entah berapa orang agaknya girlfriend abang tu.”
“Ala sayang,diorang yang nak kat abang. Abang tak nak pun. So,tak boleh nak buat apalah…”usik Zarith lagi.
Makin panjang muncung isterinya itu. Langsung dia tidak jadi meneruskan gurauannya.

“Sayang,please…okay,abang mengaku dulu abang memang ramai girlfriend pun. Tapi itu sebelum abang jumpa Hani. Sekarang tak lagi dah sebab Hani sendiri dah buat abang buta nak tengok perempuan lain selain Hani. Hanya Hani aje yang abang sayang sepenuh hati. I love you so much sweetheart. Takkan masih tak percaya dengan abang lagi ni sayang?”

Zarith berkata serius. Dia mahu Nurin Hanani tahu dan sedar akan itu. Betapa peritnya dirinya saat dia menghadapi kehilangan wanita itu sebanyak dua kali tidak lama dahulu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tangannya memegang dagu dan mengangkat wajah Nurin Hanani supaya memandangnya. Mereka saling bertatapan antara satu sama lain.

“Abang hanya sayangkan Hani aje tau. Always and forever. Lagipun siapa kata isteri abang ni tak cantik?”
“Betul ke ni?”
“Betul sayang.”
“Janji jangan buat macam tadi lagi okey?”
“Sayang jealous ye?”
Nurin Hanani mengerutkan dahinya.
“Mestilah Hani jealous. Abang kan suami Hani.”
Zarith tertawa.
“Okey sayang. I’m sorry…abang janji takkan usik Hani macam tu lagi.”

Nurin Hanani sudah mengukirkan senyuman manisnya. Tidak merajuk lagi seperti mula-mula tadi. Terasa tangan suaminya melingkari pinggangnya itu. Dia hanya membiarkan sahaja. Zarith berasa lega kerana pujukannya berhasil juga tadi.

“Abang,lepas ni kita nak ke mana?”
Zarith terdiam. Sedang memikirkan sesuatu.
“Em,kita stay kat hotel ajelah. Abang nak bersama dengan Hani dan tak nak lepaskan Hani keluar ke mana-mana. Boleh sayang?”

Nurin Hanani tersenyum sahaja. Tidak tahu hendak berkata apa. Kepalanya disandarkan ke bahu Zarith. dia berasa sungguh bahagia menghabiskan saat berdua bersama Zarith. Terasa hidungnya dicuit.

“Apa yang sayang fikirkan tu?”

“Abang,Hani rasa bahagia sangat sekarang ni. Sebab Hani masih diberi kesempatan untuk merasai cinta abang, kasih sayang abang pada Hani. Hani dah tak nak ingat lagi segala yang pahit yang pernah terjadi pada kita dulu. Hani dah cukup bahagia asalkan abang tetap ada di samping Hani sampai bila-bila.”

Zarith berasa terharu mendengar luahan kata isterinya itu. Dia turut tersenyum bahagia.

“Hani,abang pun macam tu. Tapi sebenarnya abang patut berterima kasih pada Maya…”
“Kenapa nak berterima kasih pada dia pulak?”

“Sebab masa accident dulu yang mula-mula abang terlanggar kereta Hani tu kan berpunca dari dia. Itulah kali pertama abang bertemu dengan sayang. Cinta pertama abang. Tak sangka kan. Tapi  abang tetap bersyukur sebab Dia jugalah yang mempertemukan kita.”

“And one more thing…”
“Apa dia bang?”
“Terima kasih jugak pada Hani sebab sudi terima abang walaupun perangai abang ni teruk dulu. Thanks sweetheart for accepting this bad guy into your life.”

“Bad guy?”

“Yup sayang. Sayang betul-betul dah merubah diri abang sekarang.”

“Janganlah cakap macam tu. Siapa kata abang ni bad guy? Abang tak sedar dulu yang sebenarnya hati abang ni baik. Tak seburuk yang disangka. Cuma sebab kenangan silam dulu yang buat abang jadi em,agak nakal sikit. Not bad guy okay?”

Serta-merta tawa Zarith meletus. Dia mengeratkan lagi rangkulan di pinggang isterinya.
“Okay sayang. I love you so much. For always and ever after…”
“I love you too.”

Zarith mengucup dahi isterinya dengan sepenuh kasih. Akhirnya mereka sama-sama merenung Clearwater Beach yang indah dan putih itu. Bersinar mempesona bak kilauan kristal. Ibarat lautan yang luas dan tiada penghujungnya. Begitulah juga dengan kasih sayang mereka dan cinta yang kian bersemi. Dua hati yang berbeza kini bertaut menjadi satu. Seribu kesyukuran dipanjatkan pada Yang Maha Kuasa. Semoga hubungan yang suci ini terus berkekalan buat selamanya.

Layang-layang terputus tali,
Jatuh ke bumi melayang laju,
Duhai kekasih aku berjanji,
Aku tercipta hanya untukmu.

TAMATJ


Read more...