20
BARU
sekejap dia keluar ambik angin di luar. Keadaan di ruang lobi kelab
persendirian milik keluarga Dato’ Murad dah penuh sesak dengan para tetamu
jemputan. Rata-ratanya kerabat VIP dan orang-orang kenamaan. Ah, sudah… nak
masuk dalam lagi lah dia malas. Nak lari tak boleh sebab Auntie Sherry
awal-awal lagi dah pesan minta dia datang juga ke majlis itu menemaninya. Mama
pulak dah bagi green light so dia memang tidak boleh berbuat apa-apa lah. Dia
tidak pasti adakah itu sekadar alasan wanita sebaya mamanya itu atau permintaan
dari anak lelakinya, Darren sendiri.
“Sayang…
kenapa duduk kat sini sorang-sorang?” tegur Auntie Sherry yang nampak anggun
dengan dress labucinya yang berwarna hitam.
“Auntie,
Isya rasa seganlah…”
“Aish…
nak segan apanya? Auntie dengan uncle kan ada ni. Lagipun tu ha… Darren pun
ada. Mana pulak Isya sorang-sorang.” pujuk wanita itu.
“Tapi
Isya ni kan orang luar. Bukan sape-sape pun.”
“Isya,
auntie tak pernah anggap Isya macam tu tau. Selama ni Isya dah macam anak
auntie sendiri. Lagipun auntie memang takde anak perempuan. Isya memang dah
macam anak perempuan auntie sendiri. Mama Isya pun kawan baik auntie. Takde
masalah la okey.”
“Isya tak
biasa… baju ni macam over sangat ke auntie?”
Dia
menarik-narik dress labuhnya yang sarat dengan labuci itu. Manakala gaya
tudungnya juga sudah diubah pada lebih fashionable. Ala-ala model muslimah pun
ada. Wajahnya juga dihiasi dengan mekap tipis dan sesuai dengan wajah mulusnya
yang sememangnya bebas dari sebarang cela. Inilah pertama kali dia bergaya
sebegitu.
“No
sayang. You look so elegant and beautiful. Trust me okay.”
Datin
Sherry mengenyitkan mata kanannya.
Hendak
tak hendak sahaja dia membalas senyuman wanita itu.
*****
BIDADARI itu
seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Seperti yang selalu hadir di dalam
mimpi-mimpinya. Ditenungnya lama seolah tidak puas melihatnya. Tidak
putus-putus bibirnya mengukir senyuman. Dia memang cantik! Malah, lebih cantik
dari apa yang disangkakan selama ini. jantungnya seolah tidak berhenti berdegup
saat pandangan mereka saling bertaut. Apakah bidadari dunia itu turut merasakan
hal yang sama sepertinya juga? Adakah perasaan ini turut dirasainya? Atau… dia
sekadar bertepuk sebelah tangan?
Dia
sedar, selama ini pun hanya dia sahaja yang terhegeh-hegeh menagih perhatian
dari sang bidadari. Tetapi dirinya langsung tidak dipedulikan hanya kerana
sedikit kekurangan. Sungguh, sebagai insan yang lemah dia tidak mampu menjadi
seorang lelaki yang sempurna dan dirasakan seolah tidak layak mendampingi sang
bidadari nan jelita parasnya itu.
Saat ini
dia hanya memandangnya dari kejauhan. Ibarat sebutir mutiara yang tertutup di
dalam bekas kaca. Mampu dilihat tetapi mustahil dapat menyentuhnya. Hatinya
menjadi terlalu pedih. Namun kelembutan wajah itu benar-benar memberinya satu
ketenangan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Ainur
Batrisya… ketahuilah, satu masa nanti kau pasti akan menjadi milikku jua…
*****
“ISY…
mana peginya dia ni? Batang hidung langsung tak nampak. Dibiarnya aku
sorang-sorang kat sini.”
Mengingatkan
hal itu dia terkenang kembali ketika berada di Vila Rose bagi menyambut parti
hari jadi Auntie Sherry. Apa tidaknya, sebaik sampai aje di kediaman itu terus
dia ditinggalkan oleh lelaki itu terkontang-kanting di parti itu. Padahal
lelaki itu juga yang beria mengajaknya. Semalam pun bukan main lagi ajak. Siap
main ugut lagi kalau dia gagal hadir ke majlis itu. Huh… cakap bukan main
pandai!
“Aku nak
kau datang jugak tak kira apa nak jadi pun.”
“Kalau saya
tak nak? Awak nak buat apa?”
Darren
memandangnya dengan muka serius. Dia tidak mengalah. Sebaliknya turut berlawan
mata dengan lelaki itu. Satu… dua… tiga saat… sepuluh saat…
“Okeylah,
saya datang la…”
“Good
girl. Ingat, pakai lawa-lawa tau. Yang penting sekali kau mesti datang. Kalau
tak siaplah kau!”
Lelaki
itu tersenyum sinis. Dia sudah memuncung. Sedar yang dirinya telah kalah.
Memang
selama ini dia tidak pernah mampu bertentang mata lama-lama dengan lelaki itu.
Entahlah… dirinya tidak kuat apatah lagi saat lelaki itu merenungnya dengan
pandangan yang cukup membuat debaran di hatinya rasa bagai mahu pecah!
Direnung
pinggannya yang sudah berisi pelbagai juadah. Siap dengan masakan laut lagi.
Kecur air liur melihatnya. Lantaklah… nak tunggu Darren entah sampai bila
agaknya. Silap hari bukan makanan semua dah habis baru dia nak muncul agaknya.
Sebelum habis, baik dia sebat dulu, ha ha…!
“Hai,
lama I tak nampak you.”
Gadis
yang berpakaian agak seksi dan daring itu direnungnya lama. Macam… pernah kenal
aje sebelum ni. Tapi ingat-ingat lupa.
“You ni…
err, Isabelle kan?”
“Nampaknya
you masih ingat I lagi. Bagus ingatan you. Lawa baju ni. Berapa harga? Sape
designernya?”
Isabelle
menarik kainnya hingga terangkat sedikit. Dibeleknya. Dia mula rasa tidak selesa.
Dan… tak sedap hati!
‘Isy…
mana Darren ni? Datang la awak… tolong saya ni!!’ batinnya menjerit dalam diam.
“Maaf, I
tak berapa arif sangat tentang fesyen ni. Baju ni bukan I yang pilih.”
“Habis tu
sape? Darren yang pilihkan ke?”
Suaranya
terus berubah. Direnungnya tajam wajah Ainur Batrisya.
“I ada
hal kejap. Minta diri dulu.”
Bukan
apa, malas nak gaduh sebab baju!
“I tahu
Darren yang pilihkan baju untuk you kan. I’m quite well familiar with his
taste. Sebab selama I bersama dengan dia citarasa dia dengan I tak jauh
berbeza.”
“Oh…
baguslah kalau macam tu.”
Isabelle
menghampirinya dengan langkah yang sungguh angkuh. Hm… memang patutlah padan
dengan Darren pun. Sama-sama berlagak. Sama-sama bercitarasa tinggi. Harap muka
aje cantik. Tapi perangai kalau macam tin sardin kemek dah luput tarikh pun tak
guna jugak!
“Pelik.
Kenapa Darren sanggup buang I semata-mata sebab nak bersama dengan seorang
gadis yang terlalu naïf tentang dunia hiburan dan fesyen ni…”
Kurang
asam!
“Apa yang
you nak ni sebenarnya hm Isabelle?”
“I nak
you pulangkan balik Darren kat I.”
Ainur
Batrisya tergelak kecil.
“Kalau
you nak ambik ajelah. I bukannya ada apa-apa pun dengan dia.”
Tangannya
ditarik sebaik dia ingin berlalu dari situ.
“You
fikir you boleh larikan diri macam tu aje hm?”
“Of
course. Between you and Darren… it’s none of my business okay!”
“You yang
rampas Darren dari I kan. You tahu tak Ainur, disebabkan you lah Darren
langsung tak pandang I lagi. Dia tolak I mentah-mentah. Semuanya gara-gara
you!”
“Berapa
kali I nak cakap yang I takde kena-mengena dengan you. Darren yang suka kat I.
I tak suka dia pun.”
“I tak
boleh terima alasan you. Kalau betul, buat Darren datang pada I balik. I nak
you pergi jauh dari dia. Don’t ever appear in front him anymore!”
“Kalau I
tak mahu macam mana?” dia tersenyum sinis.
“You
jangan cuba nak cabar I…”
Ainur
Batrisya menarik nafasnya sedalam mungkin.
“I nak
bagitau you sesuatu tentang Darren. Memang betul antara kami takde apa-apa
hubungan istimewa pun. I tak berminat dengan lelaki jenis macam dia. You
janganlah risau Isabelle. Kalau you nak sangat Darren tu ambik ajelah. Sikit
pun I tak halang. Sebab I memang takde langsung perasaan kat dia. Cuma satu aje
permintaan I. Tolong jangan ganggu I lagi faham?” dia bersuara tegas.
Isabelle
segera berlalu dari situ sambil merengus kasar sebaik ternampak kehadiran Dato’
Murad. Dihampiri Ainur Batrisya dengan minuman di tangannya.
“Isya,
sorang aje ke? Mana Darren?”
“Saya pun
tak nampak dia uncle. Uncle dah makan?”
“Baru aje
kejap tadi. Eh, Isya belum makan lagi ke?”
Dia
menggeleng. Segan pulak bila Uncle Murad tengok pinggannya yang penuh dengan
makanan itu. Macam bukit. Nampak sangat kebulurnya, ha ha!
“Kalau
macam tu jom uncle temankan Isya makan. Boleh kita berborak kat sana.”
“Okey.”
Mereka
menuju ke sebuah meja makan tidak jauh dari hidangan buffet itu.
“Lapar?”
soal Uncle Murad.
“Err.. he
he…”
Mak…
malunya aku!! Itulah ko Ainur. Ambik bukan main banyak. Macam tak makan sebulan
aje.
“Uncle,
siapa yang ramai-ramai ni sebenarnya?”
“Oh,
mereka semua kebanyakannya saudara-mara yang rapat di sebelah auntie. Datuk
Darren pun ada datang sekali. Tapi dia ada kat dalam dewan tu kalau Isya nak
jumpa pun. Uncle rasa Darren pun ada kat dalam tu. Kenapa Isya tak masuk ke
dalam aje?”
Dia
menggeleng perlahan.
“Takpelah
uncle. Isya ni bukan sape-sape pun. Takde kena-mengena dengan keluarga ni.
Datang pun sebab auntie yang ajak. Maklumlah, tinggal dua hari je lagi Isya
jadi tutor Daniel.”
“Kenapa
cakap macam tu? Uncle dengan auntie dah lama anggap Isya macam anak kami sendiri.
Lagipun uncle takde anak perempuan. Manalah tahu, suatu hari nanti termakbul
impian uncle nak jadikan Isya betul-betul sebagai anak uncle sendiri.”
“Eh,
uncle ni. Ke situ pulak.”
Uncle
Murad sudah tergelak. Lucu melihat gadis itu yang sudah malu-malu.
“Oh ye,
bila Isya mula masuk belajar balik?”
“Insya
ALLAH, kalau takde aral melintang minggu depan uncle.”
Tiba-tiba
ingatannya melayang pada Gary. Dan kata-kata lelaki itu tidak lama dulu.
Betulkah apa yang diberitahukan padanya sebelum ini berkenaan syarikat milik
Dato’ Murad? Dia terasa ingin tahu sebenarnya dan bertanya dengan lebih lanjut
tetapi rasanya macam tak wajar pula. Apa pula yang akan difikirkan Dato’ Murad
nanti. Mesti dia ni nampak macam busybody pula. Hal yang takde kaitan dengan hidupnya
tapi beria hendak mengambil tahu. Hm… takpelah.
“Uncle
sebenarnya sangat sayangkan kelab ni. Kelab ni ibarat nyawa uncle sendiri. Sama
jugak macam syarikat yang diwarisi dari datuk Darren tu.” Beritahu Uncle Murad
tanpa dipinta.
“Kelab ni
dah lama ke uncle handle?”
“Dah
hampir sepuluh tahun Isya. Bukan mudah uncle nak bertahan dalam bidang
perniagaan yang penuh cabaran ni. Nak harapkan Darren… agaknya bila uncle dah
mati pun dia masih lagi tak boleh diharap.”
“Uncle,
mungkin dia belum bersedia lagi agaknya.”
Dato’
Murad mengeluh.
“Maafkan
uncle Isya terpaksa dengar hal yang macam ni. Cuma uncle rasa uncle percayakan
Isya sebab uncle dah anggap Isya ni macam anak uncle sendiri.”
Dia
tersenyum kecil. Banyak kali Uncle Murad cakap macam tu. Apalah agaknya yang
difikirkan orang tua itu? Mungkin mengidam nak bermenantukan dirinya kot…
‘Isy, ke
situ pulak yang aku fikir…’
“Uncle
harap suatu hari nanti Darren akan berubah juga. Biar dia jadi lebih
bertanggungjawab dan serius terhadap masa depannya. Uncle tak nak dia kecewakan
harapan datuknya yang ingin sangat dia mewarisi syarikat tu.”
Dia cuma
mampu tersenyum sahaja. Biarlah Uncle Murad hendak bercerita apa pun. Dia setia
mendengarnya. Tapi dia sememangnya tidak begitu arif dengan selok-belok dunia
bisnes ni. Dia juga sebenarnya berharap hal yang sama juga seperti kedua orang
tua Darren. Semoga lelaki itu boleh berubah ke arah yang lebih baik. Dititipkan
doa di dalam hati.
“Isya,
uncle nak pegi jumpa kawan bisnes uncle kat sana kejap. Isya habiskan dulu ye makanan
ni.”
“Okey
uncle.”
Seorang
pelayan lelaki datang kepadanya dan memberikan sesuatu.
“No
thanks, air saya ada lagi ni.”
“Sorry
miss, but there is something for you.”
Dia
terpinga-pinga. Pelayan itu menghulurkan sehelai nota yang berlipat. Dia
mengambilnya dengan dahi berkerut hairan.
“Apa ni?”
“Cik
boleh buka dan baca sendiri. Ada someone yang bagi tadi. Dia pesan suruh saya
kirimkan pada cik.”
“Okey,
thanks ya.”
Dia
segera membukanya dengan tidak sabar.
‘Cinta yang kumiliki ini sungguh tak bisa untuk
ku sentuh,
Juga tak bisa untuk kuraih dengan tutur kata
dan perbuatan,
Kerana cinta yang tidak mampu kumiliki ini,
Hanya mampu kulihat dari kejauhan…
Tuhan… andainya dia mengerti betapa deritanya
hati,
Mendambakan dirinya tiap masa, detik dan waktu
nafasku,
Betapa diriku mengharapkannya kerana dia
bidadariku,
Senyumannya… tangisannya dan tawanya…
Bagaikan sudah sebati di dalam diriku ini,
Sungguh,
Aku ibarat pengemis yang mengemis sekelumit
cinta darinya,
Siapalah aku yang mendambakan bidadari anggun
sepertinya?
Dia bidadari yang menghiasi dunia ini,
Tanpanya sukar untuk aku bernafas setenang ini,
Tanpanya aku ibarat camar yang kepatahan sayap,
Apakah akan ada bidadari lain sepertinya?
Bila cinta hadir…
Bila cinta hadir dalam diri,
Tidak mampu aku menafikan lagi,
Segala hasrat di hati untuk memiliki,
Tidak terdaya untuk memendam lagi,
Sejuta impian demi untuk bersamanya,
Buat selamanya…’
-Bila Cinta Hadir-Darren Lee Ashram
Tidak
berapa jauh dari situ, dia dapat melihat sekujur tubuh tegap seseorang yang
sedang memerhatikannya.
‘Darren…’
21
“YOU like
it?” sengih Darren.
Ya… saya
suka. Tapi kenapa awak buat semua ni? Awak nak tambahkan lagi ke rasa sakit
hati saya ni? Saya tak suka… bila awak cuba buat sesuatu yang mampu membuatkan
hati saya rasa terharu. Saya takut Darren… saya terlalu takut nak hadapi
kenyataan yang saya mungkin… telah… jatuh cinta!
Kata-kata
itu dibiarkan terpendam sahaja. Tidak berani untuk diluahkan. Lelaki itu
memandangnya lama. Penuh harapan. Inilah pertama kali dia melihat wajah yang
mengharap itu penuh keikhlasan.
“Awak
memang pandai berpuisi. Ada bakat. Saya suka ayat-ayat dalam nota ni.” Katanya
selamba.
Wajah
Darren berubah sedikit.
“Kau tak
tau ke Ainur? Ini kan lirik lagu aku. Tajuknya, ‘Bila Cinta Hadir’. Takkan kau
tak perasan sikitpun?”
“Hm…
yeke. Entahla, saya mana pernah dengar lagu awak tu. Tak pernah ambik tahu
pun.”
Acuh tak
acuh dia menjawab. Lelaki itu mengeluh hampa.
“Takpelah,
kau dah makan?”
Darren
menceriakan suaranya.
“Dah.”
“Jom
temankan aku makan. Aku laparlah… kau tak kesian kat aku ke?”
“Huh, awak
la terus menghilang entah ke mana. Puas saya cari tapi tak jumpa pun!”
“Kau cari
aku ke?” segaris senyuman terukir di bibir lelaki itu.
“Yelah,
Isabelle ada tanya pasal awak tadi…”
“Habis
tu, kau pegi layan ke betina tu?”
Mak aih,
kasarnya bahasa…
“Taklah,
buat apa saya nak layan dia? Saya pun tak teringin nak libatkan diri lagi dalam
masalah personal awak tu. Hidup saya ni dah cukup susah disebabkan awak tau.”
“Aku buat
hidup kau susah ke?”
“Mestilah,
bagus jugak awak dah faham yang sememangnya saya tak pernah sukakan awak. Jadi
hentikanlah angan-angan awak tu ye. Saya takkan sesekali jatuh ke tangan lelaki
kasanova macam awak.”
“Kenapa
kau cakap macam tu Ainur? Benci sangat ke kau kat aku ni?”
Suara
Darren tiba-tiba berubah lantang. Sedikit-sebanyak panas juga hati dibuatnya.
Cakap bukan main elok tapi ini pula balasannya!
“Ya,
memang saya bencikan awak Darren.”
“Hei, apa
kena dengan kau ni? Apa salah aku? Cuba kau bagitau.”
“Awak
fikirlah sendiri Darren. Setakat ni layanan saya kat awak tak pernah berubah
pun kan. That means, saya tak pernah suka kehadiran awak selama ni. Kalau awak
nak main-main pegi cari aje perempuan lain. Yang setaraf dengan awak!”
“Ainur!!”
Dia
meninggalkan Darren tanpa mempedulikan jeritan lelaki itu. Tinggal dua hari
sahaja lagi… ya, dua hari sahaja lagi dia akan meninggalkan lelaki itu buat
selamanya. Kini, dan sampai bila-bila pun dia tidak akan ada apa-apa kaitan
lagi dengan lelaki itu. Sebelum rasa cinta di hati ini semakin melarat hingga
membuatnya menyesal kerana membiarkan rasa ini bertamu, lebih baik dia
menyakiti hati lelaki itu dan membuatnya benci padanya!
*****
KAKINYA
melangkah pantas menuju ke pintu gerbang utama. Dia sudah tidak kisah lagi.
Kalau perlu menapak jauh hingga beberapa kilometer pun tidak mengapa. Yang
penting dia harus meninggalkan tempat itu secepat mungkin. Tidak ingin
bertentang mata dan bertemu lagi dengan lelaki itu.
Pin…!
Pinn!!
Bunyi hon
yang bertalu-talu itu tidak sedikit pun diendahkan. Sebaliknya langkah kakinya
makin pantas. Berjalan dan kemudiannya terus berlari. Walaupun dia sedar tak ke
mana pun jika dibandingkan dengan kelajuan kereta itu.
“Ainur,
jom aku hantar kau balik.”
“Tak
payah!”
“Aku tak
faham kenapa kau tiba-tiba aje bad mood semacam. Sebelum ni okey aje. Kalau
sebab Isabelle aku minta maaf. Aku tak nak kau simpan kata-kata dia.”
“Kenapa
awak nak mintak maaf pulak?”
Darren
mengeluh berat.
“Mungkin
salah aku sebab layan kau kasar sangat, jadi sebab tu kau tiba-tiba mengamuk
sampai macam ni kan?”
“Semua tu
takde kena-mengena dengan awak. Saya memang tak nak ada kaitan apa-apa lagi
dengan awak Darren. It’s over!”
Keretanya
dihentikan. Darren meluru keluar dan terus menarik lengan gadis itu. Ainur
Batrisya meronta-ronta dengan sekuat tenaga.
“Hei,
lepaslah!!”
Dia
menolak tubuh gadis itu ke Porschenya. Dihadang dengan kedua belah tangan
sasanya. Ainur Batrisya berusaha menolak tubuh lelaki itu yang semakin
menghimpitnya. Debaran di dadanya kian kencang. Sekencang angin taufan yang
bertiup hebat. Begitulah apa yang dirasainya saat ini.
“Tolong
lepaskan saya Darren! Saya rayu sangat-sangat…”
“Aku
takkan lepaskan kau sampai aku dengar perkataan yang kau cintakan aku Ainur…”
bisik Darren rapat ke telinganya.
Terasa
menggigil tubuhnya. Tidak pernah Darren berkelakuan sebegitu selama ini. Wajah
lelaki itu betul-betul bengis dan berubah mendadak. Sungguh menakutkan. Ya
ALLAH, lindungilah hambaMU ini…!
“Tak… sa…
ss… saya tak cintakan awak!”
“Say it
out loud…”
Dia
menggeleng dengan air mata berjuraian di pipi.
“Say
it!!” jerkah Darren.
“I hate
you… I hate you… I hate you…. I hate you!! Idiot!!!” jeritnya lantang.
Darren
tergamam. Pegangan tangannya terlerai jua. Ainur Batrisya terduduk lemah. Dia
menangis teresak-esak. Berbirat kemerahan pergelangan tangannya. Dia menangis
dan terus menangis tanpa henti. Menangisi nasibnya.
Lelaki
itu turut duduk di sisinya. Dia meraup mukanya yang nampak berserabut. Cuba
memaut tangan gadis itu namun ditepis kasar.
“Maafkan
aku. I’m off my limit…”
Dia masih
tersedu di situ. Benci ingin menatap muka lelaki di sebelahnya itu.
“Aku tak
berniat nak paksa kau Ainur. Sungguh aku tak takde niat langsung. Mulanya aku
akui salah aku jugak sebab paksa kau ikut kehendak aku. Aku seronok bila buat
macam tu. Sangka aku yang kau lebih kurang sama aje macam perempuan lain yang
aku kenal sebelum ni.”
Bergetar
dirasakan hatinya saat ini.
“Tapi
bila dah lama-lama, semakin aku mengenali kau barulah aku sedar yang kau
rupanya tak sama dengan Isabelle dan mana-mana perempuan yang ada pun. Aku
tetap tak percaya. Aku pasang macam-macam strategi untuk sakitkan hati kau.
Macam-macam cara yang aku buat. Sebabnya, aku fikir dengan cara tu akan
tambahkan kebencian aku pada kau. Sekurangnya aku boleh balas dendam atas apa
yang Isabelle dah buat pada aku sebelum ni. Ternyata… aku betul-betul dah silap
besar. Bila kau buat macam tu aku makin bertambah kagum dengan kesabaran kau.
Kau tetap berbuat baik dan tak pernah balas yang tak elok perbuatan aku tu.”
Dia
menatap raut wajah gadis itu dengan lama. Hampa. Gadis itu langsung tidak
memandangnya.
“Aku
sedar yang kau memang benci kat aku Ainur. Terlalu benci sampai susah nak
diungkapkan dengan kata kan. Aku cuma nak berterus-terang yang aku memang
cintakan kau. Terlalu cinta. Aku tak sanggup kehilangan kau Ainur. Bagi aku
peluang. Sekali ni aje hm?”
“Untuk
apa awak bagitau saya semua ni? Untuk menambahkan sakit hati saya lagi ke? Tak
cukup lagi dengan permainan awak selama ni? Awak buat saya macam patung mainan.
Sesuka hati pijak-pijak maruah saya macam takde harga diri. Awak fikir semudah
tu saya nak terima lelaki macam awak?”
Darren
tertunduk.
“Saya
lebih rela mati dari terima lelaki macam awak. Awak sedar tak yang antara kita
begitu jauh berbeza. Kita tak mungkin boleh bersama. Dan saya tak yakin boleh
hidup bahagia dengan awak. Awak buatlah apa pun saya tetap takkan pernah terima
cinta awak. Lagipun, saya tak berminat nak bercinta dengan sape-sape pun.”
“Aku
sanggup berubah Ainur. Bagilah aku peluang. Hina sangat ke aku ni Ainur…? Aku
tahu aku dah banyak buat salah kat kau selama ni. Tak boleh ke kau maafkan dan
terima aku?”
“Awak ni
tak faham bahasa ke? Dah kalau saya cakap tak nak tu tak naklah. Tolong jangan
paksa saya lagi. Saya tak cintakan awak. Saya tak suka awak. Faham!”
“Aku
takkan putus asa Ainur. Kau cakaplah apa pun aku takkan sesekali putus asa.
Walau dengan apa cara sekalipun, aku tetap akan pastikan kau jadi milik aku.”
Desah
nafas Darren kian mendekati. Terasa jantungnya bagai berhenti dari berdegup.
Dia tidak tahu apa yang terjadi. Dirinya seolah dipukau dan hilang kesedaran.
Pandangan mata mereka saling bertaut dan bercantum menjadi satu. Mata hazel itu
kelihatan begitu indah mempesona. Lelaki ini… lelaki inilah yang paling
dibencinya. Dibenci kerana hanya lelaki ini sahaja yang mampu membuatnya
menjadi dirinya yang sebenar. Ya, dia yakin yang dia memang begitu membenci
lelaki itu.
Satu kucupan
hinggap ke pipinya tiba-tiba. Dia terpana!
“Ainur…”
panggil Darren.
Darren bagai
hilang pedoman. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah gadis itu. Semakin dekat. Ingin
menyentuh bibir merah itu. Semakin hampir…
Papp!!
Satu tamparan
kuat singgah ke pipi lelaki itu.
“Apa awak
buat ni?!”
“Ainur,
aku…”
Tangisan gadis
itu kedengaran lagi. Kali ini lebih kuat dari tadi.
“Awak
memang nak ambik kesempatan kan? Puaslah hati awak sekarang. Awak dah cemarkan
maruah saya… saya benci awak!!”
Dia terasa
sungguh benci. Dirinya begitu kotor dan hina. Dia merasa sungguh berdosa!
“Ainur,
maafkan aku.”
Mereka dihampiri
seseorang. Jason!
“Darren,
Ainur… kenapa ni?”
“Jason,
tolong saya… hantarkan saya balik. Sekarang jugak.” Rayu gadis itu dengan air
mata yang berjuraian.
“Ainur,
kenapa dengan awak ni?” soal Jason kehairanan.
Dia melirik
ke arah Darren yang kelihatan pucat lesi.
“Jason,
biar aku hantar dia balik.”
“Tak mahu!”
Mereka
berdua tergamam mendengar jerkahan Ainur Batrisya itu.
“Jason,
tolong hantarkan saya…” rintihnya.
“Baiklah,
Darren… I don’t know what happened between both of you, but could you please go
back to the hall? Datuk kau panggil tadi.” Beritahu Jason dengan tenang.
“Okey,
thanks Jason.”
Darren mengangguk
lemah. Sempat dia melirik ke arah gadis itu. Dia yakin kini, Ainur Batrisya
akan semakin membencinya. Malah kebencian itu semakin bertambah setelah apa
yang dilakukan terhadap gadis itu dan mungkin mustahil untuk dimaafkan!




